Friday, 28 November 2014

Shaklee Wherever U Will Go


A Must Bring Item

Petang semalam lagi sudah siap kan barang2 untuk di bawa ke kampung. Lepas saja balik dari kerja semua barang main sumbat saja. Nasib juga tidak tertinggal pelengkap hidup saya for everyday. Hehe. 

Purifying Shampoo - Mengurangkan kelemumur

  • Menyucikan rambut dan kulit kepala
  • Melegakan gatal pada kepala
  • Bau yang alam semulajadi & warna yang jernih
  • Sangat jimat sebab shampu ini sudah hampir 1 bulan, di guna bersama encik husband

Gentle Deep Foaming Cleanser - Pembersih dan pencuci muka

  • Mencucikan dan membersih muka dengan sempurna
  • Menganjalkan kulit
  • Sangat jimat kerana hanya di gunakan sebesar kacang hijau 
  • Mempercepatkan parut muka saya kering
Sangat2 best!!! Tergoda sangat dengan dua produk ini. Terima kasih Shaklee...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

“Saya Tidak Mahu Tulang Belakang Anak Saya Ditebuk!” – Dr. Alya Hamzah

Pengenalan
Respon di atas kadang kala kedengaran di hospital tempatan apabila doktor yang merawat seorang kanak – kanak mengemukakan cadangan kepada ibubapa atau penjaga mengenai keperluan untuk mendapatkan sampel air tulang belakang. Walaupun kemodenan telah meresapi segenap aspek kehidupan masyarakat kita, namun sesetengah persepsi agak sukar diubah mengenai sesuatu perkara. Antaranya adalah prosedur mengambil air tulang belakang atau ‘lumbar puncture’ (LP). Adalah diharap dengan artikel ini, persoalan dan kekeliruan tentang prosedur tersebut dapat terlerai.

Apakah air tulang belakang?
Sebelum kita mengupas subjek ini, mari kita mengenali dahulu anatomi badan yang terbabit.
Otak dan saraf tunjang  merupakan organ yang ‘tersimpan’ dalam susunan yang sangat rapi. Kedua duanya diselaputi sejenis tisu yang dipanggil ‘meninges’. Otak terletak di dalam struktur  tengkorak yag utuh. Saraf tunjang pula, rangkaian tisu yang bermula daripada bahagian bawah otak, mengunjur kearah bawah badan di dalam perlindungan tulang belakang yang dekenali sebagai tulang vertebra (vertebrae).Tulang belakang atau tulang vertebra ini agak unik kerana ia tidak bersambung seperti sebatang tiang contohnya, namun ia berupa ‘bongkah – bongkah’ kecil yang tersusun rapi di atas satu sama lain. Tulang tulang vertebra ini bersambung antara satu sama lain dengan struktur yang dikenali sebagai ‘spinal disc’ yang memainkan peranan menyerap sebarang impak dalam manusia menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Otak dan saraf tunjang ini sentiasa dibasahi cecair yang dikenali sebagai air tulang belakang atau ‘Cerebrospinal Fluid ‘ (CSF).  Air tulang belakang atau CSF dihasilkan di dalam otak sepanjang masa. CSF yang dihasilkan melalui sistem saluran khas di dalam otak turun membasahi  rangkaian saraf tunjang. Air yang terkumpul di bahagian bawah di sekitar saraf tunjang tersebut akan diresap kembali untuk dikembalikan kepada otak di mana  proses penghasilan CSF ini bermula lagi. Antara fungsi CSF adalah melindungi otak dan saraf tunjang  daripada hentakan kepada dinding tengkorak dan juga tulang vertebra yang keras.

Apakah prosedur ini sebenarnya?
Prosedur ‘lumbar puncture’ merupakan proses untuk mendapat akses kepada CSF atau ruang dimana tersimpannya cecair tersebut. Setelah akses ini diperolehi, pelbagai tujuan dapat dicapai bergantung kepada situasi klinikal yang dihadapi. Seperti yang diterangkan di atas, bahagian otak dan saraf tunjang tersimpan dalam keadaan yang sangat rapi. Ia adalah sangat sukar bagi doktor yang merawat untuk melakukan evaluasi terhadap sistem saraf tersebut apabila seseorang pesakit disyaki menghadapi sebarang masalah berkaitan. Kelebihan memperolehi akses kepada CSF atau ‘ruang’ itu tadi , doktor dapat menjalankan evaluasi dan siasatan yang lebih terperinci agar diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai dapat diberikan.
tulang belakang

