Showing posts with label Set Hamil / Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil / Pregnancy. Show all posts

Tuesday, 22 September 2015

Shaklee Labuan: Shaklee Melengkapkan Keperluan Nutrisi Anda Semasa Mengandung

Panduan Nutrisi Ibu Mengandung

Assalamualaikum semua...

Salam sihat buat anda terutamanya untuk mereka yang sedang hamil pada ketika ini. Sekarang usia kandungan kandungan saya menginjak ke 31 minggu. Pemakanan saya seperti biasa cuma pada awal 4 bulan pertama saya kurang makan nasi kerana selera yang tidak mengizinkan. Ini menyebabkan berat saya tidak berapa naik pada 3 kali yang pertama temujanji antenatal saya tempoh hari. Ngam jugak masa tu terkena pada bulan puasa dan saya ponteng puasa cuma sehari atau dua hari sahaja. Syukurlah juga setakat ini bacaan hemoglobin tidak pernah mengecewakan, ujian urin dan tekanan darah tinggi juga begitu. Mudah-mudahan tiada apa yang perlu dibimbangkan untuk cahaya mata kedua ini.

Cuma saya ingin menyentuh sedikit pada usia 28 minggu, temujanji untuk berjumpa doktor untuk scan keadaan bayi saya. Keputusan scan itu memanglah yang tidak pernah dijangka dan saya menghitung hari2 untuk berjumpa lagi doktor supaya mereka boleh rescan lagi samada plasenta bayi saya tidak mengganggu perjalanan bayi saya untuk dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah setelah minggu lepas berjumpa doktor untuk rescan keputusan mungkin lebih menyenangkan lah jadi saya sangat lega pada masa tu. Semoga saya dan bayi saya selamat walaupun plasenta bayi berada di tepi dan bukan di atas seperti keadaan normal biasanya.

Di sini saya ingin memberi tips yang saya sendiri amalkan hingga ke hari ini. Cuma saya mahu ibu mengandung di luar sana, sebelum mengambil apa2 suplemen selain yang saya syorkan tolong dapatkan nasihat daripada doktor anda dahulu ya.

Selamat datang ke dunia Shaklee saya...
Nutrisi yang cukup perlu diberi pada kita dan bayi kita supaya menyokong perkembangan bayi tanpa mengganggu nutrisi untuk diri kita sendiri juga. Bukan sebab apa, kesannya memanglah kita tidak nampak dalam masa terdekat tapi apabila kita mula mencapai 40 tahun ke atas kita akan mula rasa kekurangan nutrisi disebabkan mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi kita.

Suplemen Shaklee yang disyorkan untuk ibu mengandung, berpantang sambil menyusukan ialah seperti berikut:-

Vita-lea Iron Formula
B-Complex
OsteMatrix
Sustained Release Vita C Plus

Optional suplemen:
Energizing Soy Protein
Omega Guard

info hamil

Senarai itu cuma pendapat saya yang saya boleh syorkan pada semua ibu mengandung yang tidak mempunyai sebarang masalah semasa mengandung. Suplemen lain yang selamat akan disyorkan pada anda mengikut keadaan kesihatan anda dan juga keizinan kewangan anda.

Semasa awal kandungan saya makan B-Complex untuk memenuhi keperluan asid folik, juga membantu selera saya dan mengawal emosi saya yang sering sakit kepala. Tetapi selepas saya habis melalui fasa morning sickness, saya tidak lagi mengamalkan B-Complex dan ambil jika saya perlu saja kerana selera saya sudah mula kembali. B-Complex Shaklee istimewa kerana ianya lengkap dengan asid folik dan semua 8 jenis vitamin B.

Vita-lea Iron Formula sebenarnya juga mengandungi asid folik cuma tidak sebanyak yang dibekalkan di dalam B-Complex. Pastinya kita semua lebih tahu bahawa asid folik ini sangat perlu untuk pertumbuhan janin dalam rahim kita supaya membentuk saraf tunjang bayi yang sihat. Malahan mereka yang mahu mengandung dinasihatkan supaya makan asid folik seawal yang mungkin.

