Sunday 7 May 2023

Bermimpilah setinggi langit, berusahalah untuk merealitikan impian

Jangan takut untuk bermimpi


"Sebuah impian yang tercipta adalah peluang untuk kita menjadikannya realiti"

Impian adalah gambaran atau gambaran mental tentang keinginan, matlamat atau cita-cita seseorang untuk dicapai pada masa hadapan. Impian boleh menjadi matlamat kerjaya, kebahagiaan, kekayaan, cinta, atau apa sahaja yang diinginkan oleh seseorang.

Impian boleh memotivasikan dan memberi arahan kepada seseorang untuk mengambil tindakan dan usaha untuk mencapai matlamat mereka. Impian juga boleh menjadi sumber inspirasi, kebahagiaan, dan rasa pencapaian apabila ia dicapai.

Semua orang ada impian masing-masing dan tidak salah berangan-angan untuk mencapai sesuatu yang kita impikan. Impian adalah sesuatu yang perlu kita capai bukan sekadar mimpi di siang hari saja. Jadi, kita perlu bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu bukan hanya duduk diam menunggu impian jatuh ke riba. 


Oleh yang demikian, untuk mencapai sesuatu yang kita mahukan kita perlu berkorban masa, tenaga malah wang ringgit. Masa rehat kita isi dengan perkara yang bermanfaat demi menuju sebuah impian. Tenaga yang ada dalam diri kita jangan sia-siakan untuk kita berusaha sehabis daya melakukan sesuatu. Kita juga perlu berkorban dari segi harta dan wang ringgit demi mencapai sesuatu yang kita inginkan.

Saya sendiri ada impian yang sangat banyak. Selepas saya menyertai Shaklee 10 tahun yang lalu, saya tulis setiap satu impian saya dalam vision board. Sesekali ada masa mesti saya tenung vision board saya ni untuk kembalikan aura semangat yang terkadang nya kabur. Saya mesti berjaya mencapai impian saya suatu hari nanti. InshaALLAH! 

Impian vs Pengorbanan


Dalam menjalankan bisnes Shaklee saya, apabila ada masa yang terluang saya buat sharing di media sosial, buat posting di bisnes page, siapkan entri blog. Korban masa rehat, korban masa tidur. Kadang dalam tandas pun sempat lagi share status. Masa adalah yang paling berharga buat kita. Masa lebih bernilai daripada wang ringgit kerana duit kita masih boleh cari lagi tetapi masa yang terbuang tidak boleh terulang kembali.  

Berkorban dari segi tenaga pula apabila saya  terpaksa mengangkat stok Shaklee saya menaiki 4 tingkat tangga untuk dibawa ke rumah dan kadang perlu ulang alik ke rumah upline saya untuk mengambil stok seterusnya perlu buat penghantaran. Itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan dan banyak lagi yang kita perlu lakukan demi sebuah kesenangan. 

Tidak ketinggalan juga pengorbanan dari segi wang ringgit. Sepanjang bersama Shaklee, saya hadir pelbagai kelas yang berbayar untuk memantapkan ilmu dan pengetahuan. Pengorbanan ini sebenarnya sebuah pelaburan juga. Harta benda dunia semuanya bersifat sementara, malah kesihatan pun sesekali Allah tarik nikmat sihat tapi dengan wang yang walau sedikit itu pun kita korban beli suplemen Shaklee.  

Demi mendapatkan sesuatu yang lain kita perlu korban sesuatu yang lain dan sebenarnya impian itu datang dengan kekuatan semangat dan rasa yang membuak-buak untuk mencapai sesuatu yang besar dan berharga. Di sinilah nanti kamu tidak berkira untuk melakukan sesuatu pengorbanan. Pengorbanan bukan lagi sesuatu yang terkorban kerana ianya akan menjadi satu titik tolak untuk kita mendapatkan sesuatu yang bernilai secara berterusan. 

Tipulah kalau kita tidak pernah rasa putus asa kan? Tapi saya sentiasa mencuba yang terbaik dan bangun berdiri setiap kali rebah. Rasa rendah diri itu datang apabila kita membandingkan diri kita dengan orang lain. Tapi sebenarnya disebalik rezeki mereka yang lain kita juga ada rezeki di bahagian lain. Jadi jangan pernah rasa kita serba serbi kurang sebab kita punya kekuatan sendiri dan rezeki itu rahsia Allah SWT. Have faith. 


"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