Showing posts with label SweetSour In My Life. Show all posts
Showing posts with label SweetSour In My Life. Show all posts

Thursday, 27 July 2023

Percutian percuma ditaja Super Upline Shaklee

Beberapa kali menang cabutan bertuah anjuran Euphoria Group dan T.E.A.M family. Dan antaranya yang tidak boleh dilupakan ialah hadiah pakej percutian. 

Sudah dua kali saya menang percutian Shaklee. Keduanya di taja oleh super upline saya Master Norita. Ini sebuah hadiah penghargaan daripada Master dan bukan yang pihak syarikat Shaklee taja ya. 

Percutian Shaklee pertama itu pada tahun 2015. Saya menang dua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan bermalam di hotel lima bintang, Melia KL untuk 3 hari 2 malam. Beserta duit poket sejumlah wang yang saya tidak ingat berapa jumlah nya. 

Masa ni saya mengandungkan anak kedua dan Nazran baru saja berumur 2 tahun ketika itu. Kami manfaatkan cuti kami ke sini untuk berjumpa dengan sahabat saya ketika saya menuntut di kolej swasta dulu. 
Shopping mall berdepanan hotel kami

Mereka juga merangkap seperti keluarga saya sendiri. Dapat juga melepaskan rindu pada mereka masa itu. 

Banyak tempat kami pergi masa tu. Kami ada juga pergi ke I-City di Shah Alam dan berjalan sekitarnya bersama abang ipar (abang kepada suami). 

Hari terakhir di hotel sebelum kami turun sarapan. 
Paling tidak dilupakan sebenarnya stay di hotel lima bintang yang serba mewah itu. Tidak pernah terjangka dek akal hatta mimpi pun untuk menginjak kan kaki ke hotel mahal ni. 

Selama kami disana, kami sentiasa ternanti untuk bersarapan di bawah setiap pagi. Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah. 

Percutian Shaklee kedua pula pun dari Nenda Master Norita. Kalini a bit different tidak semewah yang 8 tahun dahulu. Tapi untungnya dapat juga saya bawa anak saya 3 orang untuk bersenang lenang di hotel. 

Kami dikehendaki memilih tempat percutian dan Master perlu book kan hotel sahaja di tempat yang kami pilih. Jadi, setelah beberapa kali tukar tarikh dan tukar hotel, akhirnya dapat juga bilik yang paling comfy dan cozy.

Percutian ini dimenangi bukan saja-saja ya tapi kerana usaha yang mungkin Allah nak bayar di dunia. Justeru saya bersyukur yang amat atas berkat usaha dan tidak putus asa sekali sekala merasa juga worth tawakkal. Alhamdulillah. 

Percutian pertama diberi kerana efektif Supervisor 3 bulan berturut-turut. Percutian kedua saya menang lucky draw daripada salah sebuah contest pembelian yang di anjurkan oleh Nenda Shaklee saya Master Norita. 
 
Jom bercuti bersama Shaklee ! Berminat untuk menyertai saya? Boleh tekan link pada nama saya di bawah untuk menghubungi saya.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 1 April 2023

Tragedi 20 Mei 2009 (Part 2)

Merawat dan menjaga mama di HQE


Mama shaklee
Detik terakam beberapa tahun sebelum tragedi menimpa keluarga kami.

Kisah mama yang perlu di bawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE). 

Hari itu kami duduk di Hospital Labuan untuk menunggu mama dibawa pergi ke HQE. Saya pun pada ketika itu mengalami beberapa kecederaan kecil pada banyak bahagian muka dan badan saya. Belakang telinga saya bengkak, di pinggang saya sedikit cedera, lutut juga luka kerana serpihan cermin pecah terbenam di situ. Jadinya, kami sepakat supaya saya pula tinggal bersama dengan 3 orang adik yang lain. Mama ditemani adik lelaki saya, Azmie menaiki ambulans untuk dibawa ke sana bersama beberapa petugas kesihatan.

Sehari kemudian, adik memberi perkhabaran mama tidak boleh ditemani muhrim lelaki. Perlu juga perempuan yang bersama menjaga di wad untuk keselesaan pesakit lain juga. Jadinya pergilah saya menaiki feri ekspress masa tu direct ke pelabuhan Jesselton.  
Setibanya di sana, seseorang telah menjemput aku tapi ermm aku tidak mahu menyebut namanya di sini kerana aku tidak menganggap nya keluarga lagi setelah apa yang dia lakukan pada kami beradik ketika mama terlantar di hospital. Aku tidak mahu cerita dalam apa yang pasti perbuatan nya meninggal kan kesan parut luka di belakang adikku dan luka yang dalam di lubuk hatiku. Aku tidak mahu ingat langsung perkara itu tapi itulah kepahitan dalam untuk kami berdua ketika berada di sana. 

Apa yang pasti, beberapa hari saya di sana, mama di bawa pindah beberapa kali ke wad lain, dan perlu menjalani pembedahan pembetulan rahang. Ketika kemalangan berlaku, muka atau lebih tepat dagu mama terhentak di bahagian belakang seat hadapan. Jadinya, gigi nya banyak tercabut dan rahang gigi nya yang bahagian bawah sudah tidak betul atau boleh kata lari alignment. So terpaksa pasang besi di bahagian dalam gigi bersambung pada tulang pipi mama. 

Semasa mama dibedah, aku sendiri menunggu di luar bilik bedah, resah gelisah tiada siapa yang boleh dibawa berbicara bersama. Adikku sudah aku suruh dia pulang ke Labuan untuk menjaga adik lain yang masih sekolah masa tu. 

Dan aku pun tidak ingat macam mana kami kembali ke Labuan selepas mama betul dibenarkan pulang masa tu. Yang pasti, kami naik teksi ke pelabuhan dan terus ke Labuan menaiki Feri Ekspres. Itu sahaja. Aku tidak ingat pada ketika itu mungkin aku mencari tempat kami duduk berehat lama untuk menunggu Feri Ekspres tu tiba. Supaya mama boleh duduk berehat sementara menunggu. 

Banyak momen yang terakam cumanya semuanya sudah bercampur aduk dengan ingatan yang lain nya. Pastinya mama untuk beberapa tahun tidak dapat tidur lena dan setiap kali cuaca sejuk dan musim hujan mama rasa ngilu pada besi yang di pasang di pipinya. Mama kurus sangat pada waktu itu. Makan pun sangat susah dan boleh makan bubur saja. 

Apabila di ingat semuanya, mama yang sudah mula sihat berniat untuk mula bekerja lagi. Saya dan adik-adik semua masih belajar lagi. Dan mama kerja sapu sampah di Skuadron Tentera Udara masa tu sehinggalah saya pulang selepas tamat Ijazah. Mencari kerja dan minta mama berhenti kerja selepas itu. 

Ya Allah bersyukurnya kami sekarang tidak sesusah keadaan dulu. Alhamdulillah atas izin Allah, berkat sabar yang banyak, berkat doa mama, kami sudah mampu untuk belikan mama rumah yang lebih selesa sekarang. Pengalaman dulu sangat mengajar kami untuk selalu bersyukur. Terima kasih Allah! 


Saturday, 25 March 2023

Tragedi 20 Mei 2009

Selamat Hari Jadi Bapa 


14 Mac, ulang tahun kelahiran arwah Bapa. Dan dua bulan lagi 20 Mei hari tragedi kami sekeluarga pada tahun 2009 terimbau kembali.

Kehilangan seorang figure ayah tatkala Bapa masih berada di sisiku. Masih segar lagi tragedi tu dlm akal minda ku sehingga ke hari ini. 

Memang Allah SWT sengaja mengambil semula Bapa dari kami semua supaya kami lebih menghargai erti pengorbanan seorang ayah. 

