Wednesday 15 October 2014

Shaklee Efforts: Memujuk Adik

Syukur alhamdulillah.. malam ni Allah permudahkan. Saya pun sudah berjaya menghantar order untuk 'surprise present' buat sifu Shaklee saya. Lega juga. Dari petang tadi buat edit semua, baru tadi selesai order procedure.

Petang tadi, adik lelaki saya yang paling tua, sebut2 pasal mencuci kotoran dalam badan, saya jawablah Herb-Lax. Dia sebenarnya baru makan Lecithin, selepas dipujuk oleh saya. Dia sibuk mahu turunkan berat badan, katanya boroi sudah. Saya bagitahu dia ambil dengan Herb-Lax haa degil. Berapalah sangat tu Lecithin dgn Herb-Lax masih juga mahu berkira. Aiyaaa...

Dulu adik saya ni consume GNC yg mahal tu, berjualan di sebelah The Body Shop premis tu. Mahalnya... Tapi waktu tu dia sanggup pula mahu beli. Siang malam dia kerja. Sekarang ni, dia sibuk uruskan lesen memandu, so dia mahu jimat sikit. Nafsu makan pun dia control bilang. Ermm.. Yalah tu, sabar sajalah. Pujuk dia makan dua ni, Lecithin juga dia ambil dulu. Takut betul pula dia, padahal ramai sudah pelanggan yang berjaya membuang/mudah menghadam dengan Herb-Lax. Sudah sebut berkali2 pun dia tidak yakin. Bukan main susah yakinkan adik sendiri ni.

Tapi di sebalik itu, dia ada juga menyokong. Alhamdulillah.. Tempoh hari, saya bagi dia bisnes kad, tapi dia minta lebih manalah tau boleh bagi2 dengan kawan dia. Yalah, sekarang kan dia makan Lecithin, ermm belum sebulan lagi lah. Saya tunggu dia terpujuk ambil Herb-Lax pula. Memang remaja sekarang ni kan, sanggup beli reload kredit berpuluh2 ringgit, tapi kesihatan tidak mahu jaga. Berjagalah ya, bila sudah sakit nanti baru mahu sedar, waktu tu kita susah untuk mengubati sudah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Itu kisah yang seorang, ini pula seorang lagi.. Haa dia penggemar D'Herbs ni.. Dia beli set penyubur rambut. Lucu juga haritu bila mama tunjuk "Apa ni long.." Haa, dia nanti kita urus, tunggu adik yang tua tu dulu. Nanti adalah kawan saya yang satu kata, so boleh menyakinkan lagi. Hehe. Dia ni pun mesti kenalkan Set Kurus Shaklee ni. Berat badan dia tahap 'overweight' juga. Suka lagi minuman yang manis2 tu. Allahuakbar!! Tidak boleh control nafsu betul minum air kordial di rumah ni. Kadang sebotol air kordial tu boleh habis seminggu. Apa tidak, lepas makan jak, minum air manis. Risau betul tengok adik seorang ni. Badan dia cepat naik, sebab dia rajin pergi derma darah bah. Waahh... Cuma takut ada masalah di masa akan datang pula. Obes ni boleh menyebabkan kencing manis juga.. Nauzubillahi min zalik. Kena cepat2 cakap dengan dia ni.

Weight Loss 2kg for A Month

Selamat malam semua.. Salam maghrib..

Pagi tadi dapat message adalah seorang adik tu, keluarga dia memang saya sudah lama kenal. Tapi dia tidaklah berapa kenal saya. Mahu dijadikan cerita, dia ni sudah overweight bah.. Kira kategori 'obese' sudahlah.. Bulan lepas, dia message saya pasal set kurus. Time tu, dia mau tengok dulu katanya. So kebetulan, Allah memang beri petunjuk, pagi sebelum pergi kerja saya letak dalam satu beg khas utk stok Shaklee saya. Beg ni saya bawak untuk isi barang yang sudah di order pada hari sebelumnya untuk dihantar, selepas waktu pejabat. Yalah, kalau penghantaran area ofis saja, di area bandar saja memang saya bawak terus, tidak perlu pergi rumah ambil then patah balik lagi ke bandar utk penghantaran.

