Sunday 11 March 2018

Rawat Chicken Pox

Dua minggu yang lalu saya terjangkit cacar air atau lebih dikenali dengan panggilan 'chicken pox'. Saya pun tidak sedar sehinggalah mama saya selak belakang saya dan kepala saya yang sudah mula banyak. Kerana tidak tahu, saya tergaru dan terpecah yang ada di muka kening saya. Apa lagi memang teruk lah jadinya. Tambahan lagi, yang tumbuh di kepala membuat saya rasa sakit yang amat. Keesokan harinya saya turun bekerja tapi disebabkan sakit yang amat saya dihantar pulang oleh rakan baik saya. Petang itu juga saya pergi klinik membawa puteri saya kerana dia juga sudah terjangkit. 

Beberapa hari saya tidak mandi untuk menunggu semua cacar air tu habis keluar. Ia tumbuh di seluruh badan saya tiada yang tiada. Tersiksanya pasti menahan sakit. Apa yang pasti saya makan ubat mengikut masa dan saya makan juga Vitamin C Shaklee untuk kuatkan antibodi. Setiap hari minum air kelapa muda untuk menghilangkan rasa panas badan. Mungkin ada lagi tujuan lain minum air kelapa muda ni saya ikut saja. Selain itu, terpaksa sapu calamine lotion yang diberikan oleh doktor untuk mengelak rasa gatal dan miang di badan. Sudahlah payah hilang kesan calamine lotion tu melekit.

Yang lebih menyayat hati anak sulung saya pun kena. Kami bertiga dirawat oleh mama saya yang kebetulan suami saya berada di luar bandar selama beberapa minggu. Terima kasih mak. Apa pun mak sangat bersabar merawat kami yang sakit dan banyak bunyi ni. 

Pertama kali ke klinik, doktor bagi 7 hari sick leave, habis nya sick leave saya hadirkan diri ke pejabat tapi saya belum sembuh sepenuhnya dan masih berjangkit jadi perlu sambung cuti sakit jadi pagi itu saya cuma beberapa minit di pejabat dan berjalan kaki ke klinik. 

Di klinik, saya dihubungi cikgu tadika Nazran, anak sulung saya yang mengatakan dia belum boleh hadir ke sekolah jadi saya hubungi adik saya untuk menjemput nya di sekolah dan membawanya ke klinik.

Hampir dua minggu, saya duduk kuarantin di rumah. Makan, telan ubat, tidur, tengok tv itulah kerja nya yang sangat membosankan tambah lagi menahan sakit menyucuk seluruh badan. Sekarang, sakit itu sudah mula berlalu cuma menunggu skin healing saja lagi. Gatal jangan cakaplah kan. Tapi kena tahan jangan digaru. Masa ini boleh sudah sapu Herbal Blend Shaklee. 

Paling terkilan dan sedih, tiket saya ke kelantan bersama rakan sepejabat hangus. Lebih dari RM300 sayang nya ya Allah. Betul lah percaturan Allah tu hebat. Beberapa hari sebelum pergi kami merancang untuk pergi banyak tempat tapi Allah Maha Berkuasa dua hari selepas berbincang perjalanan, saya kena pula chicken pox yang memang saya terpaksa hadap tanpa boleh ke mana-mana. Sedihnya... Terkilan yang amat. 

Apa yang pasti sakit itu menghapus dosa. Sakit itu juga memberi ruang untuk kita betul-betul berehat. Saya lebih bersemangat pergi ke pejabat selepas sembuh dari sakit. Alhamdulillah. Ya, Allah beri saya sebab untuk saya berehat di rumah. Syukur alhamdulillah. 


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday 10 March 2018

Rinduku pada Shaklee (Part II)

Oleh desakan beberapa perkara, belian saya pun mula menjunam. Sejak dua tahun lalu bermacam perkara yang telah berlaku dalam dunia Shaklee. Beberapa produk pun telah dihentikan pengeluaran, ada juga produk yang lama tidak muncul dalam pasaran atas sebab perlu dinaik taraf dan diformulasikan semula. Tidak kurang hebatnya dengan kenaikan harga yang sangat memberi impak bagi kami semua sebagai pengedar Shaklee. Harga pengedar, harga runcit, harga PV semuanya berlainan. Oleh disebabkan itu, saya agak rasa serba salah untuk mengenakan harga mahal pada pembeli. Apa tidak, saya menjadi pengedar Shaklee bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan tapi untuk membantu mereka yang betul memerlukan. Maklumlah Shaklee bukanlah produk sembarangan yang boleh dijual pada siapa yang berminat. Kami sebagai pengedar juga perlu consult dahulu.

Bagi saya keberkatan itu lebih penting. Saya berasa bekerja di pejabat di mana majikan membayar gaji saya tapi saya ambil kesempatan untuk melakukan kerja lain. Saya lebih banyak leka pada Shaklee sehingga prestasi kerja saya merosot. Kerana itu, saya mula sedar saya perlu tumpukan Shaklee di luar masa pejabat dan bukan terus melakukan kerja lain di sebalik gaji yang diterima. Saya risau ianya tidak berkat. Pernah saya terdengar ceramah agama, keberkatan itu penting untuk kita lebih berasa cukup dalam apa saja rezeki yang Allah swt berikan. Ya, betul. Memang banyak tu banyak rezeki yang saya terima dalam bentuk wang. Sangat. Bonus dari Shaklee tambah dgn gaji saya memang a lot of money dan saya betul2 rasa 4 angka dalam bonus Shaklee. Few times juga. Memang gembira lah kan. Tapi bila dilihat dari sudut lain kerja saya di pejabat mula merosot, saya mula kurang tumpuan dan lama kelamaan saya rasa down apabila ditegur oleh majikan. Sejak dari itu, saya sedar. 

Apa pun saya masih aktif lagi menjual Shaklee terhad kepada rakan-rakan yang betul menghargai saya sebagai pengedar suplemen ini. Dan pada sesiapa saja yang memang kenal dan mgetahui saya dan suami saya pengedar sah Shaklee. Pastinya kami masih pengedar yang bertauliah. Saya tidak akan pernah give up dalam Shaklee saya. Biar tidak banyak yang saya terima yang pasti saya sentiasa berasa selesa. Bagi mereka yang di luar sana, tolong jangan kecam kata-kata saya ya. Kerana Shaklee bisnes yang sangat fleksibel. Bagi mereka yang tiada kekangan dari majikan, mereka adalah yang bernasib baik. Berbeza dengan saya, kerana kerja saya perlu penumpuan kerja yang sangat tinggi apabila berada di pejabat. Di sebalik semua ini, saya tahu saya sudah menghadapi hikmah nya kerana telah beberapa kali di naikkan gaji dan juga mendapat penghargaan 'long service award' dari majikan saya. Saya sangat menghargainya. Sangat gembira. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana saya berasa bahagia untuk semua itu. Rezeki itu rahsia Allah swt. Saya percaya. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”