Tuesday 12 December 2023

Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee kali ini akan saya ceritaka  serba sedikit manfaat 3 produk iaitu: 

Shaklee Herb-Lax: Mengandungi campuran herba semulajadi yg membantu melancarkan sistem penghadaman dan membantu membuang sisa kotoran dari dalam badan.

Shaklee Lecithin: Membantu membakar dan memecah kan lemak. 

Shaklee Omega Guard: Sumber asid lemak omega-3 yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat bertindak sebagai 'pak guard' kepada salur darah. 

Sebab apa saya cakap Set Kurus Shaklee? Mari kita check it out! 

Dlm entry ini serba sedikit tentang 3 produk di atas


Omega Guard 


Produk yang paling utama sekali ialah Omega Guard. Omega Guard lebih penting kerana ia membantu ksihatan menyeluruh. 

Ini kerana mengandungi Omega3 yang  menyokong kesihatan jantung yang mana ia melancarkan peredaran darah masuk dan keluar ke jantung kita dan juga maintain denyutan nadi (heartbeat) yang normal. 

Omega yang bertindak sebagai minyak pelincir melancarkan proses peredaran darah that will leads to mengurangkan risiko pembentukan darah beku (blood clot),  mengatasi gejala kebas² tangan dan kaki, juga ia merupakan anti-radang (anti-inflammation). 

Omega Guard menjadi salah satu produk set kurus sebab ia melindungi salur darah kita daripada menyerap kolesterol jahat (LDL).

Herb-Lax


Seterusnya, Herb-Lax ini disamping menyokong keselesaan penghadaman dengan membantu melancarkan pergerakan usus dan membuang toksin dari badan

Ia juga memberi keselesaan dan mengatasi masalah kembung perut dan sembelit, ia juga promotes beauty health sebab dengan membuang toksin dari dalam badan itu tadi. 

Herb-Lax juga membantu mengurangkan tumbuhnya jerawat pada kulit. Best kan?  sendiri amalkan Herb-Lax setiap kali perlu mesti saya telan Herb-Lax. 

Lecithin


Produk ini sememangnya membakar dan memecahkan lemak. Tetapi disebalik itu, Lecithin juga meningkatkan tahap metabolisme dalam badan kita. 

Metabolisme ini ialah proses meningkatkan kadar pembakaran kalori atau tenaga badan untuk menjalankan pelbagai fungsi fisiologi, seperti bernafas, mengedarkan darah, dan memperbaiki sel. 

Jadi, Lecithin dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit dan rambut dengan membantu menjaga keseimbangan lemak di dalam badan. So, Lecithin pun sangat penting ya! 

Kesimpulan, kombinasi produk-produk ini memberi manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang, seperti meningkatkan sistem imun, membantu mengekalkan berat badan, membantu proses penghadaman, serta mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung.

Secara keseluruhan, set kurus Shaklee bukan sahaja membantu seseorang mencapai berat badan yang diidamkan, tetapi juga memberikan manfaat kesihatan yang luas untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Pain Relief Caplet untuk sakit sendi

Produk Shaklee ini telah lama ada di pasaran cuma pernah timbul sementara saja kerana masalah kekurangan bahan menyebabkan pengeluaran Pain Relief Caplet ditundakan seketika. 

November lepas kembali lagi menghangatkan pasaran. Dengan dua bahan utama yang mempunyai rahsia tersendiri untuk menghilangkan rasa sakit dan masalah sendi dan juga sakit lain nya. 




Ekstrak Boswelia 


Boswellia ialah sejenis herba semulajadi dan mengandungi sebatian boswelik yang 
mempunyai ciri-ciri antikeradangan dan melegakan kesakitan.

Ekstrak Safflower 


Safflower juga herba yang digunakan sejak lama dahulu. Ia kaya dengan polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan antiradang.

Kedua-dua bahan ini bertindak secara sinergi yang membantu mengurangkan kesakitan sendi dan otot tanpa mengganggu lapisan perut. 