Jadi, pagi tu saya isilah Herb-Lax, ESP, dan Lecithin, paling biasa orang beli dari saya lah ni. Hot item bah ni. Tengahari tu, adik tu datang lah berjumpa saya di area ofis saya saja. So saya sharing lah dia pasal tiga produk ni.. Haa, lama2 dapat juga yakinkan dia untuk beli Set Slimming ni.



Pagi tadi, saya message dia tanya kabar dia, tanya pasal perkembangan dia. Haa, sebenarnya adik ni ada bisnes bantu bapa juga.. Kerja dia juga memang mengeluarkan peluh. Then, dia cakap.. Haa ya kak, turun dua kilo dari 98kg turun 96kg baru ni juga dia timbang dia cakap. Nah syukurlah, dia pun minta tips diet dan makanan seimbang tadi. Best kan? Orang gembira kita pun gembira kan. Semoga dia dapat capai berat badan ideal selepas ini.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Cara Menjana Pendapatan Sampingan bersama Shaklee

Anda merupakan suri rumah sepenuh masa?
Anda seorang wanita mahupun lelaki berkerjaya yang inginkan pendapatan sampingan dari rumah?

Terserah pada anda ingin buat berapa jam dalam sehari, mahu sepenuh masa atau sebagai part time sahaja pun boleh. Yalah, sambilan katakan. Sekiranya anda seorang suri rumah sepenuh masa, sambil2 online di facebook tu, boleh sharing pasal produk Shaklee, apa tidak, boring juga kan tiada benda mahu di buat, anak sudah berhantar ke sekolah, anak yang lain sedang tidur, suami pun keluar berkerja. Tidak salah kita mencuba untuk jana pendapatan dengan Shaklee bisnes.

Tidak tahu memandu?? Shaklee tidak perlu mahir untuk memandu menghantar barang ke sana sini. Shaklee ada Online Business beroperasi 24 jam 7 hari seminggu. Hanya perlu shopping pilih produk yang anda kehendaki dan taip sahaja alamat penerima. Shaklee akan terus menghantar direct kepada alamat penerima. 

Tiada modal? Saya pun mula-mula tidak ada modal juga, tiada duit untuk di dahulukan. Selepas bayar RM85 yuran keahlian, bulan pertama usaha saya menjadi dan dapat pulangan lagi. Bonus pertama saya RM108. Duit keahlian yang saya bayar tu, balik kepada saya pula melalui bonus. Itupun sebab sharing di facebook. Hanya rakan2 terdekat sahaja yang menjadi customer saya pada masa tu. Sangat berbaloi bah sebab RM85 itupun di bayar untuk keahlian seumur hidup, tidak perlu bayar keahlian bulan2. Berbaloi atau tidak?? 

Hanya perlukan masa sekejap saja sharing/update status tentang kebaikan produk. Kalau ada orang PM kita reply. Kalau tiada, sharing lagi dan lagi ikut masa lapang. Tidak rugi sebenarnya.. Bukan sahaja masa kita terisi dengan aktiviti bermanfaat, tapi mampu mengubah pendapatan bulanan anda. Enjoy saja, tidak perlu rasa stress, tidak perlu fikir yang negatif, yang penting kita ada keyakinan diri.

Lagipun kan, sejak saya dalam Shaklee ni, ilmu tentang kesihatan itu memang banyak. Kita dapat banyak tips untuk hidup sihat, secara alami dengan perbelanjaan wang yg jimat dan tidak perlu ke klinik sangat untuk dapatkan bekalan ubat. Semua ini disebabkan, saya makan produk Shaklee.. Mula2 tu, kita pun ragu2 untuk mencuba kan? Bila sudah ramai customer yang bagi feedback, memang saya pun tertarik dan fall in love dengan Shaklee.

