Saturday 25 March 2023

Shaklee FUN DAY

Seronoknya bisnes Shaklee ini, bukan sebab kita di ajar untuk berbisnes tapi juga diberikan tips untuk menjaga kesihatan. Malah extended to menjaga kecantikan. 

Baru-baru ini, Shaklee mengadakan Fun Day banyak sangat aktiviti yang dilakukan. Kalaulah ada juga di Labuan confirm mau pergi juga memeriahkan. Banyak giveaways yang di tawarkan. Mereka yang baru mau join Shaklee pun boleh datang. 

Memang seronok ! Ramai yang pulang tanpa tangan kosong. Berbaloi-baloi. 

Shaklee Fun Day ini diadakan di 4 buah cawangan iaitu: Petaling Jaya (Home Office), Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Johor Bharu. Siapa yang berada berhampiran tidak lepaskan peluang untuk pergi. 

Pada hari tersebut juga, Shaklee menawarkan secara percuma kepada semua yang hadir untuk mengambil peluang melakukan pemeriksaan Skin Analysis, BMI Composition dan juga Bone Check. Bukan senang mahu dapat percuma untuk perkhidmatan ini tau! Rugi ba kalau tidak join. Sayangnya saya jauh. Haraplah kalau ada buat di Kota Kinabalu boleh juga saya pergi kan. 
  

Dan yang bestnya juga dapat minum free air bancuhan Performance Lime. 

Semua yang memborong Shaklee dapat banyak GiveAway seperti Large Alfalfa Complex (paling wow sekali), D'daun bag, (huwaaaaaa saya belum ada ini), Ceramic Mug with Lid, Shaklee Note Book, Pouch, Youth Shimmer cas. Uish gila2 punya FREE item. 

Saya haraplah dapat diteruskan lagi program seperti ini di masa akan datang supaya lebih ramai orang yang mengenali Shaklee dan meyakini semua produk Shaklee adalah selamat dan terbukti berkesan.  

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Tragedi 20 Mei 2009

Selamat Hari Jadi Bapa 


14 Mac, ulang tahun kelahiran arwah Bapa. Dan dua bulan lagi 20 Mei hari tragedi kami sekeluarga pada tahun 2009 terimbau kembali.

Kehilangan seorang figure ayah tatkala Bapa masih berada di sisiku. Masih segar lagi tragedi tu dlm akal minda ku sehingga ke hari ini. 

Memang Allah SWT sengaja mengambil semula Bapa dari kami semua supaya kami lebih menghargai erti pengorbanan seorang ayah. 

Tragedi 20 Mei



Detik cemas bermula waktu tu aku baru seminggu pulang ke negeri kelahiran utk menjalani latihan industri di salah sebuah firma audit Big Four. Waktu itu Bapa telah pun menunaikan solat asar, kami pun jalan dan Bapa minta aku yg drive kereta dan aku tidak mahu tapi Bapa mendesak. Then masa berhenti d traffic light, lampu bertukar hijau dan tiba² kami di hon oleh kereta belakang, apalagi paniklah masa tu tambah lagi jalan raya agak sibuk masa tu, Bapa suruh sy utk tukar lane ke sblh kiri sbb sy bawa slow kan, entah cmna benda terjadi dgn pantas, Bapa di sebelah tiba² menyebut "eh ada kereta" sambil menggerakkan sikit stereng tu dan dgn terkejut aku terus pusing stereng tu kanan habis. Kereta tu langgar pokok di pembahagi jalan. Gelap gelita. End up kami d lane lawan arah dan sy nmpk ada pula lori dr dpn yg tidak dapat mengawal brek dan melanggar kami dr depan pula. 

