Friday, 2 January 2015

Salurkan Sumbangan Pengumpulan Dana

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Ya Allah Ya Rabbul Jalil... Sesungguhnya ini adalah kekuasaanMU.. Saat ini dan detik ini aku sungguh bersyukur padaMU YaRabbi.. Menitis air mataku apabila semangat ku telah tercabar apabila mendapat respon yang sangat menyinggungkan perasaan petang tadi... Sungguh rasa terkilan dengan remaja sekarang ni... Ya Allah, sungguh aku sedih bila diperlakukan begitu. Jujur saya cakap, sangatlah melemahkan semangat saya...

Tapi Allah SWT tu memang Maha Adil... Baru sahaja tadi bekas rakan sekampus message saya melalui FB.. Dia sedekahkan jumlah yang memang saya tidak sangka betul2.. Jumlah yang besar yang saya terima. Sungguh terkilan... 

In sha Allah akan saya infaqkan buat mereka yang lebih memerlukan. Bukan semata untuk melariskan produk, tapi sangat ingin membantu mereka yg dalam kesusahan. Kita doakan saudara kita yang berada dalam kesusahan sekarang ini tabah dan kuat. Semoga juga mereka tidak lupa akan kekuasaan Allah.

Sedekah ini akan saya gunakan untuk membeli vitamin yg baru juga dikeluarkan semula. Khas untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah. 

#VitLeaforChildrenChewable
#Buy3Free1

Thursday, 1 January 2015

Extravaganza Promo in the Opening 2015





VIVIX 
Beli 2 Diskaun 5%
Beli 6 Percuma 1

Alfalfa (S) 
Beli 2 Diskaun 5%
Beli 6 Percuma 1

Alfalfa (L)
Beli 2 Diskaun 5%
Beli 6 Percuma 1

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Selamat Tahun Baru 2015

Kedengaran hingar bingar di luar jiran tetangga bukan muslim sedang meraikan tahun baru. Alhamdulillah bersyukur kami semua sudah kembali ke rumah dan tidak tergolong dengan orang2 membazir masa di luar sana..

Selesai solat magrib di rumah kami bersiap untuk menunaikan solat isyak berjemaah di Dataran Labuan. Ramai sangat sehingga tiada ruang sudah untuk duduk. Kami duduk di tepi2 tikar saja kemudian muncul muslimah yang memudahkan kami untuk menunaikan fardhu kerana dia membawa tikar. Terima kasih kerana menumpangkan tikar buat sementara dan sudi berkongsi ruang. Semoga dimurahkan rezeki Allah swt.

Selesai solat, berjumpa Majuin pula. Juga menghantar barang pesanan buat seorang rakan yang membeli. Kelam kabut punya pasal, sampai harga yg dibayar kurang RM2. Hehe. In sha Allah dihalalkan... Terima kasih sudi membeli.

Selesai begitu Nazran pula mengamuk, mahu susu sabar sajalah. Sudahlah kena marah sebab lupa bawa susu untuk Nazran tu. Amarah bukanlah penyelesaiannya. Bukan juga masa untuk menyalahi sesama kita. Cepat2 pergi KFC orderkan dia Milo suam. Selesai sesi Nazran suap menyuap ummi dan ayah, cuci tangan. Kami balik.

Semoga datangnya tahun baru ini bukanlah sebagai detik untuk kita membazir masa dan wang. Tapi masa untuk kita muhasabah kan diri kita sendiri. 2014 yang ditinggalkan pasti menyimpan seribu kenangan pahit & manis. Allah Maha Mengetahui.

Semoga Allah swt melindungi saudara kami yang berada di mana saja yang sedang berada dalam kesusahan. Lindungilah mereka ya Allah.

Wednesday, 31 December 2014

Shaklee Labuan: Basic H Shaklee Terbaikkkk


Produk pmbersih rumah yg bukan sembarangan... bukan hanya mampu mbersih seluruh rumah, ruangan bilik tapi juga sangat sangat powerful utk menanggalkan ktoran degil. 