Vita-lea Iron Formula pula membekalkan zat besi yang cukup disamping kita makan daging, kita telan lah vitamin ini pula yala kadang kita mahukan zat besi daripada sesuatu makanan tapi makanan itu dimasak dengan berkolesterol atau paling tidak pun proses masakan mengurangkan kandungan nutrisi yang terdapat dalam makanan tu. Disebabkan itu kita memerlukan suplemen sebagai pelengkap nutrisi kita.

Seterusnya kita cerita vitamin C lah pula... Vitamin C ni bila-bila pun perlu bukan saja semasa mengandung bah. Yalah, tambah2 lagi vitamin C Shaklee ini ada kelainannya yang tersendiri yang mampu membina kolagen di dalam kulit kita yang mampu menjaga ksihatan kulit kita pada bila2 masa dan di mana saja kita berada. Lagipun ianya diekstrak daripada buah jagung ya, bukan vitamin C yang macam di pasaran yang selalu kita jumpa diekstrak daripada buah oren sitrus yang boleh menyebabkan kita mendapat gastrik. Bukanlah kita mahu cakap vitamin C mengandungi buah sitrus ini tidak baik tapi kalau boleh kita elakkan lah pengambilan yang kerap. Tambahan lagi, vitamin C memang sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam badan kita jadi tidaklah kita sering mengalami kekurangan zat besi.

Tiba masanya untuk menceritakan keperluan OsteMatrix sebagai sumber kalsium kita ini pula. Sejak dari mengandung, melahirkan dan menyusukan itulah kita nampak perlunya kalsium ini lebih kepada wanita. Segala nutrien yang ada pada badan wanita mengandung dan myusukan akan disalurkan juga pada si comel dari dalam kandungan sehinggalah dia lahir dan seterusnya menyusu badan. Jangan nanti sudah menginjak umur 40 tahun nanti kita mula sudah mengadu kesakitan apatah lagi penyakit tulang yang serius boleh membawa kpd Osteoporosis. Kalsium ini bukan sahaja untuk tulang kita, tapi juga untuk gigi dan gusi. Jangan menyesal kalau kita mudah diserang sakit gigi di kemudian hari gara2 kita tdk mempunyai cukup bekalan kalsium di dalam badan utk diri sendiri dan juga untuk si baby. Kita tidak risau dengan bekalan jika kita benar2 minum susu rendah lemak tinggi kalsium 4-5 gelas sehari semasa mengandung. Saya pun tidak mampu menelan 5 gelas dalam sehari sebab itu saya memilih untuk menelan OsteMatrix saya. Bagi saya OsteMatrix sangat perlu untuk memudahkan saya tidur lena tanpa menghadapi kebas dan kekejangan kaki. Selain dari itu mudah saya untuk membuang setiap hari tanpa sembelit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 12 January 2015

Health & Wellness Talk January 2015: Penjagaan Nutrisi Pre-Natal & Post Natal

Nutrisi Khas Buat Si Ibu Mengandung

Hadiah istimewa buat mommy to be & mereka yg bakal melahirkan si comel.. Ada yg masih tercari2 set nutrisi hamil & berpantang yg slmt & bkesan? Shaklee adalah ikhtiar yg plg tepat, kebaikan utk si ibu jg si comel dlm kandungan.


