Tuesday 28 October 2014

Petua Mengeluarkan Angin Dalam Badan

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.

• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.

• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.

• Selalu menguap/mudah mengantuk.

• Sukar bernafas/nafas pendek.

• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

• Kulit kering.

•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.

• Perut berangin.

• Sakit kepala/migraine.

• Perasaan mudah marah.

• Hilang selera makan.

• Hilang/kurang nafsu seks

• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

Nak tahu apa yang patut kita lakukan jika badan berangin? Sebenarnya ada bermacam-macam petua, antaranya, minum air halia, minum air panas, minum coke, minum eno dan macam-macam lagi la...

Antara lain cara yang boleh diamalkan untuk membuang angin dalam badan adalah:

- Banyakkan minum air kosong.

- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Di sini saya sertakan senarai sumber makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan:

1) Kekacang
2) Sayuran seperti :
a) Brokoli
b) Kobis
c) Taugeh
d) Bawang
e) Asparagus
f) Bendi
g) Terung

3) Buah-buahan seperti :
a) Pear
b) Apple
c) Peach

4) Bijirin seperti :
a) Cereal
b) Roti gandum

5) Minuman ringan dan jus buah

6) Susu dan produk daripada susu dan keju

5) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti
a) Roti
b) Bijirin
c) Sos salad

6) Makanan bertepung

7) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas).

8) Perubahan emosi~ 'Emotional outbursts', dari tenang menjadi marah dan dari tenang sedih.

Antara petua tradisional untuk elakkan badan berangin

1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.

atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum. 

2) Lain-lain petua

Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..
Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.
Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan minda, penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)
Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.

Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil Herb-Lax Shaklee supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

Penghantaran seluruh Malaysia, Indonesia & China
Hubungi saya pengedar shaklee yang sah
Asdayanty 013-6507465
Sid 1071673

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