Showing posts with label OsteMatrix/OsteNutrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix/OsteNutrix. Show all posts

Friday, 9 June 2023

Testimoni Shaklee Saya

Kisah saya bersama produk Shaklee terlalu banyak. Yalah pengalaman jadi pengguna sudah pun hampir 10 tahun. Dari sekecil produk sehingga produk mahal. Produk rumah bersih, produk penjagaan diri, tidak ketinggalan produk kecantikan.

Dengarkan cerita saya tentang satu produk yang saya pilih untuk menjadi testimoni Shaklee saya kali ini. 
OsteNutrix Shaklee
setelah siap buat entri telan lah vitamin favourite

Nutrisi sihat- OsteNutrix


First and foremost, harus lah di kongsi cerita the one and only yang memang terus istiqamah saya ambil ialah OsteNutrix. Memang dari dulu sehingga kini hati terpaut padanya. 

Saya cakap begini bukan sebab terlalu bergantung kepada suplemen ya. Tapi sebenarnya tidak salah pun kita amalkan setiap hari hatta OsteNutrix mengisi jurang kalsium yang diperlukan oleh badan saya. 

Pernah sekali terhenti sementara bekalan kerana mengalami shortage bahan di pengilang jadinya tiada peneman tidur saya ketika itu. Tersiksa jiwa raga. 

Wanita lebih memerlukan kalsium berbanding lelaki. Yalah kita mengandung, melahirkan, menyusukan kalsium jadi badan kita tidak cukup jika hanya meminum susu segelas sehari. 

Saya percaya untuk meminum susu 4 gelas sehari bukanlah mustahil tapi memang sangat susah. Nanti cirit birit pula. Lagipun 1liter susu tinggi kalsium tentu mahal harganya kan?

Sebelum vs Selepas


OsteNutrix setiap malam sebelum tidur
Sebelum ini, saya pernah mengalami sakit pinggang beberapa bulan. Bahagian belakang pinggang. Jika berdiri terlalu lama, saya alami kesukaran untuk memusingkan badan saya. 

Tambahan lagi, sekiranya saya duduk tidak kira sekejap pun saya akan berasa sangat susah untuk bangun berdiri. Sakit yang amat di bahagian pinggan tu. 

Suami pun risau. Beberapa bulan juga saya merana kesakitan. Buat rutin harian pun sangat payah. 

Sehinggakan saya buat pemeriksaan di klinik OPD. Siap x-ray pinggang saya, jumpa doktor beberapa kali, turn out nothing. 

Doktor menyimpulkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan mungkin cuma mengalami kecedaran kecil pada otot di bahagian belakang pinggang. 

Setelah mengamalkan OsteNutrix, saya tidak lagi mengalami kesakitan pada bahagian pinggang tu. Saya sendiri tidak sedar bilakah kesakitan mula hilang dan beransur pulih. 

Saya cuma mengamalkan OsteNutrix setiap malam sebelum tidur. Wajib untuk saya makan setiap hari. 

Kalau tidak, esoknya saya bangun dari tidur akan berasa sakit pada bahagian pinggang dan paling teruk sekali saya alami kekejangan otot pada bahagian belakang kaki. Sakit gila! Memang terjeritlah bila kena tu. 

Tidur lena bersama OsteNutrix


Sukanya saya makan suplemen ini sebab sangat membantu dalam mendapatkan tidur yang lena jadinya badan kita mendapat rehat pada kadar yang optimum. 

Dengan ada nya kalsium yang cukup dengan gabungan magnesium di dalam tablet OsteNutrix, otot dan sendi dapat berehat sepanjang deep sleep dan setelah bangun tidur badan kita rasa super duper ringan.

Tidur yang lena walaupun sekejap akan membantu kita mendapatkan rehat yang cukup. Kalau kita dapat tidur dalam jangka masa lama pun tapi otot masih tidak dapat rehat susah juga kan.  

