Saturday, 31 January 2015

PIBTC Family




"Prevention is better than cure" Family

Since I first join, I also did not know how my family can grow up and can have more than this in the future.

Walau kebanyakan mereka cuma mahu jadi pengguna Shaklee saja, tapi mereka mahu juga masuk ahli untuk dapatkan harga jimat yang extra jimat kalau ada promosi bulanan.

Bersyukur atas segala usaha, saya mendapat tempat untuk dikurniakan rezeki pada bulan ini. Rezeki paling besar selama saya berada dalam Shaklee.. Saya pasti sekarang, tiada yg mustahil dalam Shaklee. Semoga saya beroleh kejayaan dan saya mampu untuk membantu anak2 Shaklee saya berjaya juga satu hari nanti. Saya ingin melihat mereka gembira seperti saya, saya juga mahukan mereka berjaya merasakan pendapatan besar daripada Shaklee ini. Saya sangat2 ingin mbantu mereka. Pilihan di tangan mereka jika tidak ingin dibantu. Itu adalah selera masing2. Saya cuma akan membantu mereka yg berusaha betul2 dan serius ingin bisnes dalam Shaklee ini.

Saya rasa sangat bersyukur sehinggakan saya sendiri tidak tahu mahu cakap apa2. Kita hanya manusia biasa yg dipinjamkan kgembiraan dan rezeki drpd Allah swt. Sekelip mata Maha Agung mampu menariknya semula. Kita jangan pernah lupa dan leka semua ini datang dari Maha Pencipta.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Januari 2015 Kejayaan Hebat Tercatat

Syukur ke hadrat Illahi, ssungguhnya menempah kjayaan dlm usaha kita tidak senang dan tidak semudah kita berjalan dan melintas jalan...tapi percayalah bila dituai dgn usaha tegar, ya halim ya jabbar, sangat sangat mengejutkan...pasti anda juga akan sujud syukur spt sy pd hari closing kelmarin. 

Saya ni manusia biasa dan tidak juga boleh lari dgn perasaan negatif & hampir2 mengalah..tapi dalam setiap kekalahan kita cuba sedaya upaya utk cekalkan hati bangun..air mata kjayaan mnitis mlm ini..

Ya, hidup ni seperti roda tapi walau apapun kita akn berada di bawah tapi tiba masanya mesti juga kita berada di atas. dgn syarat, jgn lupa pd yg kuasa apabila sudah berada di atas.."bumi dipijak, langit kita junjung"..

Bukan senang utk berada di peringkat spt ini...bukan mudah utk paksa positif kan diri...bukan lancar spnjg jln cerita Shaklee sy ni...bukan kgembiraan sntiasa mghiasi kisah sy ni malah byk tangisan putus asa byk kata2 negatif..

Sesungguhnya Allah mgurniakan sy seorang yg sgt sabar, sgt byk mbantu, sgt kerjasama, dialah yg sering mbawa sy ke mana saja menghantar, walau lambat pun sakit pun dia masih mahu memenuhi permintaan penghantaran customer Shaklee saya.. Dia adalah insan anugerah paling hebat bagiku...Dialah cinta hati saya...insan yang sudi susah senang bersama saya selama ini..

Sunday, 25 January 2015

Urinary Tract Infection: Pengalaman Sendiri

Hai semua....

Cerita hari ini penuh dengan saspen dan cemas. Sakit di sebelah kiri bawah perut yg berlarutan sejak pagi Jumaat lagi buat saya takut. Mahu bawa pergi check, takut juga.. Tapi gagahkan jugalah. Manalah tahu sesuatu yang mengejutkan!!! Nauzubillahi min zalik...

Bangun pagi dengan sakit yang tidak tertahan. Selesai membersihkan diri, saya kejutkan sang suami dengan keadaan mamai lagi dia pergi mandi. Tanpa menjawab saya. Selesai mandi, barulah dia bertanya saya betul2. Sabar sajalah..Hehe..

Pergilah Kecemasan selepas tu, tunggu giliran, tidak lama nama sudah dipanggil. Doktor pun tekan2 bahagian sakit. Lama2 dia buat urine test utk saya. Lepas dia keluar, dia cakaplah saluran air kencing saya terkena jangkitan kuman. Haaa??!! Terkena jangkitan kuman boleh sakit sampai begini sekali kah? Allahuakbar..Bergerak pun payah..Apa yg doktor tanya, mahu jarum atau bagi ubat saja? Haa..tidak mahu jarum...Huhu..Bagi ubat sajalah doktor.