Actually sy pun tidak tahu mama sy buat ni, tapi tangkap gambar sebelum dia rendam Basic H2 Shaklee tu, banyak cawan kecil2 begini di rumah yg memang kotor, sy pernah cakap dgn mama utk buang saja.. 

Tapi tanpa pengetahuan sy, mama sy rendam cawan ni dgn air campuran Basic H dibiarkan semalaman.. Esoknyaa tadaaaa... Sy pun tidak tau hinggalah mama letak di susunan cawan, sekalinya tengok punyalaaa bersih... Gila betul.. Sy pun terkejut sangat2... 

Yg ni bekas strawberi drink yg pewarna dia memang kuat sampai cuci2 dgn pencuci pinggan pun tidak hilang..

Sebenarnya banyak sudah yg bersih, saya tau pun bila cawan pinggan sudah bersih, mama tidak pernah bagitahu.. Sehinggalah sy bagitahu dia utk tangkap gmbr dlu utk tgok effect sblum dan slepas... So ini diaa... 

Saya bantu orang sihat
Asda 0136507465

Sunday, 28 December 2014

Cadangan Sajian: Kurangnya khasiat sel darah merah

11mg darah ialah bersamaan

Susu dan produk tenusu

1 keping keju atau

1 gelas susu rendah lemak

atau 2/3 cawan susu sejat atau

4 sudu makan susu tepung

Ikan, ayam, daging dan kekacang

1 ketul kepak ayam atau

1 ekor ikan kembung atau

2 ketul daging tanpa lemak (7.5 cm x 9.0cm 0.5) atau

2 ketul hati ayam atau

1 cawan isi kerang atau

2 ekor sotong atau

2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala atau

2 keping tempe/tauhu atau

2 biji telur atau

1 cawang kacang kuda/dal atau

1 cawan kekacang kering/panggang

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Buah

1/2 biji jambu batu/pir atau

1 potong betik/nanas/tembikai atau

1 biji epal/lai/mangga/ciku atau

4 biji prun atau

1 sudu makan kismis

Sayur

1/2 cawan sayuran berdaun hijau dengan batang dimasak atau

1/2 cawan sayur-sayuran berbuah (dimasak) atau

1 cawan ulam

Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin

2 senduk/1 cawan nasi atau

2 keping roti atau

2 keping roti bijirin penuh atau

1/12 cawan bihun direndam atau

2 cawan bubur nasi atau

1 cawan keledek/keladi/ubi kayu atau 6 keping biskut krim kraker atau

2 biji ubi kentang atau

2 keping putu mayang

Saturday, 27 December 2014

Cantik Menarik Tertarik: Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee

gentle deep foaming cleanser

Shaklee Nutriwhite: Membersih dan Mencerah


Baru sahaja sekejap post di Facebook, picture ni dan ramai yang tertarik... Hehe.. Benda baik kenalah kongsi bah kan. Takkan lah mahu enjoy sorang2... 

Tapi seriuslah kan, saya ni suka tengok cermin picit jerawat kecil2.. Tapi kan bila selfie dan tengok gambar sendiri memang tidak nampak ketara sangat. Muka saya yang hitam2 dan banyak bekas luka jerawat. 

Sejak saya guna pencuci muka ni, bukan cakap apalah kan tapi memang serius best. Muka saya tidak rasa rimas dengan berminyak tu. Rasa puas hati bila sudah cuci muka tu rasa sangat bersih lah. Yalah, diperbuat pun daripada bahan2 semulajadi lagilah selamat. Kalau dibandingkan dengan pencuci muka saya dulu, saya guna safi balqis tu, mula2 tu memang lah tidak nampak perbezaan sangat walau harga dua produk ni sangat jauh berbeza. Tapi sejak 2 bulan yang lepas, saya guna saya nampak perubahan makin cerah pada kulit muka. Sayangnya saya ni jarang selfie, so saya tiada gambar yg boleh bagi tunjuk sebelum dan selepas.. Tidak apa.. Kita tunggu entri baru ya, mana tahu ada 'Shaklee Effect'.

Cubalah sekarang, mesti tidak menyesal punya...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 26 December 2014

Masalah Anemia

Penyakit Anemia


Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”