Selain daripada melegakan kesakitan otot dan sendi, pain relief caplet juga boleh mengurangkan gejala migrain dan simptom² menstruasi. 

Selamat untuk di ambil dalam jangka masa panjang. Shaklee mempunyai keistimewaan nya tersendiri kerana mengolah herba semulajadi untuk membantu mengurangkan sakit.

Gandingan mantap jika diambil bersama OsteNutrix Shaklee. Jangan lupa mencuba ya pasti tidak menyesal. Yang berminat boleh hubungi saya cuma tekan saja link pada nama saya di bawah.  


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday 7 October 2023

Mengapa perlu memilih Vitamin C Shaklee

Vitamin C ini sebenarnya penting untuk kita makan setiap hari walaupun kita sihat walafiat atau sakit kah tetap perlu vitamin C.. Sebab apa?


↯ Ia membantu penyerapan zat besi supaya zat besi ini mudah diserap ke dalam badan kita, zat besi ini kan penting untuk pembentukan darah kita. 

Untuk wanita yg datang haid, mereka perlukan Vitamin C utk bantu serap zat besi yang cukup supaya tidak mengalami masalah anemia.

↯ Untuk meningkatkan imun badan, kita perlu vitamin C sebagai perlindungan supaya kita tidak mudah jatuh sakit, imunisasi ni mesti kuat kalau tidak kita sering demam dan selsema

↯ Membentuk kolagen penting untuk kulit sihat, Vitamin C shaklee ni dia ada elemen yang boleh bentuk kolagen. 

Semakin kita berusia makin kuranglag kolagen dalam badan oleh kerana itu makin meningkatnya umur muka kita akan mudah nampak kedut atau garis2 halus, apatah lagi gigi pun senang retak dan pecah. 

Kita juga perlukan vitamin C untuk kulit putih bersih terutama sekali pada orang bekerja di bawah sinaran atau sering terdedah pada cahaya matahari.

Kita perlukan vitamin C yang cukup juga sebab sekarang sana sini pergi mesti ada saja orang yang merokok, kita jadi second smoker yang boleh memusnahkan Vitamin C yang ada dalam badan kita. 

Apatah lagi orang yang merokok, lebih memerlukan Vitamin berganda daripada orang yang tidak merokok ini.

Vitamin C juga penting utk mempunyai gusi yg kuat. Kalau ada antara mereka yang sering mengalami gusi berdarah semasa memberus gigi anda mengalami masalah kekurangan  Vitamin C. 

Kalau kekurangan vitamin C juga gusi akan berwarna hitam, ulser sana sini di mulut...

Keistimewaan Vitamin C Shaklee


Istimewanya Shaklee menghasilkan Vitamin C yang mempunyai teknologi sustained release yang mana vitamin C yang ada pada badan kita  dilepaskan secara perlahan-lahan jadi ia akan digunakan untuk melindungi seluruh imun sistem dan disebarkan bila diperlukan dan tidak akan dibazir keluar daripada badan 

Jadi buat apa beli yang mempunyai kandungan mg yang tinggi tapi kalau nanti setiap kali berpeluh dan buang air vitamin C tu akan keluar daripada badan? 

Sebab itu pilihlah Shaklee pasti kalian tidak rugi. Tepuk dada tanya selera anda.

Tambahan lagi, Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak buah jagung. Jadi ianya selamat pada perut yang sensitif contoh pada mereka yang mudah gastrik. 

Bukan itu saja, kandungan Vitamin C Shaklee juga terdiri daripada Bioflavonoids dan Hesperidin. 

Tahukah anda? Bioflavonoids ini penting dalam penghasilan vitamin C kerana ianya meningkatkan fungsi vitamin C tu sendiri tanpa Bioflavonoids, dan hanya mempunyai Asid Askorbik saja maka tidak bermaknalah Vitamin C yang dihasilkan itu. 

Hesperidin, lagi satu bahan yang terkandung dalam Vitamin C Shaklee yang juga dikenali sebagai sitrus bioflavonoids. 

Hesperidin ini berfungsi sebagai antioksidan di dalam setiap tablet vitamin C untuk mengurangkan keradangan dan juga alahan. 

