Tuesday, 30 September 2014

Jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit.Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
~Bayi lahir pra matang
~Darah ibu dan bayi yang berlainan.
~Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
~Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
~Etnik Asia
~Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Fisiologi jaundis
Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi jaundis

Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).

G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

~Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.

~Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

~Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :

*Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.

*Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.

*Bayi anda sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

- Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
- Peningkatan kekuningan yang cepat
- Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
- Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

- Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
- Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto
Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

NOTA

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:

Makanan : kacang parang
Herba cina yang tertentu
Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
Bahan kimia
Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

AMALAN SEMASA MENGANDUNG

*Makan kurma ketika umur kandungan 6 hingga 9 bulan
*Amalan makan jus pegaga
*Amalan minum susu kambing
*Jangan makan makanan segera, mee segera
*Elak minum kopi dan teh
*Jangan ambil herba
*Amalan makanan sihat
*Baca Quran dan doa semasa mengandung
*Sikap positif dan jangan stress

PETUA RAWATAN TRADISIONAL

*Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

*Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

*Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka. Tapi sebaik-baiknya mereka susu ibu 2jam sekali.

*Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

*Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan. Mandikan bayi dalam berapa hari.

*Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

*Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( dlm kuantiti yg sedikit sahaja ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan tapi ada juga yg tidak berkesan.

*Setengah orang petua bagi anggur hitam atau jus sahaja

Tips: Jika ingin mengelakkan daripada terkena jaundis boleh juga amalkan Set Hamil Shaklee.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 29 September 2014

Shaklee Labuan : Impian jadi kenyataan bersama Shaklee

Let us be strong and go beyond to know ourselves. Who I am in 10 years? Will I reach my dreams come true? Speechless. Still I don't know what to write and speak out. I want to achieved success in my life. Not I want to, but I need to.

Saya mahu buktikan pada suami, anak saya, keluarga saya dan pada semua orang, saya boleh buat. Saya boleh berjaya. Saya tahu saya perlu sabar dalam berusaha. Banyak yang saya dapat selepas menghadiri Shaklee 'New Distibutor Training' semalam.

Albert Einstein "Jika kita melakukan perkara yg sama berulang kali dan selepas itu kita mengharapkan sesuatu yg lebih bagus dan lebih baik itu adalah satu kerja gila"

Ya. Saya sedang berusaha untuk mencapai impian saya. Saya mengaku kita pernah juga rasa berputus asa walau sedetik dalam berjuang tapi jangan layankan sangat perasaan itu. Kita mesti bangkit lagi. Berusaha, usaha, dan usaha lagi. Mereka yg sudah berjaya jadi master tu, bukan baru setahun dua dalam Shaklee, tapi ada jugak yang hampir 17 tahun buat bisnes Shaklee. "Nothing is impossible".

Jom kita GO FOR IT.

Saya harap yang hadir ke training kelmarin dapat sesuatu yg berharga, jadikan ilmu itu bekalan kita dalam berusaha utk memajukan bisnes dan organisasi kita.

Dapat lagi satu sijil dari Shaklee. Pengiktirafan yg bukan sia-sia



With Speaker 'Shaklee New Distributor Training'
Olivia Fernandez
Jika kita mahu berjaya, kita juga harus korbankan masa dan wang ringgit. Masa untuk rehat, masa tidur, masa untuk bersama keluarga. Kita mestilah sanggup berkorban. Pengorbanan kita sekarang pasti akan berbayar pada masa akan datang. "What you give, you will get back" even more. Still true, selama berada di Shaklee hampir setahun, saya sudah rasa income 4 angka  itu walaupun baru tiga kali. Tapi saya rasa sangat bersyukur. Usaha itu berbaloi. Doa kita pasti termakbul satu hari nanti. In shaa Allah. Kamu tidak akan menyesal. Mari kita bantu lebih ramai orang sihat bersama Shaklee. Pasti tidak rugi. Apabila orang sihat, kita bahagia, bila kita bahagia, kita akan rasa lebih sihat. In shaa Allah.

Come join us. Success with us. 
If interested to join member, boleh call saya.

