Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein (ESP). Show all posts

Friday, 17 December 2021

Energizing Soy Protein (ESP) - Keistimewaan Shaklee

Ekstrak daripada Kacang Soya.
Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). Maksudnya di sini protein yg dihasilkan drpd soya tu 'original' tiada ubahsuai so betul betul pure dari tumbuh-tumbuhan ya. Organik dan selamat.

Membekalkan 9 jenis asid amino. 
Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini.

Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot.

Dalam bentuk protein, asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar dalam struktur otot manusia, sel dan tisu.Selain protein, asid amino penting dalam proses pengangkutan neurotransmitter dan biosintesis.

Berikut ialah 9 jenis ASID AMINO perlu: 

HISTIDINE
Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah.
Meningkatkan tahap penyerapan kalsium,menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit -birit.


ISOLEUCINE 
 Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.


METHIONINE
Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan. Melakukan sintesis hemoglobin dan gluthathione untuk melawan radikal bebas.


LYSINE
Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga.
Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim.


LEUCINE
Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan fungsi jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas bersenam. Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.


PHENYLALANINE
Terdiri dari tiga jenis: D Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine.
Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal.


THREONINE
Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen.
Turut menghasilkan antibodi.


VALINE
Penting untuk metabolisme otot dan membaikpulih tisu rosak.


TRYPTOPAN
Asid amino terbesar yang berkaitrapat dengan hormon serotonin dan melatonin,bermaksud ia membantu mengawal perasan dan aktiviti tidur.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga... 
"Prevention is better than cure" 
 Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 

Sebarang pertanyaan..
Hubungi saya,
Asdayanty 
Phone: 0136507465 
SID 1071673 
Facebook: Asda HealthCare 
Instagram: asda_healthcare 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tuesday, 4 August 2015

Tips Penyusuan: Khas Utk Ibu Berkerjaya

Tips bagi ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan eksklusif


Wanita kini kebanyakannya mempunyai kerjaya masing masing. Dan saya adalah salah seorang wanita yang berkerjaya juga. Oleh itu saya sangat memahami keadaan wanita/ibu yang terpaksa kembali berkerja walaupun masih menyusu badan tambahan lagi saya yang berkerja di sektor swasta yang cuma mempunyai 60 hari maternity leave yang dikira termasuk sabtu ahad dan public holiday. 

Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Saya akan membincangkan apa yang si ibu bharus lakukan sebelum kembali bekerja.


Sebelum Kembali Bekerja.

Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.


Berjumpa penjaga bayi anda.

Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.
• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?
• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.


Menyusu bayi semasa ketiadaan anda.

Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda.

Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting.

Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.


Simpan stok susu perahan.

Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja.

Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.


Pam payu dara untuk tempat kerja.

Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.


Perihal pakaian.

Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.


Sesi percubaan.

Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

Wednesday, 20 May 2015

ESP Shaklee - Perangsang Susu Ibu Terhebat

esp promo

Energizing Soy Protein - Sumber Protein Asli 


ESP ini bukan sahaja produk paling popular di kalangan mereka yang ingin cantik tapi juga mereka yang titik beratkan sumber susu ibu yang berkualiti dan sangat lagi berpatutan. Yalah, ramai mengadu susu tepung yang ada di kedai sangat mahal jika dibandingkan dengan ESP yang membekalkan susu ibu cukup untuk lebih sebulan.

Tambahan lagi, susu kedai yang khas untuk new born baby lagi lah mahal kan. Mana belanja puting susu, botol susu leceh lagi bergerak ke sana sini untuk membuatkan susu. Kalau ada susu ibu kan senang terus suakan pada si comel kan.

Sahabat saya ni, bukan sahaja pelanggan yang tetap tapi juga ibu yang sangat mengambil berat tentang penyusuan ibu. Syukurlah juga ESP ini banyak membantu nya dalam misi nya untuk menaikkan berat permatanya yang ketiga yang lahir tidak cukup besar.