Penting untuk kita tahu setiap kandungan suplemen yang kita amalkan. Jadi jangan malas untuk membaca informasi nutrien yang terdapat di setiap botol vitamin kita. 


Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Mengapa saya memilih vitamin Shaklee

Shaklee: Suplemen Terbaik

suplemen


Mengapa saya memilih Shaklee sebagai vitamin dan suplemen harian saya?

Terdapat banyak fakta yang membuktikan suplemen ini adalah pilihan yang sangat bijak buat kita semua. 

Lagipun, saya alami nya sendiri selama lebih 10 tahun bersama vitamin Shaklee menjadi pengguna yang setia termasuklah mak saya, adik-adik, suami dan anak-anak saya. 

Sumber dari Alam Semulajadi 


Hampir kesemua produk Shaklee adalah dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan yang sangat selamat dimakan dan diguna pakai. 

Lagi pula terdapat banyak vitamin yang mengandungi makanan sunnah Rasulullah SAW.

Sebagai contoh: 

daun senna
Herblax yang mengandungi ekstrak daun senna dimana daun senna ini adalah salah satu makanan yang sunnah diamalkan dari zaman Nabi Allah. 

Alfalfa Complex juga di hasilkan daripada sejenis tumbuhan bernama daun alfalfa. 

Daun alfalfa ini yang mana akarnya tumbuh di kedalaman tanah sepanjang 5 meter. Lagi dalam akar alfalfa ini tumbuh lagi banyak khasiat yang kita dapat.   

Research and Development 


Kamu pernah dengar kah tu "The Landmark Study". Ia adalah salah satu kajian terbesar mengenai pengguna produk suplemen dalam  jangka masa yang panjang. 

Kajian ini diketuai oleh penyelidik pemakanan terkemuka, Dr Gladys Block dari Universiti California, Berkeley, 

Studi klinikal ini memerlukan peserta untuk menjalani ujian darah bagi memeriksa biomarker kesihatan utama. 

Keputusan kajian ini telah menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil pelbagai jenis suplemen dalam jangka masa panjang dapat meningkatkan kesihatan pengguna secara menyeluruh. 

Pengguna produk 'Shaklee' mempunyai biomarker yang LEBIH SIHAT untuk kesihatan jantung, otak, dan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil produk Shaklee atau tidak mengambil sebarang suplemen. 

Nama yang tidak asing juga untuk kami di Shaklee ialah Elizabeth Helen Blackburn, reseacher yang mengetuai kajian dalam penghasilan Vivix, produk top Shaklee.

Vivix ialah satu-satunya produk yang ada di pasaran  Malaysia yang mengandungi polifenol, elagic acid,  anthocyanins dan sebagainya yang dihasilkan daripada 4 bahan utama. 

Dr Blackburn ini memang terkenal weh kalau taip ja namanya di Google confirm banyak info tentang beliau. Saya pun teruja bila baca tentang The Telomere Study (Kajian Telomere). 

Kajian ini dilakukan untuk meneliti kesan pemakanan, gaya hidup, dan faktor-faktor lain terhadap panjang telomere. 

Telomere adalah bahagian DNA yang terdapat di hujung kromosom yang berfungsi untuk melindungi kromosom daripada kerosakan semasa pembahagian sel. Telomere yang lebih pendek dikaitkan dengan penuaan dan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan diabetes.

Hasil kajian Telomere menunjukkan bahawa peserta yang mengamalkan pemakanan yang seimbang, berolahraga secara berkala, dan mempunyai tahap stres yang lebih rendah mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding dengan peserta yang tidak mengamalkan amalan tersebut. 

Dalam kajian ini, Shaklee turut dipilih sebagai salah satu produk pemakanan yang dikaji kesannya terhadap panjang telomere peserta. 

Hasil menunjukkan bahawa peserta yang mengambil Shaklee Life Plan mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding dengan peserta yang tidak mengambil sebarang produk pemakanan tambahan.
 