Tragedi 20 Mei



Detik cemas bermula waktu tu aku baru seminggu pulang ke negeri kelahiran utk menjalani latihan industri di salah sebuah firma audit Big Four. Waktu itu Bapa telah pun menunaikan solat asar, kami pun jalan dan Bapa minta aku yg drive kereta dan aku tidak mahu tapi Bapa mendesak. Then masa berhenti d traffic light, lampu bertukar hijau dan tiba² kami di hon oleh kereta belakang, apalagi paniklah masa tu tambah lagi jalan raya agak sibuk masa tu, Bapa suruh sy utk tukar lane ke sblh kiri sbb sy bawa slow kan, entah cmna benda terjadi dgn pantas, Bapa di sebelah tiba² menyebut "eh ada kereta" sambil menggerakkan sikit stereng tu dan dgn terkejut aku terus pusing stereng tu kanan habis. Kereta tu langgar pokok di pembahagi jalan. Gelap gelita. End up kami d lane lawan arah dan sy nmpk ada pula lori dr dpn yg tidak dapat mengawal brek dan melanggar kami dr depan pula. 

Beberapa minit kemudian, masa tu tudung sy pun suda tertarik ke belakang, dgn panik sy cpt² buka safety belt, sy nampak Bapa di seat sblh tidak sedarkan diri, aku pegang  kedua bahunya dan menggoncang sekuat hati dan menjerit memanggilnya tapi Bapa tidak menyahut. Leher nya berlubang dan darah tidak bhenti mengalir keluar dari situ. Aku sempat membacakan 2KalimahSyahadah dan aku lihat Bapa menghembus nafas dua kali. Tiba² saja sy nampak orang ramai mengerumuni kami semua. Dan semua bertanya macam². Pertolongan bomba tiba selepas lebih kurang setengah jam. 

Aku dibantu keluar dr kereta dan bomba cuba membuka pintu sebelah driver utk keluarkan Bapa. Penumpang 4 org yg berada di belakang teruk juga, termasuk mama dan adik bongsu ku. Mama yg berada dibelakang terhempas seat depan jadi beberapa batang giginya tertanggal dan banyak darah kelihatan di seat belakang. Adik bongsu sy tangan nya patah. Ada dua lg saudara yg turut bersama di dalam kereta dan syukur mereka cuma mengalami cedera ringan. 

Dalam Ambulans bersama Bapa 


Kami, aku bersama my first brother and my only little sister berada dalam ambulans melihat Bapa kaku di atas pembaringan dlm ambulans tu. 

Aku pun cuba menyedapkan hati sendiri dan tanya pegawai kesihatan yang bersama kami di dalam van ambulans tu berulang kali. "Bapa saya okey ba kan?" "Bapa sy mau dibawa kemana?" "Bapa saya boleh diselamatkan ba kan?"

Entah apa la yg aku melalut merepek dalam keadan gementar dan takut tu. Jangan ambil Bapa kami Ya Allah! Aku mohon selamatkan Bapa kami. 

Tiba kami di Kecemasan, Hosp Labuan, Bapa terus di tolak ke satu ruang dan mama di katil sebelahnya. Mama agak lemah masa tu ingatan aku pun pudar untuk saat² itu. Keadaan yg sgt chaos jadi aku cuba juga utk kuatkan hati. 

Bapa disahkan sudah tiada. Di kediaman abadi Bapa selamat disemadikan selepas malam tu juga. Mama pula diberitahu cedera parah dan harus segera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth. Balik rumah bersama adik-adik. Tidak ingat sudah siapa yang menghantar kami pulang. Buat seketika hidup kami seperti tiada hala tuju. Malam itu rumah sangat suram. Dan aku tidak dapat lelapkan mata. Di telinga ku masih terngiang lagi bunyi hentakan kuat ketika tragedi tu berlaku. 

Aku masih ingat bunyi itu sehinggalah saat ini. Mengalir air mata ku setiap kali mengenangkan. Walaupun pada saat itu semua berlaku tiada setitis pun air mataku mengalir sehinggalah kami di kawasan kubur yang masa tu ramai orang memberi duit sedekah sambil memandang kami penuh kasihan. 

Malam itu, aku baring sambil peluk kedua adikku, Azmirawaty dan Azwandy yang dua orang lagi Asman dan Azmie Ardy tidak ingat ke mana mereka pergi masa tu. Mungkin berada di ruang tamu. 

Seminggu meratapi mahu tidak mahu aku mesti teruskan perjuangan. Aku kuatkan langkah kaki untuk pergi tempat latihan industri. 6 bulan aku praktikal lepastu kembali ke kampus di UiTM Bandaraya Melaka untuk menempuh satu lagi semester. Walaupun Bapa tiada disisi ketika aku menerima segulung ijazah tetapi syukur alhamdulillah kami semua sudah pun mempunyai karier masing-masing. 

Al-Fatihah untuk Bapa tersayang.  Kami akan terus merindukan Bapa. Rindu yang tiada berpenghujung. Semoga Bapa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn
Syukur Ya ALLAH, aku sempat merakam detik ini ketika kami di airport menunggu untuk saya depart ke KLIA untuk menyambung Ijazah masa tu. Handphone yang kurang canggih membuatkan gambar ini tidak berkualiti tapi cukup mengubat hati yang rindu. 



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 10 March 2023

Mencari Kekuatan

Bagaimana sebenarnya untuk aku peroleh kekuatan. Melainkan air mata yg setia menemani. Syurga itu sungguh mahal harganya sehingga terkadang aku jatuh tersungkur tanpa sempat berpaut. 

Mungkinkah kejayaan yang aku cari ini tidak diredhai? Mungkinkah segala ibadah ku syurga ku tidak ikhlas menerimanya? Atau mungkin semua yang aku lakukan ini salah? 

Dari dulu dan sehingga ke saat ini, aku masih menanti saat yang aku betul perlu bahagia. Saat itu aku masih ternanti tatkala 5 waktu ku dihadapanku adalah cahaya syurgaku. 

Ya! Istiqamah itu sangat berat dan aku nampak sendiri dengan mata kepala otak ku bahawa Istiqamah itu sangat payah. Tatkala itu aku masih mencari² cahaya dari syurga ku entah mengapa masih gelap

Atau aku jadi begini kerana aku pendosa? Salah yang kecil diperbesarkan, hal yg mudah dirumitkan, tiada yang betul dimata syurgaku sehingga sanggup merengus mengeluh kepadaku yg manusia biasa. 

Mungkin dia lupa yg aku juga sering terlupa. Mungkin juga dia tidak pernah mahu faham keadaan ku yg sering chaos dimana saja aku berada jika bersama permata hatiku. Tapi sebenarnya aku masih menidakkan semua ini adalah salahku. 

Aku percaya ini semua dugaan yg memesongkan hatiku dalam berjuang utk mencari kejayaan yg sebenar. Aku pasti aku berjaya suatu hari nanti kerana dugaan yg ku hadapi ini bukanlah calang² 

Ya Allah, kurniakan aku kudrat, akal fkiran, emosi dan fizikal yg kuat untuk seiring mencari redhaMU dlm aku meniti kejayaan itu.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 19 February 2023

Duta Shaklee: Nazran terima anugerah

 
Pada petang yang indah 16 Februari yang lalu, balik sahaja Nazran dari sekolah memberi khabar gembira. Di tangan nya Nazran memegang sijil anugerah kehadiran terbaik dan wang tunai RM10.

Syukur Ya Rabbul Jalil !

Sesungguhnya rintihan seorang ibu untuk melihat juga anaknya menerima anugerah di dengar Maha Penyayang. Walaupun tidak sehebat anak-anak yang lain mendapat tempat dalam kelas tapi ini sudah lebih dari mencukupi.