Ibu 
>> mengurangkn masalah kebas & sakit sendi
>> menjaga gigi si ibu supaya tidak sakit dan jatuh
>> mengurangkan rambut gugur selepas bersalin
>> memberi tenaga 
>> mencantikkan kulit 
>> menghasilkan susu ibu dgn cepat & sangat yg berkualiti

Bayi 
>> membantu perkembangan otak bayi 
>> pembentukan tulang & gigi si bayi yg sempurna 
>> kulit bayi sihat & elak terkena eczema bila lahir nanti
>> penglihatan bayi yg jelas & sempurna 
>> membina saraf tunjang yg kuat 
>> menguatkan antibodi supaya tidak mudah terkena jangkitan seawal dalam kandungan hinggalah dia lahir nanti

Sekarang ini majoriti saya perhatikan, ramai ibu2 yang inginkan layanan mesra jika mereka melahirkan nnt, sanggup tempah bilik hospital swasta yg mahal tapi tidak memeningkan keutaman kesihatan bayinya di dalam kandungan. Apabila sudah melahirkan nanti, ank sakit baru tergesa-gesa ke klinik.. Tidak mahu melaburkan duit demi ksihatan terjamin untukk ank yang dilahirkan.. Kan lagi bagus kalau kita mengelak sebelum terkena.
"Mcegah lebih baik drpd mgubati"

Menjaga anak kita seawal dari dlm kandungan lagi supaya mereka mampu mbesar dgn sihat, aktif & kuat..

Set khas utk mama buyung yg bakal melahirkan umat Rasulullah saw. ialah:-

Energizing Soy Protein (ESP)
OsteMatrix
B-Complex
Vit Lea with Iron Formula
Omega Guard
Vitamin C

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 13 October 2014

Kenapa PROTEIN penting untuk tubuh manusia??

Protein ialah makanan kepada sel dalam badan dan asas kepada pembinaan sel yang sihat, sangat penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik.

Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, hemoglobin dan sel-sel.

Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti

~Membina sel-sel baru
~Menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru
~Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

Selain untuk sel, protein penting dalam memperbaharui hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit yg sihat.

ESP Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

Badan kita perlu tenaga dan makanan juga, jadi apa makanan untuk sel-sel di dalam badan kita pula?? Jawapannya protein lah.. Tapi bukan sembarangan protein. Harus yg non-GMO. Non GMO ni maksudnya ia tidak diubah secara genetik bah. Jadi kita dapat kacang soya tu purely, originally, bukan cetak rompak okey.. Kita perlu kan Energizing Soy Protein utk membekalkan protein yang cukup dalam badan. ESP ini juga setanding 2 kali ganda dari pengambilan daging, 4 kali ganda dari pengambilan telur dan 12 kali ganda dari pengambilan susu!

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?

  • Rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar..
  • Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi tdk kuat. Bila kurang protein, badan kita tidak mampu melawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

Tidak perlu risau harga memang sangat berbaloi dengan manfaat dan kebaikan ESP ini. Kalau tidak percaya cubalah sekarang bah.

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 17 September 2014

Set Hamil/ Pregnancy Shaklee II

MEMBANTU MENGOPTIMAKAN KESIHATAN SEWAKTU MENGANDUNG

Kehamilan merupakan saat-saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Perasaan gembira, teruja dan sedikit risau pasti akan dirasai terutamanya seandainya ia adalah kehamilan yang pertama. Antara perkara yang selalu difikirkan adalah vitamin apa yang sesuai yang perlu dimakan semasa hamil.

Kalau anda membuka 'buku merah' di klinik kesihatan kerajaan, anda pasti akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat/vitamin. Contohnya seperti vitamin C, iron, asid folik dan sebagainya.

Di Euphoria, kami menyediakan 1 set khusus untuk ibu-ibu yang mengandung iaitu Set J. Dan set ini dibahagi kepada dua iaitu: Set J-1 dan Set J-2.

Set 1

(Khas Untuk 1st Trimester)

B-Complex with Acid Folic
Sustained Release Vita-C Plus
OsteMatrix
Vita-Lea

Set 2

(Khas Untuk 2nd & 3rd Trimester)

Sustained Release Vita-C Plus
B-Complex with Acid Folic
OsteMatrix
Vita-Lea
Omega Guard

Adakah kesemua suplemen ini perlu untuk saya ketika hamil?