Hebat kan? Saintis ni punya dia gali semua hasil ciptaan Allah yang sangat memanfaatkan kita. Allah menciptakan segalanya pasti ada sebab musabab nya.  

Safe Proven 


Terbukti selamat kerana menjalankan penyelidikan dan penyulingan beberapa kali untuk memastikan sesuatu produk dihasilkan itu bersih dan bebas daripada bahan berbahaya. 

Contoh: Omega Guard ialah minyak ikan yang dihasilkan daripada ikan kecil-kecil di laut. Ikan ini akan diproses untuk di ekstrak minyak nya dan ahli saintis Shaklee melakukan 3 kali penyulingan. 

Tahulah kan ikan-ikan di laut dalam ni terdedah dengan bahan berbahaya seperti merkuri. 

Merkuri ini ialah bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya terkumpul dalam badan kita pada tempoh masa yang agak lama. 

Ia juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, saraf dan penyakit seperti migrain, jika kandungannya terlalu tinggi dalam satu-satu produk. 

Produk Shaklee yang lain juga InshaALLAH semua diyakini selamat. 

Terbukti Berkesan 


Of course lah, saya mengalaminya sendiri selama 10 tahun, sejak saya memula cari set penyusuan demi anak sulung saya. 

Set penyusuan tu ada ESP yang juga merupakan salah satu produk dalam Set Kurus Shaklee. Bermacam produk Shaklee yang saya guna, darilah set facial care, penjagaan rambut, losyen herba sehinggalah produk kesihatan rumah. You just name it. 

Basic H, produk penjagaan rumah, basuh sayur, basuh botol susu semua boleh basuh guna Basic H ni multipurpose cleaner weh. 

Selamat sangat sebab tiada element kimia langsung ya RM49 boleh guna untuk setahun lamanya sebab guna pun setitik dua saja. Berbaloi kamurang mesti try ni.

shaklee labuan
Lagi, Herbal Blend yang ni 1 tiub baru berapa RM42 saja tapi sangat multipurpose, boleh sapu tumit pecah, sapu pada niple luka, sapu pada ruam lampin baby, sangat selamat. 

Dan saya pernah terkena air panas konsisten sapu pada tangan saya alhamdulillah hilang kesan air panas tu. Banyak betul ba testimoni. Saya sendiri jadi peserta kajian sudah ni haha. 

Overall, Shaklee ialah supplements terbaik untuk kita semua. Baik yang ada masalah kesihatan atau pun tidak. Eloklah kita amalkan supaya kesihatan kita di tahap yang terjamin. 

Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Kita tidak mahu jadi antara orang yang 'terhentak baru nak terngadah'. 

Kesihatan kita adalah yang utama supaya kita boleh teruskan hidup dengan penuh nikmat. Pilih lah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Fikirkanlah ya! 

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleelabuan #shakleesubangjaya #shakleecheras #shakleeselangor

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday 12 September 2023

Set Mengandung Shaklee


Semasa awal kandungan saya amalkan set mengandung Shaklee dan mula makan B-Complex untuk memenuhi keperluan asid folik, juga membantu selera saya dan mengawal emosi saya yang sering sakit kepala

B-Complex Shaklee istimewa kerana ianya lengkap dengan asid folik dan semua 8 jenis vitamin B. 

Pastinya kita semua lebih tahu bahawa asid folik ini sangat perlu untuk pertumbuhan janin dalam rahim kita supaya membentuk saraf tunjang bayi yang sihat. 

Malahan mereka yang mahu mengandung dinasihatkan supaya makan asid folik seawal yang mungkin.

Disebabkan itu kita memerlukan suplemen sebagai pelengkap nutrisi kita.

Seterusnya kita cerita vitamin C lah pula... Vitamin C ni bila-bila pun perlu bukan saja semasa mengandung bah. 

Tambahan lagi vitamin C Shaklee ini ada kelainannya yang tersendiri yang mampu membina kolagen di dalam kulit kita yang mampu menjaga ksihatan kulit kita pada bila2 masa dan di mana saja kita berada. 