Syukur atas izin Allah SWT, Nazran jarang jatuh sakit dengan berbekalkan vitamin Shaklee setiap hari.

Sesungguhnya inilah kejayaan sebenar di mana pengorbanan saya terbayar secara tunai. Bukan wang ringgit tapi ketenangan dalam meniti hari-hari saya sebagai seorang ibu yang mengharapkan anak nya sentiasa sihat dan ceria.

Kadang, ada juga sekali dua dia demam tapi sekejap sahaja tidak sampai pun sehari. Mungkin, faktor cuaca dan fizikal nya kepenatan. Cuma, ralat sedikit mendengar nya bercerita yang dia ditolak semasa menuruni tangga sekolah petang itu. Koyak seluar nya yang baru pertama kali dipakai dan ada secalit darah disitu. Tersentuh hatiku.

Walau bagaimanapun, Nazran juga kuat minum air putih. Memang saya selalu pesan supaya jangan lupa minum air yang banyak. Nazran bersekolah pagi dan petang memang penat. Saya yang tengok dia pun penat apatah lagi dia yang mengalami nya sendiri.

Harini, kami solat maghrib bersama. Nazran lah imamnya. Selepas solat, saya pesan supaya usai solat jangan terus bangun berdiri, kita mesti rajin berzikir setiap kali setelah habis solat dan saya ajarkan zikir yang basic untuk dia amalkan. Ayatul Kursi juga jangan dilupa. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa, minta pada ALLAH supaya hidup kita diberkati, supaya kita cemerlang dalam pelajaran.

Nazran salah seorang peserta dalam Program Berkhatan anjuran USIA (United Sabah Islamic Association), sebuah badan NGO yang diadakan pada minggu depan dan seramai 50 orang kanak-kanak yang tersenarai sebagai peserta. Percuma. 

Jadi, saya pesan bila sudah berkhatan nanti, Nazran mesti rajin solat, tidak boleh tunggu ummi ingatkan untuk solat, besar nanti bila ummi sudah tiada abang sudah tahu semuanya dan akan ingat sendiri sampai bila-bila. Dia menangis dan saya pun turut menangis. Semoga jadi anak yang baik ya anakku bila besar nanti. Semoga Nazran tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat. Aminnnn Ya ALLAH!


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 16 February 2023

Inspired Sharing: Anak Bukan Penghalang Bisnes

Tidak! Saya akui pernah memberi alasan anak. Tapi tidak pernah sekali terdetik dalam fikiran dan hati mereka adalah beban. Mereka cuma priority list yang perlu saya penuhi terdahulu. 

Pada tahun 2015, buktinya saya boleh maintain Supervisor dimana saya baru melahirkan anak kedua saya. Saya kerja keras semasa mengandungkan dia. Memang buat semua tanpa henti. Solat Dhuha, Al Waqiah, selawat nabi, masha ALLAH sekali sekala bangun bertahajjud. Tapi, oleh kerana lalai nya dunia dan kerja hakiki dan teguran oleh majikan, saya mula tidak istiqomah semua itu. 

Perlahan-lahan ALLAH tarik ribuan bonus, downline come and go dan segala macam dugaan lagi yang boleh dikatakan excuses. 

Nayladina 
Dua malam yang lalu, tertampar dengan kisah dua orang Master Shaklee yang mempunyai 8 org anak dan keduanya di uji dengan anak ke 4 mempunyai masalah kesihatan. Seorang Master anaknya autisme, sorang lagi lahir saja jantung berlubang. Allahu! Sungguh tidak saya dapat bayangkan kalau saya di tempat mereka. 

Dugaan saya cuma sebutir pasir di sebuah pantai luas kalau dibandingkan dengan dugaan kedua-dua Master itu tadi. Ya! Saya pasti semuanya tidak ada yang mustahil kerana Allah SWT itu ada. Saya sudah pun alami sebahagian besar nikmat yang sama yang mereka temukan suatu ketika dahulu. Memang tiada yang mustahil. 

Inspired betul malam tu dengar perkongsian daripada orang orang hebat yang telah dipilih Allah SWT untuk berjaya. Mendengar kisah bermacam dugaan dan cabaran yg sgt tidak terbayang dek akal mcm mana klu aku yg bdepan dgn situasi yg sama. Allah! Mungkin aku tidak kuat. Tapi setelah diduga uncounted times, mereka boleh kenapa kita tidak?

"Kejayaan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan yg paling hebat adalah menentang musuh dalam diri kita sendiri. Perjuangan perlukan ketabahan. Ketabahan itu memerlukan keyakinan pada Allah. Keyakinan menentukan kejayaan"
Sambil mendengar sharing kedua-dua Master, saya melipat kain sambil mencatat input yang diberi. Habis saja kelas pandang ke belakang, puteri bongsu saya Nayladina sudah pun tertidur kerana menunggu umminya yang khusyuk mendengar LIVE sharing.  

Jom fight UMRAH ditaja oleh Shaklee sepenuhnya. InshaALLAH !!

Semoga ALLAH mendengar. 
Semoga aku sabar untuk menjentik pengalaman yang di impikan itu. 
Ya ALLAH Rabbul Jalil kuatkan kudrat ku. Ya ALLAH tunjukkan aku jalan untuk aku turut menikmati saat manis itu bersama ahli keluargaku yang lain. Walaupun mungkin juga dalam masa 3 tahun lagi atau 7 tahun lagi. Kau tunjukkanlah aku jalan. 
Ya ALLAH kurniakan aku semangat untuk terus berjuang tanpa aku menoleh ke belakang lagi. 
Ya ALLAH buktikanlah ini adalah pilihan yang paling tepat dalam aku memperbaiki diri ku kepadaMU. Aminnn ya rabbal alaminnn....


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda & keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
Shaklee ID 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 11 March 2018

Rawat Chicken Pox

Dua minggu yang lalu saya terjangkit cacar air atau lebih dikenali dengan panggilan 'chicken pox'. Saya pun tidak sedar sehinggalah mama saya selak belakang saya dan kepala saya yang sudah mula banyak. Kerana tidak tahu, saya tergaru dan terpecah yang ada di muka kening saya. Apa lagi memang teruk lah jadinya. Tambahan lagi, yang tumbuh di kepala membuat saya rasa sakit yang amat. Keesokan harinya saya turun bekerja tapi disebabkan sakit yang amat saya dihantar pulang oleh rakan baik saya. Petang itu juga saya pergi klinik membawa puteri saya kerana dia juga sudah terjangkit. 

Beberapa hari saya tidak mandi untuk menunggu semua cacar air tu habis keluar. Ia tumbuh di seluruh badan saya tiada yang tiada. Tersiksanya pasti menahan sakit. Apa yang pasti saya makan ubat mengikut masa dan saya makan juga Vitamin C Shaklee untuk kuatkan antibodi. Setiap hari minum air kelapa muda untuk menghilangkan rasa panas badan. Mungkin ada lagi tujuan lain minum air kelapa muda ni saya ikut saja. Selain itu, terpaksa sapu calamine lotion yang diberikan oleh doktor untuk mengelak rasa gatal dan miang di badan. Sudahlah payah hilang kesan calamine lotion tu melekit.

Yang lebih menyayat hati anak sulung saya pun kena. Kami bertiga dirawat oleh mama saya yang kebetulan suami saya berada di luar bandar selama beberapa minggu. Terima kasih mak. Apa pun mak sangat bersabar merawat kami yang sakit dan banyak bunyi ni. 