Otot pun perlu rehat tau. Bukan kita saja yang penat, otot pun penat setelah bekerja seharian bergerak sana sini dalam badan kita. 

Tanpa OsteNutrix, saya memang susah untuk lena tidur, mesti kejap-kejap terbangun. Dengan adanya OsteNutrix saya dapat kualiti tidur yang sangat mantap. 

Walaupun saya adalah orang yang paling last tidur dalam rumah ini dan insan yang paling awal lah bangun pada esoknya. Saya tetap segar dan bertenaga setiap kali bangun tidur. 

Mengelak sembelit


Sudah tentunya apabila makan OsteNutrix sebelum tidur pada malam sebelum itu, bangun saja pagi sebelum solat subuh confirm akan di panggil nature call. 

Sangat lega kita boleh membuang setiap hari tanpa rasa sembelit yang menyiksakan. Disebabkan itulah, seluruh badan kita berasa sangat selesa, ringan dan segar. 

Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata keselesaan setiap pagi yang sedang saya alami ini. 

Cuma dengan harga RM66 takkan lah tidak mampu demi mendapatkan semua ini. Lagipun RM66 bukan untuk sehari bukan untuk seminggu tapi untuk sebulan beb. 

Vitamin D dalam OsteNutrix


Ya, bukan saja kaya dengan kalsium, vitamin ini juga mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi setelah diformulasikan semula pada tahun lepas. Vitamin D perlu untuk melindungi daya ketahanan badan kita. 

Jadinya, pada yang sedang membaca entri ini, saya ingin menarik anda untuk rasai nikmat kesihatan dan kecantikan yang semulajadi bersama Shaklee. Boleh dapat vitamin percuma juga tau sekali sekala. Moga dapatlah hadiah vitamin percuma dari Master Norita kali ini. 

Boleh hubungi saya dengan tekan link pada nama saya di bawah ya. Semoga bahagia 😉     

#NextLevelBlogging #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023                                                

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 7 February 2023

OsteNutrix: Kualiti tidur yang mantap


Ya! Saya sangat sangat sukakan OsteNutrix. Buat masa ini, memang Oste saja yang betul-betul tidak boleh skip dalam harian. Kalau skip, semestinya esok hari, kemungkinan saya akan sakit kepala, kadang badan saya lemah dan tidak bermaya, buat sesuatu pun tiada mood. Jadi semuanya menjejaskan my whole day. 

OsteNutrix ni sebelum dikenal sebagai Ostematrix, tapi kena upgrade isi kandungan dia tu dia tukar nama pulak. Ha ! Bukan software ja kena upgrade ya. Vitamin pun kena upgrade juga. Haha. 

Shaklee cuma tambahkan dos Vitamin D di dalam OsteNutrix ni sebenarnya tu saja pun. OsteNutrix/OsteMatrix ni dalam dia ada juga magnesium yang bantu tidur kita cukup lena dan nyenyak. Magnesium pun kalau orang gastrik ha kena bagi minum magnesium trisilicate. So, orang gastrik pun boleh makan Oste. 

Paling tinggi kandungan dalam OsteNutrix ni ialah kalsium. Haa. Kalsium yang orang semua tahu untuk tulang sihat. Kalau ada yang masih tidak tau tu entah mau cakap cmna lagi kan. Kalsium ni dapat dari susu. Tapi susu low fat (rendah lemak) yang dikatakan tinggi kandungan kalsium baru saya dapat info dari kelas Coach Gula 3 hari lepas bahawa susu rendah lemak ada kandungan gula jugak! Saya saja kah ni yang tidak tahu ya? Saya pun tidak pernah sedar selama ni ada gula dalam low fat milk. Oh no! 