Ada orang cakap, Shaklee bisnes ni, kena pandai bercakap.. Hehe.. Tidak perlu lah reka2 ayat untuk menarik orang lain bah... Kita kena jujur sahaja, tidak perlu mahu tipu2 selindung. Produk Shaklee memang terbukti kesahihannya yang selamat dan alami. Apa perlu takut? Kita kan ada training, tidak pun ada kelas jarak jauh yang boleh kita join untuk tingkatkan ilmu kita mengenai permasalahan dan penggunaan produk. Tidak perlu ragu2. Dulu saya pun cakap begitu, tapi bila kita cakap jak apa yg terlahir dari hati kita In Shaa Allah, akan menarik perhatian orang punya.

Ramai suri rumah yang telah berjaya sekarang ini. Jangan perlekehkan mereka suri rumah sekarang. Bukan seperti dahulu , hanya tahu buat hal kerja kerja di rumah. Sekarang boleh bisnes sudah. Tidak kurang hebatnya mereka yang membuat part time sahaja. Saya pun berkerjaya juga, tapi saya mampu memperolehi income yang lebih setiap bulan. Senyuman akan terukir tidak kira berapa income itu, tapi ia terhasil daripada usaha kita sendiri. Saya sangat berpuas hati. Disebabkan itu, saya mahu tingkatkan usaha lagi untuk layak ke peringkat seterusnya. 

Syarat keahlian adalah 18 tahun ke atas.

Dengan keahlian yang dibayar, anda akan dapat Distributor Starter Kit, di mana ada beg yang di dalamnya mengandungi buku detail produk, senarai harga ahli, senarai harga pasaran, buku 'Business Manual' yang menerangkan cara kira bonus dan beberapa hand out penting untuk anda faham bersama Syarikat Shaklee.

Selain anda boleh menikmati belian produk Shaklee dengan harga ahli, anda juga boleh menikmati kelebihan lain:

Bonus dalam bentuk Cash – Bonus akan diberikan pada anda setiap 15hb hasil daripada belian anda setiap bulan mengikut performance anda. Walaupun lambat, tapi ini best bah tengah-tengah bulan dapat duit. Kebiasaannya kan orang akan mengalami “poket kering”pada pertengahan bulan, tapi dengan Shaklee in shaa Allah tidak..

Bonus Kereta – bagi yang serius, anda akan dapat menikmati bonus kereta bila dah mencapai target tertentu.Bonus kereta anda boleh membeli kereta idaman anda daripada instalment yang diberikan oleh Shaklee pada setiap bulan.

Percutian – Percutian VVIP 5 Star yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Bagi Muslim, anda berpeluang pergi Umrah dengan pakej VVIP, dimana hotel hanya bersebelahan dengan masjid. Seronok sungguh. Dan yang lebih seronok anda berpeluang membawa orang orang tersayang mengikut kelayakan yang diberikan terma dan syarat.

Apa pula KELEBIHAN jika mendaftar dengan saya?
Anda akan dibimbing sehingga berjaya melalui Kelas/ Seminar yang akan kami adakan dan juga “Personal Coach” juga akan diberikan berdasarkan permintaan.

Jika tak tahu menggunakan blog, kami akan ajar caranya. Teknik marketing, bagaimana mengunakan fb dengan cara yang betul, semuanya akan diberikan, janji anda sendiri ada kemahuan untuk berjaya.
Anda akan diberi Access untuk sertai FB GROUP RAHSIA saya berkaitan info tentang bisness online dan tips marketing dan banyak lagi rahsia perniagaan yang diberikan bersama kami.

Anda juga akan diberikan Exclusive Class juga secara online dan offline bersama orang orang yang berjaya, tukar tukar pendapat dan sharing kejayaan mereka sehingga lah anda berada di puncak.
Ramai yang mengikut kumpulan kami kini telah mencapai income 4 angka di rumah, malah ramai di antara kami adalah suri rumah mahupun bujang yang tidak punyai perkerjaan tetapi mempunyai pendapatan tetap bersama shaklee

Apa pula dengan Risiko dalam shaklee?

Secara jujurnya , shaklee mepunyai risiko yang amat rendah. Anda tidak perlu menyimpan stok yang banyak di rumah seperti gudang dan modal yang besar.
Anda hanya perlu rajin dan berusaha untuk berkongsi kan produk shaklee dengan orang ramai untuk kecapi hidup yang lebih sihat dan keluar dari masalah kewangan.


