Showing posts with label Duta Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Duta Shaklee. Show all posts

Thursday, 2 March 2023

Duta Shaklee Nazran: Berkhatan


Apa itu Berkhatan?

Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’.

 Menurut Mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Dan menurutnya lagi, umat Islam disunatkan untuk mengkhatankan bayi pada hari ketujuh kelahirannya. 

Namun, ia mestilah melihat kepada tubuh atau keadaan fizikal bayi tersebut sebelum dia disunatkan agar tidak menyebabkan sebarang kesan buruk akibat daripada prosedur bersunat. Majoriti masyarakat Malaysia mengkhatankan anak mereka pada umur 12 tahun. Tetapi ianya juga bergantung kepada pendapat ibu bapa masing-masing. 


Dalil Berkhatan


Antara dalil yang menyebut tentang pensyariatan khatan ialah:

Firman Allah SWT dalam al-Quran:

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Al-Nahl, 16: 123

Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Selain itu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَ ثَمَانِينَ سَنَةً، وَاخْتَتَنَ بِالْقَدُومِ

Maksudnya: “Nabi Ibrahim AS berkhatan selepas berumur 80 tahun dengan menggunakan qadum (alat seperti beliung, kapak kecil).” - Riwayat al-Tirmidzi (2799)

Kemudian hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ - أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَار،ِ وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: “Fitrah (sunnah) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.”

 

Kisah Nazran Berkhatan


Alkisah satu-satunya anak teruna ummi. Rezeki Nazran dapat juga menyertai Program Berkhatan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA),  Peringkat WP Labuan. Program ini terbuka secara percuma kepada 50 orang peserta. 

Kisahnya, pada 25 Februari 2023, sebelum pukul 7 pagi lagi kami tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Membedai WP Labuan. Walaupun belum pukul 7, ibubapa dan peserta sudah pun ramai yang berkumpul. Kami dapat nombor giliran ke 41 daripada 50 orang peserta. Jauhnya! 

Selesai sahaja, pihak penganjur mengagihkan sarapan, peserta diminta berkumpul untuk memulakan program. Majlis dibuka dengan bacaan doa dan sedikit kata alu-aluan daripada wakil penganjur. Bomba sudah pun bersedia untuk menyiram peserta berkhatan ini. Setelah itu peserta di minta menyalin baju dan memakai kain sarung. 

Menunggu giliran sehinggalah tengahari, syukur juga Nazran tidak banyak karenah, cumanya bosan saja dia menunggu. Pelbagai adegan yang saya nampak pada hari tersebut. Ada seorang budak tu berkurunglah dia di dalam tandas, ada seorang lagi menangis takut tidak mau dikhatankan dan lebih teruk lagi ramai juga peserta yang terjerit-jerit ketakutan sehinggakan ibu yang menemani anak tersebut tidak mampu sudah untuk memujuk dan akhirnya tarik diri dari dikhatankan.

Sijil penyertaan sudah pun diserahkan tapi belum berjaya dikhatankan. Tiada rezekilah disitu kan. Pihak penganjur kata, cuba lagi di Program tahun hadapan. Syukur juga teruna ummi yang seorang ini tidak macam tu.

Oleh kerana lama menunggu, ayah nya kembali ke tempat kerja pagi itu. Setelah 4 jam menunggu, ummi pun inform lah ayahnya ketika hampir giliran Nazran dipanggil dan si ayah dengan segera meninggalkan tempat kerjanya. Pengalaman untuk kami: ummi dan ayah yang tercipta sekali dalam seumur hidup. Kami berdua menemani Nazran di dalam bilik rawatan.

Ummi menyaksikan sepenuhnya Nazran dikhatankan walau bingit telinga mendengar jeritan Nazran yang sedang berselawat sepanjang proses khatan tapi alhamdulillah ummi bersyukur dikurniakan seorang anak lelaki. Syukur dengan izin ALLAH SWT ummi diberi pengalaman berharga yang mungkin tidak semua ibu/bapa dapat peluang seperti ini.

Fasa penyembuhan dari Berkhatan

Bukan mudah menjaga Nazran sepanjang tempoh selepas berkhatan. Tidak pernah dia bangun dari pembaringan melainkan kalau dia berhajat untuk ke tandas. Saya pun sebenarnya takut juga kalau ada apa-apa kesan komplikasi selepas bersunat tu kan. 