Lagipun ianya diekstrak daripada buah jagung ya, bukan vitamin C yang macam di pasaran yang selalu kita jumpa diekstrak daripada buah oren sitrus yang boleh menyebabkan kita mendapat gastrik. 

Tambahan lagi, vitamin C memang sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam badan kita jadi tidaklah kita sering mengalami kekurangan zat besi.

Tiba masanya untuk menceritakan keperluan OsteNutrix sebagai sumber kalsium kita ini pula. 

Sejak dari mengandung, melahirkan dan menyusukan itulah kita nampak perlunya kalsium ini lebih kepada wanita. 

Segala nutrien yang ada pada badan wanita mengandung dan myusukan akan disalurkan juga pada si comel dari dalam kandungan sehinggalah dia lahir dan seterusnya menyusu badan. 

Jangan nanti sudah menginjak umur 40 tahun nanti kita mula sudah mengadu kesakitan apatah lagi penyakit tulang yang serius boleh membawa kpd Osteoporosis. 

Kalsium ini bukan sahaja untuk tulang kita, tapi juga untuk gigi dan gusi. 

Jangan menyesal kalau kita mudah diserang sakit gigi di kemudian hari gara2 kita tdk mempunyai cukup bekalan kalsium di dalam badan utk diri sendiri dan juga untuk si baby. 

Kita tidak risau dengan bekalan jika kita benar2 minum susu rendah lemak tinggi kalsium 4-5 gelas sehari semasa mengandung.

Saya pun tidak mampu menelan 4 gelas dalam sehari sebab itu saya memilih untuk menelan OsteMatrix. 

Bagi saya OsteNutrix sangat perlu untuk memudahkan saya tidur lena tanpa menghadapi kebas dan kekejangan kaki

Selain dari itu mudah saya untuk membuang setiap hari tanpa sembelit. Baik semasa mengandung dan juga tidak.

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday 8 September 2023

Keperluan Ibu Bersalin

Sepanjang pengalaman saya sebagai wanita mengandung tiga celik permata hati saya juga mengalami tiga kisah yang berbeza.

Debaran setiap wanita mengandung sememangnya kian terasa apabila menghampiri tarikh akhir untuk bersalin. 

Ini bermakna anda perlu menyediakan barang keperluan bersalin dengan secukupnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

Sekiranya anda tidak membuat persiapan awal, ia akan menyebabkan anda berada dalam keadaan kelam kabut dan barang-barang yang penting boleh ketinggalan.

Untuk para ibu yang baru pertama kali mahu melahirkan, sudah pasti akan merasa teruja dalam masa yang sama turut gemuruh serta bingung untuk membuat persiapaan barang keperluan bagi menghadapi pengalaman pertama kali tersebut.

Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan.

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

1. Tuala

Bawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital. Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya. Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan.

2. Pad Bersalin / Pad ‘Overnight’

Jangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin. 

Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, pilih saiz yang lebih besar dan sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan. 

3. Baju + Kain Batik/Skirt

Walaupun di hospital anda akan diminta untuk menukar baju & kain yang disediakan, namun sebaiknya, sediakan sahaja satu set baju dan kain batik atau skirt yang boleh digunakan untuk dipakai apabila sudah discaj dari hospital nanti.

4. Stokin Tebal

Selain itu, stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan sehingga boleh menyebabkan masuk angin.

6. Tudung Sarung

Sediakan satu atau dua tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad bersalin.
Ia sangat mudah dipakai (tidak perlu menggunakan pin) dan tidak perlu digosok.

7. Suplemen

Supaya bertenaga untuk melahirkan perlukan suplemen yg ringkas dan mudah untuk disediakan. 

Ini kerana mungkin juga akibat menahan sakit anda mungkin hilang selera makan.

Minuman protein tinggi boleh membantu meningkatkan tenaga. Sekiranya diminta bersedia untuk ke labour room boleh lah bancuh ESP Shaklee dan minum sebelum masuk bilik bersalin tu nanti.

8. Nursing Bra

Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi. Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.

9. Kit Penjagaan Diri

Sediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya. 

Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.