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 27 September 2014

Tahun Baru Alaf Baru

Salam subuh semua.. dengan cuaca hujan ni, semua tentu masih lena di buai mimpi kan. Godaan utk saya juga, lepas solat tadi kira-kira mahu juga baring lagi, eh tidak apa lah, sementara anak masih tidur ni, korbankan lah masa tidur dulu, selesai melipat pamplet dan mengecop, buka lappy. Lappy saya ni pun sudah lama dari 2008 lagi. Lappy banyak berjasa pd saya masa student life dulu, dan hingga sekarang masih lagi berjasa pada saya. Pernah juga ALLAH tarik balik lappy ni, rosak entah apa masalah, sy bagi tunang (skrg sudah suami) sy di Shah Alam, minta tolong dia hantar repair, sampai Labuan speaker dia tidak bunyi langsung. Alahai... tapi tidak apa lah bah, boleh pasang external speaker. Sampai sekarang masih lagi bisu dan kadang2 boot menu pandai appear n suddenly shutting down. Tapi jarang jadi macam tu. Walau bagaimanapun, perkara tu tidak menghalang sy utk mencari rezeki. Hehe... Syukur alhamdulillah, saya sayang sangat dengan lappy saya ni.

Hehe.. Cerita jasa lappy bah pulak. Sambil2 tu berfacebook lah. Awal pagi lagi dapat message, dia mahu ESP minta bawa pegi ofis isnin nanti. Wah sold out suda ESP saya ni. Mesti restok cepat-cepat. Syukur alhamdulillah atas sokongan semua.

Sedar tidak sedar, sebulan saja lagi masuk tahun baru. Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan diberkati Allah sepanjang tahun hadapan. Semoga yg jauh didekatkan, semoga yg sempit diluaskan, semoga yg sukar dpermudahkan, semoga rezeki bertambah2 dan dikurniakan kesihatan yg lebih baik dengan ibadah yg lebih baik. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 26 September 2014

Performance Drink Natural Orange

Performance Drink
Minuman Hidrasi Tulen – Sebelum, Semasa dan Selepas latihan


Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

TERBUKTI SECARA KLINIKAL:

1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!
2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina (sila rujuk graf)
3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’
4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah

5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Lecitihin Membantu Membakar Lemak

Lecithin adalah keperluan setiap sel dalam badan. Ia adalah merupakan gabungan kolina, inosite dan asid2 lemak yg lain.

Kandungan dalam LECITHIN adalah:

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Sumber makanan yang tinggi LECITHIN:
Soya
Telur

Faedah dan kegunaan LECITHIN:

♥Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!

♥Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.

♥Mengawal penggumpalan platlet darah.

♥Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.

♥Membersihkan saluran darah

♥Menggalakkan metabolisma lemak.

♥Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.

♥Mengawal kehilangan air oleh kulit.

♥Menjaga kesihatan membran sel.

♥Menjaga kesihatan saraf.

♥Penting dalam penghasilan hormon.

♥Untuk rambut yang sihat.

Siapa yang memerlukan LECITHIN

Pesakit DIABETES – mereka tak boleh kekurangan lecithin

Pesakit BUAH PINGGANG – kolina dalam lecithin meringankan tugas buH pinggang untuk memproses protein

Penderita KEGUGURAN RAMBUT – memerlukan lecithin kerana kekurangan inositol (komponen dalam lecithin menyebabkan keguguran rambut).

Pesakit STROK.

Orang yang banyak mengambil karbohidrat kerana ia boleh membentuk lemak dalam darah.

Orang yang mengalami KOLESTEROL TINGGI.

Orang yang mengalami masalah fokus, terutama koordinasi anggota badan.

Pelupa.

Ibu menyusu untuk lancarkan air susu dan merawat bengkak susu.

Mereka yang nak kurus, termasuk ibu yang menyusu.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Lecithin Shaklee

Apakah Lecithin?

~Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi)
~Ia membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti vitamin A,D,E,K, Beta Caretone.
~Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant).
~Untuk commercial purpose ianya didapati dari telor, jagung dan kacang soya.
~Sebagai Fat Emulsifier – Metabolisma Lemak.

Apakah Kandungan Lecitihn?

~Di dalam lecithin mengandungi Asid linoleik (essntial fatty acid) – amat perlu oleh badan. Namun ianya tidak boleh dijanakan dari badan, ia perlu diambil melalui diet harian.
~Kolin iaitu satu komponen neurotransmitter.
~Asetikolina iaitu bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
~Inositol sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Apakah khasiat lecithin?

~SANGAT PENTING untuk proses metabolisme, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
~Lecithin memecah lemak dan mencairkan lemak terutama kolestrol.
~Lecithin menurunkan / mengurangkan total serum kolestrol dan menaikkan kolestrol baik (HDL)
~Membantu mengawal paras triglycerides.
~Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
~Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

Kepentingan Lecithin Untuk Fungsi Otak

Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan , konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan,bercakap, tidur, penghadaman dsb. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yg terlibat dlm penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yg betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi ini akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak hati (liver) adalah lecitihin.