Selama 2 hari tu, apa-apa yang dia mahu semua pun ummi, mahu makan minum panggil ummi, kencing panggil ummi dan selama dia baring tu bagi dia main game saja di handphone. Okey tidak apalah kan kita bagi chance lah kalini kan sebab dia pun bosan tidak dapat banyak bergerak apa lagi yang dia boleh buat, selain tu dia rehat dan tidurlah. Hari ketiga, mahu tidak mahu, saya juga yang buka balutan luka nya. Ayahnya disuruh awal lagi surrender geleng kepala. Allah! Nasiblah ummi ni cekal hati. Haha!

Pagi itu, ummi sediakan air suam dan kapas untuk buat bersihkan lukanya. Hampir ummi pekak dibuat Nazran sebab kuat jeritan nya ketakutan semasa ummi cuba tanggalkan balutan kapas tu. Mungkin sudah 2 hari jadi darah yang kering sudah pun melekat pada luka dan balutan. Mungkin memang sakitlah sebab tu Nazran rancak menangis. Kasihan anak ummi. Selepas tu saya bawa dia mandi walaupun dia jerit-jerit tidak mahu. 

Bukan apa ummi mahulah tengok dia cepat sihat sebab dua hari lagi kami perlu ke seberang untuk balik ke kampung ayahnya untuk mengimarahkan majlis walimah abang sepupu Nazran. Disebabkan dia takut untuk berseluar, di dalam kereta balik ke kampung tu dia cuma memakai kain pelikat saja walaupun sebenarnya sudah pun memakai seluar dalam. Dan dengan kain pelikat itu juga dia naik ke atas feri ditemani ayahnya untuk pergi ke tandas, sempat ditegur oleh seorang uncle India, "baru bersunat ka?" 

Walau apapun, belum pun seminggu Nazran sudah pun sembuh sepenuhnya. Syukur alhamdulillah! Sepanjang masa setiap kali selepas makan, saya mesti bekalkan Nazran, Vita-lea Kids (The Yummy Multivitamin for Kids) untuk mencukupkan nutrisi dalam badan dia dan mempercepatkan sembuh luka yang disokong oleh zat besi yang terkandung dalam Vita-lea Kids Shaklee ini. Selain zat besi, ia juga mengandungi kalsium, vitamin C, vitamin A dan banyak lagi yang sangat membantu tumbesaran anak-anak.

Manfaat Berkhatan

Berkhatan merupakan salah satu cara umat Islam untuk menghidupkan sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim AS. Hikmah pensyariatan khatan adalah untuk menjaga kesucian dan kebersihan secara luaran mahupun dalaman apabila memotong kulit zakar yang menutupi hasyafah (kepala zakar).

Firman Allah SWT dalam al-Quran:

إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِين

Al-Baqarah, 2: 222

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.

Tips Sebelum Berkhatan


Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak berkhatan perlulah diberi membuat persediaan awal, sebagai contoh, beritahu anak kita setiap hari seawal yang mungkin supaya anak kita tidak takut untuk berkhatan. Macam ummi juga, setiap kali cuba jelaskan apa itu berkhatan, kenapa perlu buat itu, kenapa kita mesti buat ini. Supaya anak itu sendiri lebih bersedia sebelum disunatkan. 

Selain itu, anak-anak ini mungkin akan risau bila sudah kita yang ibu bapa ni setiap hari kita cakap dan jelaskan benda yang sama tentang berkhatan, jadi beli lah jiwa anak tu, tidak perlu belanja mahal pun beli jiwa anak tu janji kita sesekali kita turutkan apa yang dia mahu. Dengan syarat, mesti mahu berkhatan. Ha gitu! 

Cukupkan bekalan nutrisi, ini bukan sebab apa, fokus pun lari kan di sekolah dia dengan kawan asyik bertukar cerita pasal berkhatan. Jadi mestilah anak tu cukup tidur dan cukup sihat supaya dia mudah fokus di dalam kelas. Nazran memang tidak lain tidak bukan dengan kawan rapatnya, Fayz yang sama-sama menghadiri program berkhatan ni. Menurut, ibu Fayz, Fayz siap buat carian google dan youtube lagi pasal berkhatan ni. Opps! Kita pula yang nervous dibuatnya. 