Beberapa minit kemudian, masa tu tudung sy pun suda tertarik ke belakang, dgn panik sy cpt² buka safety belt, sy nampak Bapa di seat sblh tidak sedarkan diri, aku pegang  kedua bahunya dan menggoncang sekuat hati dan menjerit memanggilnya tapi Bapa tidak menyahut. Leher nya berlubang dan darah tidak bhenti mengalir keluar dari situ. Aku sempat membacakan 2KalimahSyahadah dan aku lihat Bapa menghembus nafas dua kali. Tiba² saja sy nampak orang ramai mengerumuni kami semua. Dan semua bertanya macam². Pertolongan bomba tiba selepas lebih kurang setengah jam. 

Aku dibantu keluar dr kereta dan bomba cuba membuka pintu sebelah driver utk keluarkan Bapa. Penumpang 4 org yg berada di belakang teruk juga, termasuk mama dan adik bongsu ku. Mama yg berada dibelakang terhempas seat depan jadi beberapa batang giginya tertanggal dan banyak darah kelihatan di seat belakang. Adik bongsu sy tangan nya patah. Ada dua lg saudara yg turut bersama di dalam kereta dan syukur mereka cuma mengalami cedera ringan. 

Dalam Ambulans bersama Bapa 


Kami, aku bersama my first brother and my only little sister berada dalam ambulans melihat Bapa kaku di atas pembaringan dlm ambulans tu. 

Aku pun cuba menyedapkan hati sendiri dan tanya pegawai kesihatan yang bersama kami di dalam van ambulans tu berulang kali. "Bapa saya okey ba kan?" "Bapa sy mau dibawa kemana?" "Bapa saya boleh diselamatkan ba kan?"

Entah apa la yg aku melalut merepek dalam keadan gementar dan takut tu. Jangan ambil Bapa kami Ya Allah! Aku mohon selamatkan Bapa kami. 

Tiba kami di Kecemasan, Hosp Labuan, Bapa terus di tolak ke satu ruang dan mama di katil sebelahnya. Mama agak lemah masa tu ingatan aku pun pudar untuk saat² itu. Keadaan yg sgt chaos jadi aku cuba juga utk kuatkan hati. 

Bapa disahkan sudah tiada. Di kediaman abadi Bapa selamat disemadikan selepas malam tu juga. Mama pula diberitahu cedera parah dan harus segera dibawa ke Hospital Queen Elizabeth. Balik rumah bersama adik-adik. Tidak ingat sudah siapa yang menghantar kami pulang. Buat seketika hidup kami seperti tiada hala tuju. Malam itu rumah sangat suram. Dan aku tidak dapat lelapkan mata. Di telinga ku masih terngiang lagi bunyi hentakan kuat ketika tragedi tu berlaku. 

Aku masih ingat bunyi itu sehinggalah saat ini. Mengalir air mata ku setiap kali mengenangkan. Walaupun pada saat itu semua berlaku tiada setitis pun air mataku mengalir sehinggalah kami di kawasan kubur yang masa tu ramai orang memberi duit sedekah sambil memandang kami penuh kasihan. 

Malam itu, aku baring sambil peluk kedua adikku, Azmirawaty dan Azwandy yang dua orang lagi Asman dan Azmie Ardy tidak ingat ke mana mereka pergi masa tu. Mungkin berada di ruang tamu. 

Seminggu meratapi mahu tidak mahu aku mesti teruskan perjuangan. Aku kuatkan langkah kaki untuk pergi tempat latihan industri. 6 bulan aku praktikal lepastu kembali ke kampus di UiTM Bandaraya Melaka untuk menempuh satu lagi semester. Walaupun Bapa tiada disisi ketika aku menerima segulung ijazah tetapi syukur alhamdulillah kami semua sudah pun mempunyai karier masing-masing. 

Al-Fatihah untuk Bapa tersayang.  Kami akan terus merindukan Bapa. Rindu yang tiada berpenghujung. Semoga Bapa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminn
Syukur Ya ALLAH, aku sempat merakam detik ini ketika kami di airport menunggu untuk saya depart ke KLIA untuk menyambung Ijazah masa tu. Handphone yang kurang canggih membuatkan gambar ini tidak berkualiti tapi cukup mengubat hati yang rindu. 



"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Asdayanty 
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”