Caranya untuk mendaftar sebagai ahli

1. Pembayaran yuran RM65, berserta cas pos RM10 untuk Semenanjung atau RM20 untuk Sabah dan Sarawak
2. Berikan butir-butir/details mengenai diri anda
  • Nama pemohon
  • No IC pemohon
  • Nama pasangan pemohon
  • No IC pasangan pemohon
  • No Phone
  • Email Address
  • Alamat Surat Menyurat
  • Nama bank dan Nombor Akaun
Jika anda berminat, boleh call/sms/whatsapp untuk pertanyaan lanjut:


"Prevention is better than cure" 

Jom sihat dan cantik dengan Shaklee


Sebarang pertanyaan 

Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Vitamin Buat Si Manja Tersayang



   

Musim demam bah sekarang ini...cuaca tidak menentu kadang panas, kadang hujan lebat... Saya yng makan vitamin pun kena, nasib ada vitamin c, selsema saja, demam pun tidak jadi... Nah, suami pula yang terkena sekarang ini.. Nazran juga yg kuat antibodi.. Apa tidaknya, sy tidak pernah tertinggal bagi dia Meal Shake dgn Omega Guard. Kiri kanan ummi ayah selsema berganti, dia juga yg steady bah... Hehe... Syukur Alhamdulillah...

Siapa yg bminat utk dapatkan set ini untuk si manja anda jangan berlengah.. Jangan terhantuk baru terngadah.. Nanti kita juga yang susah.. Mahu pergi klinik lagi beratur panjang?? Tidak payahlah...

Minum kan saja campuran susu atau apa2 minuman ksukaan anak kita. In shaa Allah. Antibodinya terjaga...

Ada sesetengah orang alah, tidak apa kami ada Medical Card dari majikan, so tidak perlu keluar duit. Ya, memang kita tidak keluarkan duit untuk dapatkan ubat dari klinik panel. Tapi kalau bg set ini, adalah satu prevention, langkah pencegahan bah.. Sebelum terkena baik kita berjaga2. Lagipun kanak2 ni memang mudah terkena demam dan selesema. Pantang pegi tempat baru, demam, pantang terkena angin sejuk, demam, pantang minum air sejuk, selesema.

Set ini juga khas untuk kanak-kanak yg mengalami ampus/asthma, yg ada masalah kulit tu mcm eczema/allergic, tidak kira budak2 atau dewasa.. Siapa2 pun boleh cuba.. Pasti tidak menyesal punya!!

Tambah2 lagi, Meal Shake sekarang promo Beli 3 Percuma 1, dan 10% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada MyKasih. Membeli sambil menderma.
          




Harga Meal Shake RM113.75
Harga Omega Guard RM136

Tapi boleh dapatkan harga jimat dari saya..
Kalau berminat call saja
Asda 0136507465
‪#‎Sid1071673‬

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kacang Soya & Khasiat


Kacang soya merupakan satu daripada kekacang yang paling berkhasiat dan luas penggunaannya.

Mengikut kepercayaan orang China, amalan makan hasil soya menjadikan badan berisi, wajah berseri, dapat mengelakkan sembelit, merangsang pertumbuhan badan dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah fizikal lain.

Kacang soya kaya dengan zat protein yang bermutu tinggi sehingga ia digelar 'daging daripada ladang'. Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5 quart susu atau 2 paun keju.

Selain protein ia mengandungi vitamin B kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam galian dan tiada kolesterol. Protein kacang soya dikatakan protein yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu menjadikan ia protein terbaik yang boleh didapati untuk keperluan tubuh. Protein soya juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam produk makanan lain seperti roti, pasta, hasilan daging dan juga rumusan makanan untuk ternakan ayam dan ikan. Kacang soya dipercayai dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit seperti:-

1. Kencing manis

Kandungan karbohidrat dalam kacang soya mempunyai hanya sedikit kanji atau tiada kanji langsung. Oleh itu hasil kacang soya sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana karbohidratnya menghasilkan haba dan tenaga tanpa mengeluarkan gula.

