Friday 12 May 2023

Meriah Open House Hari Raya

Pagi 2 Syawal, saya bangun seawal yang mungkin untuk menyiapkan tempahan kek batik yg baru saya terima malam sebelumnya. Walau tidak berapa sihat, kuat juga hati saya untuk membuat dua biji kek batik mlm tu.

Jadi pada 2 Syawal itu juga saya jemputlah bekas rakan-rakan sepejabat untuk ke rumah saya sebelum saya balik berhari raya ke kampung suami. 

Walaupun terputus bekalan air sementara pada pagi tu, sempat juga saya siapkan juadah ringkas untuk menjamu tetamu yang hadir. 

Menu saya tidak akan pernah ketinggalan semestinya ada burasa' yang memang menjadi pilihan kami sekeluarga setiap kali menyambut hari raya.

Tidak terhenti pada 2 Syawal, setelah seminggu berhari raya di kampung suami saya diziarahi lagi bekas rakan sekerja kalini memang ramai yg datang. Bukannya open house hari raya tapi more to gathering bersama-sama.


Tahun ini, dengan berbekalkan keinginan yg kuat untuk membuat biskut dan kuih raya maka terhasillah lebih 4 jenis kali ini. Itupun syukur sangat² sebab ada mama yang membantu. 


Meriahnya hari raya walaupun serba serbi kekurangan tapi kita tetap bersyukur bertemu Syawal lagi tahun ini. Aidilfitri adalah sebuah ibadah bukannya adat. Ramadhan perlu disempurnakan untuk mengecapi kemenangan di Aidilfitri. 

Walaupun cuaca yang panas melanda bumi Malaysia kita harus bersyukur dengan limpah kurniaNya kita dapat bertemu lebih ramai jiran tetangga dan sanak saudara pada tahun ini.

Covid19 melanda seluruh dunia dan kita hanya diberi izin untuk menyambut Syawal dari rumah sendiri sahaja dan tidak membenarkan aktiviti ziarah menziarahi. 

Apapun Syawal mesti dirai dengan penuh waspada dan berhemah. Jangan makan langgar saja ya sebab kita perlu perisai juga. Mengelak lebih baik daripada mengubati. 

Tidak ketinggalan saya pun sempat menziarahi beberapa keluarga rombongan cik kiah berhari raya pada hari wesak yang lalu. Lama tidak bergelak ketawa bersama mereka. Lama rasanya tidak ketawa terbahak² sedemikian rupa. 





"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”