Showing posts with label Gatal Ruam & Eczema. Show all posts
Showing posts with label Gatal Ruam & Eczema. Show all posts

Monday, 2 November 2015

Herbal Blend - Losyen Wajib Setiap Orang

Saya memang peminat tegar produk Shaklee. Sebagai pengedar saya sangat lah menyarankan semua yang berada di luar sana memiliki Herbal Blend Multipurpose Cream ini. Bagi saya ianya sangat2 berguna pada kita semua dari golongan bayi hinggalah warga tua. 
 
Ianya mampu mengurangkan masalah ruam pada bayi, juga mengurangkan rasa gatal2 pada kulit yang mudah sensitif tidak kiralah pada bayi, kanak-kanak ataupun orang dewasa pun. Harga nya yang sangat berbaloi baloi dengan tiub yang agak besar saya pasti ramai yang akan tertarik dan terjatuh cinta pada krim serbaguna ini. 
 
Bukan itu saja, ia juga mampu merawat tumit kaki yang pecah2 dan menjadikan kulit kaki mulus tanpa kulit kasar. Tambahan lagi, ia boleh melegakan kulit yang terkena air panas mendidih. Siapa yang pernah baca entri saya, bukti saya sendiri terkena air panas ketika travel balik kampung dulu. Herbal Blend lah penyelamat saya. Rasa mendidih pada kulit tangan saya mula sejuk dan lega selepas saya sapukan Herbal Blend. 
 
Ada lagi ya, bukan itu saja. Herbal Blend ini juga boleh merawat niple cracking (luka pada puting susu) yang juga sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Selamat dan mesra alam. Jangan risau. Namanya saja Herbal Blend yang bermaksud diperbuat daripada hasil campuran pelbagai jenis herba yang diekstrak menjadi krim losyen yang sejuk pada kulit. 
 
Setiap rumah wajib ada satu tiub losyen ini. Gunakan ia pada bila2 masa saja. Tambahan lagi, saya juga guna untuk sapu regangan kulit di perut semasa saya mengandung ini. Mengurangkan rasa gatal akibat kulit yang tertarik dan regang kerana saiz membesar.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 12 November 2014

Basic H - Sentiasa Dekat di Hati

Bersih Rumah dengan Basic H

Saya ini kan kalau di ikutkan hati saya memang setiap hari akan guna Basic H. Kalau apa2 tumpah pada tilam, lantai atau atas meja, mesti juga saya sembur Basic H. Kalau ada semut atas meja makan atau lipas saya tetap juga sembur Basic H. Yang paling lucu juga bagi saya, ada anak lipas sedang berjalan atas lantai dapur dan saya semburkan dia air Basic H dalam 10 saat saya tengok lipas tu mati tidak bergerak. Waaahh, sangat saya tidak percaya. Bila malam saya bangun untuk pergi toilet, saya tengok lagi, mayat lipas tu masih juga disitu. Basic H mampu membunuh lipas. Tanpa aerosol atau pun bahan kimia. Katakan tidak pada lipas!!

Kamu tahukan, kalau adanya lipas ni bererti kawasan kita tidak berapa bersih. Lipas ni sangat bahaya juga tau. Tapi kalau rumah papan memang tidak lari dengan lipas. Sabar ja kan...
Basic H

Jangan risau ya, Basic H ini sangat selamat. Tidak mempunyai bahan kimia langsung bah. Ia juga mempunyai kepekatan yang tinggi. Dengan hanya setitik dua pun boleh di bancuh untuk menjadi air semburan sebanyak 300ml.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Herbal Blend - Pudarkan Kesan Hitam di Lutut

Herbal Blend - Berkesan dalam 2 minggu!!!