Walau bagaimana cara sekalipun, semoga ibu bapa diluar sana yang bakal melalui fasa anak berkhatan pada masa akan datang boleh menghidupkan sunnah junjungan nabi kita dengan jayanya. In sha' Allah. Semoga entri ini bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana.  

shaklee labuan
Bersama ketua pihak penganjur- USIA Bhgn WP Labuan
En Mohd Ali Asmiran Datuk Seri Mohd Omar Bledram   

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan Vita-Lea Kids atau apa-apa vitamin kanak-kanak, boleh lah berhubung dengan saya ya. Tiada yang lebih berharga daripada seorang ibu melainkan melihat anaknya sentiasa sihat dan ceria. Betul tidak? 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
WhatsApp: Rh Aszda Yanty
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 24 February 2023

Tahap 1: Happy memory spend with classmates 3B



Sengaja ummi buat satu entri khas untuk abg Nazran. Last bergelar murid Tahap 1, bakal berdepan dengan pembelajaran yang lebih mencabar.

11 Februari 2023

Tempoh hari semasa hari pendaftaran, saya juga diberi Laporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan semua ibu bapa juga perlu mengisi borang pinjaman buku teks. Saya punyalah terkejut dalam senarai buku ada juga buku teks Sejarah lagi mengejutkan ada juga Teknologi Maklumat dan buku cerita lebih kurang termasuk subjek Sastera la tu kan? Allah !! Darjah 4 sudah belajar itu semua? Struggle betul kanak-kanak sekarang kan. Terlebih advance. Semoga abg boleh cope semua mata pelajaran nanti. Buat yang terbaik ya abg!


Selesai di kelas abg, pergi pula kelas kakak Nashwa. Banyaknya buku perlu dibawa pulang. Berhempas pulas la kita membalut mana yang tidak berapa kemas tu. 

Tahun ini ketiga-tiga permata ummi bersekolah. Adik Nayla bakal bersekolah juga pada bulan Mac ini. Ummi tidak minta banyak tapi sangat berharap pengorbanan untuk melihat kamu membesar di depan mata ini menjanjikan yang terbaik buat anak-anak. Membentuk mereka memang bukan suatu perkara mudah. Sesungguhnya 10 tahun bergelar ibu, ummi masih dalam proses untuk menjadi seorang yang betul-betul sabar. 

Semoga Allah berikan kita rezeki yang banyak untuk bekalkan vitamin Shaklee untuk mereka semua tanpa henti! 

Sunday, 19 February 2023

Duta Shaklee: Nazran terima anugerah

 
Pada petang yang indah 16 Februari yang lalu, balik sahaja Nazran dari sekolah memberi khabar gembira. Di tangan nya Nazran memegang sijil anugerah kehadiran terbaik dan wang tunai RM10.

Syukur Ya Rabbul Jalil !

Sesungguhnya rintihan seorang ibu untuk melihat juga anaknya menerima anugerah di dengar Maha Penyayang. Walaupun tidak sehebat anak-anak yang lain mendapat tempat dalam kelas tapi ini sudah lebih dari mencukupi.

Syukur atas izin Allah SWT, Nazran jarang jatuh sakit dengan berbekalkan vitamin Shaklee setiap hari.

Sesungguhnya inilah kejayaan sebenar di mana pengorbanan saya terbayar secara tunai. Bukan wang ringgit tapi ketenangan dalam meniti hari-hari saya sebagai seorang ibu yang mengharapkan anak nya sentiasa sihat dan ceria.

Kadang, ada juga sekali dua dia demam tapi sekejap sahaja tidak sampai pun sehari. Mungkin, faktor cuaca dan fizikal nya kepenatan. Cuma, ralat sedikit mendengar nya bercerita yang dia ditolak semasa menuruni tangga sekolah petang itu. Koyak seluar nya yang baru pertama kali dipakai dan ada secalit darah disitu. Tersentuh hatiku.

Walau bagaimanapun, Nazran juga kuat minum air putih. Memang saya selalu pesan supaya jangan lupa minum air yang banyak. Nazran bersekolah pagi dan petang memang penat. Saya yang tengok dia pun penat apatah lagi dia yang mengalami nya sendiri.

Harini, kami solat maghrib bersama. Nazran lah imamnya. Selepas solat, saya pesan supaya usai solat jangan terus bangun berdiri, kita mesti rajin berzikir setiap kali setelah habis solat dan saya ajarkan zikir yang basic untuk dia amalkan. Ayatul Kursi juga jangan dilupa. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa, minta pada ALLAH supaya hidup kita diberkati, supaya kita cemerlang dalam pelajaran.

