Friday, 8 September 2023

Keperluan Ibu Bersalin

Sepanjang pengalaman saya sebagai wanita mengandung tiga celik permata hati saya juga mengalami tiga kisah yang berbeza.

Debaran setiap wanita mengandung sememangnya kian terasa apabila menghampiri tarikh akhir untuk bersalin. 

Ini bermakna anda perlu menyediakan barang keperluan bersalin dengan secukupnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

Sekiranya anda tidak membuat persiapan awal, ia akan menyebabkan anda berada dalam keadaan kelam kabut dan barang-barang yang penting boleh ketinggalan.

Untuk para ibu yang baru pertama kali mahu melahirkan, sudah pasti akan merasa teruja dalam masa yang sama turut gemuruh serta bingung untuk membuat persiapaan barang keperluan bagi menghadapi pengalaman pertama kali tersebut.

Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan.

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

1. Tuala

Bawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital. Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya. Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan.

2. Pad Bersalin / Pad ‘Overnight’

Jangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin. 

Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, pilih saiz yang lebih besar dan sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan. 

3. Baju + Kain Batik/Skirt

Walaupun di hospital anda akan diminta untuk menukar baju & kain yang disediakan, namun sebaiknya, sediakan sahaja satu set baju dan kain batik atau skirt yang boleh digunakan untuk dipakai apabila sudah discaj dari hospital nanti.

4. Stokin Tebal

Selain itu, stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan sehingga boleh menyebabkan masuk angin.

6. Tudung Sarung

Sediakan satu atau dua tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad bersalin.
Ia sangat mudah dipakai (tidak perlu menggunakan pin) dan tidak perlu digosok.

7. Suplemen

Supaya bertenaga untuk melahirkan perlukan suplemen yg ringkas dan mudah untuk disediakan. 

Ini kerana mungkin juga akibat menahan sakit anda mungkin hilang selera makan.

Minuman protein tinggi boleh membantu meningkatkan tenaga. Sekiranya diminta bersedia untuk ke labour room boleh lah bancuh ESP Shaklee dan minum sebelum masuk bilik bersalin tu nanti.

8. Nursing Bra

Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi. Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.

9. Kit Penjagaan Diri

Sediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya. 

Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.

Set berpantang Shaklee

Selain daripada persediaan untuk dibawa ke hospital yang saya kongsikan di atas tadi. 

Saya juga teruja untuk berkongsi manfaat set ini untuk mereka yang bakal menjadi ibu diluar sana. 

Pengalaman mengambil set ini sangat mengujakan saya selama perjalanan saya mengandung, bersalin dan akhirnya menyusukan si comel saya. 

Set ini bukan sahaja membantu ibu yang sudah bersalin tetapi juga digalakkan juga kepada semua ibu mengandung. 

Set ini juga membantu menghasilkan air susu ibu yang banyak dan berkualiti.

Ibu mengandung, bersalin dan menyusukan boleh ambil set ini untuk membantu tumbesaran bayi dalam perut dan selagi bayi menyusu dari susu ibu. 

InshaAllah si comel membesar dengan sihat dan jayanya. 

Kita pasti mahu yang terbaik buat si comel yang menghuni rahim kita buat saat ini bukan? Jangan berlengah boleh tekan nama saya di bawah untuk terus hubungi saya. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”