Urine Tract Infection (UTI) itulah yang doktor tulis pada preskipsi ubat saya tadi. Tunggu ubat bukan main lama mak aiii...Akhirnya saya keluar setelah lebih sejam berada di sana. Sabar sajalah.. Dengan sakit2 tu, saya tetap teruskan niat saya untuk pergi ofis. Sambung serba sedikit tugas yang tertangguh.

Moral of the story, jangan kerana kesibukan tugas kita lupa dan leka untuk menjaga kesihatan. Atas nasihat doktor, saya perlu minum lebih banyak air lagi lebih daripada biasa. Akhirnya saya sembuh juga, walau masih berbaki rasa sakit tu sekarang ni tapi memadailah 2 hari 2 malam saya menahan kesakitan. Apa yang saya amalkan ialah peppermint ginger telan 3 biji sekaligus dlm sehari dan cuma semalam saya minum air bancuhan 3 sudu makan Vivix.

Word of the day


To ensure good healthy: eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.

Friday, 23 January 2015

Set Kesuburan Mengikut Bajet Anda


Set Kesuburan Shaklee 


Hati melonjak-lonjak kerana bulan ini meletop-letop Set Kesuburan Shaklee saya ni. Waahhh, sangat meriah Januari ini, semua orang berlumba-lumba mahukan cahaya mata.. Sebenarnya saya ni sudah lama sharing2 saja tapi susah betul melekat order Set Kesuburan Lengkap tu.. Tapi bulan ini majoriti customer saya mahukan Set Subur ni. Separuh daripada yang bertanya sudah pun membeli.. Kita masih tunggu2 lagi siapa lagi yang mahu. Pastinya kita aim yang pernah bertanya lah kan..

Sebenarnya Set Subur ni ada rahsianya juga..sebab apa? Tidak semestinya makan Set Subur kita dapat subur saja. Manfaat sambil menyelam minum air:-

* Mencantikkan kulit dengan GLA dan Vita E

* Memberikan manfaat kacip fatimah yang menjaga keintiman suami isteri dengan Alfalfa 

* Zinc mampu mengurangkan masalah rambut gugur

* Zinc juga menguatkan ketahanan badan daripada terkena jangkitan penyakit 

Set Bajet Subur = GLA Complex & Zinc Complex 

Set Subur Lengkap = GLA + Alfalfa + Zinc + Vita E (Set terhangat di pasaran)

Set Ekslusif Subur = GLA + Alfalfa + ESP + BComplex + Zinc + Vita E + Vit Lea 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Vitamin Kegemaran Kanak-Kanak


Manfaat VitLea for Children Chewable


  1. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  2. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  6. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  12. Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  13. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  14. Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  15. Membantu penyerapan zat dari makanan
Vitalea For Children menggunakan pemanis semulajadi yang diekstrak dari buah anggur dan ibubapa tak perlu risau kerana ia mengandungi xylitol bagi melindungi gigi anak kita daripada kaviti. Ia dalah multivitamin dan multimineral power kerana mengandungi 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B. Pendek kata, ia lengkap dengan 18 vitamins dan minerals penting untuk tumbesaran anak. Tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis atau sebarang bahan-bahan tiruan. Boleh dikunyah begitu sahaja.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 22 January 2015

Apakah Kanser Pangkal Rahim?

Kanser Serviks


Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang boleh menyebabkan kematian dan menjadi mimpi ngeri kepada semua wanita. Kebanyakan wanita yang mengalami penyakit ini adalah daripada golongan pertengahan umur. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan oleh orang awam mengenai faktor yang menyebabkan kanser ini. Sebelum itu, adalah penting untuk anda memahami bagaimana kanser serviks ini boleh berlaku kepada wanita.

Apakah faktor penyebab kanser serviks?

Kanser ini secara umumnya disebabkan oleh pendedahan awal kepada hubungan seks. Semakin muda umur anda mengadakan hubungan kelamin, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit ini. Pada zaman sekarang, bilangan gadis mengadakan hubungan kelamin di usia remaja semakin meningkat berbanding pada zaman dahulu. Ini menjelaskan kenapa kanser serviks semakin banyak dikesan pada golongan wanita berumur muda sejak akhir-akhir ini.