Selamat petang semuaa......
Hampir terlupa pula kan bercerita pasal Herbal Blend ni. Tengahari tadi kan saya lunch bersama sahabat saya. Salah seorang nya pernah beli Herbal Blend dengan saya, hujung bulan lepas. Katanya untuk sang suami yang mempunyai kulit yang sensitif.. Dijadikan cerita, secara spontan saya tanyalah pasal Herbal Blend tu, katanya dia rajin sapu lutut nya sebelum tidur. Alhamdulillah dia nampak perubahan dan kesan hitam di lutut makin memudar.. Saya tambah lagi, setiap kali lepas solat sapulah pada bahagian tumit kaki yang pecah dan tengoklah perbezaan nya. Lima kali sehari saya sapu tau?? Hehe...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 8 November 2014

Shaklee Labuan: Duta Meal Shake aka Master-To-Be Shaklee

Kali ini saya bawakan gambar khas buat semua. 

Bagi saya beliau si celik kecil ini duta Shaklee yang paling menawan hati. Si kecil ini adalah pengguna Shaklee saya sejak umurnya 11 bulan lagi. Bagi saya tiada yang lebih penting melainkan kesihatan Duta Shaklee saya ini. Saya akui, Set Anak Pintar memang mahal mencecah RM200++, tapi wang bukanlah penghalang bagi saya untuk memastikan dia sentiasa sihat. Oleh disebabkan itu juga, saya masih bertahan dalam Shaklee, untuk menambah pendapatan demi mendapatkan vitamin percuma melalui bonus saya sendiri daripada hasil jualan Shaklee saya sendiri, saya pusing kan bonus income saya khas untuk memiliki Set Anak Pintar. 
shaklee labuanshaklee labuan


Bukan itu sahaja, setiap kali habis vitamin buat suami, buat mama saya, buat saya sendiri dan adik saya juga, saya akan sentiasa pastikan bekalan vitamin buat mereka ada untuk setiap hari.  

Semoga diberikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelum ini buat mereka semua. 

Kita berusaha dan mencuba yang terbaik, dan kesihatan pasti datang dengan izin Allah s.w.t.
Hubungi saya jika anda inginkan sebarang maklumat mengenai produk Shaklee

Asda 013-6507465
#Sid1071673

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 1 November 2014

Combo PROMO: Kejutan Lagi di bulan November??


 Lagi kejutan daripada Shaklee pada bulan ini. Dua lagi promo berlangsung tapi tertumpu pada satu produk iaitu Omega Guard Shaklee.

Ini berita baik khusus buat mereka yang sangat meminati dan mengamalkan Omega Guard ini.

Promo 1: Beli 6 Percuma 1 Omega Guard

Promo ini bukan setakat untuk dapatkan kelebihan pada botol yang ketujuh secara percuma dan ini juga menandakan kita jimat RM136. Tapi juga memberi kita peluang untuk menjadi ahli secara percuma di mana jimat RM65. Keahlian Shaklee adalah seumur hidup tidak perlu renew renew lagi tau?! Dan lagi disebabkan sudah melebihi minimum pembelian, anda akan layak mendapat bonus untuk hasil pembelian bulan ini sebanyak 5%. Bonus % ini adalah bergantung pada pembelian anda, sekiranya lebih maka anda layak mendapat lebih. Kalau anda mahu tahu 5% dari pembelian Omega Guard beli 6 percuma 1 ini adalah kira2 dalam RM30++. Wow! Sudah percuma 1 botol, dapat lagi jadi member, sekali layak juga dapat bonus. Ini peluang keemasan yang memang sangat berbaloi dan sangat menguntungkan.

Promo 2: Beli 2 botol Omega Guard dapat diskaun 5% daripada harga 2 botol.

Yang ini lagi best. Tidak pernah pernah pula Shaklee mahu bagi diskaun bagai ni. Ini sangat mengejutkan dan sangat best!! Bagi yang ahli Shaklee tu, wah memang promo ini menguntungkan anda.. 

Haaa, best ba kan promo kejutan drpd Shaklee bulan ini.. Tidak boleh tidak. Mesti mahu juga beli antara satu promo di atas.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 013-6507465 
Sid 1071673 
Facebook: RH-Aszda Yanty 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 16 October 2014

Set Resdung Shaklee

Selamat petang semua.. Dari kelmarin lagi, ada seorang adik tu dia bertanyakan pasal Set Resdung ni. So petang ni, mahu share pasal resdung lah. Menurut adik tu juga, ada kenalan kepada bapa dia yang meninggal dunia akibat resdung ni. Wah! Bahaya jugakan resdung ni.