Tidak apa tidak apa. Berbalik pada OsteNutrix, disebabkan kalsium ni bekerja dalam badan so otot/muscle kita ni berehat sepanjang kita tidur sebab itulah badan kita rasa ringan ja selepas bangun pagi esoknya. Paling best consume sebelum tidur. Berapa banyak mau consume? Mesti tanya saya personal la ya. Boleh direct consult sekali. Klik saya no fon saya di bawah tu ya.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 27 November 2014

Shaklee: Vitamin Wajib Sebelum Tidur


OsteMatrix adalah pilihan saya sejak sebulan yang lalu. Saya perlukan kalsium kerana saya sering lewat tidur malam, duduk lama depan laptop. Itupun tunggu hero saya tidur dulu lah. Sebab tu saya baring bersama then bangun duduk dalam tempoh masa yang lama. Sampai sy puas hati untuk hari tu. Kalau terlalu mengantuk saja saya akn update ala kadar dan sharing di facebook. Mana yang sempat. Kalau belakang sudah terlalu sakit, saya baring dan post update melalui handphone sajalah. 

Memang betul pepatah ini dulu, bukan pepatah lah lebih kepada kata nasihat. Wanita yang sedang mengandung perlukan lebih kalsium kerana kalsium ini diperlukan oleh kedua ibu dan anak dalam kandungan. Kalau kita kurang sumber kalsium dalam badan, boleh rasa semasa mengandung contohnya pengalaman saya sendiri gigi saya sakit, saya sudah tidak ingat berapa hari tapi lebih dalam 3 hari macam tu lah. Gigi sakit yang ngilu, setiap malam saya tidak dapat tidur, yang macam berdesing dan macam mahu cabut gigi tu pun ada. Bukan itu sahaja, setiap pagi gusi akan berdarah semasa memberus gigi. Haaa, siapa yang sering menghadapi masalah ini confirm kamu kurang kalsium.

Saya sangat perasan sejak saya makan OsteMatrix memang saya sudah tiada masalah sakit belakang. Sangat jelas lagi terang saya tidak lagi minta suami saya urut, tidak minta picit belakang dan bahu lagi. Hehe. So kita tidak perlu lah susahkan suami atau adik atau mak saya untuk minta picit.

Kesan sampingan kurang kalsium ini kamu tidak akan nampak sekarang, atau dalam masa dua tiga tahun kah, tidakkk... Tapi akan rasa masa tua nanti. Memanglah sakit tua tu ada... Tapi mencegah itu kan lebih baik... Ini adalah kesan jangka masa panjang. Kalau tidak mahu telan OsteMatrix, minum lah susu rendah lemak setiap hari minimum 3 gelas sehari.

Vitamin E itu pula supaya segala regangan kulit di badan, kaki, punggung, betis, perut semua pudar dan seterusnya hilang. Saya sendiri tidak senang tengok badan saya ini. Yalah, ini kan pengorbanan seorang ibu kesan mengandung dan melahirkan. Ini memang perkara biasa buat ibu mengandung kerana kulit mereka akan tertarik sebab badan mengembang dari lah muka sampai lah ke kaki. Bila mengecil semua tu nanti akan meninggalkan regangan kulit tu. Saya harap ini dapat membantu saya dalam masalah regangan kulit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 26 November 2014

Atasi Gastrik anda dengan Shaklee

Selamat tinggal GASTRIK


shaklee labuan

Sejak kebelakangan ini ramainya bertanya tentang gastrik. Tahukah anda gastrik juga mampu meragut nyawa kita. Walaupun sebenarnya kita nampak ringan tapi kalau ia tidak dirawat dari awal anda akan menyesal seumur hidup. Gastrik boleh menyerang bila-bila masa saja. Tidak kira siang ka malam. Siapa pun boleh diserang gastrik. Kalau anda amalkan masa pemakanan yang tidak tentu dalam seminggu dua, anda bakal menghadapi masalah gastrik.

Sedangkan saya pun yang sentiasa amalkan masa pemakanan yang tetap, ada juga gastrik menyerang. Yalah saya pun pernah ada gastrik sejak jadi pelajar dulu. Setiap hari kena bertarung dengan gastrik. Kalau perut berangin dan rasa ada asid, jangan sesekali minum air berkarbonat lagi. Waahhh, itu berdasarkan pengalaman saya sendiri lah. Tetapkan lah masa pemakanan anda.