Jawapannya, YA PERLU. Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana ia membantu untuk mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, kekurangan berat bayi dan juga risiko kecacatan. Ia juga membantu kita menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang kehamilan.

Asid Folik

- Ia sangat penting dalam pembentukan otak dan saraf bayi pada awal kehamilan. Dan pengambilannya dicadangkan sebaik-baiknya 3 bulan sebelum anda bercadang untuk hamil. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kecacatan pada saraf tunjang bayi.

Iron (Zat Besi)

- Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Bagi yang mengalami masalah HB yang rendah, zat besi ini sangat membantu dalam meningkatkan HB anda.

Tips: Elakkan mengambil vitamin ini bersama-sama dengan kalsium kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi. Sebaliknya anda digalakkan untuk meminum segelas air buah ataupun mengambil bersama Vitamin C untuk penyerapan yang lebih optimum.

Kalsium

- Ia membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium dalam diri ibu hamil akan terdedah kepada risiko pre-eklampsia dan boleh membawa maut kepada ibu dan bayi.

Omega-3

- Ia diperlukan untuk penglihatan yang baik, perkembangan otak dan pembentukan sistem saraf yang
baik.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Set Hamil/Pregnancy Shaklee I

Untuk kehamilan, kita memang disarankan untuk mengambil pemakanan seimbang dan penuh nutrisi. Bukan takat untuk kebaikan baby dalam perut, tapi jugak untuk kesihatan ibu sepanjang kehamilan hingga ke saat bersalin. Sebab tu kalau pergi hospital, doktor akan prescribe kita dengan beberapa vitamin kehamilan. Multivitamin lah, Calcium lah, minyak ikan lah.

Sel > Tisu > Organ > Sistem > Tubuh

1. Menghilangkan Loya Morning Sickness

Vitamin B6 dan Vitamin B12 membantu melegakan morning sickness. Selain Vitamin B Complex, supplement Peppermint Ginger turut membantu menghilangkan loya morning sickness

Vitamin B Complex turut mengandungi Vitamin B9 turut dikenali sebagai Folic Acid. Folic Acid sangat penting untuk mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi. Sangat penting di ambil di awal trimester sebab masa ni lah tulang belakang bayi sedang terbentuk. Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan unsur B1 hingga B12, lengkap dengan Folic Acid sekali lah maknanya. Kalau ambil Shaklee, dah tak perlu ambil folic acid hospital

2. Blood Clot (elak tumpah darah lepas bersalin)

Tahukah anda, pengambilan vitamin yang betul membantu blood clot semasa bersalin. Kata lainnya, pengambilan vitamin yang betul mengelakkan risiko tumpah darah selepas bersalin. Vitamin yang dimaksudkan adalah Calcium. Kat sini Shaklee offer Ostematrix sebagai sumber Calcium. Almaklum lah, kengkadang ada ibu rasa tak lalu nak minum susu atau makan sayur sebagai sumber calcium. Jadi boleh lah amalkan Ostematrix hingga ke saat bersalin.

Istimewanya Ostematrix ni, ia turut di lengkapi dengan agen penyerap Calcium; iaitu Magnesium dan Vitamin D. Agen penyerap ni membantu tubuh kita serap Calcium. Tanpa agen penyerap, memang tubuh xdpt serap calcium.

Selain Ostematrix, Alfalfa juga membantu blood clot. Tapi kalau ibu preggy nak ambil Alfalfa, dinasihatkan jangan ambil di awal kehamilan. Ambil di akhir kehamilan, macam dah nak dekat due ke, sebab Alfalfa ni herba. Di takuti ia induce contraction

3. Elak Jaundice

Alfalfa terbukti dapat mengelakkan jaundice berdasarkan pengalaman beberapa kenalan. Bahkan native american sendiri dah lama praktikkan amalan ni. Namun caution, disebabkan Alfalfa ni boleh induce contraction, ibu yang nak ambil hanya boleh ambil di akhir kehamilan, macam dalam bulan ke-8 gitu. Dan tak boleh lebih dari sebiji.

