Tuesday 25 November 2014

Pengedar Shaklee UTAMA Labuan: Dugaan Demi Dugaan

Tawakal Tangga Kejayaan


Usai solat asar petang kelmarin, saya dapat tahu yang bos tempat saya kerja sebagai Auditor ni tidak mahu kalau urusan bisnes sendiri dan pengeposan barang tidak boleh menggunakan alamat pejabat. Saya rasa down sangat. Hati saya rasa sedih sangat. Niat saya cuma membantu orang supaya hidup sihat. Saya tiada niat yang baik, saya tidak penting kan keuntungan juga. Motif dan tujuan utama saya ingin membantu orang sihat semata-mata. Walau bos menghalang, saya ada jalan saya sendiri.

Saya mencari akal juga untuk mengubah alamat surat menyurat saya di dalam rekod Shaklee. Sang suami pun memberikan alasan susah kalau pos barang ke pejabat tempat dia kerja. Jadi saya tiada cara lain, saya call GDex, yang bestnya mereka sudah mengenali saya dengan mendengar nama sahaja. Jadi mudah untuk saya berurusan dengan mereka. Jadi hari ini saya hubungi mereka untuk tidak menghantar apa2 kotak daripada Shaklee ke pejabat saya lagi.

Yalah, pejabat tu bos yang punya, mungkin saya tiada hak untuk menggunakan alamat tempat kerja saya sebagai urusan bisnes saya. Bos memang nampak supporting, tapi bila keadaan sudah tidak mengizinkan saya berserah. Syukurlah semuanya dipermudahkan. Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. in sha Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Budak Cerewet Sukakan Meal Shake


"I Love Meal Shake" by Nazran


Hari ini hero saya menangis saja. Dia rasa tidak selesa sejak kelmarin dia selesema. Hidung tersumbat. Sekali bagi dia tengok Meal Shake dia diam dengan sendirinya. Dia pun bagi isyarat minta kita tolong buka penutup Meal Shake tu. Habis comot mulut dia kesian. 

Walau bagaimana cara sekalipun, dia akan selalu begini. Bila dia menangis saja pun, bagi ja dia tengok Meal Shake ni dia akan tenang. Dia ni tidak lah memilih makan cuma dia mudah menolak walaupun baru beberapa kali di suap. Sebab itu, saya beri dia Meal Shake supaya dia dapat sumber vitamin dan mineral yang mencukupi. Nasib dia sukakan Meal Shake. Sangat suka!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Sinus di Hadapan Telinga: Adakah Perlu Dibedah? – Dr. Ahmad Nordin

ENT/TELINGA, HIDUNG & TEKAK, HEALTH EDUCATION

November 19, 2014 

Kita kadangkala ada melihat bukaan kecil di hadapan telinga. Ini digelar sinus preauricular (bermaksud: pre-sebelum, auricular-telinga). Sinus ialah sebarang saluran di bawah kulit dengan satu pembukaan di kukit. Harap anda tidak keliru dengan sinus hidung. Biasanya, ia tidak mendatang sebarang bahaya. Tetapi di kalangan kecil, ia boleh menjadi bengkak, merah & sakit. Saya akan menerangkan perihal penyakit ini.

Telinga kita terbentuk dari beberapa bonjolan kecil semasa pembentukan janin. Bonjolan ini akan berlingkar menjadi bulatan dan menjadi cuping telinga. Bila wujud satu ruang kosong antara bonjolan ini, satu lubang akan terbentuk di luar dan terdapat saluran kecil yang terbentuk di bawah kulit tersebut. Ia biasa kelihatan di bahagian hadapan telinga, tetapi antara golongan kecil ia boleh terjadi di mana sahaja bahagian telinga luar.

Wanita ini mempunyai sinus preauricular di kedua belah telinga. Tetapi hanya sebelah sahaja yang mrngalami jangkitan berulang.

Imej 1: Sinus preauricular kiri, tiada jangkitan.

Anda dapat perhatikan lekukan kecil di hadapan telinga kiri, ini tidak menunjukkan sebarang jangkitan.

Imej 2: Sinus preauricular kanan dengan tanda jangkitan & parut lama, tetapi tiada jangkitan ketika ini.

Anda dapat perhatikan parut dan kemerahan di hadapan sinus preauricular telinga kanan, di mana di bawah kulit ini terdapat bisul dan nanah sebelum ini (sebahagiannya dilitupi oleh plaster dalam gambar ini). Saya akan menunjukkan bagaimana kami mengeluarkan saluran tersebut. Pembedahan boleh dijalankan secara bius setempat atau bius am.