Siapa yg harus menggunakan lecithin?

Untuk mereka yg ingin menurunkan berat badan. Sangat sesuai bagi mereka yg ingin menurunkan berat badan.

Untuk warga emas lecitihn amat diperlukan bagi mereka yg uzur oleh sebab angina, stroke (angin ahmar) dan sakit2 yg biasa dialami oleh orang tua.

Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersendat yg menyebabkan punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

Untuk penghadaman. Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yg dipanggil 'bile' daripada kolestrol. 'Bile' amat penting untuk proses penghadaman.

Untuk sel. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan2 lemak dari makanan ke sel2. choline dan lecithin menguatkan selaput sel2 neuron dan semua sel2 tubuh badan kita.

Untuk kesihatan kadiovaskular (sistem jantung)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “fat emulsifier” di mana ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung. Ia amat mujarab sekiranya di ambil bersama2 omega dan fiber.

Mengapa Lecithin dari Shaklee adalah terbaik?

Lecithin Shaklee adalah diperbuat dari kacang soya. Ini kerana mengikut kajian lecithin dari soya bean berkesan memecahkan deposit kolestrol berbanding dari lecithin dari telor. Ianya tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pewarna. Dan lecithin Shaklee kepekatannya bersamaan 520mg lecithin per kapsul.

Lecithin Shaklee juga cukup famous di kalangan ibu-ibu yang ingin menurun berat badan. Tak percaya? Jom baca pengakuan dari ibu-ibu yang telah menggunakan lecithin dalam program penurunan berat badan mereka.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Effect: Usaha, doa dan tawakal

Syukur alhamdulillah atas kehadrat Illahi. Berkat penghulu segala hari, pasti ada berita yang menggumbirakan, what I means is Allah telah mempermudahkan urusan kita. Cuma kita ni saja kadang terlupa dan terleka untuk menghadap NYA. Kita mahukan yg kurang itu di cukupkan, yg jauh didekatkan, yg sukar, dpermudahkan.. Tapi kita janganlah alpa kan. Ini sbg peringatan diri saya sendiri juga. "Jika kita malas untuk menghadap Allah, Allah akan sentiasa malas utk menghadap kita, Allah akan jauh dari kita".

Dahulu saya tidak pernah berfikir utk bisnes. Saya macam tiada keyakinan sendiri. Mama saya selalu cakap "Rezeki along ada dlm bisnes" tapi..saya tidak pernah lah mengendahkan. Saya pun sekarang sudah berkhidmat di salah satu audit firm di Labuan. Habis belajar dulu pun menganggur dalam 2 bulan baru dapat panggilan interview. Dalam 5 bulan bekerja, mohon cuti untuk pegi konvo. Di sini saya pertama job interview dan bertahan sehingga sekarang hampir 5 tahun.

Lahirnya hero saya, saya menjejakkan kaki ke dunia Shaklee. Masa tu masih dlm pantang lagi. Hati tu ragu2 jugak untuk mencuba pada masa itu. Yalah, saya tidak tahu menahu lagi. Pamplet yg sy dpt dlm bilik breastfeeding pun hilang. Tapi entah cmna Allah memang menunjukkan jalan. Sy jumpa distributor Shaklee tu di fb, dan sekarang sudah menjadi leader/upline/coordinator saya sudah.

Saya sekarang menjadi pengguna Shaklee yang tegar. Yalah, masa mula mencuba tu, rakan2 saya yg menjadi customer dan bonus sy pd usaha yg pertama adalah dalam RM108. Memanglah tidak byk, tapi utk langkah yg pertama, itukan sudah cukup memberangsangkan dan saya rasa sgt bersyukur. Apa tidak, sebelum masuk ahli tu, mintalah izin sama dearest husband kan, susah jugak explain dgn dia masa tu, tapi okeylah dia pun setuju jugak dan menyokong sehingga sekarang. Syukur alhamdulillah. In sha Allah, kalau jln kita pilih itu betul pasti Allah akan permudahkan, pasti Allah akan berikan petunjuk.

Walau saya tidak pernah maintain supervisor sejak Januari 2014, tidak apa, yg penting usaha saja, kalau ada rezeki nanti, pasti Allah akan perkenankan. In sha ALLAH. Sekarang sudah ada blog sendiri, in sha Allah akan ada ramai lagi yang inginkan hidup sihat dan terjamin.