2. Penyakit kulit

Protein kacang soya tidak menimbulkan masalah alahan pada kulit manakala kandungan protein daripada daging, telur dan susu kadangkala mendatangkan alahan kulit. Oleh itu kacang soya dikatakan baik untuk mereka yang mengalami ekzema dan penyakit kulit lain. Ada yang mengatakan sekiranya kacang soya dimakan secara berterusan ia dapat mengurangkan kegatalan kulit dan luka-luka ringan juga cepat sembuh.

3. Anemia

Kacang soya kaya dengan kandungan zat besi, menjadikan ia salah satu makanan yangsangat sesuai untuk pesakit anemia. Pesakit anemia biasanya mengalami keadaan sistem pencernaan yang lemah, oleh itu hasilan soya yang diambil hendaklah dalam bentuk yang mudah dihadam.

4. Tulang dan sendi

Mengikut penyelidikan saintis Jepun terhadap segolongan wanita Jepun yang telah putus haid, wanita-wanita yang banyak mengambil soya dalam diet mereka, mempunyai tulang yang lebih kuat berbanding wanita yang kurang menggunakan soya dalam diet mereka. Juga didapati penggunaan kacang soya yang tinggi dalam diet, dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sakit sendiri. Dengan itu, mereka membuat kesimpulan, penggunaan kacang soya yang mencukupi dalam diet, ada hubungkait dengan perubahan jisim tulang pada wanita yang telah putus haid.

Selain daripada itu, dalam Upin Ipin Series bertajuk 'Rasa Sayang' Episod 2, ada menyebut tempe minda. Tahukah anda tempe ini diperbuat daripada kacang soya. Dulu semasa saya masih seorang pelajar, makanan kegemaran saya memang tempe juga.. Pantang kalau kantin ada hidang kan, tempe akan jadi pilihan, kadang masak sambal kadang goreng begitu saja. Memang favourite betul. Mudah ingat apa yang kita pelajari. Sampai kadang saya ratah saja, makan begitu jak. Sedappp... Hihi.. Cerita pasal tempe, saya ingat seorang sahabat saya berasal dari Terengganu. Dia langsung tidak suka tempe, dan tidak mahu makanlah tempe ni. Tapi sejak dia berkawan dengan saya, jadi roomate saya di kolej, dia selalu nampak saya bawa tempe goreng ke bilik asrama.. Hehe.. Lama2 dia juga join
saya ratah tempe. Haha.. Dia cakap 'nak jadi pandai macam Asda'. Hihi Lucu betul..La.. La..

Apa yang ingin saya katakan di sini, Energizing Soy Protein diperbuat daripada kacang soya. 1 tong ESP tu dihasilkan daripada 30kg kacang soya... Haaa... Banyak khasiatnya disebabkan keistimewaan yang hanya ada pada ESP ini ialah ia kacang soya yg Non-GMO. Nama panjangnya Genetic Modified Organism. Ada perkataan 'non' maksudnya tidak menjalani sebarang pengubah suaian secara genetik pada kacang soya tersebut. Haaa.... Best kan?? Kita akan dapat purely kacang soya, original punyaa...!!! Sangat istimewa bah..

Selain kaya dengan zat pemakanan dan banyak kebaikannya untuk kesihatan badan, kacang soya juga tiada kandungan laktosa dan mudah hadam. Oleh itu hasilan soya juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi. Biasanya doktor akan syorkan susu rumusan soya apabila bayi mengalami cirit-birit, tidak sesuai dengan susu rumusan berasaskan susu lembu, berpenyakit lelah dan alahan kulit seperti ekzema.

Ada pendapat mengatakan, makan hasilan soya sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat menolong mencegah obesiti dan baik untuk kesihatan badan. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kebaikan dan manfaat yang sepenuhnya, hasilan soya hendaklah dimakan dengan kadar yang mencukupi. Mengikut saintis barat, 3-6 hidangan soya patut diambil setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya pada tahap maksimum.

Kalau penggemar tegar tu, tidak rugi beli 6 percuma 1. Boleh pakat2 dengan rakan2, sangat jimat kawan2...
Apa tunggu lagi?? Orderlah ESP dari saya..
Asda 0136507465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”