Wednesday, 5 November 2014

Shaklee Effect: Cantik dengan Cara Selamat

Selamat malam semua...

Isnin yang lepas, saya mengikuti berita tv3 dan selepas slot luar negara, saya tertarik dengan tajuk berita "Fenomena Pembedahan Plastik". Menurut daripada berita tersebut, di Korea Selatan, terlalu ramai yang sanggup berbelanja besar untuk buat pembedahan plastik untuk kelihatan cantik. Dua orang warga Korea telah di temubual yang mengatakan pembedahan plastik yang dilakukannya tidak berjaya. Selepas beberapa kali menjalani proses pembedahan plastik, akhirnya mukanya rosak dan langsung tidak menyerupai seorang artis Korea. Pembedahan plastik gagal menjadikannya cantik seperti yang diinginkan.

Wah, dahsyat betul kan di sana. Orang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik. Menurut berita juga, pada tahun 2013 Korea mencatat negara yang tertinggi yang paling banyak melakukan pembedahan plastik dan daripada berita yang saya dengar d tv tu, akibat permintaan pembedahan plastik yang terlalu tinggi, ramai doktor yang tidak bertauliah telah tampil untuk melakukan pembedahan tersebut walau mereka tidak mahir dan ramai yang telah tertipu oleh janji manis doktor tidak bertauliah tersebut. Teruk betul!

Dari sumber yang boleh saya percaya juga, ada satu street di Korea Selatan, kita boleh ramai orang keluar dengan bertampal dan berbalut akibat menjalani pembedahan plastik. Proses penyembuhan akan memakan masa dalam seminggu dua jika tiada masalah. Menurutnya lagi, ada sebuah hospital yang sangat popular melakukan pembedahan plastik, mereka meletakkan display bahagian2 muka yang telah dipotong semasa pembedahan plastik, kebanyakannya bahagian bawah dagu dan mata. Majoriti rakyat Korea inginkan shape muka yang bujur dan mahu mempunyai kelopak mata supaya kelihatan lebih cantik.

Dari kisah ini, ambillah iktibar supaya jangan mengambil jalan mudah untuk cantik. Bagi saya, kecantikan itu luas skop nya. Tapi saya rasa biar nampak muda selalu secara semulajadi, dengan suplemen yang ada pada Shaklee, saya tahu anda mampu memilih yang terbaik dan berkesan. Tanpa perlu risau kerana Shaklee adalah sangat selamat dan sangat alami.


shaklee labuan
Saya mahu cerita pasal Vivix, anti-penuaan yang sangat menakjubkan. Ia mampu memperbaharui sel kita dan bertindak secara terus pada DNA kita. Jadi, kedutan dan parut luka akan semakin tidak kelihatan dan mampu menghilangkan apa saja parut dan kesan luka di bahagian badan kita. Vivix ini memang sangat ajaib sesuai dengan harganya. We pay more because we ask for more!

Kalau mahukan kulit lebih anjal dan lebih cepat kesannya, ambil lagi Collagen Powder Shaklee.. Memang berkesan dan anda akan nampak keberkesanannya. Tapi bagi saya, Vivix adalah yang paling terbaik bagi saya kalau mereka yang tidak mampu dan ingin cantik boleh cuba Vivix sebagai permulaan. Jika ingin nampakkan kesan yang lebih cepat dan lebih power boleh tambah Collagen Powder dan Sustained Release Vita C Plus.


"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty 
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Photo Canvas

Akhirnya sampai juga ke tangan saya setelah lama saya menunggu. Photo kanvas yang saya order daripada rakan sepejuangan saya semasa di Ipb dulu. Bukan apa, memang murahlah juga dia tawarkan pada saya untuk dua gambar yang sangat besar. Sangat puas hati. Lepas ni fikir macam mana mahu frame dia pulak.. Hehe.. Tunggu update yaa...

Tuesday, 4 November 2014

Omega Guard - Omega 3, EPA dan DHA

Pertama sekali kita kena faham omega tu apa? Ia adalah gabungan rantaian asid politak-tepu, merupakan asid lemak penting yang mana badan kita tak boleh hasilkan dengan sendirinya, sbb apa, badan kita tak ada enzim yang sepatutnya untuk sintesis asid lemak tu.

Bukan semua lemak tidak sihat ya! Ada juga lemak yang penting untuk kita ambil dan perlu mencukupi dalam badan kita.

So? Kalau badan kita tidak boleh hasilkan asid lemak penting ni, apa masalahnya? Perlu sangat kah asid lemak yang di panggil omega 3 ni?

Ya, sangat penting. Sebab apa, ia penting untuk melindungi organ-organ lembut dari terkena renjatan atau kejutan. Dan dikatakan ada 'brain-boosting' power terutama pada kanak-kanak. Bukan tu saja, ia jugak in sha Allah boleh mencegah kanser (breast cancer ke, colon cancer etc).

Omega 3 jugak boleh mengurangkan sakit sendi. Sebab dia kurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Jugak mengurangkan risiko serangan jantung, hebat betul ciptaan Allah ni!

