Wednesday, 10 September 2014

Set Penjagaan Rambut Gugur I

Rambut gugur dengan banyak? Hari-hari dok sapu lantai sebab penuh dengan rambut gugur. Bila sikat rambut, segenggam yang keluar. Scary kan? Lama2 kepala akan jadi BOTAK! Wah tu lagi scary. Jadi jangan biarkan ianya berlarutan. Anda mesti buat sesuatu!

Kenapa rambut gugur?

Punca rambut gugur dikatakan boleh terjadi disebabkan perkara2 berikut:

1. Jangka hayat: jangka hayat rambut secara purata ialah 4.5 tahun; rambut kemudian gugur dan diganti dalam tempoh 6 bulan oleh rambut baru.

2. Kebiasaan: mencuci, mengering, dan memberus rambut semua boleh menyebabkan beberapa helai gugur; kebanyakan kita lakukan nya dengan kerap.

3. Penuaan: Selepas umur 30 tahun (dan selalunya sebelum), lelaki dan wanita mulakehilangan rambut, walaupun lelaki cenderung untuk mengalaminya pada kadar yang lebih cepat.

4. Corak kebotakan dikaitkan dengan testosteron. Ini menerangkan mengapa lebih ramai lelaki pengalaman corak kebotakan.

5. Tekanan emosi yang berlebihan

6. Menghidapi penyakit tertentu

7. Perubahan hormon

8. Kehamilan,bersalin, dan penggunaan pil kawalan kelahiran

9. Kesan kemoterapi

Jangan risau..kini masalah rambut gugur boleh diatasi dengan supplement. Betul ke? Yes!! Cuba lihat punca rambut gugur. Dari punca kita cari penyelesaian. Apa vitamin untuk mengatasi masalah rambut gugur? kenapa vitamin? Kerana penggunaan Vitamin dan mineral yang betul memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut. Rambut juga merupakan tisu badan dan oleh itu, ia memerlukan nutrien tertentu untuk mengekalkan kesihatan dan keupayaan untuk berfungsi dengan baik itu.

3 vitamin utama adalah:

ESP : ESP adalah serbuk protein. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

Bcomplex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur.

Zink: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Dan shampoo untuk mengatasi masalah rambut adalah Revitilizing Shampoo. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS. PEngalaman sendiri, bila lepas guna shampoo ni rambut terasa sangat lembut dan kepala pun jadi ringan. Semasa shampoo memang selai dua je rmabut yang gugur berbanding bila guna shampoo yang lain.

Memang best!! dan terbaik!!

Dapatkan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

Friday, 20 June 2014

Wednesday, 18 June 2014

Happy Birthday 1 year old Boy!

Setahun berlalu, mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan menjagamu adalah kenangan terindah buatku sebagai seorang ibu. Kau bagai kain putih tiada corak, tiada warna. Sesungguhnya aku sangat-sangat terharu kerana diberikan kurnia ini, lahir seorang putera dari rahim ku. Syukur alhamdulillah... Aku sungguh bersyukur. Banyak yang kita sudah tempuhi selama setahun bersama anakku. Ummi sayangkan Nazran sangat-sangat sehingga sanggup menggadai nyawa buatmu, sayang. 

Doa ummi buat Nazran semoga besar nanti, jadi anak yang pintar dan penyabar. Ummi akan cuba yang terbaik untuk mendidik Nazran supaya menjadi anak yang soleh. 



Thursday, 1 May 2014

Rekreasi Taman Burung Labuan

Seronok bila berhujung minggu bersama keluarga. Hari minggu adalah hari untuk bersama keluarga. Hari ini kami bawa Nazran mengenal burung. Dia kelihatannya 'ingin tahu' tentang burung-burung di sana. Saya sudah pernah ke sini berapa tahun yang lepas. Kali ini bawa dua hero saya pula. Sayangnya burung merak tidak kelihatan. Waktu saya pergi dulu, ada dalam 3 ekor juga merak, dan ngam2 burung merak melebarkan sayapnya yang berwarna warni. Sangat cantik. 










Saturday, 1 February 2014

Alza 1 Persaudaraan: Kundasang Trip

Cerita Jalan-Jalan 


Kami pergi banyak tempat dan shopping bersama crew Alza Labuan. Kami sampai saja di sana kami bermalam di KK satu malam dan esok paginya selepas sarapan kami teruskan perjalanan ke Kundasang dan singgah di Rumah Terbalik di Tuaran. 

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila kami nampak puncak Gunung Kinabalu dan berhenti sebentar di sana sebelum meneruskan perjalanan untuk ke Desa Dairy Farm. Hehe borong susu segar di sini ni.. Kena habiskan sebelum balik tapi ada juga di bawa balik untuk adik2 di Labuan. 
 

Kami stay di Seribu Satu Homestay dan bermalam di sana. Memang pemandangan yang sangat cantik dari atas rumah tu. Saya sangat terpegun melihat keindahan itu. Cuaca pun sangat dingin dan di rumah kami stay tu tiada 1 pun kipas angin atau penghawa dingin sebab memang kita tidak perlukannya pun.