Monday, 22 September 2014

Kalah membeli menang memakai - Collagen

Mahu tahu satu rahsia kah? Actually saya juga mencuba collagen powder Shaklee. Hehe. Rasa rugi pula kalau kita tidak mencuba kan, yalah bulan promo ni. Beli 6 Percuma 1. Pakat dengan rakan seperjuangan Shaklee saya juga bah so kami share beli.

Saya start minum sabtu tu, so hari ini hari ke-3 mencuba collagen. Saya minum dengan Twister Orange. Hehe.. Habuk lebihan dlm paket selepas tuang tu sy buat masker basahkan tangan then sapu habuk2 tu, baru sapu kat muka. Best jugak... Dlm beberapa minit saja terasa ni kulit di muka menegang. Macam best kan... Hehe.. Siapa tidak cuba mesti rugi. Belum cuba belum tahu bah. Rasakan kelainan dengan Collagen Powder Shaklee.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Apakah Punca Lelaki Tidak Puas Kencing? – Dr. Ruhi Fadzlyana

Apakah punca lelaki tidak puas kencing?

Apabila menjelang usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju. Seringkali masalah ini hanya disembunyikan sendiri sehingga komplikasi berlaku.


Apakah yang dimaksudkan dengan bengkak kelenjar prostat?


Kelenjar prostat adalah satu organ yang mengelilingi pangkal saluran kencing lelaki. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. 

Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit. 

Menurut satu ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala pembengkakan prostat.

Apakah tanda-tanda gejala bengkak prostat?

Seringkali pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Antara tanda- tandanya adalah :
  • Kerap kali buang air kecil, hampir setiap jam – frequency 
  • Apabila ingin membuang air kecil, tidak mampu untuk bertahan lama – urgency 
  • Kerapkali bangun di waktu malam untuk kencing – nocturia 
  • Pancutan air kencing tidak laju – poor flow 
  • Air kencing menitis di penghujung waktu kencing – terminal dribbling 
  • Terkencing sewaktu menahan air kencing – hesitancy 
  • Berasa tidak puas kencing dan perlu kencing beberapa kali –incomplete voiding 
  • Kencing tersekat- sekat – intermittency 

  • Meneran sewaktu kencing – straining 
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami masalah di atas?

Pengesahan daripada doktor untuk penyakit bengkak kelenjar prostat adalah melalui penelitian sejarah pesakit. 

Melalui soal jawab masalah pembuangan air kecil pesakit, doktor akan memberikan markah menurut carta International Prostate Symptom Score (IPSS).

Jumlah keseluruhan markah akan dikategorikan untuk mengetahui keseriusan penyakit.

Seterusnya pemeriksaan kelenjar prostat akan dilakukan oleh para doktor melalui lubang dubur.
Melalui pemeriksaan ini, keanjalan prostat dan permukaan prostat dapat dirasa.

Pemeriksaan ini adalah penting kerana jika kelenjar prostat dirasakan keras dan permukaannya
berbenjol-benjol, penyakit barah prostat harus diawasi.

Selain daripada pemeriksaan prostat, terdapat satu ujian yang dapat mengukur kelajuan air kencing sama ada lemah atau tidak. Ujian ini dinamakan uroflow.

Ujian darah yang dijalankan adalah untuk memastikan fungsi buah pinggang masih elok. Selain itu, ujian saringan untuk kanser prostat turut dijalankan.

Bagaimana penyakit ini dirawat?

Setelah penyakit disahkan, pesakit akan dimulakan dengan ubat-ubatan. Terdapat dua kategori ubat iaitu alpha-blocker dan 5-alpha-reductase. 

Fungsi alpha-blocker (seperti Hytrin, Cardura, Xatral) adalah untuk merehatkan otot-otot yang terdapat di pangkal prostat supaya aliran kencing lebih laju. 

Manakala fungsi 5-alpha-reductase (seperti Avodart dan Proscar) adalah untuk mengurangkan hormon testosteron seterusnya membantutkan pembengkakan kelenjar prostat. Pilihan pembedahan hanya dijalankan jika kegagalan dari segi ubat-ubatan dan beberapa faktor yang lain.

Apakah kesan jangka masa panjang masalah kelenjar prostat bengkak?

Komplikasi atau kesan jangka masa panjang jika penyakit bengkak prostat tidak dirawat termasuk

>>Pembentukan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
>>Pembengkakan buah pingggang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam dalam
punci kencing yang berpanjangan.
>>Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
>>Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabkan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.

Sumber: KKM

Peppermint Ginger - Penawar Batuk

Salam sejahtera semua... Hampir terlupa tips yg saya pernah amalkan dulu seawal saya jadi distributor Shaklee ini. Waktu tu ramai orang sekeliling saya batuk, termasuklah orang rumah saya. Baca punya baca dalam buku nutrisi, Peppermint Ginger tu bukan sekadar penawar gastrik, buang angin dan loya si bakal ibu, tapi juga penawar batuk yg berlarutan.

Sudah baca tu, kita praktikkan lah kan? Mencuba saja mana tau betul berkesan. Suami saya waktu tu batuk lama juga bah. Ermm dalam 2 minggu juga. Sudah 2 kali pergi klinik yang berbeza, Dua jenis ubat batuk yang berlainan. Tapi tetap juga dia batuk. Malam lah paling kuat batuk. Aduhaii.. Tambah-tambah lagi tidak mahu pantang minum air sejuk dari peti ais. Tambah lah batuk.

Sebab geram betul dengan batuk dia tu, buka saja peppermint ginger (ready stock saya) dalam rak Shaklee saya tu. Tidak apalah kalau tidak pulang modal pun, janji suami kita sihat. Masa tu, kami dalam perjalanan pulang kampung dia lah, sambil dia driving tu saya bagi dia peppermint ginger, bagi dia hisap. Sebelum tu, dia memang sudah letak dalam kereta lah kan. Pagi2 sebelum pegi kerja dia hisap sebiji. Sepanjang perjalanan balik kampung tu mahu juga 3 biji dia hisap. Perjalanan jauh lah katakan. Nah, dalam 3, 4 hari tu bagus sudah batuk dia. Ok sudah. Syukur lah kan. Terus share dengan abg ipar dia di kampung. Tinggalkan sparuh di sana untuk mereka makan. Kakak dia pun kadang ada gastrik. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Basic Vitamin si Ayah



Celik mata sahaja pagi ini, Nazran bermain dengan botol vitamin si ayah. Jadi, terdetik idea untuk buat entri tentang vitamin yang suami saya makan. Vitamin yang Nazran pegang tu, Vit-Lea, B-Complex dan juga SR Vita-C. Haaa, ini botol pertama dimakan dan sudah hampir 4 bulan, tinggal berapa biji saja tinggal. Makan sebiji sehari saja kan. Jimat bah.

Tapi ada masa tertentu saya bagi ayah Nazran telan 2,3 biji Vita-C. Kalau tanda-tanda mahu demam tu kan, "abg, telan vitamin cepat" hehe... Jaga kesihatan lah kan yang penting.

Lagipun, saya ni dalam usaha untuk menaikkan berat badan suami saya tu. Dia ni kalau dulu, mudah juga jatuh sakit. Paling tidak mesti ada demam dalam sesuatu masa. Selama dia makan vitamin, yang saya perasan lah dia sudah tidak mudah kena sakit. Bila-bila saja tengok muka dia pucat sikit bagi makan Vitamin C 3 biji. Esoknya dia ok lah tu. Alhamdulillah. Mencegah lebih baik daripada mengubati lah kan. Hati kita pun senang. Kalau dia sakit tu, kita juga yang susah hati. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”