Set berpantang Shaklee

Selain daripada persediaan untuk dibawa ke hospital yang saya kongsikan di atas tadi. 

Saya juga teruja untuk berkongsi manfaat set ini untuk mereka yang bakal menjadi ibu diluar sana. 

Pengalaman mengambil set ini sangat mengujakan saya selama perjalanan saya mengandung, bersalin dan akhirnya menyusukan si comel saya. 

Set ini bukan sahaja membantu ibu yang sudah bersalin tetapi juga digalakkan juga kepada semua ibu mengandung. 

Set ini juga membantu menghasilkan air susu ibu yang banyak dan berkualiti.

Ibu mengandung, bersalin dan menyusukan boleh ambil set ini untuk membantu tumbesaran bayi dalam perut dan selagi bayi menyusu dari susu ibu. 

InshaAllah si comel membesar dengan sihat dan jayanya. 

Kita pasti mahu yang terbaik buat si comel yang menghuni rahim kita buat saat ini bukan? Jangan berlengah boleh tekan nama saya di bawah untuk terus hubungi saya. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday 22 August 2023

Doa istimewa buat wanita

Saya ingin kongsikan disini amalan doa khas untuk semua yang bergelar wanita solehah di seantero dunia. 


Saya pasti ramai wanita yang diluar sana bersifat sensitif seperti saya. Sangat mudah menitiskan air mata. Bacalah doa ini ketika anda bersedih. 


Doa yang harus diamalkan ketika haid yang mana kita dikecualikan untuk solat tapi tidak untuk terus berzikir dan berdoa. 


Ini adalah doa yang telah diajarkan Rasulullah SAW kepada isterinya. Semoga akhlak dan iman kita menjadi lebih baik hari demi hari.

Sama-sama kita amalkan ketiga-tiga doa ini. InshaAllah hati kita lebih tenang dan lebih terbuka dalam keadaan apa jua sekalipun.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wanita hebat amalkan 3 vitamin ini

Entri kali ini pakat untuk cerita pasal vitamin khas untuk wanita. Biasanya wanita ini di gelar supermom kerana terkenal dengan multi tasking nya.

Beberapa hari lalu terlihat fyp Ustaz Syamsul Debat yang menceritakan perbezaan seorang lelaki dan wanita. Wanita dikatakan melakukan beberapa tugas dalam masa yang sama.

Begitulah wanita, saya sendiri mengaku semasa memasak di dapur saya melakukan perkara secara sambilan contohnya membasuh pinggan, memasukkan kain dan sabun ke dalam mesin basuh, dan juga kadang menyapu rumah juga. 

Tamak dalam satu masa nak juga buat semua. 

Bukan itu saja, kebanyakan mak-mak adalah yang orang pertama bangkit di waktu pagi dan juga yang terakhir masuk tidur. 

Itu baru cerita yang suri rumah, belum lagi yang berkerjaya tu. Entah sibuk nya tidak terbayangkan sudah bagaimana kan. 

Jadi untuk lebih terjamin, wanita atau ibu ini perlu supaya kekal sihat, bertenaga paling tidak pun mahu juga kekal berseri. Tak gitu? 

First and foremost vitamin untuk wanita adalah OsteNutrix. Kerana wanita lebih cenderung untuk menghidap osteoporosis berbanding lelaki maka tulang-tulang wanita kena di jaga.

OsteNutrix



OsteNutrix yang lengkap dengan kalsium  untuk tulang dan sendi, magnesium yang membantu tidur yang lebih lena dan Vitamin D untuk sistem ketahanan badan.

Kedua, GLA Complex. Ini merupakan vitamin subur buat wanita. Mereka yang ada masalah haid atau yang sering mengalami PMS yang teruk boleh amalkan GLA. 




Vitamin ini mengandungi Vitamin E juga yang membekalkan antioksidan supaya bukan sahaja wajah kelihatan awet muda tapi stamina kita juga kekal kuat seperti orang muda.

Ketiga, Vitamin yang saya suka sekali ialah Alfalfa Complex. Point paling penting bagi Alfalfa untuk saya ialah mengetatkan bahagian intim wanita. 