Sekarang beliau mengambil SET PENYUSUAN IBU iaitu ESP + Alfalfa juga tambahan Lecithin untuk mengurangkan masalah bengkak susu dan juga untuk mengembalikan badan seperti sebelum mengandung dulu. Yalah, ramai juga ibu-ibu yang risau semua gain weight disebabkan mengandung kan. Jadi inilah penyelesaiannya. Tapi kena disiplin lah kan jangan sampai menganggu nutrisi si comel yang menyusu dari kita pula kan.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Saturday, 14 March 2015

Testimoni Saya: Penggemar ESP yang baru


Sebelum minum ESP muka dia sangat teruk dan kulit mengelupas terutama di bahagian pipi. Kasihan tengok dia. Adik saya ni lagi dulu olahraga tapi kulit sangat sensitif jadi dia mudah terkena gatal-gatal pada mukanya. 

Sejak dia tinggal di asrama Kolej Matrikulasi Labuan, saya bekalkan dia Vita E Complex dan aritu dia dapat Lucky Draw ESP satu tong dari kelas santai di Pantai Tanjung Purun daripada Master Aisah kami. 

Sejak itu, katanya kulitnya beransur pulih selepas minum ESP hari-hari. Ini pengakuan dari dia sendirilah. Sejak dari itu, saya tidak pernah hentikan bekalan ESP untuk keperluan dia.



Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 2 March 2015

Shaklee Promo: Mac 2015 - Beli 6 Percuma 1 atau Beli 2 5% Diskaun


Produk Shaklee Paling Popular


Bagi saya ianya sungguh istimewa adik saya pun mula sukakannya. Katanya kulit nya yang mengelupas sebelum ini makin berkurang dan lama kelamaan tidak sudah mengalami masalah kulit. Syukur lah juga dia rajin mahu bancuh ESP ini.

Saya sendiri sangat sukakan ESP, walaupun kadang saya mengaku malas mahu membancuh ESP ini, tapi wajib bagi saya ada setiap stok saya di rumah. Setiap kali habis mesti mahu beli juga untuk kegunaan sendiri.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 3 December 2014

Prosante Shaklee: Atasi Masalah Rambut Berkelemumur

prosante shaklee

Goodbye Dandruff


Anda mengalami masalah kelemumur seperti gambar illustrasi di atas? Mari sini saya share kan bagaimana untuk mengurangkan masalah anda ini.

Biasanya orang yang mempunyai kelemumur di kulit kepala mereka, rata-rata mereka akan berasa gatal dan sering menggaru sehingga kan kulit kepala luka dan berdarah. Teruk juga kan? Saya pun mengalami masalah yang sama. Sebelum ini memang saya sering menghadapi masalah begini. Apatah lagi saya ini orang yang bertudung. Aduhaaiii, ya Allah.. Tuhan saja yang tahu macam mana gatal nya kepala ni. Sangat buntu untuk mencuba jenis shampu apa lagi. Saya menemukan jalan buntu untuk mencari produk lain sehinggalah saya tergerak hati untuk mencuba produk Shampu Shaklee.

Saya guna shampu ini sejak saya nampak keberkesanan beberapa produk Shaklee yang lain, bermula dari Alfalfa, ESP, Herbal Blend Multipurpose Cream, OsteMatrix, Vit E Complex waduhh... Tergoda nya saya untuk mencuba Shampu ini. Saya akan cuci rambut saya 2hari sekali. Sejak dari itu kelemumur sudah berkurang. Tidak lagi saya tergaru2 sampai kulit kepala saya luka dan berdarah. Tidak sudah saya tukar shampu lain. Kalau travel pun saya mesti bawa shampu ini.

Tambahan lagi, suami saya pun sukakannya!! Sekarang kami bersama kongsi pencuci muka Shaklee.. Hehe... Sangat sangat best!!! Macam2 mahu diceritakan lagi tentang Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee ini.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 26 November 2014

Atasi Gastrik anda dengan Shaklee

Selamat tinggal GASTRIK


shaklee labuan

Sejak kebelakangan ini ramainya bertanya tentang gastrik. Tahukah anda gastrik juga mampu meragut nyawa kita. Walaupun sebenarnya kita nampak ringan tapi kalau ia tidak dirawat dari awal anda akan menyesal seumur hidup. Gastrik boleh menyerang bila-bila masa saja. Tidak kira siang ka malam. Siapa pun boleh diserang gastrik. Kalau anda amalkan masa pemakanan yang tidak tentu dalam seminggu dua, anda bakal menghadapi masalah gastrik.

