Friday 25 September 2015

6 Cara Ajar Bayi Anda Lancar Bercakap


Apabila bayi comel anda sudah mahir berjalan tentu sahaja ingin melihatnya boleh bercakap pula. Rasa tak sabar hendak mendengar perkataan pertama keluar daripada mulut comel tersebut. Tapi bagaimana cara terbaik hendak mengajar si manja bercakap?

Ada teknik tertentukah? Sebenarnya bayi mula belajar bercakap sejak dia pandai mengeluarkan bunyi lagi pada usia 3 -4 bulan.

Pada usianya 8 bulan ke atas, bayi sudah pandai membunyikan perkataan tertentu. Galakkan anak anda banyak bercakap dengan cara kerap melayannya berbual. Walaupun dia kelihatan tidak faham tapi percayalah dia sedang menyimpan apa yang didengarkan itu dalam kotak memorinya.

Jangan melarang anak belajar bercakap, biarpun perkataannya tidak difahami atau berulang-ulang.

Berikut 6 cara merangsang si manja lancar bercakap:

1. Teruskan peniruan

Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Ini kerana dia dalam tempoh belajar becakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan anda akan membuatkan anak hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarkannya.


2. Berbual

Ini teknik mudah yang boleh dipraktiskan sejak anak lahir lagi. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkan si anak lagi cepat bertutur. Dalam masa yang sama dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti Bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.


3. Ajar sebutan betul

Jangan mengada-ngada untuk mengajar anak anda bercakap pelat. Ajar anak bercakap dengan cara sebutan yang betul. Tidak semestinya bercakap dengan anak kecil perlu bahasa yang pelat.


4. Kata-kata negatif

Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata negatif. Nasihatkan anak kecil yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.


5. Ajar perkataan positif

Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Misalnya, ajar ungkapan "terima kasih", "minta maaf" untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.


6. Pengulangan

Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini!


Resources: Pa&Ma@Karangkraf

Info Hamil: Wanita Hamil Juga Perlu Jaga Badan

3 Alasan Ibu Mengandung Tetap Perlu Jaga Badan


Kehamilan selalu dijadikan alasan untuk bakal ibu makan sebanyaknya dan malas melakukan sebarang aktiviti senaman.Hakikatnya ia hanya mitos. Memang benar ibu hamil tidak boleh mengamalkan diet tetapi bukan bermaksud makan tanpa had semua makanan sehingga berat badan bertambah daripada yang sepatutnya menjelang hari kelahiran. Akibatnya selepas melahirkan bayi, ibu sukar mendapatkan kembali badan sebelum mengandung.


Alasan #1: Ingin Makan Terus

Istilah makan untuk dua orang adalah alasan paling popular yang diguna pakai oleh wanita hamil untuk membolehkan dia memenuhi selera makan yang meningkat. Sebenarnya ia memang perkara normal dalam kalangan ibu mengandung dan sememangnya ia perlu kerana bakal ibu memerlukan peningkatan jumlah nutrisi bagi membekalkan kepada janin dalam kandungan. Tetapi ibu hanya perlu meningkatkan pengambilan khasiat dalam pemakanan dan bukan kalori!

Secara umum, sepanjang kehamilan, bakal ibu hanya perlu menambah sebanyak 300 kalori setiap hari. Oleh itu awasi apa yang dimakan. Pastikan makanan tersebut membekalkan jumlah kalori yang diperlukan dan bukan makan apa sahaja makanan yang tidak berkhasiat dan tinggi kalori. Ini kerana dibimbangi, peningkatan berat badan mendadak ketika mengandung akan berisiko membuatkan ibu mendapat penyakit diabetes atau darah tinggi. Jangan terkejut jika doktor meminta ibu melakukan diet jika kenaikan berat melebih had normal wanita hamil!


Alasan #2: Perasaan Malas

Rasa malas ketika mengandung mungkin disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Akibatnya ia membuatkan ibu rasa malas hendak banyak bergerak dan ingin berehat sahaja. Sebenarnya memang tidak salah sesekali ibu hendak bermalas-malasan di rumah, atau malas masak. Memang seronok jika hanya berehat di rumah sambil menonton TV atau tidur sahaja seharian di hujung minggu tetapi jika diikutkan rasa malas ini boleh berlarutan sehingga menyukarkan proses bersalin kelak. Sebenarnya semakin besar perut anda, semakin perlu ibu banyak bergerak, supaya memudahkan proses kelahiran bayi kelak. Ibu hamil yang banyak bergerak juga dapat mengurangkan kenaikan berat badan berlebihan terutama di akhir kehamilan.
Mungkin anda hanya perlu membuat perkara yang menggembirakan anda seperti mengemas bilik tidur bakal bayi atau sekadar bersiar-siar di pusat membeli belah.