Risiko anda mendapat kanser serviks lebih tinggi sekiranya anda mempunyai ramai pasangan kelamin. Ini adalah disebabkan Human Papilloma Virus (HPV) ada penyebab utama untuk pembentukan kanser serviks di mana virus ini boleh disebarkan melalui hubungan kelamin. Salah satu teori menyatakan lelaki yang pernah melakukan hubungan kelamin dengan pasangan lain sebelum itu boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain melalui kaedah yang sama. Terdapat lebih daripada 150 subtypes atau jenis HPV virus. HPV virus jenis 16 dan 18 merupakan virus utama yang menyebabkan kanser serviks. HPV virus juga boleh menyebabkan kanser anus untuk lelaki homoseksual.

Merokok secara amnya boleh menurunkan imuniti seseorang dan mengandungi karsinogen yang menjadi penyebab kepada pelbagai jenis kanser. Kanser serviks merupakan salah satu komplikasi daripada merokok. Isu mengenai pil perancang keluarga boleh menyebabkan kanser serviks masih dalam kontroversi dan belum terbukti. Secara kebetulan, wanita yang mengadakan hubungan seks bebas turut mengambil pil pencegah kehamilan untuk mengelakkan kehamilan.

Kurang kebersihan wanita merupakan punca utama menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin, jangkitan peranakan (pelvic inflammatory disease) dan secara tidak langsung menyebabkan kanser serviks. Wanita yang mendapat keputusan pap smear menunjukkan keradangan atau ‘inflammatory’ secara berterusan walaupun punca jangkitan sudahpun dirawat perlu mendapat perhatian lanjut daripada doktor untuk memastikan keadaan ini tidak berlanjutan kepada peringkat awal kanser serviks ataupundysplasia. Jangkitan HPV juga boleh berlaku disebabkan kurang kebersihan kelamin wanita.

Bagaimana untuk mencegah kanser serviks?

Kanser serviks secara umumnya disebabkan oleh hubungan kelamin dan jangkitan HPV virus. Dengan mengamalkan hubungas seks ‘monogamy’ dan tidak bertukar-tukar pasangan boleh mengelakkan kanser ini. Pap smear merupakan salah satu cara yang sangat efektif dan mudah untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks. Dengan itu, bilangan pesakit yang mati disebabkan kanser serviks sudahpun menurun sejak akhir-akhir ini disebabkan pengesanan awal kanser serviks yang membolehkan rawatan lebih awal.

Kerajaan Malaysia memperkenalkan vaksin HPV kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mencegah kanser serviks. Pelajar-pelajar sekolah merupakan target yang sesuai untuk vaksin ini kerana pada usia muda ini lah gadis sudahpun mula berjinak-jinak kepada hubungan bebas secara tersembunyi. Pencegahan lagi baik daripada merawat kanser yang terjadi akibat hubungan kelamin pada usia muda ini.

‘Jika dibandingkan pada zaman dahulu, semakin ramai wanita telah dikesan menghidapi kanser serviks pada masa sekarang’

Merujuk kepada ayat di atas, pelbagai faktor boleh menjelaskan kejadian tersebut. Hubungan kelamin pada usia muda tidak lagi menjadi perkara asing pada masa sekarang disebabkan peningkatan gejala yang kurang sihat. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan kanser serviks semakin ramai menghantui golongan wanita pada zaman ini. Selain itu, pap smear belum lagi diperkenalkan pada zaman dahulu menyebabkan kebanyakan kes-kes kanser serviks tidak dapat dikesan lebih awal atau tidak dilaporkan kepada pihak kesihatan. Sebilangan besar pesakit kanser serviks pada zaman dahulu sudahpun berada pada peringkat akhir kanser dan meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.

Bolehkah tuala wanita atau tampun menyebabkan kanser serviks?

Setakat ini, tiada bukti atau kajian menyatakan bahawa tuala wanita atau pads boleh menyebabkan kanser serviks. Tampon tidak mengandungi asbestos yang kononnya boleh menyebabkan kanser. Kandungan bahan peluntur pada tuala wanita seperti dioxin sangatlah rendah dan tidak membahayakan wanita. Peluntur ini cuma digunakan pada zaman dahulu dan tidak lagi digunakan dalam tuala wanita pada waktu sekarang. Cellulose gel, sejenis sodium poly-acrylate yang didapati dalam tuala wanita juga boleh didapati dalam napkin bayi terbukti selamat untuk kegunaan kita selepas kajian dibuat oleh pakar toksikologi.

Penggunaan tuala wanita secara tidak bersih merupakan salah satu punca berlakunya ‘dysplasia’ atau perubahan awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan. Kisah ini terbukti di India di mana kebanyakan wanita di negara itu tidak mampu untuk membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan kain biasa sahaja untuk digunakan berulang-ulang kali. Kajian ini menunjukkan kes kanser serviks adalah tinggi untuk golongan wanita yang menggunakan kain tuala wanita seperti ini. Selain itu, golongan ini juga kerap mengalami masalah wanita lain seperti discaj berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing.