Tapi nanti kalau lepas bersalin boleh lah ambil maksimum 10 biji. Ia membantu ibu berpantang untuk melawas dan merangsang penghasilan susu ibu. Tapi juga tengok keadaan bayi kalau ada masalah jaundis boleh tangguh sehingga baby ok.

4. Meningkatkan bilangan HB Darah

Biasa kalau saya lah, awal kehamilan memang rasa letih semacam. Perkara ni normal. Masa ni placenta mula terbentuk. Asalnya tubuh kita just supply darah untuk kita sorang, tapi kali ni nak kena supply untuk kita si ibu plus placenta dan baby yang baru terbentuk.

Bila kurang makan makanan berzat besi seperti daging atau sayur, maka bilangan HB darah berkurang. Kat sini lah Alhamdulillah Vitalea Iron Formulated membantu. Rata-rata pengalaman kenalan, dari HB 8 boleh naik hingga HB 13! Alhamdulillah

5. Mengelakkan risiko pre-eclampsia

Biasanya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan) ni detected pada akhir kehamilan. Kalau anda pernah alami sejarah pre-eclampsia, anda perlu menitik beratkanpengambilan protein yang cukup semasa kehamilan. Mula kan sejurus anda tahu anda hamil. Boleh baca di sini tentang penerangan saya mengenai pre-eclampsia.

Untuk protein, anda boleh dapatkan ESP, sumber protein terbaik kerana ia bebas lemak, bebas kolesterol dan tulen.

6. Mengelakkan risiko anak kurang sempurna fizikal, atau organ terbentuk kurang sempurna

Atau kata mudahnya, moga anak yang dilahirkan tak cacat pancaindera, dan semua organ termasuk jantung, paru-paru, etc semua sempurna. Kat sini lah pentingnya pengambilan protein.

Sebab apa?

Protein merupakan asas pembinaan sel dalam tubuh. Mula-mula sel terbentuk, kemudian membentuk tisu, kemudian organ, kemudian system, kemudian tubuh terbentuk sempurna.

Protein yang Shaklee offer adalah ESP. Pengambilan Calcium juga penting sebab calcium membantu pembentukan darah, dan sistem kardiovaskular bayi. Calcium Shaklee adalah OsteMatrix tadi

7. Mengurangkan risiko anak menghidap allergik

Tahukah anda, kalaupun anda atau pasangan dua-dua ada allergik, contohnya Eczema, kita boleh usahakan supaya baby tak dapat allergik. Iaitu dengan pengambilan vitamin minyak ikan. Vitamin minyak ikan yang Shaklee offer adalah Omega Guard. Banyak kelebihan Omega Guard ni sebenarnya. Ia turut membantu perkembangan otak bayi, perkembangan visual bayi, melembutkan bahagian vagina (kasi bukaan lembut semasa nak bersalin), sebab ia mengandungi asid lemak -3.

Omega Guard ni istimewa berbanding minyak ikan lain sebab kandungan DHA dan EPA nya paling tinggi antara semua brand. Dan ia nya BUKAN dibuat dari hati ikan (cod liver). Hati ikan ni penuh toksik, jadi Shaklee memilih untuk buat minyak ikan Omega Guard dari ikan sebenar, bukan hati ikan.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...


"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 September 2014

Peppermint Ginger Plus

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise, Peppermint-Ginger Plus dapat membantu anda seperti berikut:

· Melegakan senak perut

· Membantu proses penghadaman

· Menyamankan perut

· Mengurangkan mual dan muntah

· Membuang angin dalam badan

· Mengurangkan sakit gastrik

· Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)

Peppermint-Ginger Plus boleh digunakan oleh ibu mengandung terutamanya di awal kehamilan di mana kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami morning sickness yang teruk. Supplement ini membantu mengurangkan kesan morning sickness dan sesuai diambil bersama set vitamin ibu mengandung.

Dapatkan Peppermint Ginger Plus dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”