Pertama kali ke klinik, doktor bagi 7 hari sick leave, habis nya sick leave saya hadirkan diri ke pejabat tapi saya belum sembuh sepenuhnya dan masih berjangkit jadi perlu sambung cuti sakit jadi pagi itu saya cuma beberapa minit di pejabat dan berjalan kaki ke klinik. 

Di klinik, saya dihubungi cikgu tadika Nazran, anak sulung saya yang mengatakan dia belum boleh hadir ke sekolah jadi saya hubungi adik saya untuk menjemput nya di sekolah dan membawanya ke klinik.

Hampir dua minggu, saya duduk kuarantin di rumah. Makan, telan ubat, tidur, tengok tv itulah kerja nya yang sangat membosankan tambah lagi menahan sakit menyucuk seluruh badan. Sekarang, sakit itu sudah mula berlalu cuma menunggu skin healing saja lagi. Gatal jangan cakaplah kan. Tapi kena tahan jangan digaru. Masa ini boleh sudah sapu Herbal Blend Shaklee. 

Paling terkilan dan sedih, tiket saya ke kelantan bersama rakan sepejabat hangus. Lebih dari RM300 sayang nya ya Allah. Betul lah percaturan Allah tu hebat. Beberapa hari sebelum pergi kami merancang untuk pergi banyak tempat tapi Allah Maha Berkuasa dua hari selepas berbincang perjalanan, saya kena pula chicken pox yang memang saya terpaksa hadap tanpa boleh ke mana-mana. Sedihnya... Terkilan yang amat. 

Apa yang pasti sakit itu menghapus dosa. Sakit itu juga memberi ruang untuk kita betul-betul berehat. Saya lebih bersemangat pergi ke pejabat selepas sembuh dari sakit. Alhamdulillah. Ya, Allah beri saya sebab untuk saya berehat di rumah. Syukur alhamdulillah. 


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 10 March 2018

Rinduku pada Shaklee (Part II)

Oleh desakan beberapa perkara, belian saya pun mula menjunam. Sejak dua tahun lalu bermacam perkara yang telah berlaku dalam dunia Shaklee. Beberapa produk pun telah dihentikan pengeluaran, ada juga produk yang lama tidak muncul dalam pasaran atas sebab perlu dinaik taraf dan diformulasikan semula. Tidak kurang hebatnya dengan kenaikan harga yang sangat memberi impak bagi kami semua sebagai pengedar Shaklee. Harga pengedar, harga runcit, harga PV semuanya berlainan. Oleh disebabkan itu, saya agak rasa serba salah untuk mengenakan harga mahal pada pembeli. Apa tidak, saya menjadi pengedar Shaklee bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan tapi untuk membantu mereka yang betul memerlukan. Maklumlah Shaklee bukanlah produk sembarangan yang boleh dijual pada siapa yang berminat. Kami sebagai pengedar juga perlu consult dahulu.

Bagi saya keberkatan itu lebih penting. Saya berasa bekerja di pejabat di mana majikan membayar gaji saya tapi saya ambil kesempatan untuk melakukan kerja lain. Saya lebih banyak leka pada Shaklee sehingga prestasi kerja saya merosot. Kerana itu, saya mula sedar saya perlu tumpukan Shaklee di luar masa pejabat dan bukan terus melakukan kerja lain di sebalik gaji yang diterima. Saya risau ianya tidak berkat. Pernah saya terdengar ceramah agama, keberkatan itu penting untuk kita lebih berasa cukup dalam apa saja rezeki yang Allah swt berikan. Ya, betul. Memang banyak tu banyak rezeki yang saya terima dalam bentuk wang. Sangat. Bonus dari Shaklee tambah dgn gaji saya memang a lot of money dan saya betul2 rasa 4 angka dalam bonus Shaklee. Few times juga. Memang gembira lah kan. Tapi bila dilihat dari sudut lain kerja saya di pejabat mula merosot, saya mula kurang tumpuan dan lama kelamaan saya rasa down apabila ditegur oleh majikan. Sejak dari itu, saya sedar. 

Apa pun saya masih aktif lagi menjual Shaklee terhad kepada rakan-rakan yang betul menghargai saya sebagai pengedar suplemen ini. Dan pada sesiapa saja yang memang kenal dan mgetahui saya dan suami saya pengedar sah Shaklee. Pastinya kami masih pengedar yang bertauliah. Saya tidak akan pernah give up dalam Shaklee saya. Biar tidak banyak yang saya terima yang pasti saya sentiasa berasa selesa. Bagi mereka yang di luar sana, tolong jangan kecam kata-kata saya ya. Kerana Shaklee bisnes yang sangat fleksibel. Bagi mereka yang tiada kekangan dari majikan, mereka adalah yang bernasib baik. Berbeza dengan saya, kerana kerja saya perlu penumpuan kerja yang sangat tinggi apabila berada di pejabat. Di sebalik semua ini, saya tahu saya sudah menghadapi hikmah nya kerana telah beberapa kali di naikkan gaji dan juga mendapat penghargaan 'long service award' dari majikan saya. Saya sangat menghargainya. Sangat gembira. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana saya berasa bahagia untuk semua itu. Rezeki itu rahsia Allah swt. Saya percaya. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 13 November 2017

Rinduku pada Shaklee (Part I)

Haiiii semuaa....!!!

Hampir setahun saya tidak menjenguk blog saya ni... Rindu ya memang rindu, tapi atas kekangan masa saya tidak sempat mengisi ruang post dengan pengalaman saya berShaklee. Ramai yang fikir saya tidak buat Shaklee lagi. Tapi sebenarnya, saya masih setia dgn Shaklee lagi cuma tidak seaktif dulu oleh kerana situasi yang tidak mengizinkan sejak beranak kecil dua tahun lalu. 

Tapi dalam masa yang sama saya tetap menjual kepada rakan terdekat, keluarga dan regular customer yang memang setia membeli dari saya. Mereka memang tahu saya masih menjual cumanya susah untuk buat online sharing. Apa-apa pun saya tetap menjadi pengguna tegar Shaklee dan tidak pernah tinggalkan Shaklee dlm hidup saya. 

Sampai satu tahap apabila saya lambat reply message dari pembeli, dari sanalah saya mula kehilangan customer seorang demi seorang. Saya terima dengan hati terbuka kerana ada yang lebih memerlukan saya ketika itu. Biasalah di samping seorang ibu dan isteri, saya juga seorang kakak sulung yang sangat mengambil berat hal adik-adik saya. Sampai saat ini pun, masa saya masih belum lagi stabil untuk memberi komitmen penuh pada Shaklee. Yalah, sekarang ni anak membesar jadi saya kurangkan menatap handphone di depan mereka. Jadi masa saya bersama customer online saya sangat terhad. Sebab itu saya dapat customer baru pun pasti dari offline sharing. 

Tapi, percaya atau tidak? Selama tidak aktif nya saya berShaklee, saya tetap mendapat bonus setiap bulan pasti ada saja yang menyelit walaupun sekecil ringgit RM28.20 tetap ada nilai jugak kan. Akaun saya tidak pernah tertinggal untuk menerima bonus Shaklee. Syukur alhamdulillah. 

Kita cuma perlu percaya yang rezeki itu datang dari ALLAH. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur. Besar atau kecil yang pasti nikmatnya luar biasa. Keberkatan rezeki itu sendiri memang akan memberi kepuasan pada kita walaupun hanya serendah-rendah jumlah nya. Percayalah. Jangan pernah putus asa pada ALLAH swt. 


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 10 November 2016

Pengalaman Kedua Melahirkan

Hai semua...Salam ceria!!!  Pengedar SHAKLEE yg sudah lama mendiamkan diri. Sunyi saja blog ini rasanya...

Tapi entri kali ini di isi untuk share perkembangan si bunga yang ada di taman rumah aku iaitu puteri ku bernama Nashwadina Asyirah.