Alasan #3: Tak Mahu Bersenam

"Kena bersenam juga? Saya kan mengandung!"

Ia salah satu alasan paling klise yang diberi oleh kebanyakan ibu hamil. Memang logiknya ibu hamil tidak boleh sesuka hati melakukan aktiviti senaman seperti belum hamil selain keadaan perut yang semakin membesarkan membuatkan ibu sukar bergerak. Namun, senaman ringan seperti berkebun di halaman rumah, berjalan di taman atau berenang, memberikan banyak kesan positif kepada kesihatan ibu juga anak dalam kandungan.

Sekurang-kurangnya luangkan masa 30 minit sehari untuk menggerakkan otot badan. Selain menyihatkan badan, ia juga membantu mengurangkan tekanan dan dapat mengurangkan risiko dijangkiti diabetes kerana kenaikan berat badan berlebih, dan membantu memlancarkan proses bersalin kerana fizikal yang sihat.


Resource: Pa&Ma@Karangkraf

Tuesday 22 September 2015

Shaklee Labuan: Shaklee Melengkapkan Keperluan Nutrisi Anda Semasa Mengandung

Panduan Nutrisi Ibu Mengandung

Assalamualaikum semua...

Salam sihat buat anda terutamanya untuk mereka yang sedang hamil pada ketika ini. Sekarang usia kandungan kandungan saya menginjak ke 31 minggu. Pemakanan saya seperti biasa cuma pada awal 4 bulan pertama saya kurang makan nasi kerana selera yang tidak mengizinkan. Ini menyebabkan berat saya tidak berapa naik pada 3 kali yang pertama temujanji antenatal saya tempoh hari. Ngam jugak masa tu terkena pada bulan puasa dan saya ponteng puasa cuma sehari atau dua hari sahaja. Syukurlah juga setakat ini bacaan hemoglobin tidak pernah mengecewakan, ujian urin dan tekanan darah tinggi juga begitu. Mudah-mudahan tiada apa yang perlu dibimbangkan untuk cahaya mata kedua ini.

Cuma saya ingin menyentuh sedikit pada usia 28 minggu, temujanji untuk berjumpa doktor untuk scan keadaan bayi saya. Keputusan scan itu memanglah yang tidak pernah dijangka dan saya menghitung hari2 untuk berjumpa lagi doktor supaya mereka boleh rescan lagi samada plasenta bayi saya tidak mengganggu perjalanan bayi saya untuk dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah setelah minggu lepas berjumpa doktor untuk rescan keputusan mungkin lebih menyenangkan lah jadi saya sangat lega pada masa tu. Semoga saya dan bayi saya selamat walaupun plasenta bayi berada di tepi dan bukan di atas seperti keadaan normal biasanya.

Di sini saya ingin memberi tips yang saya sendiri amalkan hingga ke hari ini. Cuma saya mahu ibu mengandung di luar sana, sebelum mengambil apa2 suplemen selain yang saya syorkan tolong dapatkan nasihat daripada doktor anda dahulu ya.

Selamat datang ke dunia Shaklee saya...
Nutrisi yang cukup perlu diberi pada kita dan bayi kita supaya menyokong perkembangan bayi tanpa mengganggu nutrisi untuk diri kita sendiri juga. Bukan sebab apa, kesannya memanglah kita tidak nampak dalam masa terdekat tapi apabila kita mula mencapai 40 tahun ke atas kita akan mula rasa kekurangan nutrisi disebabkan mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi kita.

Suplemen Shaklee yang disyorkan untuk ibu mengandung, berpantang sambil menyusukan ialah seperti berikut:-

Vita-lea Iron Formula
B-Complex
OsteMatrix
Sustained Release Vita C Plus

Optional suplemen:
Energizing Soy Protein
Omega Guard

info hamil

Senarai itu cuma pendapat saya yang saya boleh syorkan pada semua ibu mengandung yang tidak mempunyai sebarang masalah semasa mengandung. Suplemen lain yang selamat akan disyorkan pada anda mengikut keadaan kesihatan anda dan juga keizinan kewangan anda.

Semasa awal kandungan saya makan B-Complex untuk memenuhi keperluan asid folik, juga membantu selera saya dan mengawal emosi saya yang sering sakit kepala. Tetapi selepas saya habis melalui fasa morning sickness, saya tidak lagi mengamalkan B-Complex dan ambil jika saya perlu saja kerana selera saya sudah mula kembali. B-Complex Shaklee istimewa kerana ianya lengkap dengan asid folik dan semua 8 jenis vitamin B.