Ya, alfalfa bertindak sebagai pengganti kacip fatimah yang juga boleh dikatakan vitamin cinta untuk kedua pasangan suami isteri. Mesti cuba baru rasa hebatnya Alfalfa ni tau.

Dan dari pengalaman saya sendiri yang dulu mempunyai masalah keputihan yang teruk kini syukur alhamdulillah tidak perlu risau sudah sejak saya mula amalkan Alfalfa ni sampailah sekarang.


Alfalfa bukan saja kaya dengan nutrien tapi juga pengganti sayur dalam meal harian kita. Pelengkap fiber untuk kita semua inilah Alfalfa!

Sebab itulah, siapa yang tidak suka makan sayur tu usah gusar telan saja Alfalfa Complex mengikut pengambilan rekomendasi dalam diet harian. 

Wanita diri mu sangat berharga dan kerana itulah perlu ada penjagaan rapi luar dan dalam. Maintenance yang konsisten berterusan adalah penting ya. 

Badan mau pakai lama weh InshaAllah jika di izinkan Tuhan dapat juga kita jaga cucu cicit kita nanti. Paling tidak dapat pun menyaksikan anak kita berjaya di menara gading. 

Jom sihat sama-sama yang berminat tu boleh lah tekan link pada nama saya di bawah ni. Saya boleh orderkan terus hantar ke depan rumah anda. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday 8 August 2023

COQ-Trol : Penggalak Tenaga untuk Sel dan Organ Anda


Uniknya CoQ-Trol dari Shaklee ini kerana kandungan bahan dalam produk yang tersendiri yang membantu kesihatan optimum secara menyeluruh

Bahan utama yang terdapat pada produk jni Coenzyme Q10, resvetratol 

 Adakah anda sedang mencari suplemen semulajadi yang boleh 

  • meningkatkan pengeluaran tenaga anda, 
  • melindungi sel anda daripada kerosakan oksidatif, 
  • menyokong kesihatan jantung anda, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol anda, 
dan mencegah atau merawat penyakit kronik tertentu? 

 Jika ya, anda perlu mencuba CQ10, produk hebat yang mengandungi Coenzyme Q10 (CoQ10) iaitu antioksidan semula jadi dan berkuasa yang dihasilkan dan digunakan oleh badan anda untuk pertumbuhan dan penyelenggaraan sel dan organ. 

 CoQ10 ialah sebatian yang membantu menjana tenaga dalam sel anda dengan membuat antioksidan adenosin trifosfat (ATP), yang terlibat dalam pemindahan tenaga sel. 

 Ia juga berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif, yang boleh menyebabkan kerosakan pada DNA dan struktur sel anda. 

 Tekanan oksidatif dikaitkan dengan banyak penyakit kronik, seperti kanser, diabetes, penyakit jantung dan Alzheimer.

 Tahap CoQ10 dalam badan anda berkurangan apabila usia anda meningkat. 

 Di kalangan mereka yang menghidap penyakit janting Coq10 ini juga mungkin lebih rendah atau mereka yang mengambil beberapa ubat penurun kolesterol. 

 Tahap CoQ10 yang rendah boleh menjejaskan tahap tenaga, fungsi imun dan kesihatan keseluruhan anda.

CoQ10 merupakan penggalak tenaga di mana ia membekalkan tenaga kepada sel dan oragan dalam badan kita. 

Disebabkan itu, jangan hairan sekiranya kita mengalami tenaga yang luar biasa selepas mengambil CoQ10 ini. 

Tidak percaya ? Jangan ketinggalan untuk dapatkan Coq10 Shaklee yang unik dan luar biasa ini. on ok  

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Subur dan awet muda dengan Vita-E Complex

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.






Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

Kebanyakan customer yang membeli Vita-E Complex dari kami adalah untuk tujuan kesuburan bagi kaum lelaki dan untuk tujuan kecantikan dan anti-penuaan bagi kaum wanita. 

Di sini, kami akan kongsikan manfaat lain yang boleh diperolehi melalui pengambilan Vita-E Complex yang konsisten.

