Tuesday 28 October 2014

Anda Penggemar Makanan Dan Minuman Manis??

Kenali Penyakit Diabetes/Kencing Manis.


Kencing manis berlaku apabila kandungan glukosa dalam badan kita terlalu tinggi.

Kenapa kandungan glukosa menjadi tinggi dalam darah?

Ini kerana glukosa dalam darah tidak dapat disimpan didalam sel badan yang sepatutnya.

Jadi glukosa akan berlegar-legar di dalam darah kita dan kesan ini boleh menjejaskan sistem badan yang lain.

Kencing manis tergolong kepada 2 jenis iaitu:
1) type 1 diabetes (kencing manis jenis 1)
2) type 2 diabetes (kencing manis jenis 2)

Kebanyakan pesakit kening manis di Malaysia mengidap kencing manis jenis 2 sebanyak 80% (statistik 2005).

Diabetes bersandar insulin - (Type 1 diabetes)


*Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.

* Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.

* Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.

* Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.

* Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis 1.

* Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.

* Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.

* Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.

* Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.

* Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.

* Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

Kencing Manis Type 2


Kencing manis jenis 2 terjadi apabila sensitiviti sel terhadap hormon insulin semakin berkurang.

Apabila glukosa dalam darah tinggi, iuntuk mengembalikan paras glukosa menjadi normal, glukosa perlu disimpan didalam sel-sel badan.

Tetapi, glukosa tidak boleh masuk sendiri atau sesuka hatinya kedalam sel-sel badan. Ia memerlukan kunci untuk membuka pintu sel. kunci inilah yang kita namakan insulin. Bagi kes kencing manis, insulin ini tidak lagi boleh membuka pintu-pintu sel. sensitiviti insulin terhadap sel berkurang atau tiada langsung. Sel-sel sudah tidak lagi mempedulikan 'kehebatan' insulin....

Jadi glukosa tidak dapat dibawa masuk kedalam sel dan kepekatannya semakin meningkat kedalam sel. Dan disebabkan itu pesakit diabetes akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil.

Jadi jika anda disahkan kencing manis, apa yang perlu anda buat?

Ada 3 perkara yang perlu anda buat...

Pertama: Diet-anda memerlukan diet yang betul agar kandungan glukosa dalam badan tidak bertambah banyak. Jadi perbanyakkan makan serat dan stop makan nasi beras biasa, seeloknya makan beras perang seperti basmati.

Kedua: Senaman-kajian menunjuk
kan untuk pesakit diabetes jenis 2 senaman dapat meningkatkan kadar sensitiviti insulin terhadap sel badan kita. Jadi glukosa dalam darah dan dalam sel akan seimbang. Tidak perlu senaman kuat-kuat,sekadar berjalan kaki selama 1 jam sudah memadai untuk dilakukan 3 kali seminggu.

Ketiga: Makan ubat dengan betul-ramai yang mengadu ubat hospital tidak berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah kenapa ia terjadi?sebabnya cara makan tidak betul.

Ubat kencing manis tidak boleh diambil sesuka hati, ia ada peraturannya supaya kesan terapeutik ubat dapat tercapai secara optimum. Contohnya, ubat jenis metformin, ia perlu diambil selepas makan. Ubat jenis gliclazide atau glibenclamide, ia perlu diambil sejurus sebelum makan atau sejurus selepas makan. Dan ubat jenis acarbose,ia perlu diambil bersama-sama makanan.

Setiap ubat jenis tindakan mereka berbeza,jadi anda wajib mengambil mengikut jadual makan yang ditetapkan supaya mereka dapat bekerja secara baik.

Jika ia perlu diambil 2 kali sehari maka anda perlu mengambilnya 2 kali sehari mengikut waktu yang betul. Jika biasa makan pukul 8 pagi dan 8 malam, teruskan jadual makan yang begitu. jangan pula esokkan harinya ambil 6 pagi dan 10 malam, jadi kesan ubat akan terganggu.

Kalau tidak pun Shaklee ada ikhtiar sebagai mengelakkan kita daripada terkena kencing manis atau mengelakkan kencing manis menjadi lebih parah. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