Sedangkan saya pun yang sentiasa amalkan masa pemakanan yang tetap, ada juga gastrik menyerang. Yalah saya pun pernah ada gastrik sejak jadi pelajar dulu. Setiap hari kena bertarung dengan gastrik. Kalau perut berangin dan rasa ada asid, jangan sesekali minum air berkarbonat lagi. Waahhh, itu berdasarkan pengalaman saya sendiri lah. Tetapkan lah masa pemakanan anda.

Jika perut rasa tidak selesa atau pun sering rasa senak walau sebenarnya tidak kenyang, jangan sesekali minum susu. Susu mempunyai kandungan asid yang tinggi. Saya bercakap pun kerana ilmu hasil dari bacaan dan pengalaman sendiri. In shaa Allah sharing ini akan membantu anda yang mempunyai masalah gastrik.

Set GASTRIK Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP)

+ Memberi rasa kenyang yang lama. Sebab apa ESP penting sebab mereka yang sering gastrik ini kan mempunyai waktu makan yang berlainan setiap hari sebab itu diserang mereka gastrik. Waktu makan yang tidak tentu dalam harian kita. Jadi ESP ini akan lebih membantu anda rasa kenyang so kalau lewat makan pun tidak apa dengan syarat anda ada masa untuk membancuh ESP semasa waktu makan anda.

OsteMatrix

+ Ia adalah sumber kalsium buat mereka yang ada gastrik. OsteMatrix mengandungi magnesium yang sangat penting untuk mereka yang ada gastrik. Magnesium ini akan membantu anda meneutralkan gastrik yang ada dalam perut anda
+ Ia juga membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit dan masalah cirit birit. Cirit birit akan dihadapi mereka yang mempunyai gastrik tapi masih lagi mahu makanan yang pedas. Tolong elakkan makan yang pedas2 ya.

Peppermint Ginger Plus

+ Membantu anda untuk membuang angin. Haaaa, ini best. Kalau angin berkumpul di dalam perut ia akan menyebabkan gastrik dan seterusnya suakr untuk kita membuang angin. Halia yang terkandung di dalam Peppermint Ginger ini sangat membantu. Cubalah kalau tidak percaya.

Apa apa pun untuk dapatkan kesan yang lebih baik saya cadangkan anda ambil ketiga2 produk ini, apatah mereka yang memang mempunyai gastrik yang teruk. Aduuiii, korban sedikit duit anda untuk kesihatan diri sendiri.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 13 November 2014

Shaklee: Essential Nutrition

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli
Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
Sumber alfalfa semula jadi
Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

B-Complex

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Kod Produk:10164 (120 tablet)

Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.

Spektrum B Penuh dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
Asid folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg

Kod Produk:10621 (90 tablet)

Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.

Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang mencukupi.

Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.

Lecithin

Kod Produk:10163 (180 kapsul)

Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.

Sustained Release Vita-C™ Plus

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari
Kod Produk:10104 (180 tablet)

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Friday, 17 October 2014

Demam ESP


Yahoooooo..... Saya berjaya beli ESP Buy 6 Free 1.. First time dapat 2 buah kotak dari abg GDex skaligus dalam satu order. Trima Kasih abg Gdex.. Demam ESP sudah melanda. Tidak mahu lepaskan peluang yang sangat2 best ni.. Alhamdulillah. Sangatlah untung!! Dapat percuma 1 tong, 6 saya jual 1 lagi untuk saya minum. Bekalan ESP saya pun tidak lama lagi habis.. Fuhhh... Excited sangat2.. Hihi...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 15 October 2014

Kacang Soya & Khasiat


Kacang soya merupakan satu daripada kekacang yang paling berkhasiat dan luas penggunaannya.

Mengikut kepercayaan orang China, amalan makan hasil soya menjadikan badan berisi, wajah berseri, dapat mengelakkan sembelit, merangsang pertumbuhan badan dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah fizikal lain.