Jika perut rasa tidak selesa atau pun sering rasa senak walau sebenarnya tidak kenyang, jangan sesekali minum susu. Susu mempunyai kandungan asid yang tinggi. Saya bercakap pun kerana ilmu hasil dari bacaan dan pengalaman sendiri. In shaa Allah sharing ini akan membantu anda yang mempunyai masalah gastrik.

Set GASTRIK Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP)

+ Memberi rasa kenyang yang lama. Sebab apa ESP penting sebab mereka yang sering gastrik ini kan mempunyai waktu makan yang berlainan setiap hari sebab itu diserang mereka gastrik. Waktu makan yang tidak tentu dalam harian kita. Jadi ESP ini akan lebih membantu anda rasa kenyang so kalau lewat makan pun tidak apa dengan syarat anda ada masa untuk membancuh ESP semasa waktu makan anda.

OsteMatrix

+ Ia adalah sumber kalsium buat mereka yang ada gastrik. OsteMatrix mengandungi magnesium yang sangat penting untuk mereka yang ada gastrik. Magnesium ini akan membantu anda meneutralkan gastrik yang ada dalam perut anda
+ Ia juga membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit dan masalah cirit birit. Cirit birit akan dihadapi mereka yang mempunyai gastrik tapi masih lagi mahu makanan yang pedas. Tolong elakkan makan yang pedas2 ya.

Peppermint Ginger Plus

+ Membantu anda untuk membuang angin. Haaaa, ini best. Kalau angin berkumpul di dalam perut ia akan menyebabkan gastrik dan seterusnya suakr untuk kita membuang angin. Halia yang terkandung di dalam Peppermint Ginger ini sangat membantu. Cubalah kalau tidak percaya.

Apa apa pun untuk dapatkan kesan yang lebih baik saya cadangkan anda ambil ketiga2 produk ini, apatah mereka yang memang mempunyai gastrik yang teruk. Aduuiii, korban sedikit duit anda untuk kesihatan diri sendiri.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 19 November 2014

Pengedar Shaklee Pertama di Malaysia: Istimewa OsteMatrix

Atasi sembelit dengan OsteMatrix


Sejak minggu lepas, saya makan OsteMatrix dengan masalah belakang saya selalu sakit-sakit dan berangin. Mahu tidak mahu, saya mesti makan OsteMatrix sebab tu saya beli lebih khas untuk saya makan. Apa yang saya perasan, setiap kali saya makan sebelum tidur, esok paginya saya akan membuang. Dengan lancar. Fuh legaa juga. Memang akan setiap kali macam tu sehinggalah kelmarin malam saya terlupa telan OsteMatrix, dan pagi bangun pun saya tidak membuang sampailah malam ini, saya baru terasa ingin membuang. Sekali lagi saya mengalami sembelit. Aduhaaiii, saya tidak boleh ketinggalan makan OsteMatrix. 

Saya ini memang sering mengalami sembelit. Sengsara juga bah kalau sembelit ni, tambahan lagi orang macam saya ni dalam sehari mesti membuang. Memang lah bagus kan, sekali dalam sehari mesti membuang. Tapi kalau ngam kena sembelit. Allahuakbar!! Sakit woo...

