Friday 12 September 2014

Info Penyusuan / Breastfeeding

Sakitnya Susu Tersumbat!

Mana-mana ibu yang pernah mengalami masalah Bengkak Susu ataupun Susu Tersumbatpasti tahu betapa terseksanya rasa. Dah la susu tersumbat, sebelah lagi susu sikit pulak. Terpaksa bancuhan susu formula untuk anak…

Apa Punca Susu Boleh Tersumbat dan Menyebabkan Bengkak?

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

· Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaianunderwire bra
· Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
· Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
· Jangkitan yis
· Stress
· Tak cukup tidur
· Salah cara lekapan bayi



Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat?

Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:

1. Susukan anak sekerap yang boleh

Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2. Cuba variasikan posisi penyusuan.

Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.

Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3. Tuam

Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4. Berehat

Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5. Susukan anak yang lebih besar

Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6. Gunakan teknik “Pressure Massage”

Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.

Petikan daripada website Ask Dr Sears:

"To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.

You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”

7. Amalkan Lecithin dalam diet harian

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct“

8. Kuatkan imunisasi tubuh

Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.

Anda berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee untuk melegakan masalah susu tersumbat anda?

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