Baru-baru ini ada juga salah seorang rakan semasa saya belajar dulu, dia di tahan di wad hospital akibat resdung ni lah juga. Puncanya adalah bermula daripada batuk yang tidak henti dan doktor mengesahkan nanah yang banyak pada bahagian tekak disebabkan itu dia batuk berpanjangan. Terlalu banyak nanah sehinggakan Doktor Pakar mencadangkan dia perlu di bedah untuk membuang sinusitis yang ada pada tekak dia tu. 

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luar biasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:
- Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selesema biasa yang melarat.

Set Resdung Shaklee ialah terdiri daripada tiga produk:-

Alfalfa Complex
~Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
~Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
~Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa sebagai suplemen.

B Complex
~Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
~Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
~Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C
~Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
~Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
~Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 15 October 2014

Vitamin Buat Si Manja Tersayang



   

Musim demam bah sekarang ini...cuaca tidak menentu kadang panas, kadang hujan lebat... Saya yng makan vitamin pun kena, nasib ada vitamin c, selsema saja, demam pun tidak jadi... Nah, suami pula yang terkena sekarang ini.. Nazran juga yg kuat antibodi.. Apa tidaknya, sy tidak pernah tertinggal bagi dia Meal Shake dgn Omega Guard. Kiri kanan ummi ayah selsema berganti, dia juga yg steady bah... Hehe... Syukur Alhamdulillah...

Siapa yg bminat utk dapatkan set ini untuk si manja anda jangan berlengah.. Jangan terhantuk baru terngadah.. Nanti kita juga yang susah.. Mahu pergi klinik lagi beratur panjang?? Tidak payahlah...

Minum kan saja campuran susu atau apa2 minuman ksukaan anak kita. In shaa Allah. Antibodinya terjaga...

Ada sesetengah orang alah, tidak apa kami ada Medical Card dari majikan, so tidak perlu keluar duit. Ya, memang kita tidak keluarkan duit untuk dapatkan ubat dari klinik panel. Tapi kalau bg set ini, adalah satu prevention, langkah pencegahan bah.. Sebelum terkena baik kita berjaga2. Lagipun kanak2 ni memang mudah terkena demam dan selesema. Pantang pegi tempat baru, demam, pantang terkena angin sejuk, demam, pantang minum air sejuk, selesema.

Set ini juga khas untuk kanak-kanak yg mengalami ampus/asthma, yg ada masalah kulit tu mcm eczema/allergic, tidak kira budak2 atau dewasa.. Siapa2 pun boleh cuba.. Pasti tidak menyesal punya!!

Tambah2 lagi, Meal Shake sekarang promo Beli 3 Percuma 1, dan 10% daripada hasil jualan akan disalurkan kepada MyKasih. Membeli sambil menderma.
          




Harga Meal Shake RM113.75
Harga Omega Guard RM136

Tapi boleh dapatkan harga jimat dari saya..
Kalau berminat call saja
Asda 0136507465
‪#‎Sid1071673‬

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kacang Soya & Khasiat


Kacang soya merupakan satu daripada kekacang yang paling berkhasiat dan luas penggunaannya.

Mengikut kepercayaan orang China, amalan makan hasil soya menjadikan badan berisi, wajah berseri, dapat mengelakkan sembelit, merangsang pertumbuhan badan dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah fizikal lain.

Kacang soya kaya dengan zat protein yang bermutu tinggi sehingga ia digelar 'daging daripada ladang'. Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5 quart susu atau 2 paun keju.

Selain protein ia mengandungi vitamin B kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam galian dan tiada kolesterol. Protein kacang soya dikatakan protein yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu menjadikan ia protein terbaik yang boleh didapati untuk keperluan tubuh. Protein soya juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam produk makanan lain seperti roti, pasta, hasilan daging dan juga rumusan makanan untuk ternakan ayam dan ikan. Kacang soya dipercayai dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit seperti:-

1. Kencing manis

Kandungan karbohidrat dalam kacang soya mempunyai hanya sedikit kanji atau tiada kanji langsung. Oleh itu hasil kacang soya sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana karbohidratnya menghasilkan haba dan tenaga tanpa mengeluarkan gula.