Kacang soya kaya dengan zat protein yang bermutu tinggi sehingga ia digelar 'daging daripada ladang'. Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5 quart susu atau 2 paun keju.

Selain protein ia mengandungi vitamin B kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam galian dan tiada kolesterol. Protein kacang soya dikatakan protein yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu menjadikan ia protein terbaik yang boleh didapati untuk keperluan tubuh. Protein soya juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam produk makanan lain seperti roti, pasta, hasilan daging dan juga rumusan makanan untuk ternakan ayam dan ikan. Kacang soya dipercayai dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit seperti:-

1. Kencing manis

Kandungan karbohidrat dalam kacang soya mempunyai hanya sedikit kanji atau tiada kanji langsung. Oleh itu hasil kacang soya sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana karbohidratnya menghasilkan haba dan tenaga tanpa mengeluarkan gula.

2. Penyakit kulit

Protein kacang soya tidak menimbulkan masalah alahan pada kulit manakala kandungan protein daripada daging, telur dan susu kadangkala mendatangkan alahan kulit. Oleh itu kacang soya dikatakan baik untuk mereka yang mengalami ekzema dan penyakit kulit lain. Ada yang mengatakan sekiranya kacang soya dimakan secara berterusan ia dapat mengurangkan kegatalan kulit dan luka-luka ringan juga cepat sembuh.

3. Anemia

Kacang soya kaya dengan kandungan zat besi, menjadikan ia salah satu makanan yangsangat sesuai untuk pesakit anemia. Pesakit anemia biasanya mengalami keadaan sistem pencernaan yang lemah, oleh itu hasilan soya yang diambil hendaklah dalam bentuk yang mudah dihadam.

4. Tulang dan sendi

Mengikut penyelidikan saintis Jepun terhadap segolongan wanita Jepun yang telah putus haid, wanita-wanita yang banyak mengambil soya dalam diet mereka, mempunyai tulang yang lebih kuat berbanding wanita yang kurang menggunakan soya dalam diet mereka. Juga didapati penggunaan kacang soya yang tinggi dalam diet, dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sakit sendiri. Dengan itu, mereka membuat kesimpulan, penggunaan kacang soya yang mencukupi dalam diet, ada hubungkait dengan perubahan jisim tulang pada wanita yang telah putus haid.

Selain daripada itu, dalam Upin Ipin Series bertajuk 'Rasa Sayang' Episod 2, ada menyebut tempe minda. Tahukah anda tempe ini diperbuat daripada kacang soya. Dulu semasa saya masih seorang pelajar, makanan kegemaran saya memang tempe juga.. Pantang kalau kantin ada hidang kan, tempe akan jadi pilihan, kadang masak sambal kadang goreng begitu saja. Memang favourite betul. Mudah ingat apa yang kita pelajari. Sampai kadang saya ratah saja, makan begitu jak. Sedappp... Hihi.. Cerita pasal tempe, saya ingat seorang sahabat saya berasal dari Terengganu. Dia langsung tidak suka tempe, dan tidak mahu makanlah tempe ni. Tapi sejak dia berkawan dengan saya, jadi roomate saya di kolej, dia selalu nampak saya bawa tempe goreng ke bilik asrama.. Hehe.. Lama2 dia juga join
saya ratah tempe. Haha.. Dia cakap 'nak jadi pandai macam Asda'. Hihi Lucu betul..La.. La..

Apa yang ingin saya katakan di sini, Energizing Soy Protein diperbuat daripada kacang soya. 1 tong ESP tu dihasilkan daripada 30kg kacang soya... Haaa... Banyak khasiatnya disebabkan keistimewaan yang hanya ada pada ESP ini ialah ia kacang soya yg Non-GMO. Nama panjangnya Genetic Modified Organism. Ada perkataan 'non' maksudnya tidak menjalani sebarang pengubah suaian secara genetik pada kacang soya tersebut. Haaa.... Best kan?? Kita akan dapat purely kacang soya, original punyaa...!!! Sangat istimewa bah..