Selain daripada itu, OsteMatrix memang terkenal dengan fungsinya membantu merehatkan otot kita pada malam hari, sebab tu kita kena makan sebelum tidur. Jadi kita akan mudah tertidur tanpa berasa kejang dan sakit2 sendi kita. Memang OsteMatrix sangat istimewa!!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 13 November 2014

Ostematrix Pilihan Hatiku

Mencegah Osteoporosis dengan OsteMatrix


Sejak minggu lepas, badan sudah sering sakit2. Orang bilang banyak angin. Sakit sangat. Saya kerja duduk berdepan komputer berjam-jam. Memang teruk rasanya, Ya Allah.. Tuhan sahaja yg tahu betapa sakitnya belakang. Jadi saya rasa tiba masanya untuk konsisten OsteMatrix. Semoga sahaja lepas ini, kehidupan akan lebih selesa dan sihat.
sendi tulang

Dulu saya ambil remeh pula pasal tulang temulang ni. Tahukah anda? Wanita lebih cenderung mengalami masalah osteoporosis. Sebab kan, mengandung dan melahirkan semua menyumbang kalsium pada bayi dalam kandungan. Apatah lagi menyusukan. Memang lah dia tarik kalsium kita. Sebab kalsium tu memang diperlukan oleh bayi dalam kandungan tu. Sedari dalam kandungan hinggalah menyusukan badan, bayi ambil kalsium dalam badan kita. Oleh disebabkan itu, kalsium dalam badan si ibu haruslah mencukupi. Lebih tidak apa, yg penting cukup bekalan buat si ibu dan si anak.

Saya sedar tentang itu dan sekarang saya akan mulai menelan OsteMatrix juga. Tidak boleh tidak. Siksanya sakit sendi  badan ni tidak boleh saya bayangkan dengan kata-kata. Apa lagi, kalau saya minta adik saya urut. Wah, gila sakit. Bila kena bahagian berangin yang diurut, Beristighfar panjanglah saya. Sakit yang amat.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 4 November 2014

Shaklee Labuan: Sharing Dalam Bas

Salam Isyak semua...
Hari ini masih lagi boleh berjalan jauh daripada pejabat saya tumpang kereta kawan untuk ke Ujana Kewangan. Saya pergi UK sebab buat penghantaran customer baru saya yang berminat dengan Herbal Blend Cream dan seorang lagi return customer saya yang selalu order Set Slimming - HerbLax dan Lecithin.

Lepas berjaya buat penghantaran tu, jam pun sudah menunjukkan 5.30ptg, terus saya laju berjalan ke stesen bas. Walau kaki rasa sakit sedikit kerana terseliuh sebab terlalu laju berjalan, saya sempat juga sampai stesen bas. Melintas bukan main payah time tu, jalan sesak dengan kenderaan. Dari jauh, saya cuma nampak bas kecil sahaja, yg bukan ke destinasi rumah saya, dengan cemas mungkin bas sudah tiada dan tamat perkhidmatan hari ini, saya berjalan ke depan sedikit, saya nampak Bas Mini No.2 yang memang kecil hanya muat 11 penumpang sahaja. Nampak macam sudah penuh, bila sudah dekat ada pula ruang untuk saya duduk. Alhamdulillah, 20 minit tangkas berjalan, dapat juga tempat di dalam bas terakhir untuk hari ini.

Di dalam bas pula, ada seorang pakcik ni duduk sebelah saya saja nampak peramah, saya sapa sekadar nya. Tidak sangka ramah dan sampai saya share dia pasal Shaklee. Terus dia bertanya tentang Set Darah Tinggi. Sembang punya sembang, pakcik tu nampak berminat dan saya bagi dia pamplet dan namecard untuk dia tengok. Saya pun bagi tahu best price saya, dia kata "waa, ok juga harga macam tu untuk makan sebulan kan.." haaa, itulah namanya sihat sambil jimat pakcik. Dia cakap dia akan call saya esok harinya kalau dia turun bandar. Pakcik tu pun bermurah hati, bayarkan saya tambang bas tu walaupun saya menolak.

Tidak sangka pula hari ini naik bas ada hikmah tersembunyi dengan perjalanan jauh berjalan kaki. Saya gagahkan juga. Syukur alhamdulillah. Berkat dugaan hari sebelumnya in shaa Allah, Allah itu Maha Adil. Semoga pakcik itu dimurahkan rezeki sepanjang umurnya dan peroleh kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya selepas memilih Shaklee. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk i
ni tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 18 September 2014

Gigi dan gusi sihat

Cerita pagi kelmarin, gusi saya bengkak, mungkin silap mberus gigi tu...