2. Penyakit kulit

Protein kacang soya tidak menimbulkan masalah alahan pada kulit manakala kandungan protein daripada daging, telur dan susu kadangkala mendatangkan alahan kulit. Oleh itu kacang soya dikatakan baik untuk mereka yang mengalami ekzema dan penyakit kulit lain. Ada yang mengatakan sekiranya kacang soya dimakan secara berterusan ia dapat mengurangkan kegatalan kulit dan luka-luka ringan juga cepat sembuh.

3. Anemia

Kacang soya kaya dengan kandungan zat besi, menjadikan ia salah satu makanan yangsangat sesuai untuk pesakit anemia. Pesakit anemia biasanya mengalami keadaan sistem pencernaan yang lemah, oleh itu hasilan soya yang diambil hendaklah dalam bentuk yang mudah dihadam.

4. Tulang dan sendi

Mengikut penyelidikan saintis Jepun terhadap segolongan wanita Jepun yang telah putus haid, wanita-wanita yang banyak mengambil soya dalam diet mereka, mempunyai tulang yang lebih kuat berbanding wanita yang kurang menggunakan soya dalam diet mereka. Juga didapati penggunaan kacang soya yang tinggi dalam diet, dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sakit sendiri. Dengan itu, mereka membuat kesimpulan, penggunaan kacang soya yang mencukupi dalam diet, ada hubungkait dengan perubahan jisim tulang pada wanita yang telah putus haid.

Selain daripada itu, dalam Upin Ipin Series bertajuk 'Rasa Sayang' Episod 2, ada menyebut tempe minda. Tahukah anda tempe ini diperbuat daripada kacang soya. Dulu semasa saya masih seorang pelajar, makanan kegemaran saya memang tempe juga.. Pantang kalau kantin ada hidang kan, tempe akan jadi pilihan, kadang masak sambal kadang goreng begitu saja. Memang favourite betul. Mudah ingat apa yang kita pelajari. Sampai kadang saya ratah saja, makan begitu jak. Sedappp... Hihi.. Cerita pasal tempe, saya ingat seorang sahabat saya berasal dari Terengganu. Dia langsung tidak suka tempe, dan tidak mahu makanlah tempe ni. Tapi sejak dia berkawan dengan saya, jadi roomate saya di kolej, dia selalu nampak saya bawa tempe goreng ke bilik asrama.. Hehe.. Lama2 dia juga join
saya ratah tempe. Haha.. Dia cakap 'nak jadi pandai macam Asda'. Hihi Lucu betul..La.. La..

Apa yang ingin saya katakan di sini, Energizing Soy Protein diperbuat daripada kacang soya. 1 tong ESP tu dihasilkan daripada 30kg kacang soya... Haaa... Banyak khasiatnya disebabkan keistimewaan yang hanya ada pada ESP ini ialah ia kacang soya yg Non-GMO. Nama panjangnya Genetic Modified Organism. Ada perkataan 'non' maksudnya tidak menjalani sebarang pengubah suaian secara genetik pada kacang soya tersebut. Haaa.... Best kan?? Kita akan dapat purely kacang soya, original punyaa...!!! Sangat istimewa bah..

Selain kaya dengan zat pemakanan dan banyak kebaikannya untuk kesihatan badan, kacang soya juga tiada kandungan laktosa dan mudah hadam. Oleh itu hasilan soya juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi. Biasanya doktor akan syorkan susu rumusan soya apabila bayi mengalami cirit-birit, tidak sesuai dengan susu rumusan berasaskan susu lembu, berpenyakit lelah dan alahan kulit seperti ekzema.