Selain kaya dengan zat pemakanan dan banyak kebaikannya untuk kesihatan badan, kacang soya juga tiada kandungan laktosa dan mudah hadam. Oleh itu hasilan soya juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi. Biasanya doktor akan syorkan susu rumusan soya apabila bayi mengalami cirit-birit, tidak sesuai dengan susu rumusan berasaskan susu lembu, berpenyakit lelah dan alahan kulit seperti ekzema.

Ada pendapat mengatakan, makan hasilan soya sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat menolong mencegah obesiti dan baik untuk kesihatan badan. Walau bagaimanapun, untuk mendapat kebaikan dan manfaat yang sepenuhnya, hasilan soya hendaklah dimakan dengan kadar yang mencukupi. Mengikut saintis barat, 3-6 hidangan soya patut diambil setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya pada tahap maksimum.

Kalau penggemar tegar tu, tidak rugi beli 6 percuma 1. Boleh pakat2 dengan rakan2, sangat jimat kawan2...
Apa tunggu lagi?? Orderlah ESP dari saya..
Asda 0136507465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 13 October 2014

Kenapa PROTEIN penting untuk tubuh manusia??

Protein ialah makanan kepada sel dalam badan dan asas kepada pembinaan sel yang sihat, sangat penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik.

Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, hemoglobin dan sel-sel.

Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti

~Membina sel-sel baru
~Menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru
~Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

Selain untuk sel, protein penting dalam memperbaharui hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit yg sihat.

ESP Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

Badan kita perlu tenaga dan makanan juga, jadi apa makanan untuk sel-sel di dalam badan kita pula?? Jawapannya protein lah.. Tapi bukan sembarangan protein. Harus yg non-GMO. Non GMO ni maksudnya ia tidak diubah secara genetik bah. Jadi kita dapat kacang soya tu purely, originally, bukan cetak rompak okey.. Kita perlu kan Energizing Soy Protein utk membekalkan protein yang cukup dalam badan. ESP ini juga setanding 2 kali ganda dari pengambilan daging, 4 kali ganda dari pengambilan telur dan 12 kali ganda dari pengambilan susu!

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?

  • Rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar..
  • Kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • Punca ulser perut + ulser usus.
  • Luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • Ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • Antibodi tdk kuat. Bila kurang protein, badan kita tidak mampu melawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

Tidak perlu risau harga memang sangat berbaloi dengan manfaat dan kebaikan ESP ini. Kalau tidak percaya cubalah sekarang bah.

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Gabungan ESP yang mantap!!!


ESP + Performance Drink
>>  Membekalkan tenaga dan kekal hidrat sepanjang hari

ESP + GLA Complex
>> Membantu masalah haid tidak teratur
>> Mengecutkan cyst
>> Mampu mengurangkan masalah jerawat

ESP + Alfalfa Complex
>> 'Milk booster' paling popular
>> Menganjalkan payudara

ESP + Vita E Complex
>> Menjadikan kulit bebas cela dan parut
>> Membantu mengurangkan kedutan
>> Membantu menghilangkan kesan regangan kulit 'strecthmarks'

ESP + Vita Lea with Iron Formula
>> Membekalkan tenaga dan memberi tahap kesihatan yang optimum
>> Membekalkan zat besi, penting untuk darah

ESP + Zinc Complex
>> Mempercepatkan luka sembuh
>> Mengurangkan masalah gugur rambut
>> Membantu mereka yang telah menjalani pembedahan/bersalin
>> Menguatkan sistem antibodi

ESP + OsteMatrix
>> Mengurangkan sakit kepala/migrain
>> Membantu masalah tulang dan sakit pinggang

ESP + Omega Guard
>> Membantu masalah tekanan darah
>> Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
>> Membantu perkembangan otak kanak-kanak & orang dewasa

ESP + Lecithin
>> Membantu membakar lemak
>> Meningkatkan tahap metabolisme

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE.

Dapatkan produk Shaklee berserta konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sunday, 12 October 2014

ESP Promo - Teruja!!!

