Seperti mana dalam entri saya bulan lalu, Intermittent Fasting memberi pelbagai manfaat kepada kita dan sistem tubuh badan kita juga yang mana IF ini boleh memberikan tahap kesihatan yang lebih baik, seperti mengawal gula dalam darah, kesihatan jantung dan usus seterusnya juga sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.
Tetapi, disebalik manfaat Intermittent Fasting (IF) ini, ada juga keburukannya yang pasti ramai tidak tahu mengenainya.
Sebelum saya cerita banyak, saya mahu kongsikan tentang Autophagy. Ha! Mesti kamurang baru dengar perkataan ini kan? Bah, yalah saya pun sama ba baru dengar ni itupun sebab hadir kelas berbayar. Saya pun ini lah pertama kali menyertai kelas yang betul-betul speaker nya ialah seorang saintis weh. Doktor saintis ini pun memang terkenal so memang tidak mahu lepaskan peluang untuk tuntut ilmu walaupun banyak ba health mechanism yang saya tidak berapa faham tapi memang pengalaman yang menyeronokkan. Saya pun join online saja, tapi excitement tu memang terasa tembus dari PC ni ha. Cewah. Haha!
AUTOPHAGY ialah satu biologi proses dimana ia membuang toksin yang terkumpul dalam badan dan juga ia juga mengitar semula sel komponen yang rosak.
Jadi untuk kita dapatkan autophagy ini berlaku dalam badan kita, ada beberapa amalan yang perlu kita lakukan iaitu: dengan berpuasa, memakan lemak yang sihat, tidur yang berkualiti dan juga senaman.
Berpuasa yang dimaksudkan itu tadi, bukanlah Intermittent Fasting tapi "Fasting" sepertimana yang diwajibkan kepada seluruh umat yang beragama Islam pada bulan Ramadhan. Diet IF dan berpuasa ini berbeza ya kamurang jangan keliru. Sebenarnya ada banyak lagi keburukan puasa berkala ni tapi saya fokus kepada TIGA faktor utama yang boleh menganggu proses nyahtoksin dan juga melambatkan proses kitar semula sel yang rosak. Jom sama-sama kita tambah pengetahuan.
Contoh: Cara diet IF |
1. Sleep Disturbance
Bagi yang tidak biasa mengamalkan diet IF memang pada stage permulaan kita akan mengalami pelbagai masalah dan salah satunya IF ini kemungkinan besar boleh menganggu kualiti tidur kita. Yalah, sebab apa, sebab badan kita tidak biasa jadi sistem tubuh badan kita akan berubah seiring dengan perubahan jadual waktu makan kita. Sebab itu kita akan menghadapi kesukaran untuk tidur. |
Jadi, sekiranya kita tidak cukup tidur maka pembuangan toksin dari dalam tubuh kita akan terganggu dan lama kelamaan proses ini boleh terus terhenti. Untuk kita dapatkan kualiti tidur yang cukup serentak IF adalah agak susah kecuali kita mengamalkan vitamin tertentu yang memberi kan kita rasa kenyang yang lama dan yang boleh membuatkan kita tidur dengan lena walaupun tengah lapar.
2. No Exercising
Senaman sebenarnya sangat penting ya untuk kita semua, tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga orang tua. Senaman ringan sahaja pun boleh membantu peredaran darah yang baik. Kita tahu IF ialah berpuasa (tidak makan) dalam tempoh masa yang tertentu tetapi masih boleh minum air. Jadi sekiranya kita lapar semasa tempoh berpuasa tentu semangat untuk bersenam pun merudum. Confirm punya! Sebab saya pun macam tu. Tapikan kalau ada suplemen yang boleh maintain bekalkan tenaga sangat best.
Sebenarnya boleh pun buat yang mild saja tapi kan macam saya buat senaman ringan terus rasa lembik. Sebab itu kita mesti cukup nutrisi juga tau untuk kita dapat IF yang berkesan. Jangan jugalah main langgar saja kan. Sebab certain orang saja yang boleh amalkan puasa berkala ini dan tidak selamat untuk semua golongan umur.
