Tidurlah anakku sayang... Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam ni. Masih juga dia bersengkang mata menonton Upin Ipin Series di handphone ummi ne. Allahuakbar!! Tidur sayang ya...
Jaga Allah Jaga Ibadah
Apabila hati kita selalu rasa gundah, apabila kita diuji kita sering saja cepat melenting, apabila perasaan kita dikawal oleh syaitan yang rejam, di saat itulah mereka ketawa berdekah-dekah melihat kita dikuasai perasaan marah... Cuba lihat ke dalam diri sendiri, adakah itu ialah sebenar kita? Tidak, bukan?
Carilah kunci ketenangan hati kita itu daripada Allah Maha Kuasa.. Kadang2 saya rasa sedih bila orang yang lebih tua dari saya, solatnya tidak pernah tetap. Pendiriannya tidak tetap! Adakah kerana terlalu malas atau berasa itu tidak perlu. Bagi saya, kalau kita jaga Allah, in shaa Allah, Allah swt akan jaga kita juga.
Mesti semua pernah dengar kan, Allah swt tidak akan uji kita, kalau kita tidak mampu utk menghadapinya. Allah sentiasa menjaga orang yang menjagaNYA juga. Sepertimana juga, Allah akan sentiasa menguji hambaNYA yang sentiasa menjagaNYA. Sebab apa? Itu tanda Allah sayang pada kita. Dan dia juga tahu, kita akan sentiasa sabar dengan setiap ujian yang DIA berikan.