Imej 3: Kawasan pembedahan dicuci & dilitupi oleh kain. Bebola kapas diletakkan di dalam salur telinga untuk menghindari cecair mengalir ke dalam salur telinga.

Kawasan pembedahan dibersihkan dengan iodin dan dialas untuk mengekalkan kawasan steril.

Imej 4: Saluran tersebut dibesarkan oleh sejenis besi tumpul untuk memudahkan kemasukkan pewarna nanti.

Imej 5: Suntikan pewarna biru ke dalam saluran preauricular sinus.

Kami biasanya memilh pewarna metilin biru (methylene blue) untuk disuntik ke dalam sinus. Ini untuk mengesan selaput saluran. Sekiranya terdapat kebocoran, warna biru akan kelihatan.

Imej 6: Kulit disuntik dengan ubat ‘marcaine adrenaline’.

Suntikan ubat bius setempat dengan adrenaline ialah untuk mengurangkan sakit pasca pembedahan dan untuk mengurangkan perdarahan semasa pembedahan.

Belahan di kulit dibentuk di sekeliling lekukan tersebut dan potongan dipanjangkan ke bawah mengikut arah saluran di bawah kulit. Diseksi dilakukan mengikut saluran sehingga penghujung salur. Prosedur ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. Perlu diingatkan bahawa saluran tersebut mesti dipotong dengan lengkap. Jika tidak, penyakit ini boleh berulang.

Imej 7: Saluran tersebut dibedah dengan menggunakan ‘artery forcep’ di tangan kanan sementara ditarik dengan tangan kiri menggunakan ‘Allis forcep’.

Imej 8: Rupa saluran yang telah dibedah. Lekukan pada kulit kelihatan di bahagian atas spesimen.

Perdarahan dihentikan, kawasan pembedahan dicuci dengan air suling steril dan kulit dijahit semula. Jahitan boleh dilakukan di bawah kulit tanpa dibuka semula. Di sini, kami menggunakan benang Nylon yang akan dibuka dalam 7 hari.

Imej 9: lima jahitan nylon digunakan semasa kes ini.

Akhirnya, balutan digunakan dan akan dibuka hari seterusnya.

Imej 10: Balutan diletakkan untuk menyerap darah dan bendalir dari tempat jahitan.

Rawatan susulan akan dilakukan dalam beberapa minggu selepas ini. Ada segolongan kecil memerlukan pembedahan semula sekiranya jangkitan berulang. Kadangkala jangkitan yang teruk ada pembentukan nanah. Kami sedaya upaya mengelakkan dari memotong kulit untuk mengeluarkan nanah kerana parut akan terjadi dan mengakibatkan pembedahan di atas susah dilakukan. Pengeluaran nanah dengan jarum lebih sesuai pada ketika ini.

(Penghargaan: Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pesakit, ibubapa dan kakitangan yang memberi kebenaran mengambil gambar mereka bagi tujuan pendidikan kesihatan bagi pihak awam)

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT yang bertugas di sebuah hospital di Sabah. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:
Outcome of Patients Presenting With Preauricular Sinus in a Tertiary Centre – A Five Year Experience
I P Tang, MD, S Shashinder, MS (ORL-H&N), S Kuljit, MS (ORL-H&N), K G Gopala, FRCS
Med J Malaysia Vol 62 No 1 March 2007

Diabetes Meragut Nyawa

Kesan Diabetes dalam Jangka Masa Panjang


Siapa yang mahu dapat penyakit kronik ni? Tiada siapa menginginkan. Apatah lagi mereka yang mempunyai keturunan penyakit ini. Mereka pun tidak menginginkan tapi disebabkan keturunan mereka dapat penyakit ini. Tapi orang kata apa, saya memang ada penyakit itu jadi saya makan ubat banyak sekali pun saya tetap ada penyakit itu. Ini masalah kita sekarang ini, semua mereka fikirkan negatif dan mereka tidak ingin mencuba alternatif lain. Sebenarnya kita boleh elakkan penyakit itu daripada terus menerus membelenggu diri kita sendiri.. Kita boleh mengelakkan daripada penyakit itu menjadi lebih parah. Lebih baik mencegah daripada mengubati.


Antara kesan DIABETES dalam jangka masa panjang :-

>> Buta penglihatan

>> Penyembuhan luka yang sangat lambat

>> Kehilangan anggota badan - (amputasi)

>> Mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang & terpaksa menjalani proses Dialisis (seminggu 3 kali) 


atau


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”