Mengapakah prosedur in dilakukan?
Dalam pesakit kanak kanak, antara indikasi utama utntuk melakukan LP adalah apabila anak itu disyaki menghidapi radang otak akibat draipada jangkitan. Ini kerana ujian lain seperti sampel darah dan ujian ‘scan’ pada otak sahaja tidak memadai untuk mencapai diagnosis yang tepat.
Tambahan pula, kadang kala kanak-kanak yang menghidapi jangkitan otak tidak menunjukkan tanda- tanda ‘klasik’ atau biasa jangkitan tersebut. Ini menyukarkan para doktor untuk membuat diagnosis.
Dengan adanya CSF, analisis terperinci dapat dibuat agar rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah tepat dan terbaik. Sekiranya sampel ini tidak diperolehi, rawatan akan diteruskan juga mengikut ‘bukti-bukti’ klinikal yang sedia ada. Namun, kehadiran organisma yang menyebabkan jangkitan tidak akan dapat dibuktikan. Kesukaran akan timbul sekiranya kanak- kanak tersebut tidak menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan awal. Ini akan merumitkan rawatan seterusnya kerana doktor tidak mempunyai ‘bukti’ utuh untuk memandukan pelan rawatan ke atas pesakit.
‘Lumbar puncture’ juga boleh dilakukan untuk memberi ubat – ubatan ataupun untuk mengurangkan tekanan  di dalam ruang otak dalam kes- kes terpilih.

Bagaimanakah prosedur ini dijalankan?
Prosedur ini selalunya memakan masa dalam 20 hingga 30 minit. Bergantung kepada keaadan pesakit, ubat pelali mungkin diberi ataupun tidak. Tiada persiapan khas yang diperlukan untuk pesakit. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan steril dan menggunakan sebatang jarum khas.
Sebelum itu, ubat untuk mengurangkan sakit akan diberikan dalam bentuk krim pada kawasan tulang belakang. Ubat tahan sakit berbentuk suntikan kadang kala diberikan bergantung kepada usia dan keadaan klinikal. Doktor akan memilih kawasan yang hendak dicucuk iaitu di antara tulang-tulang vertebra dan di kawasan yang jauh daripada rangkaian saraf tunjang. Jarum ini kemudiannya  dimasukkan ke kawasan yang telah dipilih. Air tulang belakang akan keluar melalui jarum dan dikumpul untuk analisis. Hanya beberapa titis shaja yang diperlukan untuk analisa.
Setelah itu , jarum akan dikeluarkan dan kawasan tersebut akan ditutupi dengan ‘pressure dressing’ untuk beberapa ketika untuk memastikam tiada pendarahan atau pembocoran air tulang belakang.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku?
Dalam kanak-kanak yang didapati sesuai untuk menjalani prosedur LP, komplikasi yang boleh terjadi adalah perasaan sakit dibahagian yang dicucuk untuk beberapa jam. Ada juga sesetengah anak -anak yang akan mengadu pening kepala tetapi kedua-dua keadaan ini adalah sementara dan pesakit akan dinasihatkan untuk baring atau berehat untuk beberapa jam dan juga untuk meningkatkan pengambilan air.
Oleh kerana tempat dimana jarum tersebut dimasukkan adalah jauh daripada saraf tunjang, isu pesakit menjadi lumpuh tidak timbul. Tulang belakang atau vertebra juga tidak dicederakan memandangkan  kawasan yang dicucuk adalah ‘ruang’ di antara tulang tersebut.
Air tulang belakang yang diambil akan ‘diganti’ semula oleh otak kerana seperti yang diterangkan, proses penghasilan CSF adalah suatu proses yang berterusan.
Komplikasi lain yang  boleh timbul adalah radang atau jangkitan di kawasan yang dicucuk tetapi ini sangat jarang berlaku kerana prosedur in dilakukan dalam keadaan steril oleh doktor yang terlatih.

Adakah prosedur in selamat ?
Dalam kes-kes yang telah ditentukan sesuai oleh Doktor yang merawat, prosedur LP adalah satu prosedur yang selamat. LP sangat  penting dalam membantu penyiasatan penyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang serta penyakit-penyakit tertentu yang lain. Adalah normal untuk ibu bapa merasa risau apabila doktor mengesyorkan prosedur tersebut dan staf yang terlbat seharusnya sensitif dengan perasan ibubapa. Namun kedua-dua pihak ibubapa dan doktor yang merawat bolehlah saling berbincang agar sebarang keraguan dan persoalan dapat ditangani dengan cara yang terbaik.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah. Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Jana Pendapatan Secara Sambilan

Gaji sahaja tidak cukup!!

Pagi ini check gaji sudah masuk. Yes!! Alhamdulillah. Tapi setiap kali gaji saya bukannya terlalu excited pun bah. Sebab apa, saya banyak komitmen untuk bayar sana bayar sini. Gaji memang lah beribu tapi kalau sudah bayar2 tinggal 30% saja tinggal untuk diri saya sendiri.

