Thursday 3 June 2021

Edema atau bengkak air

Tempoh hari colleague saya tiba-tiba whatsapp saya tengah-tengah malam, barangkali dia ternampak status saya berkenaan Vitamin C. Kata dia, mau belikan Vitamin C tu untuk nenek dia yang di Seremban. Saya just slightly tanya nenek ada masalah kesihatan yang bagaimana then dia jawab nenek dia susah jalan. Sebab apa, kata dia kaki nenek sudah lama bengkak. Oh tiba2 tersinggah dalam fikiran berkenaan "water retention". Dari mana entah saya terbaca atau tahu perkataan ni. Saya sendiri "eh betul ka water retention?". Then, saja saja lah google. Eh betul pulak "water retention" ni bengkak di kaki tu. Atau nama lain dia "edema".

Edema ni saya biasa dengar sebab masa mengandung dulu pun ada mengalami perkara yang sama. Dan bila di tekan pada bahagian bengkak tu dia akan melekuk sementara waktu barulah dia kembali keadaan asal bengkak tu. Saya pun recommend Alfalfa Complex untuk masalah edema ni. Mungkin ilmu ini sudah tersemat sejak dulu rajin pergi kelas nutrisi yang dianjurkan oleh Shaklee.

Mari kita kaji apa yang menyebabkan "Edema atau Water retention
"Bagaimana edema boleh berlaku?

Ia terjadi apabila berlaku pengumpulan cecair dalam ruang di antara tisu-tisu lembut dalam badan. Apabila cecair ini disimpan menyebabkan pembengkakan (edema) berlaku.

Sebenarnya ramai mengalami edema terutamanya mereka yang ada masalah berat badan tapi tidak menyedarinya. Pertambahan berat badan disebabkan kandungan air berlebihan menyebabkan mudah mengah dan sentiasa penat.

Selain itu, edema terjadi disebabkan oleh menopaus, hypertension, masalah tiroid atau mengalami
penyakit buah pinggang.

Tanda-tanda edema boleh diketahui dengan melakukan pemeriksaan dengan doktor. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah ujian air kencing, ujian darah, ujian hati dan buah pinggang dan ECG (Electrocardiogram) bagi mengetahui punca-puncanya.

Selain ikhtiar kan Shaklee pemakanan juga harus dititikberatkan. Langkah-langkah untuk mencegah edema ialah:


1. Amalkan cara pemakanan yang sihat dan kurangkan kandungan garam dalam makanan yang diambil.

Kerana garam yang digunakan untuk masak adalah sodium chlorine yang memberi kesan kepada buah pinggang untuk masa panjang.

2. Minum air kosong yang secukup untuk proses hidrasi dalam badan

3. Hadkan pengambilan minuman yang menyebabkan badan dihidrasi seperti kopi, teh dan alcohol.

4. Untuk masalah berat badan berlebihan, cuba untuk kurus dengan cara yang lebih sihat. Jangan lakukan penurunan secara mendadak.

5. Tingkatkan pengambilan Vitamin B yang mana membantu untuk water retention.

Pembengkakan kaki disebabkan oleh lebihan air adalah antara simptom awal untuk penyakit buah pinggang. Ini antara testimonial mereka yang alami bengkak air (edema) dan doktor mengesahkan masalah buah pinggang di peringkat awal.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”