Nazran salah seorang peserta dalam Program Berkhatan anjuran USIA (United Sabah Islamic Association), sebuah badan NGO yang diadakan pada minggu depan dan seramai 50 orang kanak-kanak yang tersenarai sebagai peserta. Percuma. 

Jadi, saya pesan bila sudah berkhatan nanti, Nazran mesti rajin solat, tidak boleh tunggu ummi ingatkan untuk solat, besar nanti bila ummi sudah tiada abang sudah tahu semuanya dan akan ingat sendiri sampai bila-bila. Dia menangis dan saya pun turut menangis. Semoga jadi anak yang baik ya anakku bila besar nanti. Semoga Nazran tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat. Aminnnn Ya ALLAH!


"Prevention is Better Than Cure" 
Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 8 February 2023

Shaklee Labuan: We choose a healthier life with Shaklee

Terus terang bukan mudah untuk maintain consume Shaklee. Kalau setakat OsteNutrix utk saya sebulan memang cukup. Tapi untuk anak-anak ni sebenarnya besar juga belanja demi kesihatan mereka.

Tapi Alhamdulillah!! Sentiasa diberi kecukupan. Mungkin ada juga rakan-rakan diluar sana pernah tertanya setahun si Asda ni tidak kerja dia boleh pula beli Shaklee ni bukan murah. Yes! Dari segi harga memang mahal tapi lebih susah hati lagi kalau anak-anak tidak sihat. Hati galau tidak tenang. Tidur pun tidak lena dengar tangisan dan rengekan. Saya fikir satu saja, duit wang ringgit kita boleh cari biar mahal sekalipun tetap saya perlu buat pengorbanan demi memantapkan lagi kesihatan anak-anak saya. 

Saya tidak paksa orang untuk membeli pun, tapi saya mahu orang lain rasa apa yang saya rasa. Tenang. Lega. Syukur. Asbab Shaklee, Allah SWT beri kami kesihatan. 

Anak-anak saya syukur lah tidak pernah bermalam di wad gara-gara demam ka batuk ka. Mereka memang kuat! Lagi yang si kecik tu. Huhai, semua ba dia makan. Omega Guard tu dia kunyah macam tiada apa-apa. 
Lagi belikan Chewable Vita C pun dia suka makan macam gula-gula. Alamak. Abg kakak memang tidak berapa suka pun dua benda ni. Kalau Vitalea Kids dengan Hero Kiddo. Ha yang tu cepat. Semua berebut jangan cakap lah. Syukur la nak, ada juga rezeki ummi bagi kamu rasa semua jenis Vitamin Shaklee yang ada. 

Mak saya. Tidak boleh tidak mesti kena makan OsteNutrix setiap malam. Saya pun begitu. It is a must sebenarnya. Bukan sebab kita bergantung pada dia. Tapi, kandungan yang ada dalam OsteNutrix tu mungkin dalam sehari kita ada ambil sedikit atau langsung tidak ada sumber yang terdapat dalam tablet Oste tu. Kita makan untuk mencukupkan suggested pengambilan harian yang perlu dalam badan kita. 

Yang diperlukan dalam badan kita untuk mencukupkan supaya dapat tidur yang lebih lena, boleh membuang dengan selesa, otot boleh berehat semasa tidur jadi itulah esok nya bangun tidur memang akan rasa sangat best. Sangat berbeza. Pastinya lebih sihat. Nanti saya share kandungan yang ada di dlm OsteNutrix tu ya. Stay tuned next post !


#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 5 August 2015

My Hero - Turn 2 years



Nazranfiddin Asjad


Hari ini entri untuk anak pula, yalah saya sangatlah berbesar hati untuk menceritakan tumbesaran anak saya yang pertama ini. Apabila melihat kepintaran, kbijaksanaannya, lincah dia bgerak saya sangat2 terharu, juga sangat gembira yg tidak boleh saya gambarkan dengan kata2.

18 Jun 2013 tarikh yang amat bermakna buat kami sekeluarga, anak saya merupakan cucu sulong buat mama saya dan di sebelah suami saya pula bertambah pula cucu setelah 7 orang cucu dari kakak dan abang kandung suami saya. Nazran sangat istimewa di mata saya sebagai ibu yang mgandungkan, melahirkan, menjaga dan mnyusukannya sepanjang saya cuti berpantang.

