Saturday 6 December 2014

Nazran Bijak Memilih Mainan untuk Diri Sendiri

omega guardmeal shake

Mainan Baru buat Nazran


Selamat pagi semua... hero saya ni bangun saja dari tidur pagi terus saha dia mahu bermain. Kisah malam tadi lepas kami COD OsteMatrix di Kian Yap dan COD Herbal Blend di Simpang 2 Sg Buton, kami pergi Emporium untuk beli barang sikit.

Naik ke tingkat atas untuk belikan dia botol susu, sekali saya baris lama di kaunter, si ayah dia ni bawalah pusing2 tingkat yang sama. Selesai membayar, saya melilau mencari kelibat dua beranak ni tidak jumpa, sampai saya ke bawah sudah ambil susu dia mencari pun tiada di tingkat bawah. Saya naik lagi nampak si ayah tengah membayar mainan trak (sebelah kiri dalam gambar), itupun dia tidak mahu lepaskan dari pegangan tangan dia. Mahu juga dia pegang. Sabar saja.

Kisahnya, mainan ni memang di bawah2 rak mainan jadi senang untuk dia capai. Dia ambil saja terus berlari mahu pergi kaunter. Mainan dia ni lebih kurang saja pun mainan dia kami belikan sebelum ini (di depan Nazran dalam gambar). Memang lebih kurang saja pun. Ingatkan tidak perlulah beli lagi sebab ada yang sama di rumah. Tapi apakan daya dia berlari laju daripada ayah dia menuju ke kaunter. Macam tahu saja barang tu perlu di bayar dulu di kaunter tu. Sabar sajalah Nazran ni.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