Penggunaan pencuci wanita juga telah membuktikan bahawa kandungan pencuci ini tidak menyebabkan kanser serviks. Malah, wanita yang sering mencuci bahagian kelamin dan menggunakan tuala wanita yang bersih kurang mendapat penyakit kelamin.

Kesimpulannya, penyakit kelamin wanita dan kanser serviks cuma akan boleh berlaku sekiranya kebersihan diri tidak dijaga. Adalah penting untuk setiap wanita memastikan penggunaan tuala wanita tidak menjadi sumber kepada pertumbuhan jangkitan kuman yang boleh membahayakan diri kita. Dengan menukar tuala wanita dengan kerap dan mencuci bahagian kelamin boleh mengelakkan sebarang jangkitan kepada wanita. Pelbagai jenis produk tuala wanita boleh didapati di pasaran yang terbukti selamat untuk kegunaan wanita. Semuanya bergantung kepada anda untuk memilih produk mana yang lebih selesa untuk diri anda. Selain itu, elakkan hubungan seks bebas yang boleh menjurus kepada kanser serviks dan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti HPV, AIDS dan Hepatitis B.

Dr. Mardiana Kipli M.D. (UNIMAS) merupakan seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai kelulusan Sarjana Perbidanan dan Sakit Puan (Masters in Obstetric & Gynaecology) dan sedang berkhidmat di Kuching. (dikemaskini)

Wednesday, 21 January 2015

Berkat Zikir "Bismillahitawakaltu A'laallah"

KISAH KELEBIHAN DOA 'BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LAALLAH' DI ZAMAN MODEN
بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Inilah doa yang sangat bagus diamalkan...

Maksud ayat di atas: Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya...

tentu sahabat sekalian pernah dengar orang terselamat dari sesuatu hal itu ini kerana membaca doa-doa tertentu..

Di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah di zaman moden ni..kisah seorang hamba Allah yang selalu baca doa di atas...
simple je dia cuma selalu baca dalam apa keadaan..bukan semua keadaan tapi kebanyakkan situasi..ye la kita ni mudah lupa..kalau org ni teringat nak baca doa yg panjang dia bacalah tapi kadang2 dia nak cepat..katanya inilah doa yang selalu terlintas dalam kepalanya..

Kisah ini berlaku bila hamba Allah ni nak jemur baju...dia pun terlintas untuk baca doa di atas masa nak jemur baju. Dia kata dibacanya doa tersebut saat nak jemur setiap helai baju. Dia pun tak tahu kenapa nak baca kat semua baju pulak..huhu

Lepas tu selesai jemur dia pun nak masuk rumah dan nak keluar sekeluarga..dalam hatinya tak pe la tak payah bawak masuk rumah baju tu..sebab mungkin pergi sekejap je..jadi dipandangnya pada baju2 nya tadi dengan pandangan penuh pengharapan pada Allah moga Allah pelihara bajunya..sambil baca doa di atas..Dalam fikirannya, mungkin dengan cara Allah pelihara bajunya melalui 1. dia sempat balik sebelum hujan atau 2. harapnya tak hujan langsung area situ...
itulah dua cara yang dia terfikir mungkin selamatlah baju2 nya...

Ditakdirkan dia x dapat balik awal...dan kawasan rumahnya hujan...dia berada di luar kawasan dan tak tahu kawasan rumahnya hujan.
tiba-tiba dia dapat panggilan dari seorang kawan kata jirannya dah selamatkan bajunya!
dia pun hairan..macam mana jiran belakang rumahnya selamatkan baju2nya tu..padahal pagar belakang berkunci..
lalu dia pun menelefon jirannya itu..alangkah terkejutnya dia bila jirannya beritahu yang suaminya memanjatkan anak lelakinya yang berumur 7 tahun masuk ke dalam kawasan rumah lalu mengambil semua baju2 tadi....Subhanallah!!!!Mashaallah!!! Dia sangat terkejut..sampai macam tu sekali pertolongan Allah melalui jirannya..bila diambil baju2 tadi semua sudah dalam keadaan berlipat dengan sangat kemas oleh jiran tadi!!!! Subhanallah!!!!

Hamba Allah ini masih hairan pada mulanya tetapi kemudian barulah dia teringat yang itu pertolongan Allah dari jalan yang tidak pernah terlintas dari kepalanya...