Thursday 8 October 2015

Nasihat Kesihatan Ketika Jerebu

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori (saluran pernafasan) juga mereka yang sensitif pada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabar atau rumah. 

Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan. 

Bencana alam jerebu ini sememangnya kita tidak mampu untuk mengelaknya kecuali kita sendiri yang perlu menjaga kesihatan. Apatah lagi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memang tinggi di beberapa tempat di Semenanjung dan Sarawak. Mereka yang berada di Semenanjung dan Sarawak dinasihatkan untuk terhadkan aktiviti membawa anak-anak keluar rumah. Kami yang berada di Labuan tidaklah terkesan sangat dengan jerebu di sini kerana ia tidak setebal atau seteruk seperti di Semenanjung.

Keadaan ini bertambah teruk apabila sekolah-sekolah terterntu terpaksa ditutup dan ada juga penerbangan yang terpaksa ditunda dan dibatalkan akibat jarak penglihatan yang sangat terhad. 

Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah. Orang ramai juga dinasihatkan supaya banyakkan meminum air putih. Apatah lagi, mereka yang sering melakukan aktiviti di luar terutama mereka yang berisiko tinggi untuk memakai penutup hidung dan mulut. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah pergi ke klinik dengan seberapa segera jika keadaan penyakit bertambah teruk.