Vita-lea Iron Formula sebenarnya juga mengandungi asid folik cuma tidak sebanyak yang dibekalkan di dalam B-Complex. Pastinya kita semua lebih tahu bahawa asid folik ini sangat perlu untuk pertumbuhan janin dalam rahim kita supaya membentuk saraf tunjang bayi yang sihat. Malahan mereka yang mahu mengandung dinasihatkan supaya makan asid folik seawal yang mungkin.

Vita-lea Iron Formula pula membekalkan zat besi yang cukup disamping kita makan daging, kita telan lah vitamin ini pula yala kadang kita mahukan zat besi daripada sesuatu makanan tapi makanan itu dimasak dengan berkolesterol atau paling tidak pun proses masakan mengurangkan kandungan nutrisi yang terdapat dalam makanan tu. Disebabkan itu kita memerlukan suplemen sebagai pelengkap nutrisi kita.

Seterusnya kita cerita vitamin C lah pula... Vitamin C ni bila-bila pun perlu bukan saja semasa mengandung bah. Yalah, tambah2 lagi vitamin C Shaklee ini ada kelainannya yang tersendiri yang mampu membina kolagen di dalam kulit kita yang mampu menjaga ksihatan kulit kita pada bila2 masa dan di mana saja kita berada. Lagipun ianya diekstrak daripada buah jagung ya, bukan vitamin C yang macam di pasaran yang selalu kita jumpa diekstrak daripada buah oren sitrus yang boleh menyebabkan kita mendapat gastrik. Bukanlah kita mahu cakap vitamin C mengandungi buah sitrus ini tidak baik tapi kalau boleh kita elakkan lah pengambilan yang kerap. Tambahan lagi, vitamin C memang sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam badan kita jadi tidaklah kita sering mengalami kekurangan zat besi.

Tiba masanya untuk menceritakan keperluan OsteMatrix sebagai sumber kalsium kita ini pula. Sejak dari mengandung, melahirkan dan menyusukan itulah kita nampak perlunya kalsium ini lebih kepada wanita. Segala nutrien yang ada pada badan wanita mengandung dan myusukan akan disalurkan juga pada si comel dari dalam kandungan sehinggalah dia lahir dan seterusnya menyusu badan. Jangan nanti sudah menginjak umur 40 tahun nanti kita mula sudah mengadu kesakitan apatah lagi penyakit tulang yang serius boleh membawa kpd Osteoporosis. Kalsium ini bukan sahaja untuk tulang kita, tapi juga untuk gigi dan gusi. Jangan menyesal kalau kita mudah diserang sakit gigi di kemudian hari gara2 kita tdk mempunyai cukup bekalan kalsium di dalam badan utk diri sendiri dan juga untuk si baby. Kita tidak risau dengan bekalan jika kita benar2 minum susu rendah lemak tinggi kalsium 4-5 gelas sehari semasa mengandung. Saya pun tidak mampu menelan 5 gelas dalam sehari sebab itu saya memilih untuk menelan OsteMatrix saya. Bagi saya OsteMatrix sangat perlu untuk memudahkan saya tidur lena tanpa menghadapi kebas dan kekejangan kaki. Selain dari itu mudah saya untuk membuang setiap hari tanpa sembelit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday 17 September 2015

Info Kanak-Kanak: Rangsang Perkembangan Otak Anak

Aktiviti Rangsang Otak Kanan Anak Pintar


Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.

1. Bermain tanah liat. Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

2. Origami. Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk.

3. Menggunting. Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.

4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.

5. Melukis. Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

6. Bercerita. Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

7. Bermain teka-teki dengan anak. Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas tidu, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya.

8. Kad imbasan. Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Tak perlu buat aktiviti ini dalam tempoh lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.

Resources: Pa&Ma @ Karangkraf

Info Kanak-Kanak: Pertuturan

Anak Masih Belum Bertutur


Sebagai ibu ayah tentu kita berasa risau sekiranya anak yang sudah berusia tiga tahun dan ke atas masih belum boleh bercakap seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya.

Kebiasaannya anak sedemikian banyak menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi. Sebagai ibu dan ayah, tentu kita gusar. Apa yang mesti dilakukan? Adakah anak saya tidak normal?

Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh anak. Peka dan ambil tindakan segera sekiranya ia mencerminkan perkembangannya menunjukkan sesuatu tidak sejajar dengan umur mereka. Jika anak masih belum boleh bercakap sedangkan dia sudah mula berjalan atau selewat-lewatnya dua tahun, bawa mereka untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Petunjuk anak lewat bertutur

3 tahun
*Tidak boleh bercakap dalam frasa pendek seperti “Saya tak nak makan” atau “Tayar trak patah”.
*Tidak boleh bertanya soalan.
*Mempunyai kosa kata yang kurang dari 200 – 300 patah perkataan.
*Tidak memahami arahan ringkas.
*Tidak boleh meniru aksi dan perkataan.