Omega 3 ni bantu badan kita tingkatkan kadar serapan vitamin A,D,E dan K. Jadi kalau tinggi kadar serapan, vitamin ADEK akan mudah diserap ke dalam badan.. baru la best badan dapat manfaat vitamin2 tu kan? Sudah begitu ia mampu meningkatkan kadar metabolisme badan pulak tu, memang patut la boleh kuruskan badan!

Omega guard shaklee mengandungi

1. Omega-3 EFA (330mg)

2. EPA (180mg)

3. DHA (120mg)

Omega 3 ni paaaling banyak ditemui dalam jisim ikan-ikan dekat lautan yang betul-betul dalam, dan lautan yang sejuk. Kenapa?

Takat beku ikan adalah rendah. Means cepat membeku pada suhu sejuk. Macamana ikan nak hidup dan berenang dalam laut sejuk, mati la mereka kebekuan kan? Maka Allah anugerahkan omega 3 ni yang mana, ia sangat membantu memanaskan ikan di lautan yang paling sejuk. Memang Allah Maha Bijaksana. Lapisan lemak ni lah yang memanaskan ikan-ikan membolehkan mereka mampu hidup walaupun dalam laut sejuk kan, Subhanallah..

Okay. Ikan-ikan yang biasanya hidup di lautan sejuk adalah macam ikan sardin, tuna, mackerel, salmon. Termasuk lah ikan kod.

Minyak ikan shaklee bebas toksid, Sebab apa?

1) Sebab shaklee tidak amik ikan yang tinggi merkuri.

2) Omega Guard Shaklee di hasilkan melalui kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal. Bermaksud proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen.

So boleh lah singkirkan bahan bahaya dalam ikan macam merkuri and plumbum. Company lain tak guna kan proses ni sebab mahal...

3) Omega Guard Shaklee tidak di ekstrak dari minyak hati ikan sebab kandungan toksik dalam hati adalah sangat tinggi! Sebab itu kita mesti elakkan pengambilan minyak ikan daripada hati (liver). Kamu perasan kah tidak Scott Emulsion tu ada tulis lebih kurang berbunyi begini "Cod fish liver oil".

Jadi sekarang pilihan di tangan anda..

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee Labuan: Sharing Dalam Bas

Salam Isyak semua...
Hari ini masih lagi boleh berjalan jauh daripada pejabat saya tumpang kereta kawan untuk ke Ujana Kewangan. Saya pergi UK sebab buat penghantaran customer baru saya yang berminat dengan Herbal Blend Cream dan seorang lagi return customer saya yang selalu order Set Slimming - HerbLax dan Lecithin.

Lepas berjaya buat penghantaran tu, jam pun sudah menunjukkan 5.30ptg, terus saya laju berjalan ke stesen bas. Walau kaki rasa sakit sedikit kerana terseliuh sebab terlalu laju berjalan, saya sempat juga sampai stesen bas. Melintas bukan main payah time tu, jalan sesak dengan kenderaan. Dari jauh, saya cuma nampak bas kecil sahaja, yg bukan ke destinasi rumah saya, dengan cemas mungkin bas sudah tiada dan tamat perkhidmatan hari ini, saya berjalan ke depan sedikit, saya nampak Bas Mini No.2 yang memang kecil hanya muat 11 penumpang sahaja. Nampak macam sudah penuh, bila sudah dekat ada pula ruang untuk saya duduk. Alhamdulillah, 20 minit tangkas berjalan, dapat juga tempat di dalam bas terakhir untuk hari ini.

Di dalam bas pula, ada seorang pakcik ni duduk sebelah saya saja nampak peramah, saya sapa sekadar nya. Tidak sangka ramah dan sampai saya share dia pasal Shaklee. Terus dia bertanya tentang Set Darah Tinggi. Sembang punya sembang, pakcik tu nampak berminat dan saya bagi dia pamplet dan namecard untuk dia tengok. Saya pun bagi tahu best price saya, dia kata "waa, ok juga harga macam tu untuk makan sebulan kan.." haaa, itulah namanya sihat sambil jimat pakcik. Dia cakap dia akan call saya esok harinya kalau dia turun bandar. Pakcik tu pun bermurah hati, bayarkan saya tambang bas tu walaupun saya menolak.

Tidak sangka pula hari ini naik bas ada hikmah tersembunyi dengan perjalanan jauh berjalan kaki. Saya gagahkan juga. Syukur alhamdulillah. Berkat dugaan hari sebelumnya in shaa Allah, Allah itu Maha Adil. Semoga pakcik itu dimurahkan rezeki sepanjang umurnya dan peroleh kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya selepas memilih Shaklee. In shaa Allah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk i
ni tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Shaklee: Penapis Air Mudah Alih

Selamat pagi semua, pernah sekali saya tengok iklan penapis air, wah mahal mencecah RM1,000++.. Wah, ya mungkin berkualiti dan tahan lama juga. Tapi kalau kita ada pilihan lain yang lebih murah dengan kualiti yang sama, adakah kita masih memilih untuk membeli yang lebih mahal??