Sekejap saja rasanya masa berlalu, puteri ku ini sudah menginjak ke umur setahun. Sejak akhir ini, dia mula menonjolkan kecerdikan dan kecomelan nya tu. Hihi. Ummi rasa sungguh berbesar hati. Rupanya hampir setahun lah sudah saat-saat getir itu berlalu. Melahirkanmu mencatat pengalaman baru bagiku dalam sejarah hidup.

Bermula di hari due 13 November 2015, aku terpaksa pergi pre-natal appointment seperti biasa. Oleh kerana bacaan tekanan darah tinggi aku di bawa terus ke hospital dengan ambulans. Pertama kali lah pengalaman naik ambulans yang sangat laju dengan membawa perut boyot masa tu. Ngam hari tu hari Jumaat encik suami terpaksa pergi Solat Jumaat dan tidak dapat follow ke hospital.

Di hospital, seperti biasa lah procedure pendaftaran di emergency dan aku di tolak di dalam wheel chair. Aduhai macamlah aku tidak boleh berjalan kan. Tapi kata nurse Suni Idris yg tolak aku tu memang kena tolak kalau doktor nampak aku berjalan sendiri mungkin akan dimarah. Yalah kan pesakit darah tinggi ni tidak boleh penat nanti tekana darah naik. Kasihan nurse tu, termengah-mengah menolak aku naik di laluan wheel chair pesakit tu.

Dipendekkan cerita aku di masukkan ubat setiap hari dan monitor blood pressure lagi, pasang mesin CTG di awal subuh hari. Pagi Isnin, 16 November 2015, aku diberitahu kalau tidak ada progress lagi aku mungkin terpaksa melahirkan secara pembedahan. Tapi pukul 9 pagi itu aku di masukkan ubat untuk ketiga kali. Oleh pakar Dr Ehad Helmi. Sejam selepas itu sakit kontraksi mula menyerang dan aku tidak dapat makan dengan seleranya. Masih boleh tahan lagi. Tahan saja sakit tu tanpa memberitahu sesiapa pun. Pukul 4 aku diperiksa oleh seorang nurse bertugas. Katanya baru 2cm. Fuh! 2 cm saja padahal sakit bukan main lagi. Ya Allah Ya Mujib. Doktor pula yang check katanya 4cm dan decide masuk labour room. Haaaa? So soon. Menggeletar seluruh badan rasanya rasa takut dan rasa sakit bercampur baur. Sehingga kan petugas nurse tadi yang check aku offer untuk tolak aku guna wheel chair. Aku sempat bertanya, "bolehkah" jawabnya, "eh boleh bah sini aku tolak kau"...

Dari pukul 4 petang, setiap jam berlalu terasa begitu lama kerana aku sering merenung jam dinding yang berhampiran. Hujan lebat dan kilat kedengaran di luar. Dan melalui tingkap kecil di labour room tu aku boleh lihat percikkan hujan mengena cermin tingkap itu. Sakit? Jangan cakaplah kan. Tidak dapat dibendung.

Tiba masa untuk meneran aku cuba sedaya upaya sekuat hati tapi tenaga itu datang cuma sementara. Tolak lagi, tekan lagi still tidak dapat juga. Sehinggakan aku lupa terlalu banyak percubaan entah berapa kali dan doktor decide untuk vacuum baby aku. Arrhhh fikiran aku bercelaru, sedih pun ada, terkilan kerana tidak mampu mengeluarkan puteri ku. Kasihan anak ummi. Setelah dia dikeluarkan, lama barulah tangisan nya kedengaran. Aku bertanya pada doktor "is it a girl?" petugas nurse malam itu mendekati "baby girl" dan dari kejauhan aku nampak tanda di bawah dagunya.

Selepas dibius, dijahit, diberi masa untuk rehat, dia dibaringkan di sebelah ku untuk sentuhan kulit dan beri dia breastfeed. Betapa besar kuasa Allah swt itu kan. Bayi baru dilahirkan tahu untuk menghisap apabila disuakan puting susu ibu.

Setelah keluar dari wad O&G, kami check in pula di wad neonatal sebab baby kuning tinggi mengejut. Ummi pula masa itu, masih belum sembuh berjalan pun sakit, bangun dari duduk saja air kencing mengalir tanpa sedar, buang air besar pun secara berdiri. Yalah kan digunting kan untuk memasukan vacuum equipment tu untuk tarik baby keluar. Peritnya pengalaman.

Pejam celik setahun berlalu, seperti nya kesan vacuum tu masih lagi tidak hilang. Terkadang setiap kali membuang air kecil rasa tidak lawas. Apa pun melihat mereka membesar menghilangkan rasa sakit melahirkan mereka. Terubat juga hati seorang ibu kepada dua anak ini. 


Friday, 13 May 2016

Rencah Hidup Bermula Dengan Shaklee

Saya dahulunya tdk pernah terfikir utk join apa2 bisnes. Apatah lagi yg melibatkan produk-produk selain drpd makanan biasa kita makan kan. 

Suatu hari dalam 2013 saya sangat runsing apa yg boleh memberikan air susu badan sy banyak, rasa mcm down juga masa tu, baru melahirkan anak pertama secara caeserean pula tu, kena lagi anak saya jaundis berpanjangan (prolonged jaundice) melebihi 14 hari dan sering mpunyai bacaan tinggi. Sudahnya saya bermalam di hospital temankan anak saya utk dapatkan rawatan lanjut, dengan susah payah bergerak lagi pada masa itu, duduk menyusukan susah apatah lagi baring. Memang langsung tidaklah. Rehat yang cukup memang tidaklah kan. Tegarnya untuk menyusukan anak sy masa itu, risau semua beri pada dia sehinggakan nurse yg lawat saya post natal tu cakap risaukan diri sendiri juga. Tapi macam mana kan? Siapa yg tidak risau anak yang keluar masuk hospital untuk dapatkan rawatan fototerapi tu. 

Saya mencari segenap facebook, saya join group Kumpulan Ibu Menyusukan di facebook. Satu hari tu terserempak dengan seorang kakak ni dia tengah mengepam masa tu di dalam bilik menyusukan di Hospital Nukleus masa tu. Dia bagi saya pamphlet. Simpan2 pamplet sampai hilang baru saya sibuk cari balik. Tidak jumpa juga. Jadi saya cari dalam facebook. Alhamdulillah jumpa. 

Sekarang beliau merupakan mentor saya di dalam hidup Shaklee saya. Saya pun beli set menyusu untuk mencuba. Selepas 2, 3 hari tu saya tidak puas hati sebab set diberi cuma trial pack shj. Apa lagi saya decide untuk beli ESP & Alfalfa set menyusukan yg paling asas. Selepas beberapa hari mengambil dua produk ni. Saya pam susu sy dpt lebih drpd biasa. Saya share di facebook dan dapat menarik perhatian beberapa rakan yg juga sedang menyusukan anak. Alhamdulillah mereka mahu mencuba.

Apa lagi, tercetuslah idea saya untuk buat part time income. Saya tidak pasti selepas beberapa hari saya berfikir banyak kali untuk masuk ahli. Yalah kan selain kita dapat membantu orang lain hidup sihat, kita juga dapat pulangan dalam bentuk wang ringgit. Makan Shaklee sambil jana pendapatan. Saya pun dapatkan persetujuan daripada suami. Syukurlah dia setuju saja. 

Sebenarnya bukan mudah juga untuk buat Shaklee ini. Kadang-kadang ada juga halangan walaupun dari suami saya sendiri. Kalau saya ingat balik, mengalir juga air mata saya ini. Tapi atas kekuatan yang ada. Saya tahu ini keputusan yang terbaik untuk saya, anak, keluarga dan suami sy sendiri. Adalah kalau ada dalam sebulan dapat juga bonus RM100++ kan. Siapa mahu bagi kalau bukan dari hasil usaha sendiri kan?

