Showing posts with label Vita-E Complex. Show all posts
Showing posts with label Vita-E Complex. Show all posts

Tuesday, 8 August 2023

Subur dan awet muda dengan Vita-E Complex

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.






Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.

Kebanyakan customer yang membeli Vita-E Complex dari kami adalah untuk tujuan kesuburan bagi kaum lelaki dan untuk tujuan kecantikan dan anti-penuaan bagi kaum wanita. 

Di sini, kami akan kongsikan manfaat lain yang boleh diperolehi melalui pengambilan Vita-E Complex yang konsisten.

Antaranya adalah:

· Anti oksidan yang kuat untuk pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.

 Ia boleh mencegah masalah sakit jantung dan mengurangkan tekanan darah

· Meningkatkan pengeluaran air mani untuk kesuburan lelaki. 

Ia juga meningkatkan keupayaan seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih.

· Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantuk melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. 

Ia mampu memulihkan tekstur kuli dan tona muka

· Menggalakkan rambut menjadi sihat dan mencegah keguguran rambut

· Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit. 

Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

· Mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang

· Menghalang keguguran

· Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok

· Memperbaiki arthritis dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.

· Memperbaiki peredaran darah dan tisu

· Membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada

· Merawat buasir, vericose vein dan sakit sendi

· Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat

· Mencegah penyakit katarak

· Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam. 

Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah, ianya merupakan vitamin E yang terlengkap di pasaran. 

Ianya dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.

Ia juga mengandungi tambahan Selenium semulajadi dan ekstrak grapeseed untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. 

Tambahan Selenium juga membantu meningkatkan kualiti air mani dan pergerakan sperma. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 27 November 2014

Shaklee: Vitamin Wajib Sebelum Tidur


OsteMatrix adalah pilihan saya sejak sebulan yang lalu. Saya perlukan kalsium kerana saya sering lewat tidur malam, duduk lama depan laptop. Itupun tunggu hero saya tidur dulu lah. Sebab tu saya baring bersama then bangun duduk dalam tempoh masa yang lama. Sampai sy puas hati untuk hari tu. Kalau terlalu mengantuk saja saya akn update ala kadar dan sharing di facebook. Mana yang sempat. Kalau belakang sudah terlalu sakit, saya baring dan post update melalui handphone sajalah. 

Memang betul pepatah ini dulu, bukan pepatah lah lebih kepada kata nasihat. Wanita yang sedang mengandung perlukan lebih kalsium kerana kalsium ini diperlukan oleh kedua ibu dan anak dalam kandungan. Kalau kita kurang sumber kalsium dalam badan, boleh rasa semasa mengandung contohnya pengalaman saya sendiri gigi saya sakit, saya sudah tidak ingat berapa hari tapi lebih dalam 3 hari macam tu lah. Gigi sakit yang ngilu, setiap malam saya tidak dapat tidur, yang macam berdesing dan macam mahu cabut gigi tu pun ada. Bukan itu sahaja, setiap pagi gusi akan berdarah semasa memberus gigi. Haaa, siapa yang sering menghadapi masalah ini confirm kamu kurang kalsium.

Saya sangat perasan sejak saya makan OsteMatrix memang saya sudah tiada masalah sakit belakang. Sangat jelas lagi terang saya tidak lagi minta suami saya urut, tidak minta picit belakang dan bahu lagi. Hehe. So kita tidak perlu lah susahkan suami atau adik atau mak saya untuk minta picit.

Kesan sampingan kurang kalsium ini kamu tidak akan nampak sekarang, atau dalam masa dua tiga tahun kah, tidakkk... Tapi akan rasa masa tua nanti. Memanglah sakit tua tu ada... Tapi mencegah itu kan lebih baik... Ini adalah kesan jangka masa panjang. Kalau tidak mahu telan OsteMatrix, minum lah susu rendah lemak setiap hari minimum 3 gelas sehari.

Vitamin E itu pula supaya segala regangan kulit di badan, kaki, punggung, betis, perut semua pudar dan seterusnya hilang. Saya sendiri tidak senang tengok badan saya ini. Yalah, ini kan pengorbanan seorang ibu kesan mengandung dan melahirkan. Ini memang perkara biasa buat ibu mengandung kerana kulit mereka akan tertarik sebab badan mengembang dari lah muka sampai lah ke kaki. Bila mengecil semua tu nanti akan meninggalkan regangan kulit tu. Saya harap ini dapat membantu saya dalam masalah regangan kulit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 6 October 2014

Yeay!! Vita E in my List

Setelah sekian lama, akhirnya Vita E Complex saya beli jugak untuk saya makan sendiri, sebelum ni asyik ready stock saja, kali ini, saya pun mahu makan juga.

Entah berapa bulan yg lepas, ada seorang customer, dia beli sekaligus: GLA Complex, Zinc Complex & Vita E Complex... Beberapa minggu selepas itu dia bg saya feedback, parut jerawat di muka makin kabur... Mulai sejak itu, saya terpikat dengan Vita E.

Setahun yg lepas, selepas melahirkan hero saya, banyak stretchmark di badan, tambah2 lagi di perut.. Alahaii memang tidak senang bila tengok diri sendiri, di bahagian betis belakang pun ada. Mula2 tu saya beli Bio-Oil di guardian tu, lepas mandi jak sapu seluruh badan, dua kali jak beli, tapi sangat malas untuk sapu tu.. Habis dua botol yg 50ml tu saya tidak mahu beli lagi... Malas sudah sapu2 ni.. Parut masih ada juga.. Malas sudah.. Bagus lagi beli Vita E, telan ja sebiji sehari.. Jimat lagi 4 bulan untuk sebotol tu..

Semalam saya sudah mula makan... Saya bahagi dua dengan adik perempuan saya. Hari ni dia mau balik asrama sudah.. So, dia sparuh saya sparuh. Plus 4 biji free dapat bersama pill box Shaklee masa 'New Distibutor Training' tempoh hari. Hehe.. Sangat seronok!!!

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE.

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”