Saya ingin memperkenalkan Get Clean Water Pitcher Shaklee ini adalah sebuah jag yang juga boleh menapis air. Saiznya yang kecil yang membolehkan kita membawa ke mana2 sahaja kita suka. Kalau pergi ke luar rumah/ outdoor activities/ berkelah boleh bawa bersama. Sangat mobiliti.

Lagipun Jug Penapis Air Shaklee ini tidak memerlukan wayar kah hos kah ataupun apa2 connector daripada pili air. Tidak perlu sama sekali. Sangat tiptop!! Hanya masukkan air ke dalam jug, dalam jug tersebut ada penapis tersendiri. Jadi, tidak perlu kita ragu-ragu untuk minum air langsung daripada pili air.

Penapis yang terdapat di dalam jug tersebut mempunyai sistem yang tersendiri di mana akan ada warning atau pemberitahuan jika penapis air tersebut tiba masa untuk diganti. Ianya sangat selamat, dan air yang minum sangat fresh, segar dan bersih. In sha Allah anda tidak menyesal punya!!

Harga pasaran utk set pitcher ini ialah RM460. Harga ini khas untuk Set Get Clean Water Starter Pack with Refill 3 Pack.
                      get clean water
Sekiranya anda berminat hanya Pitcher and Housing Kit masing masing berharga RM225 dan RM103. Jika anda berminat untuk membeli secara asing lah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Monday, 3 November 2014

Shaklee Indonesia

Sponsoring Shaklee Indonesia

Pagi ini rasa bertuah sekali lagi, salah seorang rakan facebook saya dari Indonesia memberikan feedback yang sangat memberangsangkan. In shaa Allah, mudah2an dia terbuka hati untuk join Shaklee sebagai downline saya.

Selepas berchat di fb messenger, saya buat research sedikit sebanyak tentang produk Shaklee yang ada di Indonesia, latar belakang Shaklee, bagaimana caranya untuk mendaftar, syarat-syarat mendaftar dan juga info tentang harga produk.

Program Gold Ambassador membolehkan kita menjadi sponsor di luar negara. Itu juga salah satu kelebihan Shaklee yang saya sangat teruja untuk menjadi seorang sponsor pada rakan saya di Indonesia.

Saya juga ada keluarga di sana. Mungkin ini peluang saya untuk memastikan keluarga saya sihat selalu di sana. Saya ingin kongsikan pada mereka yang Shaklee ini sangat terbukti dan sangat berkesan. Semoga niat saya ini akan terlaksana suatu hari nanti. 

Pakcik saya seorang guru pada salah sebuah sekolah di Enrekang, Sulawesi. Beliau juga pernah ditahan di wad hospital kerana kurang sihat. Saya pasti laksanakan ini buat mereka. Ini janji saya. 

Semoga Allah izinkan dan murahkan rezeki buat menyokong kesihatan buat keluarga di luar Malaysia. Semoga saja hajat ini terkabul satu hari nanti ya Allah.

Sunday, 2 November 2014

Shaklee Effect: Peminat FANATIK Herbal Cream

Sudahlah hari ahad, petang pula tu, buat jugaklah Shopping Online untuk order barang on behalf anak Shaklee saya, aka rakan seperjuangan Shaklee saya. 

Disebabkan sabtu ahad ni banyak permintaan Herbal Blend MultiPurpose Cream ni, saya pun borong lah apa lagi. Bukan apa, alang2 sudah ada stok tu kan. Kalau tiada stok seluruh Malaysia nanti berputih mata pula. Aduhaii... Palinglah saya takut Herbal Cream ni habis. Saya kelam kabut beli pun sebab barang ni, pernah sekali di pasaran cuma sehari saja, then petang Shaklee update yg produk ni "Out of Stock". 

Terima kasih buat encik husband tolong bank in duit modal saya. Lepas dia bank in terus dia
whatsapp, apa lagi saya dirumah terus online shopping. Dari petang semalam hinggalah ke pagi tadi, saya asyik tengok jak Herbal Belnd Mulitpurpose Cream ni adakah tidak dalam stok. Saya balik2 log in mahu tengok, mahu pastikan yang barang ni masih ada.

Sangat banyak dugaan, dari petang Jumaat lagi saya mahu bank in duit tapi baris panjang, sudah tu satu ja deposit machine yg bfungsi, dua lagi tu "Out of Service". Sudah plan malam tu mahu shopping tapi tidak kesampaian. Ohh tidak apalah, "Out of Service" boleh terima lagi, janganlah "Out of Stock Herbal Blend Multipurpose Cream ni. Sangaatttlah takut kalau habis di pasaran.

Fuh sampai begitu sekali kan, hehe.. Saya dan anak sangat sukakan losyen ni. Dia pun suka kalau saya sapukan pada kaki dia, kalau ada bekas gigitan nyamuk kah, semut kah, saya mesti sapu untuk dia untuk kurangkan rasa gatal, nanti tidak lah dia tergaru garu, kadang kesan garu pun jadi luka bah.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 013-6507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”