Sekarang saya perhatikan, ramai rakan-rakan yang berkerjaya mencari pendapatan secara sambilan. Saya pasti dalam keadaan ekonomi sekarang, inflasi lagi, kita harus ikhtiar untuk mendapat pendapatan lebih daripada kerjaya kita juga. 

Apatah lagi, suri rumah berkerjaya seperti saya ini yang mempunyai dua org cahaya mata. Kita rasakan keadaan ekonomi memaksa kita untuk berjimat. Tapi saya yakin, rezeki itu rahsia Allah swt kan. Jadi kita tidak perlulah mempertikaikan apa yang belum sempurna di dalam hidup kita sekarang. Kita juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hindarkan perasaan tidak bersyukur dan sering mengeluh. Saya pun pernah dikejutkan dengan kata-kata seorang bekas sahabat sekolah yang katanya "Untung suami kau ni Asda, sebab kau pandai cari rezeki sambilan dengan berbisnes"

Di dalam Shaklee, saya dijanjikan dengan pelbagai ilmu. Bukan sahaja pengetahuan am tapi juga ilmu kerohanian. Kami berkeluarga dalam Shaklee. Kami juga bersaing secara sihat. Jika kita mempermudahkan urusan orang lain, nescaya Allah swt juga akan mempermudahkan urusan kita suatu hari nanti. 

Khas buat suamiku, walaupun banyak ketidaksempurnaan syg di mata abang. Syg pasti abg tidak akan pernah menyesal untuk memilih syg sebagai teman hidup abg. Terima kasih atas segala sokongan dan segala pertolongan yang dihulurkan ikhlas tidak ikhlas syg sgt menghargainya. Abg adalah business partner yang paling supportive dan penyabar. Terima kasih abg.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 8 February 2016

Sibling trip to Kundasang

Shaklee Labuan

Alhamdulillah dapat juga bersiar-siar bergambar dengan mak dan adik2 di Kundasang seperti yang selalu di impikan... Bermalam di rumah mentua, trip pergi kundasang awal pagi dan turun dari ranau lewat petang.. Sampai di bandar Kota Kinabalu kedai di Centre Point teda lagi yang buka. 

Tapi tidak apa...Syukurlah juga emua mahu ikut berjalan bukan macam selalu mesti ada yang kurang. Kali ini kita pecah rekod. Macam2 karenah adik beradik, yang diselang seli kan dengan tangisan daripada dua orang cahaya mata. Peninglah, bisinglah, sempitlah, laparlah, inilah itulah... Sesungguhnya kalau masih ada arwah bapa tentu lagi meriah. 

Insha Allah kita simpan semua di dalam kotak ingatan untuk menjadi memori terindah...

Akhir kata, terima kasih kepada encik suami yang sanggup drive kami sepanjang perjalanan. 

Friday, 5 February 2016

5 Years Long Service Award 2010 - 2015


Receiving Long Service Award

Tiada kejayaan tanpa kepahitan dan kegagalan, demi menikmati kemanisan hari ini perlu bersusah payah dahulu...

Dahulu berjauhan dengan keluarga demi mencapai cita-cita, sanggup pergi semenanjung selepas SPM demi kecintaan terhadap akaun. Pergi jauh dengan satu azam ingin memijak anak tangga UiTM suatu hari nanti.

Walaupun belajar di kolej swasta, tapi dalam masa yang sama bergelar student UiTM juga. Setelah berjaya menggenggam ijazah, dapat juga berkerja di satu firma audit yang sangat memberi cabaran kepada diri sendiri sehingga kini.

Lima tahun berkhidmat di firma profesional ini.

Darilah masuk berkhidmat saya berkenal dengan suamu saya sehinggalah sekarang dikurniakan dua cahaya mata. Thank you for this appreciation ~ KBCF Tan.

Wednesday, 18 November 2015

Assalamualaikum dunia....


Assalamualaikum dunia...
Ahlan wasahlan utk puteri ku, stlh bjuang berhari2 akhirnya sy selamat melahirkan anak kedua kami yang sihat pd 16 Nov 2015 @ 10.58mlm dgn berat 3.43kg... 

Kisah Hari Kelahiran

Pagi itu, sekali lagi debaran untuk memasukkan ubat untuk kali ketiga. Kalini ketua pakar sendiri yang akan memasukkan sekaligus membuat VE pada saya. Sakit bukan main. Nafas yang tidak tertahan kerana sakit yang amat. Seperti biasa selepas masuk ubat, tidak digalakkan bergerak dalam masa sejam. Jadi baringlah kan. Tidak lama selepas itu, sayaa mula rasa sakit. Tengahari itu, seperti biasa saya makan bersama suami di wad itu sambil menahan sakit berdesing di seluruh punggung. 

Dalam pukul 3 lebih, nurse VE dan tidak puas hati itu doktor pun VE juga tdk lama lps itu. Akhirnya saya dibawa juga ke labor room 

Kisah di Labor Room

Saya dibawa ke labor room lebih kurang 4 ptg. Saya ditanya mahu guna kerusi roda kah, saya tanya balik, bolehkah.. Nurse tu jawab bolehh... 

Setibanya disana saya disiapkan, CTG machine di pasang, periksa tekanan darah saya, diberi suntikan apaa tu lupa sudah untuk penenang supaya saya tidak berapa rasa sakit risau tekanan darah saya terlalu tinggi pula. 

Setiap kali rasa sakit yang datang saya akan tengok jam. Setiap rasa sakit itu lenyap sedikit saya mula melelapkan mata. Setiap kali tercelik masa berlalu begitu pantas walaupun orang akan fikir ianya terlalu lama. 

Seingat saya, saya mula meneran dlm lebih kurang 9.30mlm. Progress yang membuka pun perlahan. Yalah, baru mahu beranak normal kan. Teran punya teran, kepala bayi tidak juga mampu keluar. Akhirnya, doktor mencadangkan vakum untuk membantu baby yang berdegup laju. Kasihan dia. Selesai episiotomi, anak saya divakum dan keluar terus di letak pada atas perut saya. Panas dan penuh darah. Saya melihatnya dengan pandangan kabur. 

Sedang doktor menjahit luka saya, saya juga sibuk bertanya. Is it a girl, my baby? What do U want to do? Can I stand the pain? Detik cemas yang tidak akan pernah terhapus dalam ingatan. 

Sesungguhnya segala nya berlaku dgn penantiannya yg lama lagi menyakitkan. Mana lagi anak saya perlu di bawa ke NICU untuk pantau kepalanya. Mana lagi luka jahit yang saya perlu jaga. Mana lagi kaki saya bengkak yang sangat berat untuk saya berjalan. Mana lagi kencing yang tidak mampu tahan. Mana lagi darah tinggi saya yang lambat turun. Mana lagi saya takut untuk tidur baring. 

Semuanya terpaksa saya hadapi dengan tabah dan kuat semangat. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 13 November 2015

40w: Hari Yang Mendebarkan

Hari ini kandungan ku genap 40 minggu. Kami menunggu tanda-tanda melahirkan sejak 3 minggu lagi tapi tiada juga. Atas nasihat nurse, jika belum melahirkan sehingga tarikh due, aku mesti datang klinik seperti antenatal biasa. Sesungguhnya aku tidak pernah menduga di hujung jangkaan melahirkan aku diserang tekanan darah tinggi. Setelah selesai antenatal terpaksa pula dilanjut periksa oleh doktor then dengan lama tunggu bersama encik suami, saya diberitahu untuk terus admit dan di bawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Cepatnya masa berlalu, lebih dua tahun yang lalu, aku di sini juga admit untuk melahirkan anak sulung. Kali ini bakal melahirkan anak kedua pula. Cara yang sama terpaksa induce juga untuk melahirkan. Wad yang sama tidak banyak yang berubah. Nurse pun ada yang aku masih kenal lagi.