Nah, saya sudah cakap ESP ini best... Bulan lepas bawak Nazran pegi klinik terserempak dgn rakan seperjuangan Shaklee saya sendiri. Pada mulanya, dia pun cuma seorang consumer sahaja, sejak dia mengandung kan anak dia paling bongsu sampailah sekarang sudah 5 bulan si baby, si ibu menyusukan badan anaknya, juga masih jugak minum ESP kata dia "tidak pernah kulit dia ruam-ruam" padahal baby dgn ruam tidak pernah dipisahkan lah.. Ruam dgn baby adalah perkara biasa. Tapi, bila baby tdk pernah ada ruam itu luar biasa... Hehe... Sampai husband dia cakap "kenapa dari dulu tidak minum tu ESP"..Hehe..Sekarang dia sudah menjadi ahli Shaklee.. Memang dia sangat jatuh cinta!!!

Katanya boleh beli harga member, tambah2 lagi kalau promotion setiap bulan kita dapat lihat terujanya penggemar ESP ini. Siapa yang jadi ahli Shaklee tu mmg tidak akan rasa menyesal!!! Malah sangat beruntung, kita dapat badan yg sihat dgn harga yg sangat berbaloi-baloi.. Tau saja ESP Promo bulan ini, terus dia cakap mau borong... Bestkan??

Tiada yg lebih penting melainkan keselesaan dan kesihatan kita dan juga keluarga kita seluruhnya.. kan mumy Salvia Chrispine... Jom konsisten Shaklee Vitamin. Pasti anda tidak menyesal belanjakan wang ringgit kita..

Jom sihat dan cantik bersama Shaklee
Siapa yang berminat untuk jadi ahli??
Call saya bila2 dan dimana saja
‪Asda 0136507465‬

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 10 October 2014

ESP Shaklee Di Iktiraf Seluruh Negara

Rugi tidak GRAB ESP di bulan ini...

1. Diiktiraf di seluruh negara

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. Info menarik, setiap 1 kg ESP adalah dari 30 kg kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai ‘energy booster’ atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya

2. Kandungan Protein penting

Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 kali ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan. Ianya juga adalah makanan berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.

3. ESP Shaklee sesuai untuk siapa?

--->Mereka yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.

---->Mereka yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.

---->Ibu-ibu yang menyusukan anak: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.

---->Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

---->Mereka yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

Harga Pasaran 1 Canister RM150

ISTIMEWA HARI INI BULAN INI 

Beli 6 tong dapat??
~Percuma 1 Tong ESP (Jimat RM150), dan
~Percuma keahlian (Jimat RM65), dan
~Layak dapat bonus 5% dari Shaklee lagi...
Apa tunggu lagi?? Call saja saya
Asda 0136507465
‪#‎Sid1071673‬

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 3 October 2014

ESP - Buy 6 Free 1 Combo

Energizing Soy Protein..
Oct 2014 - Beli 6 Percuma 1 (Harga RM900)
*Jimat RM150
*Free join Shaklee as member
*Bonus cash RM36++


ESP membantu saya bekerja dengan lebih bertenaga. Kalau minum semasa sarapan pagi, sepanjang hari tidak mengantuk, walaupun selepas makan tengahari. Memang selalu lah begitu kan, lepas makan saja lembik, malas mahu buat kerja. Nah, minum ESP untuk tenaga yg berpanjangan.

ESP pun bagus kalau mahu kasi cantik kulit. Sepanjang saya minum ESP lah kan, kalau sehari dua tidak minum mesti jerawat kecil2 mudah tumbuh. Saya ni lagi kalau ada jerawat, adoiihaii amai bah tangan mengacau. Apa tidak hitam2 lah di muka. Bah sudah minum ESP ni, hitam2 bekas jerawat tu cepat kabur lah..Inda brpa kelihatan bah.

ESP pun mengenyangkan jua bah..Bah, kalau mcm saya ni mahu jua maintain berat bdn kan.. Kalau boleh inda mau lah mcecah 60kg tu...Hehe, so minum ESP berat badan sy spnjang stahun ni ada dari 55kg-59kg.. Hehe... So inda mau tertinggal minum ESP nanti slera makan time tengahari tu tinggi. Makan itu makan ini. Kalau minum ESP pagi, karang mkn tghr rasa kenyang ja. So ambil nasi pun ckit.