Saya buat Shaklee untuk jaminan masa hadapan saya, suami dan anak-anak. Saya punya impian buat keluarga saya. Saya mahu kecapi bahagia sebenar. Saya mahukan masa depan yg cerah buat saya dan anak-anak, keluarga saya seluruhnya juga.

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 25 September 2014

Penyakit Batu Karang

Apa itu penyakit batu karang?

Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.


Bagaimana boleh terjadi?...


Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang nya meminum air dan banyak berpeluh. Selainnya, batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum banyak kopi dan teh dan sebagainya. Batu karang juga lebih mudah terbentuk apabila seseorang itu mumpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Gejala/ Tanda-tanda Batu Karang


Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.
Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
>Air kencing berdarah.
>Air kencing keruh dan berbau busuk.
>Mual dan muntah.
>Sentiasa terasa hendak kencing.
>Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)


SET BAJET BATU KARANG:-


~B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
~Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
~Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
~OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
~Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi (pesakit darah tinggi tdk d galakkan)
Lebih baik mencegah daripada mgubati


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...


"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan

untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.


Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.


Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum.


Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

>>Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
>>Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
>>Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungi. Justeru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
>>Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Resources: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Phytocol-ST - Pencegahan penyerapan KOLESTEROL

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol-st Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem... penghadaman badan. 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari. 

Keistimewaan Phytocol Shaklee

Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. 

Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.

Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Penyakit Membawa Maut

Punca Mati Awal...

Penyakit kardiovaskular, kanser, respiratori kronik dan diabetes adalah kumpulan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjadi penyumbang tertinggi kepada peningkatan kadar kematian di seluruh dunia.

Penyakit kardiovaskular, kanser, respiratori kronik dan diabetes adalah kumpulan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjadi penyumbang tertinggi kepada peningkatan kadar kematian di seluruh dunia....


Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 38 juta orang maut akibat menghidap NCD setiap tahun dan daripada jumlah itu hampir 16 juta orang maut secara pramatang iaitu meninggal dunia pada usia muda atau sebelum usia mencecah 70 tahun.

Angka kematian akibat NCD di seluruh dunia ini didapati meningkat sejak tahun 2000 dan paling banyak dilaporkan di Asia Tenggara dan Wilayah Pasifik Barat dengan faktor yang menjadi risiko di kalangan penduduk adalah penggunaan tembakau, pemakanan tidak seimbang, fizikal tidak aktif dan pengambilan alkohol berlebihan.

Ajal itu rahsia ALLAH... Selagi kita boleh hidup berusaha lah utk hidup.. bukan menanti saat AJAL kita...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Cyst & Fibroid

APAKAH CYST?


Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. 

Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.

Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibro...id adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.

APAKAH PUNCA FIBROID


Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. 

Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala


Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Fibroid 1. Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2. Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3. Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan

Cadangan Suplemen SHAKLEE:-

GLA Complex Shaklee - Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 24 September 2014

Shaklee Effect: Kecekalan Hati

Siapa kata senang mahu hidup senang. Di mana kita sekarang ialah bergantung pada usaha kita dahulu. Betul kan? Tapi tidak juga susah untuk hidup susah. Kecekalan hati, pengorbanan masa dan wang ringgit serta usaha itu jugak yang penting.

Buktinya, saya wanita berkerjaya tetapi penat lelah berkerja di dalam pejabat di ketepikan demi mencari rezeki lebih. Petang selepas pukul 5 kalau ada customer yang request COD, haaa bawalah partner-in-crime a.k.a dearest husband utk buat delivery. Hari ini pula lain ceritanya, apa tidak, dearest husband ada kerja lagi so dia janji 8pm utk delivery. So tunggu lah di rumah sambil bermain dengan si kecil yang celik pintar yang sungguh menghiburkan. Penat segala hilang bila melihat permataku ketawa dan tersenyum.
cod labuan

Cod Labuan

Tanpa makan, tanpa rehat, kami bergerak buat delivery selepas pukul 8 mlm. Tapi saya okey jak, saya kan berESP setiap pagi. Pasti bertenaga sepanjang hari. Bawak juga Nazran yg tengah bermain dengan kotak Shaklee. Dia pun happy sungguh bila datang stok baru. Hehe. Di bawa berjalan, tertidur pula hero saya tu, kesian dia, penat ya syg ikut ummi cari rezeki. Hari ini awal sikit habis COD sebab sikit jak pun.

Kita promote sihat untuk orang tapi syaratnya biarlah kita juga sihat. jadi kita akan ada keyakinan untuk bertemu orang/customer. Hati harus cekal. Kalau kita sikit-sikit demam, orang pun tidak yakin mahu membeli produk kesihatan kita ini.