Saya ini sebenarnya seorang penjimat. Sangat cermat. Bukan mahu memuji diri sendiri, tapi ini betul sebab apa2 saya perlu keluarkan belanja saya akan fikir adakah ini untuk masa depan? Adakah ini satu keperluan dan bukan satu kemahuan. Need vs Want is different okay? Sebab itu saya ni kalau orang mahu cakap kedekut kah apakah, pedulilah. Ini memang diri saya.

Saya tidak akan melabur duit saya semata-mata untuk harta dunia. Apatah lagi yang kosnya makan beratus ringgit. Bagi saya itu adalah pembaziran. Saya memang tidak suka! Tapi terkadang saya beralah saja demi kepuasan sesetengah pihak. Allah itu MAHA ADIL.

Tambahan lagi, harta benda kita ini bukan mahu makan sendiri. Bagi saya perlu untuk kita bahagi sedikit duit atau rezeki kita buat mereka yang lebih memerlukan. Infaq pada ibu sendiri pun dinamakan sedekah. Jika kita mahukan kekayaan, perbanyakkanlah sedekah. Ikhlaskan hati. In sha Allah, rezeki itu akan berbalik pada kita dengan dua kali ganda lipat. Allah itu MAHA PEMURAH. Kalau kita pemurah, tidak mustahil rezeki kita pun murah. Amiiinnn ya rabbal alamin.

Saya buat Shaklee ni pun, saya tidak mahu bebankan suami saya. Saya akui, saya banyak kemahuan. Yalah, seorang wanita kan. Tapi saya ni beli pun bila perlu. Beli pun bila saya sudah fikir masak2. Barang kemahuan saya sendiri, saya tidak akan minta daripada suami saya lepas saya ada income daripada Shaklee ini. Walaupun tidak banyak saya berpuas hati, sedikit sebanyak mampu cover untuk simpanan masa depan kami anak beranak. Ini pun bukan untuk saya tapi buat anak2 saya juga. Keluarga saya.

Saya tidak mahu bebankan suami saya dengan macam2 belanja. Cukuplah makan pakai kami anak beranak saya guna pendapatannya. Tapi segala apa saya mahu, saya sendiri akan tanggung sendiri. Walaupun baki gaji saya tidak cukup setiap bulan, saya puas hati sebab saya tidak punya banyak kemahuan setiap bulan. Cuma kadang dalam setahun tu mesti ada juga lah saya rasa membeli yang tidak perlu. Tapi itu untuk merasa dua tiga kali dalam setahun jak. Kata orang mahu lepaskan kempunan jak.

Saya juga tidak mahu kalau orang lain suka ungkit2 perbelanjaan saya. Ke mana duit saya pergi. Saya paling tidak suka. Jawapannya adalah semua dalam buku akaun simpanan saya. So please jangan kata saya lokek. Saya bekerja dan dapat gaji hasil titik peluh saya juga. Jadi biarlah saya tentukan apa yang perlu saya buat untuk duit tu. Anda semua pun boleh menyimpan sebenarnya. Sangatlah boleh. Tiada istilah tidak cukup bajet. RM10 pun menyimpan bah. Jadi kita tidak rugi di masa depan nanti. Jangan menyesal suatu hari nanti apabila kamu sedar keputusan kamu suatu ketika dulu adalah salah.

Pendapatan dari Shaklee setiap bulan pun berkat daripada usaha saya. Saya pun jual tidaklah mahal dan masih menepati syarat dan undang2 Shaklee. Yalah, niat saya hanya untuk membantu orang lain hidup sihat. Kalau anda rasa mahal dan memilih untuk mahu memiliki vitamin Shaklee, itu adalah pilihan kamu.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Welcome to My Shaklee Family

Lagi - Potential Shaklee Family Member 


Alhamdulillah berkat rezeki hari ini. Gaji sudah dapat dan saya dapat dua berita baik. Satu, kawan yang cakap mahu masuk member hari Sabtu lepas, hari ini dia confirm sudah. So malam nanti pergi jumpa dialah untuk memberi sedikit penjelasan.

Dua, seorang aunty dia whatsapp dan inbox saya di facebook dan bagitahu dia berminat untuk jadi. Dia tanya saya ni pengedar yang sah ka, kalau pengedar biasa saya boleh daftar dari kamu ka. Dia tanya juga masuk member ada berapa cara dan bagaimana. Terus saya call dia untuk terangkan lebih dalam lagi. So dia memang berminat lah. Dia berasal dari Bintulu Sarawak, tapi dia sudah lama di Labuan. Jadi saya berjanji dengan dia untuk berjumpa tengahari esok untuk dengar lebih penjelasan. Yang bestnya dia pun kata mahu pergi KK Sabtu ni, so sy plan dengan dia untuk pergi Shaklee KK Branch sama2. 


JOM join ahli Shaklee untuk dapatkan harga jimat untuk amalkan gaya hidup yang sihat melalui produk Shaklee. 

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”