Sunday 19 October 2014

Shaklee is Enjoyable

Hidup sihat sambil menjana pendapatan dengan Shaklee

Dugaan akan datang walau tanpa kita duga. Begitulah lumrah hidup kan, kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. Kejayaan dan kebahagiaan bukan selalu milik kita. Itu sebab Allah ingin selalu mengingatkan kita, Allah ingin menyedarkan kita bahawa dia Maha Kuasa. Maha Iradah. Oleh disebabkan itu terciptanya air mata. Air mata selalunya dikaitkan oleh wanita. Wanita itu di anggap lemah hanya kerana selalu berair mata.

Tapi di sebalik itu, Shaklee adalah hikmahnya.. Bukan fanatik, bukan terlalu gila dengan Shaklee, tapi kalau kita sudah mengalaminya, suatu hari kita akan faham. Shaklee adalah enjoy. Kalau kita mahu serius ya, teruskan. Kalau kita mau main2 saja, ya main2 saja. Walaupun main2 saja sedikit sebanyak kita akan mula jatuh cinta. Saya pun bermula hanya pada rakan2. Yalah, baru juga masuk member pada masa itu, jadi usaha kita pun agak main2 juga. Tapi tup tup, main2 macam tu pun saya layak juga dapat bonus walaupun tidak banyak. Syukur sangat. Kita enjoy buat Shaklee.

Kalau anda stres dan tension, kata buat Shaklee susah, tinggalkan Shaklee, kerana anda ada satu mindset yang Shaklee ini menyusahkan. Rezeki itu datang dari Allah, tapi dengan syarat, kita juga perlukan usaha dan doa. Apa yang kita impikan, apa yang kita mahu kan, kejayaan? Kebahagiaan? Ia tidak akan datang bergolek di depan mata kita tanpa itu semua. Lagipun, keyakinan itu penting. Kenapa perlu takut? Kamu mesti tidak akan rasa rugi suatu hari nanti. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