Monday 22 September 2014

Apakah Punca Lelaki Tidak Puas Kencing? – Dr. Ruhi Fadzlyana

Apakah punca lelaki tidak puas kencing?

Apabila menjelang usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju. Seringkali masalah ini hanya disembunyikan sendiri sehingga komplikasi berlaku.


Apakah yang dimaksudkan dengan bengkak kelenjar prostat?


Kelenjar prostat adalah satu organ yang mengelilingi pangkal saluran kencing lelaki. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. 

Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit. 

Menurut satu ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala pembengkakan prostat.

Apakah tanda-tanda gejala bengkak prostat?

Seringkali pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Antara tanda- tandanya adalah :
  • Kerap kali buang air kecil, hampir setiap jam – frequency 
  • Apabila ingin membuang air kecil, tidak mampu untuk bertahan lama – urgency 
  • Kerapkali bangun di waktu malam untuk kencing – nocturia 
  • Pancutan air kencing tidak laju – poor flow 
  • Air kencing menitis di penghujung waktu kencing – terminal dribbling 
  • Terkencing sewaktu menahan air kencing – hesitancy 
  • Berasa tidak puas kencing dan perlu kencing beberapa kali –incomplete voiding 
  • Kencing tersekat- sekat – intermittency 

  • Meneran sewaktu kencing – straining 
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami masalah di atas?

Pengesahan daripada doktor untuk penyakit bengkak kelenjar prostat adalah melalui penelitian sejarah pesakit. 

Melalui soal jawab masalah pembuangan air kecil pesakit, doktor akan memberikan markah menurut carta International Prostate Symptom Score (IPSS).

Jumlah keseluruhan markah akan dikategorikan untuk mengetahui keseriusan penyakit.

Seterusnya pemeriksaan kelenjar prostat akan dilakukan oleh para doktor melalui lubang dubur.
Melalui pemeriksaan ini, keanjalan prostat dan permukaan prostat dapat dirasa.

Pemeriksaan ini adalah penting kerana jika kelenjar prostat dirasakan keras dan permukaannya
berbenjol-benjol, penyakit barah prostat harus diawasi.

Selain daripada pemeriksaan prostat, terdapat satu ujian yang dapat mengukur kelajuan air kencing sama ada lemah atau tidak. Ujian ini dinamakan uroflow.

Ujian darah yang dijalankan adalah untuk memastikan fungsi buah pinggang masih elok. Selain itu, ujian saringan untuk kanser prostat turut dijalankan.

Bagaimana penyakit ini dirawat?

Setelah penyakit disahkan, pesakit akan dimulakan dengan ubat-ubatan. Terdapat dua kategori ubat iaitu alpha-blocker dan 5-alpha-reductase. 

Fungsi alpha-blocker (seperti Hytrin, Cardura, Xatral) adalah untuk merehatkan otot-otot yang terdapat di pangkal prostat supaya aliran kencing lebih laju. 

Manakala fungsi 5-alpha-reductase (seperti Avodart dan Proscar) adalah untuk mengurangkan hormon testosteron seterusnya membantutkan pembengkakan kelenjar prostat. Pilihan pembedahan hanya dijalankan jika kegagalan dari segi ubat-ubatan dan beberapa faktor yang lain.

Apakah kesan jangka masa panjang masalah kelenjar prostat bengkak?

Komplikasi atau kesan jangka masa panjang jika penyakit bengkak prostat tidak dirawat termasuk

>>Pembentukan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
>>Pembengkakan buah pingggang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam dalam
punci kencing yang berpanjangan.
>>Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
>>Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabkan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.

Sumber: KKM

2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Diharapkan saudari dapat mengekalkan keaslian artikel diatas dan jangan ditambah tulisan pendapat saudari tanpa kebenaran penulis. Ini akan mengelirukan para pembaca. Tindakan saudari adalah tidak beretika dari segi perubatan dan penulisan. Terima kasih keran sudi berkongsi ilmu artikel ini, tetapi artikel yang ditokok tambah tanpa kebenaran penulis adalah tidak berhemah. Kepada para pembaca, artikel asli ini boleh dibaca di link ini
    http://www.mmgazette.com/apakah-punca-tidak-puas-kencing-dr-ruhi-fadzlyana/

    Dr. Ruhi Fadzlyana Jailani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf atas kesilapan yg tidak tersengaja, sy telah update dan delete apa yg telah di tokok tmbh..Terima kasih atas teguran, akan sy jadikan panduan slps ini.

      Delete

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