Antaranya adalah:

· Anti oksidan yang kuat untuk pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

 Ia boleh mencegah masalah sakit jantung dan mengurangkan tekanan darah

· Meningkatkan pengeluaran air mani untuk kesuburan lelaki. 

Ia juga meningkatkan keupayaan seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.

· Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantuk melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. 

Ia mampu memulihkan tekstur kuli dan tona muka

· Menggalakkan rambut menjadi sihat dan mencegah keguguran rambut

· Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit. 

Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

· Mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang

· Menghalang keguguran

· Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok

· Memperbaiki arthritis dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

· Memperbaiki peredaran darah dan tisu

· Membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada

· Merawat buasir, vericose vein dan sakit sendi

· Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat

· Mencegah penyakit katarak

· Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam. 

Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah, ianya merupakan vitamin E yang terlengkap di pasaran. 

Ianya dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Ia juga mengandungi tambahan Selenium semulajadi dan ekstrak grapeseed untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. 

Tambahan Selenium juga membantu meningkatkan kualiti air mani dan pergerakan sperma. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday 27 July 2023

Percutian percuma ditaja Super Upline Shaklee

Beberapa kali menang cabutan bertuah anjuran Euphoria Group dan T.E.A.M family. Dan antaranya yang tidak boleh dilupakan ialah hadiah pakej percutian. 

Sudah dua kali saya menang percutian Shaklee. Keduanya di taja oleh super upline saya Master Norita. Ini sebuah hadiah penghargaan daripada Master dan bukan yang pihak syarikat Shaklee taja ya. 

Percutian Shaklee pertama itu pada tahun 2015. Saya menang dua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan bermalam di hotel lima bintang, Melia KL untuk 3 hari 2 malam. Beserta duit poket sejumlah wang yang saya tidak ingat berapa jumlah nya. 

Masa ni saya mengandungkan anak kedua dan Nazran baru saja berumur 2 tahun ketika itu. Kami manfaatkan cuti kami ke sini untuk berjumpa dengan sahabat saya ketika saya menuntut di kolej swasta dulu. 
Shopping mall berdepanan hotel kami

Mereka juga merangkap seperti keluarga saya sendiri. Dapat juga melepaskan rindu pada mereka masa itu. 

Banyak tempat kami pergi masa tu. Kami ada juga pergi ke I-City di Shah Alam dan berjalan sekitarnya bersama abang ipar (abang kepada suami). 

Hari terakhir di hotel sebelum kami turun sarapan. 
Paling tidak dilupakan sebenarnya stay di hotel lima bintang yang serba mewah itu. Tidak pernah terjangka dek akal hatta mimpi pun untuk menginjak kan kaki ke hotel mahal ni. 

Selama kami disana, kami sentiasa ternanti untuk bersarapan di bawah setiap pagi. Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah. 

Percutian Shaklee kedua pula pun dari Nenda Master Norita. Kalini a bit different tidak semewah yang 8 tahun dahulu. Tapi untungnya dapat juga saya bawa anak saya 3 orang untuk bersenang lenang di hotel. 

Kami dikehendaki memilih tempat percutian dan Master perlu book kan hotel sahaja di tempat yang kami pilih. Jadi, setelah beberapa kali tukar tarikh dan tukar hotel, akhirnya dapat juga bilik yang paling comfy dan cozy.

Percutian ini dimenangi bukan saja-saja ya tapi kerana usaha yang mungkin Allah nak bayar di dunia. Justeru saya bersyukur yang amat atas berkat usaha dan tidak putus asa sekali sekala merasa juga worth tawakkal. Alhamdulillah. 

Percutian pertama diberi kerana efektif Supervisor 3 bulan berturut-turut. Percutian kedua saya menang lucky draw daripada salah sebuah contest pembelian yang di anjurkan oleh Nenda Shaklee saya Master Norita. 
 
Jom bercuti bersama Shaklee ! Berminat untuk menyertai saya? Boleh tekan link pada nama saya di bawah untuk menghubungi saya.


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”