Entah apa kesudahan kisah melahirkan anak kali ini. Si adik ini sangat selesa berada di dalam perut. Bagiku aku cukup banyak berjalan2. Sehinggakan penat dan terkena darah tinggi.

Di hospital, saya dipasangkan tangsi darah. Terpaksa menanggung siksa kesakitan kalau pergi mandi, kalau menggerakkan jari juga sangatlah sakit. Esok kita tunggu pula apa prosedur yang doktor ingin lakukan. Semoga saja dipermudahkan.

Tidak sabar menunggu kehadiranmu sayangku menemani kami di sini, ayah, ummi, omah, abg Nazran dan acik n uncle2...

Thursday, 5 November 2015

Pengedar Shaklee Labuan: Debaran Menunggu Hari Melahirkan

Bagi saya setiap hari saya sudah bersedia untuk menghadapi tanda-tanda untuk melahirkan. Sehingga kan saya sendiri tidak mampu bersabar untuk melahirkan si comel ini. Mulanya saya mengaku takut dan berfikir bermacam kejadian sehingga saya bermimpi.
info melahirkan

Sekarang 38w 6d sudah. Saya tidak lagi berfikir yang bukan2. Setiap tidur saya lena tanpa diulit mainan mimpi. Saya mula tenang untuk menunggu saat itu tiba. Dua mlm sebelumnya saya mengalami Braxton Hicks contractions. Sakit yang boleh saya tahan dan saya bawa berehat dan mudah lena tanpa berasa apa2 sakit. Saya siap inform downline Shaklee saya yang memang bertugas di wad O&G di hospital. Dia berpesan kalau pecah air ketuban cepat2 pergi ke hospital. 

Due saya cuma lagi 6 hari. Saya mula risau adakah saya akan overdue? Tugasan saya ada lagi yang belum selesai di pejabat. Tapi yang pasti team saya akan tau apa yang perlu dilakukan ketika ketiadaan saya nanti. InshaALLAH. 

Setiap bangun pagi saya akan bermonolog, errmm rupanya saya belum beranak lagi ini. Barang persiapan sudah pun lengkap. Menunggu saja saat2 itu tiba untuk terus dibawa barang ini pergi nanti. Senarai barang keperluan yang saya muatkan pada Shaklee Tote Bag dan storage basket bertutup tu ialah:-

Mommy list:
Stokin (2)
Kain sarung/batik (2)
Baju butang/nursing blouse (1)
Nursing bra (2)
Disposable panties (5)
Breast pad (2)
Toiletries 
Thermos air panas
Shaklee Herbal Blend 
Maternity pad (10)
Tuala mandi 
Selipar 
Power bank 

Baby list:
Baju lubang-lubang (1)
Baju long sleeve (1)
Mittens+Booties (2)
Sapu tangan
Selimut 
Towel (2)
Kain lampin (4)
Pampers new born (3)
Baby shower 
Baby powder/talc
Tisu basah
Cotton ball 
Minyak kayu putih

Sunday, 1 November 2015

Misi Breastfeeding

shaklee labuan
Ini adalah nekad dan tekad saya untuk menyusukan anak saya kedua ini dengan jayanya. Semua ini berkat daripada usaha untuk menyusukan anak saya yang pertama. Walaupun dua tahun yang lalu saya agak terlambat menyediakan segala persiapan sebelum masuk bekerja dan bekalan susu mula berkurangan. Kali ini saya tidak mahu terulang lagi kesilapan yang dulu.

Alhamdulillah, semua masih ada dan masih berkeadaan baik setelah tersimpan elok dua tahun dan rasa bersyukur sangat untuk memulakan misi breastfeeding saya tanpa ada kelambatan. Saya cuma membeli 'cooler bag' baru, 'ice pack' juga baru dan botol susu medela untuk breastpump electrik saya sebab yang dulu tu sudah kekuningan dan tulisan ukuran sudah tidak kelihatan. Saya juga sedia membeli medela membrane sebagai spare part sebelum terjadi apa2 pada membranes yang ada pada pam susu medela tu. 

Kali ini saya ada medela collection shells, prelove item daripada sahabat saya yang berada di Kuala Lumpur. Ini adalah senarai persiapan saya untuk menyambut kelahiran bayi kedua dan untuk menyusukan si comel secara ekslusif:-

~ Medela mini electric breastpump
~ Tommie Tippee manual breastpump
~ Cooler bag 
~ Milk storage bottles & storage pots
~ Reusable ice pack
~ Washable breast pad 
~ Milk collection shells
~ Nursing wear(blouse)
~ Nursing bra
~ Nursing poncho

Wednesday, 28 October 2015

Persediaan Menyambut Kelahiran Si Comel

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua....

Saya masih lagi menghitung detik2 cemas untuk melahirkan cahaya mata saya yang kedua ini. Bagi saya, tekanan itu pasti ada pada semua orang tapi saya ini lain sikit. Apa tidak, saya ini kuat berfikir sampai lah saya termimpi-mimpi saat melahirkan, anak saya lahirkan, detik di labor room, semua masuk mimpi saya. Itulah orang kata jangan terlalu difikir sudah jadi begini kan payah... Tapi apa boleh buat ini adalah personaliti saya.

Isnin minggu lepas, kandungan saya genap 36 minggu dan saya diberi temujanji untuk berjumpa
pakar untuk memeriksa keadaan luka pembedahan saya dan untuk memastikan samada saya boleh melahirkan normal. Awal pagi saya ke antenatal appointment di klinik ibu anak untuk regular check up. Perut kosong tanpa isi kecuali air putih yang saya bekal dari rumah. Agak mencemaskan apabila saat memeriksa degupan jantung bayi, nurse yang bertugas tidak dapat mencari dan mendengar dan saya baring agak lama untuk mereka betul2 jumpa degupan jantung si comel saya itupun selepas 15 minit membelek2 perut saya... Alhamdulillah...

Di pakar pula, selesai mengambil urin di makmal lama juga saya tunggu untuk giliran saya di panggil, lebih sejam. Daripada relax tenang saya mula nervous, apa tidak saya patient terakhir mereka. Saya masuk dengan senyuman sehingga doktor yang bedah saya tegur saya dan betul2 masih ingat saya. Wah, banyak2 patient doktor tu, dia ingat saya juga doktor india tu. Sabarrrr sajalah... Haha...

Di dalam, saya duduk dan dengar penerangan doktor mengenai risiko sekiranya saya normal dan juga caesar untuk kali kedua ini. Keduanya ada risiko. But we have no choice even both are risky, we need to take it. Nothing to leave it. Apapun mesti lah melahirkan anak ini. Tiada istilah "take it or leave it". Takkan lah kita mahu simpan dalam perut saja si baby ni. Kann.. Sakit kah, risiko kah, koyak perineum kah, pendarahan kah, apa pun kita kena terima dan lalui juga saat itu. Apa yang pasti kita perlu berdoa supaya InshaAllah akan dipermudahkan. Mereka memang akan bagi kita pilihan samada ingin mencuba normal atau teruskan caesar section. Nevermind, we can do it!!!

Now, something growing in my belly will turn 38 weeks. Saat itu semakin hampir, dan saya pun tidak pasti apakah tanda-tanda melahirkan yang saya akan rasa dulu nanti. Adakah air ketuban akan pecah dulu? Atau keluar lendir yang banyak? Atau juga contraction yang kerap? Atau juga lain dari yang lain bukan seperti yang saya jangkakan.

