Wednesday 17 September 2014

Set Kolesterol dan Darah Tinggi

Kawal Kolesterol Dan Tekanan Darah Tinggi Dengan-SHAKLEE

Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga didunia. Biasanya sakit jantung yang berpunca dari kadar kolesterol yang tinggi dan tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda.

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Ada dua jenis kolesterol.

1)Kolesterol LDL(kolesterol jahat).

2)KolesterolHDL (kolesterol baik).

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

Harus diingat, jantung kita ni telah bekerja keras dan berfungsi mengepam darah dari kita masih dalam kandungan ibu kita lagi.Oleh itu sayangilah jantung anda untuk kehidupan yang terus baik sepanjang hari,

Set Vitamin yang dicadangkan dalam shaklee ini mempunyai kebaikan antaranya adalah:

1.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan stok.

2.Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik.

3.Membantu tekanan darah yang normal.


Set Vitamin ini terdiri drp:

1. OmegaGuard
· pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
· memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
· merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.

2. Garlic
· membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
· menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
· menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
· meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.

3. Vitamin E complex
· Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.
· meningkatkan kolesterol HDL.
· mengurangkan tekanan darah tinggi.
· sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.

4. Lecithin
· pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
· membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
· menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
· menggalakkan peredaran darah.

5. CoQHealth Plus
· Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
· Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
· Meningkatkan peredaran darah
· Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.
                
Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