Bukan apa, kalau dikenangkan saat-saat sebelum dan selepas melahirkan dulu banyak dugaan kami berdua yang baru bgelar ibu bapa untuk pertama kali. Bayi saya mengalami jaundis melebihi 14 hari dan kami sampai dua kali masuk wad untuk rawat Nazran yang bacaan bilirubin nya mendadak naik. Disebabkan oleh itu, semua bayi yang mempunyai "prolonged jaundice" terpaksa di ambil darahnya sehingga dua tiub darah untuk dibuat ujian keseluruhan seperti fungsi jantung, hati, buah pinggang dan lain-lain. Masa tu pun sangat menyayat hati sebab kami tidak dibenarkan bersama semasa darah itu di ambil, menjerit menangis Nazran kami hanya mampu mendengar dari luar sehinggakan dia tersedu-sedu menangis tidak bersuara semasa saya mengambil nya.

Di wad pula, kami mesti menginap sehingga dua malam dan hanya dibenarkan keluar pada pagi hari ketiga. Begitu juga pada kedua kali kami di tahan di wad yang sama. Setiap pagi dia akan di bawa keluar oleh petugas nurse untuk mengambil ujian darah bilirubin nya yang di ketip di belakang tapak tangan. Sehingga sekarang bekas luka itu masih kelihatan di tangan Nazran. Setiap kali melihat itu, saya mesti akan teringat kembali betapa payahnya kami lalui hari-hari sepanjang sebulan tu. Pelbagai cara alternatif yang kami cuba untuk memastikan anak kami sembuh sepenuhnya.

Pengalaman di wad kanak-kanak, saya tidak mampu lupakan apabila petugas di situ sampai meninggikan suara dan mengherdik saya. Terasa saya ni sudah buat satu jenayah pula. Saya tidak pernah tidur selesa kerana menjaga Nazran. Dia pun kelihatannya suka sangat membuka penutup mata yang dipasangkan padanya. Setiap dua jam saya kena menyusukan dia supaya dia lebih banyak membuang air. Sehingga pernah satu hari tu, Nazran asyik tidur saja sampai nurse terpaksa tampar untuk kejutkan dia dari bangun supaya dia boleh menyusu badan dari saya. Sedih juga pada masa itu. Setiap malam di wad tu saya mesti mengalirkan air mata. Mungkin sebab tekanan perasaan dan juga terlalu melayan rasa sakit hati dengan layanan nurse dan petugas di situ. 

Bukan itu sahaja, disebabkan Prolonged Jaundice Nazran diberi tarikh untuk berjumpa dengan Paedriatik. Satu hari tu, mereka dengar sesuatu pada jantung Nazran ada bunyi pelik tapi Paedriatik di Hospital Nukleas tidak dapat memastikan apa itu sebenarnya. Apa yang mereka katakan pada kami mungkin juga boleh tertutup atau mungkin juga lubang tu tidak tertutup sampai bila2 dan mungkin juga dia mesti menerima lawatan lanjutan. Pelbagai kemungkinan yang kami dengar daripada doktor pakar. Siapa yang tidak risau memikirkan itu tambah lagi kami ini terpaksa pergi ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak di Likas Kota Kinabalu. Seharian kami berada di sana menunggu giliran. Kami bersarapan di hospital dan malam sebelum itu kami terpaksa menginap di hotel berdekatan untuk mudah ke sana. Di sana, beberapa proses yang kami terpaksa hadapi disebabkan Nazran tidak mahu diberi ubat pelali supaya dia tidur untuk memudahkan doktor memeriksa keadaan jantungnya.

Semasa umur 8 bulan Nazran juga diberi tarikh untuk berjumpa dengan pakar Audiotory di Hospital Pakar ENT (telinga, hidung dan lidah). Sesampai sahaja kami di sana, kami terpaksa menunggu lama dan syukur juga waktu itu Nazran tidur semasa diperiksa tapi tiba telinga sebelah untuk diperiksa dia pula sudah terbangun dan sesi pemeriksaan terganggu dan doktor tidak dapat menjalani ujian telinga nya dengan sempurna jadi kami diberi tarikh lain lagi selepas umurnya 1 tahun kami bawa lagi dia ke sana untuk menyempurnakan sesi ujian pendengaran nya. Kali ini agak well behave walaupun dia tidak pandai duduk diam kerana banyak mainan dalam bilik doktor yang memeriksa dia pada waktu itu. Nakal juga waktu tu. Setelah pahit maung bersusah payah ke sana ke sini akhirnya Nazran dapat juga meneruskan hidup seperti biasa tanpa pemeriksaan lanjutan di mana2 klinik pakar.