4 tahun
*Menggunakan perkataan “saya” dan “awak” secara salah.

5 tahun
*Mempunyai masalah memahami dua rahan dalam satu masa.
*Keliru dengan kedudukan seperti atas, bawah, depan, belakang dan sebagainya.
*Tidak boleh memberitahu nama sendiri atau maklumat peribadi kepada guru atau kawan-kawan.
*Tidak bercakap tentang aktiviti hariannya, mendengar cerita dengan baik dan mampu menceritakan semula.

Resources: Pa&Ma @ Karangkraf

Info Kanak-Kanak: Aktiviti Stimulasi Buat Si Comel Anda

10 Aktiviti Rangsang Fizikal & Mental Anak Genius


Kanak-kanak dan bermain memang tak boleh dipisahkan. Tetapi dalam masa yang sama, sebagai ibu ayah kita perlu juga memupuk minat untuk mereka belajar. Tetapi jangan pula memaksa si kecil untuk belajar seperti kanak-kanak yang sudah ke sekolah rendah. Belajar tidak semestinya terperuk dalam bilik dan menghadap buku semata-mata.

Ada banyak cara pembelajaran si manja yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental anak membesar sebagai anak sihat dan cerdas.


1. Jom berseronok di taman permainan

Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permainan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya.Selain itu anak juga belajar kemahiran sosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.

2. Kulihat hijau

Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah anda sambil belajar mengenali pelbagai pokok yang ada juga satu cara si kecil belajar. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayi yang pasti memberikan dia pengalaman baru.

3. Berenang

Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.

4. Bermain pasir pantai

Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata - tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan mereka cipta. Malah ia membantu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.

5. Berkebun

Jika anda ada halaman rumah, rajinkan diri untuk berkebun. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti berkebun juga mengajar si cilik erti tanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semula jadi, mempelajari sains dan pek kepada alam semula jadi. Dengan berkebun, ia mengajar anak erti tanggungjawab untuk menjaga pokok-pokok dengan menyiramnya. Malahan ia meningkatkan keyakinan diri apabila dia menyaksikan pertumbuhan pokok tersebut di samping menambah ilmu pengetahuan anak tentang pokok.

6. Bermain belon

Warna warni belon memang mengujakan kanak-kanak. Belon adalah mainan yang murah tetapi memberikan keriangan kepada si manja. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata - tangan anak. Menepuk belon kepada orang lain akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial si manja.

7. Bermain bola

Bermain bola memang sinonim dengan anak lelaki. Tetapi si anak perempuan juga boleh bermain bola bersama. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Anda boleh membaling bola kecil kepada si manja dan menyuruhnya menyambut bola serta memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini dapat melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata - tangan anak di samping menambah daya intelek anak menerusi pemahaman peraturan permainan.

8. Melukis di luar

Mungkin melukis di dalam rumah anak akan berasa bosan, jadi apa kata sesekali bawa anak ke taman dan berikan pensil, warna dan kertas kepadanya. Biarkan si kecil melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Cara ini membantu merangsang daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Kemudian tanya kepada anak tentang hasil lukisannya dan jangan lupa berikan pujian dan kata-kata positif. Ini dapat meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan dan keupayaan pertuturan serta tata bahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukisnya.

9. Bermain dengan haiwan peliharaan

Kanak-kanak suka kepada haiwan. Jika mendedahkan mereka bermain dengan haiwan peliharaan kanak-kanak belajar untuk bertanggungjawab dan menyayangi haiwan. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan ibu bapa diperlukan supaya anak mencapai potensi optimum dalam dirinya.

10. Membeli belah bersama

Bawalah si kecil membeli barangan keperluan rumah bersama. Dedahkan dia kepada cara membeli belah yang bijaksana tanpa perlu membazir. Terangkan apa tujuan dan kenapa membeli sesuatu barangan itu. Ini membantu menambah pengetahuannya. Anda boleh menyuruhnya mengira jumlah barangan yang dibeli dan mengingat apa barangan rumah yang diperlukan. Secara tidak langsung ini dapat mengajarnya bertanggungjawab. Bagi yang beragama Islam, beri pendedahan kepada anak mengenai kepentingan logo HALAL yang mesti ada sebelum memilih apa jua barangan.

Resources: Pa&Ma @ Karangkraf