Lagi??? Saya nampak perbezaan pun bila minum ESP luka pembedahan saya jarang lah rasa ngilu2. Walaupun sudah setahun, pandai juga rasa sakit bah. Pernah saya ponteng ESP lebih sbulan.. Aduhaiii.. tidak boleh 'tidak' minum lah, rasa ngilu tu mudah datang.. dan kita boleh terasa ngilunya tu.. yalah kadang2 rasa juga ngilu, tapi bila tidak peduli skjap dia hilang lah. Tapi lain kalau tidak minum.. boleh perasan rasa ngilu di spnjang luka pembedahan tu. Consume lah ESP untuk kesihatan sendiri...

Dan lagi hampir terlupa, saya bebas dari derita gastrik dengan migrain.. Yaa!!! Punya best, saya dulu masa student selalu betul dapat gastrik. Tambah2 lagi migrain. Bila sudah kerja dua benda ni masih lagi jadi teman baik saya. Kalau gastrik tu jarang2 lah..Tapi kalau migrain, Allah saja yang tahu.. Balik dari kerja terdampar atas tilam sebab sakit kepala yang amat. Ada juga lah migrain, tapi jarang betul sudah, migrain pun selalu kalau cuaca yang panas.

Jomlah kita berESP..
Bulan lepas saya berjaya jual 10 tong ESP.. Macam tidak percaya kan...
Tapi saya balik2 kira senarai order customer saya tu.. Betul ada 10 tong, 9 sudah hantar, 1 lagi belum berhantar.

Siapa tidak mahu cuba sangatlah rugi..
Tapi ada juga org tertentu tidak boleh minum ESP ya..Boleh dapatkan khidmat nasihat dari saya dulu ya..
Call/whatsapp/sms
Asda 0136507465

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 12 September 2014

Dr. Mohamed Nasr, Director of the Medical Care & Diagnostic Center of Lake Villa di Illinois, USA

Mesti baca, baru kita tau ape yang badan perlukan.

Memetik kata-kata Dr. Mohamed Nasr, Director of the Medical Care & Diagnostic Center of Lake Villa di Illinois, USA,

“You can feel so very good about Shaklee’s soy protein, and how we can help so many people who are looking for ways to improve their health.”

Kenapa Dr.Nasr sendiri memuji ESP Shaklee? Menurut Dr.Nasr inilah antara khasiat ESP Shaklee dari sudut kesihatan:

  • ›››ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut
  • ESP mengurangkan paras kolesteroldalam darah sebanyak 23%
  • 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang
  • 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL(kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung
  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbatyang membawa kepada sakit jantung
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser
  • Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser
  • Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putihyang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bacteria/virus
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90% ESP jika diamalkan dengan flavanoids (Sumber-sumber dari flavonoid itu antara lain: apel, aprikot, blueberrie, pear, raspberrie, strawberrie, black bean, kubis, bawang, daun sup, pinto bean, dan tomato.) mengurangkan risiko kanser payudarasebanyak 10x ganda
  • ESP jika diamalkan bersama Shaklee Carotomax dan Ostematrix mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat(lelaki)
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause

Jadi dengan segala kelebihan dan khasiat ESP Shaklee pada badan dan kesihatan secara menyeluruh, pastinya setiap sen yang anda laburkan amat berbaloi. Mencegah itu lebih baik dari mengubati..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Energizing Soy Protein "ESP"

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*

• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Khasiat dan Kebaikan ESP
·  ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda
· ESP membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
· ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
· ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang
· ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster
· ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
· ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara anda

Kenapa ENERGIZING SOY PROTEIN PENTING UNTUK IBU MENYUSU?

Ia sangat memberikan tenaga si ibu, membantu memekatkan susu dan anak mudah kenyang, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu mengawal kolestrol dalam darah..Hebatkan???

Ia sangat bagus untuk perkembangan bayi dan kerana nutrisi yang terdapat dalam esp akan dinikmati oleh si bayi melalui susu ibu itu sendiri.

Ia juga sangat membantu si ibu dalam pengurusan berat badan...hehehe..semua ibu nak nampak langsing dan menawan terutamanya selepas bersalin kan...

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”