Setelah dia membesar dan beratnya naik dengan sihat setelah 4 bulan, Nazran mula susut berat badan selepas saya mula kembali berkerja. Sehinggalah sekarang beratnya juga masih belum mencapai berat badan ideal bagi umurnya yang sudah meningkat dua tahun.

Walau bagaimana cara sekalipun, saya sangat berbangga dengan apa kami ada sekarang. Nazran mula menampakkan kepintaran nya dan sangat aktif bermain bola. Itulah dugaan saya sekarang, setiap petang saya rasa berat hati untuk menambah waktu kerja saya demi melihat dia sejurus saya balik bekerja. Naluri seorang ibu kan memang ingin sentiasa rapat dengan anaknya.

Saya mengenal Shaklee pun selepas saya habis berpantang dan barulah saya bermula dengan Set Penyusuan Bajet dan setelah Nazran berumur 10 bulan saya cuba juga bagi dia Meal Shake dan juga Omega Guard. Saya bagi pun sebab Nazran mengalami masalah berat badan dan carta beratnya sudah mula menurun dan setiap bulan terpaksa bawa dia ke klinik kesihatan untuk monitor berat badannya ni. Tambahan lagi berklinik pakar paedriatik setiap 5 bulan sekali. Tapi sebelum umurnya 2 tahun kami sudah tidak perlu membawanya ke Paedriatik lagi kerana masalah berat badannya tidak membimbangkan oleh kerana perkembangan tumbesaran Nazran sesuai dengan umurnya walaupun dia nampak kecil. Hehe.

Sekian rencah perjalanan sepanjang Nazran menginjak ke umur 2 tahun. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan kekuatan dan seiring dengan ketabahan kami berdua ayah dan ummi.

Tuesday, 13 January 2015

Pilihan Vitamin Terbaik buat Si Manja

Mana Satu Produk Shaklee Menjadi Pilihan Si Manja Anda??

1. Meal Shakes Shaklee

Dengan rasa vanila yang sedap dan aromanya yang menyelerakan, selera makan anak kita insyaallah akan bertambah.

Anak anak berusia 1tahun keatas, mempunyai kemungkinan untuk tidak bernafsu makan kerana terlalu asyik bermain.

Ini memang normal, mereka bermain untuk belajar. Tapi, pada masa yang sama jika mereka tidak makan macam mana nak membesar dengan sihat dan kuat?

Meal Shakes Shaklee kaya dengan vitamin dan mineral untuk bekalkan mereka dengan zat untuk membesar dan menambahkan selera.
Saya sendiri amalkan mealshake untuk anak saya. Alhamdulillah dengan mealshake bantu si comel sy sentiasa aktif. Sejak dia berumur 1 tahun jarang sakit...

2. Omega Guard Shaklee

Omega guard dibuat dari minyak ikan dan baik untuk perkembangan otak dan daya tahan badan lawan penyakit.

Sebenarnya omegaguard ni bagus untuk anak kita semasa dalam kandungan lagi.

Ada kajian dijalankan pada ibu mengandung. Pemerhatian dilakukan pada ibu yang mendapat khasiat 1000mg Omega 3 sehari semasa mengandung.

Anak yang lahir lebih pantas proses pembelajarannya dan kurang sakit dan demam. Kecuali nak tumbuh gigilah kan.

Pemerhatian pada ibu lain yang cuma makan 100mg Omega 3 menunjukkan anaknya lebih mudah jatuh sakit dan kemampuannya untuk belajar sesuatu yang baru llebih rendah dari kanak kanak sebelumnya.

Makanan apa yang kaya dengan omega 3?Ikan dan telur kaya dengan omega3.

Tapi satu rahsia omega 3 yang jarang didedahkan ialah ia cepat rosak jika terdedah pada suhu tinggi.

Apa jadi kalau cara memasak ikan dan telur itu salah. Automatik habis rosak omega 3tersebut. Rugi dan sayangnya.