Bestnya, hari ini 3 tong ESP sold out, sebelum apa2, saya cepat2 restock. Memang lah lambat pulang modal bila kita beli terlebih dahulu. Tapi sabar dan yakin mesti ada. Produk Shaklee pasti laris. Pada yg sudah mencubanya, pasti tahu keberkesanannya.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Fatty Liver

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis) dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. 

Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

Fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Gejala/Tanda


Kebanyakan pesakit yang mengidap fatty liver tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun berikut adalah tanda-tanda yang boleh didapati :
  • Letih
  • Kurang selesa pada bahagian abdomen – di rusuk kanan
  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.
Hati berlemak 
Hati yg sihat

Sirosis Hati
Pada kebiasaannya pesakit yang mempunyai risiko untuk mengidap fatty liver (seperti obesiti, diabetes pada contohnya) akan di kesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi. Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan fatty liver. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin di jalankan untuk memastikan kewujudan fatty liver dan tahap penyakit tersebut.
HISTOLOGI HATI NORMAL DAN HATI BERLEMAK

Pesakit yang mengidap fatty liver pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. 

Pesakit yang mengidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di bahagian abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati). 

Pesakit yang sudah mengidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mengidap penyakit-penyakit yang mempunyai risiko untuk fatty liver seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana fatty liver adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.

Rawatan


Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obes. 

Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. 

Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit. Pelbagai jenis ubatan telah di uji namun hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.

Pencegahan


Pesakit yang berisiko tinggi bagi mengidap fatty liver hendaklah di kenal pasti dan di beri rawatan awal sebaik mungkin. Tabiat pemakanan yang seimbang adalah penting bagi mengelakkan masalah obesiti dan konsultasi pakar diet atau pemakanan boleh membantu. 

Seterusnya kesemua pesakit yang di syaki mempunyai fatty liver hendaklah di rujuk awal kepada pakar hepatologi bagi melancarkan lagi program rawatan fatty liver. Pakar endokrin akan membantu pesakit diabetes dalam penjagaan tahap diabetes. 

Pencegahan yang paling penting adalah mengelakkan wujudnya sindrom metabolik, pengamalan cara hidup sihat dan menjauhkan amalan makan secara berlebihan hingga menyebabkan obesiti.

Pesakit yang mengidap fatty liver boleh mendapat sirosis pada jangka masa panjang. 

Atas sebab itu pesakit perlu berada pada tahap paling optimum dalam penjagaan penyakit masing-masing seperti kawalan diabetes yang baik, pengurangan pemakanan berlemak bagi menurunkan tahap kolesterol, penjagaan tahap tekanan darah yang baik dalam pesakit darah tinggi dan pengurangan berat badan pada mereka yang obese.

Senaman dan aktiviti riadah hendaklah digalakkan kepada para pesakit dan senaman adalah berkesan untuk mengurangkan sel lemak di hati. Amalan hidup sihat hendaklah ditekankan. 

Kajian telah membuktikan bahawa pengurangan berat badan akan membantu pengurangan tahap penyakit fatty liver pada seseorang pesakit.

Vitamin Cadangan. DTX Complex mengandungi bahan seperti:

Biji ‘milk thistle’

~Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
~Merupakan bahan utama dalam DTX
~Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida

Biji schizandra chinensis

~Menghalang toksin berada dalam badan
~Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
~Mengandungi Antioksida

Cendawan Reishi

~digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida

Dandelion

~Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
~Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

Kunyit

~Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

Ekstrak artichoke

~Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal

Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 23 September 2014

Set Gout/ Artritis

Apakah Gout?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Tanda-tanda Gout

-->Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
-->Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
-->Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
-->Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
-->Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
-->Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
-->Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Set vitamin cadangan:-

Advanced Joint Health Tablet:
>> Membantu kesihatan sendi dan tulang
>> Menguatkan ligamen tisu penghubung (siku dan lutut)
Omega Guard
>> Mengurangkan bengkak akibat gout
>> Bertindak sbg pelincir untuk mengurangkan sakit akibat keradangan sendi
Alfalfa Complex
>> Membantu menbuang kotoran/toksin dlm badan
>> Mengawal asid urik berlebihan
Performance Drink
>> Minuman hidrasi utk mbekalkan air yang cukup buat pesakit gout
>> Melancarkan pergerakan sendi

Sekiranya berminat, anda boleh klik Set Gout/Artritis untuk order.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”