Dan, badan kita kalau nak terima satu habit ini makan masa juga tau. Jadinya, better lah kita amalkan puasa yang sebenar berbanding Intermittent Fasting supaya badan kita mudah terima disebabkan perubahan jadual makan.
3. Hunger & Craving
Apabila kita lapar yang amat semasa IF, kita cenderung untuk cari minuman atau makanan yang manis ataupun heavy meal. Sedangkan makanan yg menggalakan Autophagy tadi ialah makanan yg mengandungi lemak sihat. Jadi, bila lapar mahukah kita makan makanan yg healthy fats seperti avokado, kekacang (badam, macadamia telur, walnut) atau dairy products mcm full-fat yogurt. Mungkin sesetengah orang boleh terima untuk makan semua tu, tapi kalau saya lah kan rasanya kita tidak sempat untuk mencari atau tiada rasa mahu makan makanan yg begini kan kalau sudah terlampau lapar. Jadi secara tidak langsung ini juga salah satu keburukan diet IF lagi² org yg on off buat IF kan.
Berbanding kita puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan lebih berganda manfaatnya. Apabila berpuasa kita konsisten selama sebulan tidak makan pada tempoh masa tertentu so badan akan cepat adapt dengan perubahan yg berlaku. Pahala pun dapat dan kesihatan kita pun di tahap yang optimum. InshaALLAH!
Puasa di Bulan Ramadhan
"But fasting is the best for you if you only knew"- Surah al Baqarah (Ayat 184)
Secara keseluruhanya, untuk dapat kan autophagy dengan cara yang selamat dan berkesan kita perlu ada bekalan suplemen terbaik supaya kita boleh mendapatkan kualiti tidur yang baik dan boleh buat mild exercise tanpa risau keletihan kerana suplemen ini boleh membantu dalam membekalkan nutrisi yang cukup, memberi tenaga semasa berpuasa, dan seterusnya menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Sekiranya kita buat IF, contoh cara saya berIF tahun lepas, last meal kita pukul 8 mlm semalam dan first meal kita lebih kurang pukul 12 noon esok harinya, so di situ kita boleh kira tempoh masa kita berpuasa sudah pun lebih 14 jam dan untuk dapatkan kemuncak autophagy perlu berpuasa selama 72 jam. Allahu! Mampukah kita?
Tambahan lagi, fat burning sebenarnya akan berlaku dalam masa 14 jam sebab itu umat islam ini lebih baik berpuasa saja instead of buat intermittent fasting untuk bakar lemak dengan lebih berkesan. Sepertimana yang disarankan oleh pakar saintis dalam kelas saya tempoh hari, macam saya yg berada di Labuan bersahur pada waktu subuh lebih kurang pukul 5 pagi dan berbuka puasa sewaktu azan Maghrib (sekitar pukul 6.30ptg) so tempoh masa berpuasa ialah 13-14 jam dimana badan kita dapat membakar lemak.
Melambatkan sahur dan menyegerakan berbuka adalah sangat di anjurkan oleh Rasulullah SAW. Oleh disebabkan itu, kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan ini mengatasi keburukan diet Intermittent Fasting itu tadi. Maka, marilah kita berpuasa, jaga waktu tidur, makan makanan yang mengandungi lemak sihat dan juga melakukan senaman.
Kerana kita juga mahukan autophagy ini berlaku secara effective, saya akan cerita lebih lanjut suplemen/vitamin yang terbaik untuk kita ambil di next entri. Terima kasih semua kerana sudi membaca dari awal hingga ke hujung nya. InshaALLAH kita jumpa di next task! Selamat berpuasa semua!
SALAM RAMADHAN 1444H
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #suplemen #vitaminterbaik #shakleelabuan
"Prevention is Better Than Cure"
Jom sihat dan cantik bersama saya
Asdayanty
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673
YouTube: RH AszdaYanty
Facebook: Asda HealthJourney
Instagram: asda_healthjourney
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi
“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”