Ada pendapat mengatakan, makan hasilan soya sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat menolong mencegah obesiti dan baik untuk kesihatan badan. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kebaikan dan manfaat yang sepenuhnya, hasilan soya hendaklah dimakan dengan kadar yang mencukupi. Mengikut saintis barat, 3-6 hidangan soya patut diambil setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya pada tahap maksimum.

Kalau penggemar tegar tu, tidak rugi beli 6 percuma 1. Boleh pakat2 dengan rakan2, sangat jimat kawan2...
Apa tunggu lagi?? Orderlah ESP dari saya..
Asda 0136507465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 12 October 2014

ESP Promo - Teruja!!!

Nah, saya sudah cakap ESP ini best... Bulan lepas bawak Nazran pegi klinik terserempak dgn rakan seperjuangan Shaklee saya sendiri. Pada mulanya, dia pun cuma seorang consumer sahaja, sejak dia mengandung kan anak dia paling bongsu sampailah sekarang sudah 5 bulan si baby, si ibu menyusukan badan anaknya, juga masih jugak minum ESP kata dia "tidak pernah kulit dia ruam-ruam" padahal baby dgn ruam tidak pernah dipisahkan lah.. Ruam dgn baby adalah perkara biasa. Tapi, bila baby tdk pernah ada ruam itu luar biasa... Hehe... Sampai husband dia cakap "kenapa dari dulu tidak minum tu ESP"..Hehe..Sekarang dia sudah menjadi ahli Shaklee.. Memang dia sangat jatuh cinta!!!

Katanya boleh beli harga member, tambah2 lagi kalau promotion setiap bulan kita dapat lihat terujanya penggemar ESP ini. Siapa yang jadi ahli Shaklee tu mmg tidak akan rasa menyesal!!! Malah sangat beruntung, kita dapat badan yg sihat dgn harga yg sangat berbaloi-baloi.. Tau saja ESP Promo bulan ini, terus dia cakap mau borong... Bestkan??

Tiada yg lebih penting melainkan keselesaan dan kesihatan kita dan juga keluarga kita seluruhnya.. kan mumy Salvia Chrispine... Jom konsisten Shaklee Vitamin. Pasti anda tidak menyesal belanjakan wang ringgit kita..

Jom sihat dan cantik bersama Shaklee
Siapa yang berminat untuk jadi ahli??
Call saya bila2 dan dimana saja
‪Asda 0136507465‬

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 20 September 2014

Meal Shakes dan Omega Guard buat Nazranfiddin


Model SHAKLEE tercomel dlm abad hidupku

"Ummi saya letakkan 1 sudu kecil meal shake sehari skali dan Omega Guard dlm susu formula sy....sbb tu sy sihat dan pintar, sy juga sudah mula memahami kata2 org skeliling sy" Nazranfiddin

Sedari awal umur 11 bulan, Nazran, putera saya campurkan Meal Shake dan Omega Guard dan sehingga saat ini, Nazran tidak pernah demam dan selesema. Malah, tumbuh gigi pun tidak pernah jatuh sakit. Hebat juga penangan gabungan Set Kanak-Kanak Shaklee ini.

Omega membantu perkembangan otak. Nazran semakin pintar walaupun sudah 1 tahun 3 bulan dan gigi baru ada 2 batang, tapi seawal sebelum umur mencecah setahun, dia sudah memulakan langkah pertamanya. Tersenyum riang kami menyaksikan perkembangan nya tu. Yalah, Nazran saya ni kecil saja, berat pun baru saja mencecah 7kg, tapi berlari, menendang bola, sudah mula pandai menarik tangan siapa-siapa yang hampir dengannya, sudah juga pandai bagi isyarat minta susu.

Sejak akhir-akhir ini, dia mahu tidur berbantalkan kepala upin. Kalau tidak, merengek mahu letak kepala di bantal tu.. Hehe... Macam2 kerenah dengan kepintarannya tu. Dia mudah ingat sesuatu. Alhamdulillah... Berbaloi juga kan. In sha ALLAH buat yg terbaik untuk anak pasti kita juga akan tersenyum bahagia.

Sekiranya berminat boleh klik Set Anak Pintar & Cergas

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”