Tuesday 18 November 2014

Shaklee Labuan: Health & Wellness Talk - Diabetes

Diabetes Talk - Cegah & Kawal Kencing Manis 


Meriah pula rasanya talk malam ni. Walaupun kanak2 bising tapi kami tetap khusyuk mendengar pakar nutrisi, Tracy Yong bercakap di depan. Banyak ilmu yang saya dapat malam ini. Wah betul2 ilmu yang sangat berguna. Bukan hanya pada saya, tapi anda yang berada di luar sana. Tidak kiralah anda tidak mempunyai masalah kencing manis tapi sekurang2nya ini bukan alasan untuk anda tidak mempedulikan penyakit ini.

Tambahan lagi, minggu lepas saya tengok berita mengatakan hari itu adalah Hari Diabetes Sedunia. Pesakit Diabetes akan meningkat dalam kadar DUA KALI GANDA berbanding tahun lepas. Tahukah anda?? Amalan pemakanan yg tidak sihat & persekitaran alam sekarang ini membuat kita cenderung utk mendapat penyakit kronik seperti DIABETES. Dalam berita pun mengatakan PESAKIT KENCING MANIS KRONIK cenderung mghadapi masalah sakit jantung, buta penglihatan dan kehilangan anggota badan.

Masih tidak percaya?? Dalam waktu yg singkat sahaja anda akan merana kerana tidak mahu merawat atau tidak ambil kisah pkara ini. Jgn terhantuk baru nak terngadah. Jangan juga terlalu bgantung pd ubat. Ubat dari hospital memang kena makan tapi anda pasti memerlukan suplemen juga.

Semasa talk tadi pun, Tracy ada sebut kaki adalah tempat pertama yang akan diserang. Kaki yang hitam itu adalah kerana kekurangan oksigen. Kaki yang berlubang2 tu disebabkan bakteria memakan anggota badan kita. Kalau dibiarkan lama, kaki akan diambutasi untuk mengelakkan bakteri merebak ke bahagian badan yang lain. Anda ingin membiarkan kaki anda dipotong? Atau anda ingin kehilangan daya penglihatan? Atau anda ingin terus-terusan melakukan Dialisis Buah Pinggang?

Pernah dengar "Dialisis". Dialisis ini adalah proses untuk membersihkan buah pinggang yang disebabkan penyakit kencing manis ini. Jika diabetes tidak dirawat dengan cepat. Penyakit ini akan merosakkan buah pinggang kita dan ia tidak mampu berfungsi seperti biasa. Proses Dialisis ini biasanya akan dilakukan 3 kali dalam seminggu akan mengambil masa dalam 3 hingga 4 jam sekali.

Bayangkan lah kalau kita cuci buah pinggang kita segala khasiat dan zat makanan semua pun tercuci sekali. Cuba fikirkan apa lagi vitamin yang tinggal di dalam badan kita selepas itu. Sebab itu selepas proses ini pesakit diabetes akan merasa loya, pening dan muntah. Dan disebabkan itu juga, banyak vitamin yang perlu dimakan kerana tiada apa2 yang tinggal selepas mencuci buah pinggang tu.

Sengsara juga kan. Macam2 lagi lah kesan lain. Walaupun ini penyakit keturunan, tapi kita mampu mencegahnya sebelum terkena. In shaa Allah. Prevention is better than cure.

                                       




Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