Ya ALLAH, sakit bukan kepalang..mgerang kesakitan sehari suntuk di tempat kerja. Bengkak sampai rasa berckp pun susah.. Balik petang tu, singgah Milimewah.. alahaii kempunan mkn aiskrim pulak.. beli sajalah kan...makan dlm kreta on d way balik rumah... wah sampai rumah lagi tmbh sakit pula.. tmbh lagi Nazran hantuk guna kepala dia... wahh rasa mcm nmpk bintang2..Tdk boleh jadi ni, lps mkn mlm tu, telan OsteMatrix 4 biji sekaligus... Tidur dgn lena tanpa rasa sakit.. Pagi ini, berus gigi pun ok, bengkak pun surut... Yeay !!!!

Saya suka OsteMatrix Shaklee..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

OsteMatrix utk anda dan keluarga

Sesuailah kita hadiahkan ibu bapa kita sebulan sebotol OsteMatrix. Mama saya ada keturunan darah tinggi, abg kepada mama (pakcik) saya meninggal disebabkan darah tinggi, dia tergelincir di bilik mandi dan meninggal selepas beberapa hari d tahan di hospital 10 tahun yang lalu.

Nauzubillahi Min Zalik.
Puan Hawi, ibundaku, 51 tahun

Lebih baik kita mencegah sebelum mengubati. Saya bekalkan sebulan sebotol OsteMatrix untuk mengatasi sakit kepalanya akibat darah tinggi. Tambah lagi, mama saya menjaga anak saya, mudah sakit pinggang, saya selalu pesan "Jangan lupa makan vitamin mak, sebelum tidur". Sekarang saya pun tidak ingat botol ke berapa yg dibekalkan tapi yang pasti tiada suda mama saya mengadu sakit-sakit. Tidak perlu lagi dia pergi klinik utk ambil bekalan ubat setiap dua minggu. Jimatlah belanja ubat setiap bulan untuk mama saya. Ubat dari klinik selalunya untuk penahan sakit sahaja, bukan nya untuk menyembuhkan. Sekarang alhamdulillah, Shaklee memang bukan bertujuan untuk menyembuhkan tapi dia mampu mengurangkan masalah penyakit kita.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kalsium Harus Mencukupi

Tahukah anda KALSIUM adalah mineral yang paling diperlukan dalam tubuh badan, akan tetapi ia juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.

Sumber utama kalsium:
1. Keju
2. Susu
3. Yogurt
4. Produk tenusu lain

Bilakah keperluan kalsium paling tinggi diperlukan oleh tubuh badan?
1. Semasa mengandung
2. Semasa penyusuan bayi
3. Semasa peringkat kanak-kanak

Akibat kekurangan KALSIUM??


----> OSTEOPOROSIS, di mana kekuatan tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang

Keperluan KALSIUM sehari??

----> mengambil sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari

Anda tidak boleh minum susu?

Minum susu menyebabkan anda rasa loya dan muntah?

Jom kita cari PILIHAN lain-------> OSTEMATRIX SHAKLEE(^_^)

KELEBIHAN OSTEMATRIX.

1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

2. Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).

3. Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).

4. Mengurangkan tekanan- mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.

5. Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.

6. Meringankan sakit ketika haid (kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi).

7. Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)

8. Membantu masalah gastrik.

9. Membantu dalam mengatasi sembelit.

10.Selamat di ambil untuk wanita mengandung dan menyusukan.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 

Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 September 2014

OsteMatrix - Lebih dari Kalsium

Fakta am yang diketahui ramai, tubuh kita hanya memerlukan kalsium untuk gigi dan tulang yang sihat, tapi manfaat kalsium adalah lebih dari itu. Kalsium boleh didapati daripada pelbagai jenis makanan termasuk produk tenusu. Walaubagaimanapun, faktor utama yang mempengaruhi kualiti kalsium yang bagus adalah kadar penyerapannya ke dalam tubuh.