Khasiat yang sepatutnya diserap anak semasa makan telah rosak kerana kaedah memasak yang salah.

Bagaimana cara membantu mereka mendapatkan khasiat omega 3 dengan maksimum?

Makan omega guard Shaklee. Apa yang berbeza dengan minyak ikan shaklee?

Bukan dibuat dari hati ikan. Tapi dibuat dari bahagian ikan yang lain. Hati ikan mempunyai risiko pencemaran logam berat yang tinggi.Merkuri dan plumbum dari minyak ikan tercemar akan mengganggu pertumbuhan anak anak kita.Omegaguard Shaklee bebas dari logam berat kerana melalui pemeriksaan dan proses pengilangan yang berkualiti tinggi. Menggunakan teknologi yang telah dipatenkan.

Kaya dengan omega3,6, DHA dan EPA ia baik untuk kesihatan minda, jantung dan sendi. Bantu anak kita kekal sihat.

3. Chewable Vitamin C

Khasiat vitamin c dalam bentuk pil yang lazat dan boleh dikunyah kanak kanak. Orang dewasa pun sukannya. Rasa citrus yang lazat dan enak.

Vitamin C bagus untuk:-

Membantu meningkatkan daya tahan lawan penyakitAntioksidan pencegah kanserKulit yang sihat

Harganya pun sangat berpatutan. Sgt berbaloi banding anda belikan anak anda KFC atau makanan segera yg lain2 tu. 

4. Chewable Vitalea

vitamin kanak2Membekalkan vitamin dan mineral diperlukan anak anak untuk membesar dalam satu tablet boleh kunyah. 19 vitamin dan mineral dan sgt murah, jika dikira 1 hari 2 biji Vitlea hanya RM3.70. Murahkan?? Cukup zat, kesihatan anak akan lebih terjamin.

Berapa harga produk ini ya? Jauh lebih murah daripada wang yang dibayar untuk perlindungan takaful. Ya, memang jauh lagi murah. Sgt murah banding kamu pergi klinik ubat itu ubat ini, haaa sudah berpuluh kan??

Syukur alhamdulillah, sgt2 bersyukur sejak si comel sy berumur 1 tahun tidak pernah miss Meal
Shake dgn Omega dan skrg umurnya suda hampir 1 tahun 7 bulan hanya ada 2 kali dlm masa tertentu Nazran demam itupun cuma 3 hari, dia tumbuh gigi 4 batang sekaligus. Skrg sudah ada 8 batang giginyaaa...Yeay!! Cukup kalsium yg diperlukan utk si comel sy..

Cegah lebih baik buat si manja anda

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 25 December 2014

Duta Meal Shake Shaklee: Suka Bila Terkena Ombak di Kaki

 Bercanda Di Pasiran Pantai

Hari cuti beginilah masa utk bawa duta sy ni outing.. Yalah utk kenal dunia luar.. Hari bekerja dia jarang keluar itupun malam saja ikut ayah ummi dia COD. Paling tidak pun berklinik d KKIA atau pergi Klinik Pakar.

 Bukan main lagi suka dia bila kaki dia terkena ombak... Geli hati dia.. Mula2 tu apabila dengar ombak, dia kelihatan macam takut2 jak.. Tapi lama2 bawa dia pergi air mahu juga dia ikut... Dia sgt hepi..

 Sayang anak ummi... Be good boy to us ok dear..


Thursday, 18 December 2014

Duta Shaklee: Membantu Menyusun Stok Shaklee


Si Tukang Susun Botol Shaklee 


Haaaaaa, padah menyibuk semasa ummi menyusun stok, di situ jugak dia mahu menyusun. Naah kan sudah kena snap gambar setampik saja.. Hahaha.. 

Macam ragam betul anak ummi ni, sudahlah ummi kelam kabut menyusun, menunggu ayah lagi belum sampai untuk buat COD. Aduhaiii.. Mana lagi wasap berbunyi2 bersilih ganti dengan fb messenger. Orang ni lagi kalau ummi pegang telefon pantang betul mahu juga di rebutnya. Allahuakbar Nazran.. Sabar sajalah ummi. 

Cepat2 tolong ummi susun, mahu mandi baru solat magrib lepas tu kita duduk depan tv tengok drama tv3 pukul 7 tu. Bah tolong lah ummi susun. 

