Wednesday 21 June 2023

Petua Menghilangkan Jeragat

Ramai rasanya yang pernah mengalami jeragat pada muka. Jeragat ini kebiasaannya akan muncul pada mereka yang sering terdedah pada cahaya matahari. 

Apa itu JERAGAT?

Jeragat dan jerawat adalah sesuatu yang berbeza. Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang muncul pada permukaan kulit manusia. Jeragat ini akan lebih ketara pada mereka yang mempunyai kulit yang cerah. 

Jeragat berpunca daripada lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Kemunculan jeragat pada wajah seseorang akan membuatkannya kurang yakin untuk tampil di khalayak ramai.

Oleh sebab itu, kita boleh cuba beberapa petua hilangkan jeragat pada muka ini. 

petua hilangkan pigmentasi


#1 Membersihkan Wajah


Mencuci muka adalah perkara paling asas yang perlu dilakukan oleh kita semua. Pastikan anda menggunakan pembersih muka yang tidak mempunyai paraben dan steroid. 

Menjaga kecantikan kulit tidak semestinya boleh membantu dalam kesihatan kulit ya. Jadi, perlu juga dalaman sihat supaya kulit luar pun kelihatan sihat dan cantik.   

Kulit adalah organ terbesar tubuh badan, fungsinya sangat penting iaitu untuk melindungi kita daripada cuaca ekstrem, jangkitan dan bahan toksik. Jadi, penting untuk kita menjaga kesihatan dan bukannya fokus pada kecantikan kulit semata-mata.

Disebabkan faktor-faktor seperti iritasi bahan kimia daripada produk kulit, persekitaran, perubahan hormon atau kondisi kesihatan, kulit kita mungkin boleh mengalami masalah seperti jerawat, dehidrasi, kulit kering, kasar, ketat serta lemah sistem perlindungan.

Saya belum ada pengalaman mengatasi masalah jeragat ni sebenarnya dan harap ianya kekal lah begitu. Atau mungkin juga sebab saya menggunakan produk Youth Skincare Shaklee yang tidak memberi saya masalah kulit ini. Wah amazing cewah.

#2 Diet Pemakanan Sihat 


Ini bukan sahaja mempengaruhi kecantikan kulit tetapi juga memberi kesan juga kepada tubuh badan kita seluruhnya. Oleh kerana itu kita perlu menjaga cara pemakanan supaya kulit juga sihat dalam dan luaran. 

Buah-buahan dan sayuran adalah sumber penting yang membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Buah-buahan yang kaya dengan polifenol yang mempunyai antioksidan tinggi untuk melindungi badan dan kulit kita. 

Contoh buah-buahan yang kaya dengan polifenol ialah buah delima, kiwi, berries (strawberi, raspberi, beri biru)

#3 Aktiviti Anti-Sunshine


Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan muka kita tumbuhnya jeragat. Kurangkan aktiviti di bawah sinar matahari. 

Sinar matahari ini akan membentuk melanin pada kulit. Melanin inilah yang bertanggungjawab menimbulkan jeragat pada kulit. 

Dan akan lebih teruk jika kita bekerja di bawah sinaran UV setiap hari. Antara cara-cara untuk mengelakkan diri dari terkena cahaya matahari yang berlebihan: 

1. Pakai topi besar dan cermin mata hitam
2. Menggunakan sunscreen untuk disapu pada kulit 
3. Pilih produk yang selamat dan berkesan 

Produk Shaklee yang Menghilangkan Jeragat 

Jeragat akan mula pudar sekiranya kita pantas dan cepat dalam merawatnya. Jeragat yang juga dikenali sebagai 'pigmentasi' ini muncul tanpa kita sedar. 

Vivix ialah salah satu produk Shaklee yang mempunyai campuran polifenol yang membantu dalam melindungi sel kita daripada tekanan oksidatif yang boleh menyumbang kepada kerosakan dan penuaan pada kulit.

Bukan itu sahaja, Shakle juga mempunyai Collagen Powder di mana ianya membantu menyokong keanjalan kulit. 

Kolagen adalah struktur protein yang menyumbang kepada kesihatan dan penampilan kulit. 

Dalam pada itu, Youth Skincare juga merupakan satu rangkaian produk yang mempunyai pembersih, toner, pelembap dan rawatan yang boleh membantu meningkatkan penampilan dan kesihatan kulit.

Jadi apa tunggu lagi, sebelum hyperpigmentation berlaku pada kulit kita, sebaiknya kita cegah dengan cara yang sihat dan selamat. Berminat dengan produk Shaklee yang menghilangkan jeragat? 

Tepuk dada tanya selera anda untuk memilih yang mana. Boleh tekan link pada nama saya di bawah untuk hubungi saya terus melalui whatsapp. 

"Prevention is Better Than Cure" 
 Jom sihat dan cantik bersama saya  
Your Shaklee friend❤️
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 
FB Kek Batik: Cake Batique Ummi
IG Kek Batik: cakebatique.ummi

“Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