Persediaan semua sudah lengkap, inshaALLAH tinggal di bawa pergi bila saat itu tiba nanti. Breastpump pun sudah bersedia. Botol baru sudah beli untuk menggantikan botol yang sudah lama. Spare part untuk breastpump elektrik pun sudah beli. Nursing bra sehelai, nursing wear sehelai... Nursing poncho masih cantik dibeli dua tahun yang lalu. InshaAllah semua persediaan cukup untuk menyambut kelahiran si comel.

Wednesday, 5 August 2015

My Hero - Turn 2 years



Nazranfiddin Asjad


Hari ini entri untuk anak pula, yalah saya sangatlah berbesar hati untuk menceritakan tumbesaran anak saya yang pertama ini. Apabila melihat kepintaran, kbijaksanaannya, lincah dia bgerak saya sangat2 terharu, juga sangat gembira yg tidak boleh saya gambarkan dengan kata2.

18 Jun 2013 tarikh yang amat bermakna buat kami sekeluarga, anak saya merupakan cucu sulong buat mama saya dan di sebelah suami saya pula bertambah pula cucu setelah 7 orang cucu dari kakak dan abang kandung suami saya. Nazran sangat istimewa di mata saya sebagai ibu yang mgandungkan, melahirkan, menjaga dan mnyusukannya sepanjang saya cuti berpantang.

Bukan apa, kalau dikenangkan saat-saat sebelum dan selepas melahirkan dulu banyak dugaan kami berdua yang baru bgelar ibu bapa untuk pertama kali. Bayi saya mengalami jaundis melebihi 14 hari dan kami sampai dua kali masuk wad untuk rawat Nazran yang bacaan bilirubin nya mendadak naik. Disebabkan oleh itu, semua bayi yang mempunyai "prolonged jaundice" terpaksa di ambil darahnya sehingga dua tiub darah untuk dibuat ujian keseluruhan seperti fungsi jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Masa tu pun sangat menyayat hati sebab kami tidak dibenarkan bersama semasa darah itu di ambil, menjerit menangis Nazran kami hanya mampu mendengar dari luar sehinggakan dia tersedu-sedu menangis tidak bersuara semasa saya mengambil nya.

Di wad pula, kami mesti menginap sehingga dua malam dan hanya dibenarkan keluar pada pagi hari ketiga. Begitu juga pada kedua kali kami di tahan di wad yang sama. Setiap pagi dia akan di bawa keluar oleh petugas nurse untuk mengambil ujian darah bilirubin nya yang di ketip di belakang tapak tangan. Sehingga sekarang bekas luka itu masih kelihatan di tangan Nazran. Setiap kali melihat itu, saya mesti akan teringat kembali betapa payahnya kami lalui hari-hari sepanjang sebulan tu. Pelbagai cara alternatif yang kami cuba untuk memastikan anak kami sembuh sepenuhnya.

Pengalaman di wad kanak-kanak, saya tidak mampu lupakan apabila petugas di situ sampai meninggikan suara dan mengherdik saya. Terasa saya ni sudah buat satu jenayah pula. Saya tidak pernah tidur selesa kerana menjaga Nazran. Dia pun kelihatannya suka sangat membuka penutup mata yang dipasangkan padanya. Setiap dua jam saya kena menyusukan dia supaya dia lebih banyak membuang air. Sehingga pernah satu hari tu, Nazran asyik tidur saja sampai nurse terpaksa tampar untuk kejutkan dia dari bangun supaya dia boleh menyusu badan dari saya. Sedih juga pada masa itu. Setiap malam di wad tu saya mesti mengalirkan air mata. Mungkin sebab tekanan perasaan dan juga terlalu melayan rasa sakit hati dengan layanan nurse dan petugas di situ. 

Bukan itu sahaja, disebabkan Prolonged Jaundice Nazran diberi tarikh untuk berjumpa dengan Paedriatik. Satu hari tu, mereka dengar sesuatu pada jantung Nazran ada bunyi pelik tapi Paedriatik di Hospital Nukleas tidak dapat memastikan apa itu sebenarnya. Apa yang mereka katakan pada kami mungkin juga boleh tertutup atau mungkin juga lubang tu tidak tertutup sampai bila2 dan mungkin juga dia mesti menerima lawatan lanjutan. Pelbagai kemungkinan yang kami dengar daripada doktor pakar. Siapa yang tidak risau memikirkan itu tambah lagi kami ini terpaksa pergi ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak di Likas Kota Kinabalu. Seharian kami berada di sana menunggu giliran. Kami bersarapan di hospital dan malam sebelum itu kami terpaksa menginap di hotel berdekatan untuk mudah ke sana. Di sana, beberapa proses yang kami terpaksa hadapi disebabkan Nazran tidak mahu diberi ubat pelali supaya dia tidur untuk memudahkan doktor memeriksa keadaan jantungnya.

Semasa umur 8 bulan Nazran juga diberi tarikh untuk berjumpa dengan pakar Audiotory di Hospital Pakar ENT (telinga, hidung dan lidah). Sesampai sahaja kami di sana, kami terpaksa menunggu lama dan syukur juga waktu itu Nazran tidur semasa diperiksa tapi tiba telinga sebelah untuk diperiksa dia pula sudah terbangun dan sesi pemeriksaan terganggu dan doktor tidak dapat menjalani ujian telinga nya dengan sempurna jadi kami diberi tarikh lain lagi selepas umurnya 1 tahun kami bawa lagi dia ke sana untuk menyempurnakan sesi ujian pendengaran nya. Kali ini agak well behave walaupun dia tidak pandai duduk diam kerana banyak mainan dalam bilik doktor yang memeriksa dia pada waktu itu. Nakal juga waktu tu. Setelah pahit maung bersusah payah ke sana ke sini akhirnya Nazran dapat juga meneruskan hidup seperti biasa tanpa pemeriksaan lanjutan di mana2 klinik pakar.

Setelah dia membesar dan beratnya naik dengan sihat setelah 4 bulan, Nazran mula susut berat badan selepas saya mula kembali berkerja. Sehinggalah sekarang beratnya juga masih belum mencapai berat badan ideal bagi umurnya yang sudah meningkat dua tahun.

Walau bagaimana cara sekalipun, saya sangat berbangga dengan apa kami ada sekarang. Nazran mula menampakkan kepintaran nya dan sangat aktif bermain bola. Itulah dugaan saya sekarang, setiap petang saya rasa berat hati untuk menambah waktu kerja saya demi melihat dia sejurus saya balik bekerja. Naluri seorang ibu kan memang ingin sentiasa rapat dengan anaknya.

Saya mengenal Shaklee pun selepas saya habis berpantang dan barulah saya bermula dengan Set Penyusuan Bajet dan setelah Nazran berumur 10 bulan saya cuba juga bagi dia Meal Shake dan juga Omega Guard. Saya bagi pun sebab Nazran mengalami masalah berat badan dan carta beratnya sudah mula menurun dan setiap bulan terpaksa bawa dia ke klinik kesihatan untuk monitor berat badannya ni. Tambahan lagi berklinik pakar paedriatik setiap 5 bulan sekali. Tapi sebelum umurnya 2 tahun kami sudah tidak perlu membawanya ke Paedriatik lagi kerana masalah berat badannya tidak membimbangkan oleh kerana perkembangan tumbesaran Nazran sesuai dengan umurnya walaupun dia nampak kecil. Hehe.

Sekian rencah perjalanan sepanjang Nazran menginjak ke umur 2 tahun. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan kekuatan dan seiring dengan ketabahan kami berdua ayah dan ummi.