Wednesday 17 September 2014

Set Hamil/ Pregnancy Shaklee II

MEMBANTU MENGOPTIMAKAN KESIHATAN SEWAKTU MENGANDUNG

Kehamilan merupakan saat-saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Perasaan gembira, teruja dan sedikit risau pasti akan dirasai terutamanya seandainya ia adalah kehamilan yang pertama. Antara perkara yang selalu difikirkan adalah vitamin apa yang sesuai yang perlu dimakan semasa hamil.

Kalau anda membuka 'buku merah' di klinik kesihatan kerajaan, anda pasti akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat/vitamin. Contohnya seperti vitamin C, iron, asid folik dan sebagainya.

Di Euphoria, kami menyediakan 1 set khusus untuk ibu-ibu yang mengandung iaitu Set J. Dan set ini dibahagi kepada dua iaitu: Set J-1 dan Set J-2.

Set 1

(Khas Untuk 1st Trimester)

B-Complex with Acid Folic
Sustained Release Vita-C Plus
OsteMatrix
Vita-Lea

Set 2

(Khas Untuk 2nd & 3rd Trimester)

Sustained Release Vita-C Plus
B-Complex with Acid Folic
OsteMatrix
Vita-Lea
Omega Guard

Adakah kesemua suplemen ini perlu untuk saya ketika hamil?

Jawapannya, YA PERLU. Pengambilan vitamin sangat digalakkan kerana ia membantu untuk mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, kekurangan berat bayi dan juga risiko kecacatan. Ia juga membantu kita menjadi lebih sihat dan kuat sepanjang kehamilan.

Asid Folik

- Ia sangat penting dalam pembentukan otak dan saraf bayi pada awal kehamilan. Dan pengambilannya dicadangkan sebaik-baiknya 3 bulan sebelum anda bercadang untuk hamil. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kecacatan pada saraf tunjang bayi.

Iron (Zat Besi)

- Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Bagi yang mengalami masalah HB yang rendah, zat besi ini sangat membantu dalam meningkatkan HB anda.

Tips: Elakkan mengambil vitamin ini bersama-sama dengan kalsium kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi. Sebaliknya anda digalakkan untuk meminum segelas air buah ataupun mengambil bersama Vitamin C untuk penyerapan yang lebih optimum.

Kalsium

- Ia membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium dalam diri ibu hamil akan terdedah kepada risiko pre-eklampsia dan boleh membawa maut kepada ibu dan bayi.

Omega-3

- Ia diperlukan untuk penglihatan yang baik, perkembangan otak dan pembentukan sistem saraf yang
baik.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