Wednesday 1 April 2015

Kejutan untuk Maintain Leader Februari 2015



Apa yg terjadi saya sendiri tidak perasan ianya berlaku. Benarlah rezeki itu rahsia ALLAH swt. Saya sangat terharu kerana kejayaan saya ini. Dapat membantu Kak Aisah yg telah banyak membantu. Saya akui, walau kadang kita berasa rimas kerana desakan dan kata semangat yg tidak pernah henti dan kadang rasa tertekan kerana menggalas komitmen "leader" dalam Shaklee tapi saya tahu itu adalah suara-suara yg ingin mendengar saya berjaya suatu hari nanti. 

Alhamdulillah ini adalah hasil kerja keras walaupun tidak seberapa tapi semoga ia menanam semangat untuk terus berjuang lebih lebih lebih keras pada masa akan datang. Saya rasa sungguh terkejut dapat bunga ini. bunga ros hidup pula tu. Ingatkan dapat baucer makan saja sekali datang kena hulur bunga rupanya. Allahuakbar!!! Terkejut saya kakak ni... Apa-apa pun terima kasih kak. 

Maintain Leader 4 bulan berturut: Reward daripada Upline

Syukur, syukur, syukur...Terima kasih ya Allah swt
Segala pujian bagiMU, Ya Rabbul Jalil...
1. Parkson Voucher RM100 (Dec 2013)
2. Buffet Lunch Voucher for 2 person at Victoria Brasserie Grand Dorsett Hotel (Nov 2014)
3. Beautiful Green Bracelet (Jan 2015)
4. Buffet Lunch Voucher for 2 person at Victoria Brasserie with a Bouquet of flower with 3 pink roses (Feb 2015)
5. Holiday package 3D2N with return flights LBU-KUL and staying at Melia Kuala Lumpur (from super upline)