Kalsium tidak dapat dibina oleh tubuh, maka ia perlu diambil melalui makanan atau supplement. Kalsium adalah amat sukar diserap oleh tubuh. Kajian menunjukkan, hanya 32% kalsium daripada susu dan produk tenusu yang lain yang boleh diserap tubuh. Keperluan harian kalsium untuk tubuh kita adalah 1000 mg untuk dewasa yang berusia dari 19-50 tahun dan 1200 mg untuk warga tua yang berumur 50 tahun dan ke atas. OsteMatrix boleh membantu anda memenuhi keperluan itu tanpa perlu bersusah-payah untuk membancuh dan meminum bergelas-gelas susu sehari.

Kelebihan OsteMatrix ialah kandungan kalsiumnya yang paling seimbang untuk memastikan 99% kadar penyerapannye ke dalam tubuh kita. Formulanya adalah unik kerana ia dihasilkan dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mana ianya kaya dengan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk kadar penyerapan yang optimum oleh tubuh dan bagi menghalang pemendapan kalsium yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang atau batu hempedu.

Bagaimana caranya untuk memilih supplement kalsium yang bagus?

1. Harus mengandungi sekurang-kurangnya Magnesium dan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium. OsteMatrix Shaklee mengandungi Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganese dan Boron untuk memastikan 99% kadar penyerapan.

2. Elakkan supplement yang dibuat dari tulang dan dolomite kerana ia boleh menyebabkan keracunan plumbum.

3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan bertoksin dalam proses menyerap mineral

Apakah manfaat utama OsteMatrix?

1. Menguatkan gigi dan tulang

2. Menghalang osteoporosis.

3. Meningkatkan ketumpatan jisim tulang. Jisim tulang berkembang pada tahap maksimum pada usia 28 tahun dan berkurang selepas itu. Pada usia 40 tahun, jisim tulang akan menurun dengan lebih cepat.

4. Memekatkan darah (blood clotting) - penting jika anda mengalami kecederaan, kandungan kalsium yang cukup akan membantu menghentikan pendarahan dengan cepat. Pendarahan yang serius dan berterusan boleh menyebabkan kematian. Juga membantu masalah gusi berdarah.

5. Mencegah/merawat kebas, kejang otot dan sakit sendi. Juga mencegah masalah simpul biawak pada wanita mengandung.

6. Mencegah retensi air (water retention) terutama di kalangan wanita hamil.

7. Membantu meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu yang menyusukan anak.

8. Membantu kesuburan lelaki dan wanita. Buat wanita, ia membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur. Buat lelaki, ia membantu meningkatkan pergerakan sperma yang aktif.

9. Membantu masalah gastrik dan hiperaktiviti perut

10. Melancarkan pengaliran sistem saraf - ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

11. Meringankan sakit ketika haid dan membantu proses pembuangan air kecil.

12. Mengalkalikan tubuh dan memastikan tubuh mendapat imbangan pH yang baik.

13. Membantu sel mnyerap nutrient terutamanya vitamin B-12 dan membantu merangsang detoksifikasi.

14. Membantu pengawalan gula dalam darah dan untuk fungsi insulin badan yang normal.

15. Baik diamalkan ketika berpantang untuk mengurangkan sakit selepas bersalin. Kandungan magnesium di dalam OsteMatrix membantu penghadaman supaya tidak mudah sembelit (masalah utama wanita berpantang)

Lihat, terbukti banyak manfaat yang boleh anda perolehi dengan pengambilan OsteMatrix setiap hari. Tunggu apa lagi. Dapatkan OsteMatrix dari saya sekarang. Khidmat nasihat dan jadual pengambilan vitamin akan diberikan secara percuma.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”