Faham juga dia bah. Apa lagi saya bagi dia, dia susun dalam rak, yang kecil pandai pula dia susun double bertingkat. Yang botol besar2 dia masuk saja.. Sempat juga dia tengok sebab flash dari camera handphone ummi. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Pengedar Shaklee Utama di Labuan: Duta Shaklee Saya

Excited & Gembira Stok Sampai Lagi!!!

Nazran lah yang paling suka dan excited kalau ada kotak Shaklee sampai rumah. Waah.. Sampai ambil tangan kita mintak pegang dia mahu naik kotak, lepas tu turun minta buka kan kotak tu lagi.

Dialah Orang paling bahagia dan excited bila sampai kotak stok Shaklee umminya... Upin Ipin yg d Tv9 tgh tayang pun dia tdk peduli... Dia lebih tertarik dgn kotak Shaklee.. Spt ummi jgk gumbira klu stok d tnggu2 sampai.. Yeay!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 9 December 2014

Duta Meal Shake: Mengamuk minta di bukakan Meal Shake



Sedang mengira stok ada pula Duta Meal Shake saya ni ternampak Meal Shake kegemaran dia apa lagi melompat2 minta dibukakan. Tidak sabar dia menunggu. Sabar sajalah.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 4 December 2014

Pengamal OMEGA Menjadi Semakin Pintar


Omega Guard vs Nazran Yang Cerdik

Anak saya ni kalau nampak saja saya pegang pen memang dia terus rampas, dia ni suka sangat dengan pen. Sekarang sudah mula pandai menconteng sana sini. Skrin laptop saya pun turut jadi mangsa. Allahuakbar! Sabar sajalah. Hehe.. 

Tapi saya bahagia dan sangat terharu dengan melihat perkembangan hero saya ini. Umurnya mencecah 18 bulan sudah sekarang ni. Semasa umurnya setahun dia terima hadiah daripada rakan sepejabat saya tertulis "18 Month Age". Tapi dia sudah mahir dengan mainan itu walaupun belum lagi berumur 18 bulan. Mainan itu pun macam pasang2, ada block2 kecil untuk dimasukkan ke lubang yang betul. Alhamdulillah. 

Sejak Nazran berumur setahun saya memang berikan dia Omega Guard untuk membantu perkembangan otak dia. Sebelum dia setahun, dia ada masalah eczema di kedua belah betis dia. Jadi saya amalkan lah minum ESP dan Omega Guard untuk menambah khasiat air susu saya masa tu. Lagipun saya terbaca Omega Guard boleh mengurangkan masalah eczema. Sehngga sekarang saya mash berikan dia Omega Guard. Semoga dia membesar dengan bertambah2 sihat, ceria, cerdik dan penyabar. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...


"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 29 November 2014

Master-To-Be vs Roger Barnett

master labuan


Duta Shaklee Saya: Nazran


Ketaksuban saya mengambil gambar hero saya a.k.a Master-to-be Nazran bersama Roger Barnett saya tidak dengar nama saya dipanggil oleh servis kaunter. Hehe. 

Hero saya yang memang consumer Shaklee saya paling hebat. Duta Shaklee yang paling menakjubkan. Yalah, sehingga sekarang dia membesar dengan sihat dan sangat pintar. Dia juga penghibur saya, bila saya makan, bila kita minum, bila kita berbaring, teman bermain bola, suka main dengan kucing, dia juga ada caranya tersendiri kalau dia ada inginkan sesuatu. Sangat pintar anak ummi ni. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 25 November 2014

Budak Cerewet Sukakan Meal Shake


"I Love Meal Shake" by Nazran


Hari ini hero saya menangis saja. Dia rasa tidak selesa sejak kelmarin dia selesema. Hidung tersumbat. Sekali bagi dia tengok Meal Shake dia diam dengan sendirinya. Dia pun bagi isyarat minta kita tolong buka penutup Meal Shake tu. Habis comot mulut dia kesian. 

Walau bagaimana cara sekalipun, dia akan selalu begini. Bila dia menangis saja pun, bagi ja dia tengok Meal Shake ni dia akan tenang. Dia ni tidak lah memilih makan cuma dia mudah menolak walaupun baru beberapa kali di suap. Sebab itu, saya beri dia Meal Shake supaya dia dapat sumber vitamin dan mineral yang mencukupi. Nasib dia sukakan Meal Shake. Sangat suka!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”