Tuesday, 1 March 2016

Testimoni Set Sendi



Member sekolah saya ini mengadu sakit lutut disebabkan pernah injured sebelum ini.. Syukurlah setelah mencuba Advanced Joint Health Tablet lututnya makin sihat suda sekarang ini...

Dia kata lagi, best makan OsteMatrix sebab setiap bangun tidur pagi badan dia rasa best dan ringan... Bukti merehatkan otot

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Minumlah Air Kelapa Muda

KHASIAT AIR KELAPA MUDA

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.

6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Khasiat Biji Betik

👉 Khasiat Biji Betik •●•●•●•●•

Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata punya pelbagai manfaat.
Salah-satunya, untuk menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di usus dan hati kita.
Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat lapan kilogram dalam usus kita.
Ekstrak biji betik bahkan mampu melindungi buah pinggang dari racun yang mencetuskan problem buah pinggang gagal berfungsi.
Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam bersarang dalam pencernaan.


Doktor Wahyu Triasmara, dalam Club Diet Sihat Bersama dr. Wahyu Triasmara - DRW, di Facebook pada 28 Februari 2015, menjelaskan,
biji betik juga mengandungi zat antikolesterol yang hebat.
Mengambil biji buah betik juga bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah.

Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah),
serta meningkatkan kadar HDL.Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

Dengan adanya kandungan ekstrak tersebut, biji betik ini mempunyai kesan hipolipidemia dan antioksidan dalam darah yang luar biasa.

Kesan hipolipidemia ini, sangat berguna bagi terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

Adapun, saponin yang ada dalam biji betik, bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu.
Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah.
Kandungan Fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit.
Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas, "jelasnya.

Lalu, bagaimana cara untuk boleh memakan biji betik yang menyihatkan itu? Ada dua cara.
Pertama, biji betik itu diblender dan disajikan seperti kita membuat jus.
Kedua, dengan mengeringkannya, dan mengisarnya kemudian menyediakannya seperti kita membancuh kopi.

Untuk cara kedua, begini langkah yang perlu dilakukan.
1. Cuci biji betik, lantas jemur 2-3 hari.
2. Setelah kering, blender / tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.
3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat.
(Atau boleh dibuat Jus langsung campur buah betik dengan bijinya dan minum 1-2 gelas jus biji betik tersebut setiap hari).

Buktikan dalam 14 hari pencernaan anda makin sihat tubuh makin segar.
Kata doktor Wahyu: "Saya dan keluarga sudah mencubanya, orang tua saya yang sebelumnya kolesterol 270, dalam 10 hari menjadi 170.
Pesakit saya pun telah melaksanakan kaedah ini.
Selamat dan semula jadi ..., "

Monday, 8 February 2016

Sibling trip to Kundasang

Shaklee Labuan

Alhamdulillah dapat juga bersiar-siar bergambar dengan mak dan adik2 di Kundasang seperti yang selalu di impikan... Bermalam di rumah mentua, trip pergi kundasang awal pagi dan turun dari ranau lewat petang.. Sampai di bandar Kota Kinabalu kedai di Centre Point teda lagi yang buka. 

Tapi tidak apa...Syukurlah juga emua mahu ikut berjalan bukan macam selalu mesti ada yang kurang. Kali ini kita pecah rekod. Macam2 karenah adik beradik, yang diselang seli kan dengan tangisan daripada dua orang cahaya mata. Peninglah, bisinglah, sempitlah, laparlah, inilah itulah... Sesungguhnya kalau masih ada arwah bapa tentu lagi meriah. 

Insha Allah kita simpan semua di dalam kotak ingatan untuk menjadi memori terindah...

Akhir kata, terima kasih kepada encik suami yang sanggup drive kami sepanjang perjalanan. 

Friday, 5 February 2016

5 Years Long Service Award 2010 - 2015


Receiving Long Service Award

Tiada kejayaan tanpa kepahitan dan kegagalan, demi menikmati kemanisan hari ini perlu bersusah payah dahulu...

Dahulu berjauhan dengan keluarga demi mencapai cita-cita, sanggup pergi semenanjung selepas SPM demi kecintaan terhadap akaun. Pergi jauh dengan satu azam ingin memijak anak tangga UiTM suatu hari nanti.

Walaupun belajar di kolej swasta, tapi dalam masa yang sama bergelar student UiTM juga. Setelah berjaya menggenggam ijazah, dapat juga berkerja di satu firma audit yang sangat memberi cabaran kepada diri sendiri sehingga kini.

Lima tahun berkhidmat di firma profesional ini.

Darilah masuk berkhidmat saya berkenal dengan suamu saya sehinggalah sekarang dikurniakan dua cahaya mata. Thank you for this appreciation ~ KBCF Tan.

Wednesday, 9 December 2015

Selamat Berpantang Dengan Shaklee


Postnatal 23 hari

Bersyukur dgn kehadiran insan tersayang di sekeliling, juga saudara dan sahabat yang sudi menjenguk sy dan juga baby semasa d hospital dan juga di rumah. Terima kasih atas semangat yg diberikan dari shbt jauh yang sering memberikan tips2 dan sentiasa menitipkan doa.

Terima kasih juga pd vitamin suplemen kegemaran sy kerana menjadi peneman d waktu berpantang ni...

Demi menjayakan misi breastfeeding...

Demi utk ksembuhan dan pemulihan tenaga, sistem tubuh badan, sendi2 seluruhnya...
Shaklee mbantu saya dlm menyempurnakan daya sihat sy dari hujung rambut hingga hujung jari kaki.. InshaAllah...

Vitalea utk menguatkan tenaga sy yang sering bangun mlm menyusukan ank sy ne lagipun utk bekalan zat besi yg sangat penting utk si comel ni. Selain tu, Vitalea ni membekalkan

Vitamin C utk membantu pnyerapan zat besi secara optimum, kulit yg sihat jg utk mlindungi sistem imun

B-complex utk penahan sakit saya seperti slalu nya pengganti panadol dan juga sumber asid folik

OsteMatrix penting utk sendi yg sakit, urat yg bengkak2 sbb angin, terseliuh sana sini sbb menyusukan mlm pelbagai posisi smpai sy sakit belakang, bahu tangan leher segala...mkn OsteMatrix sebelum tidur esok pagi nya saya bangun tidur dengan badan yg ringan.

Zinc penting utk membantu mnyembuhkan luka dalam sy akibat prosedur doktor semasa bsalin tempohari..sakit yg amat...smg cpt smbuh...


Semoga menjadi kelancaran selepas ini dan cepat sembuh seperti sedia ada sebelum nya.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Wednesday, 18 November 2015

Assalamualaikum dunia....


Assalamualaikum dunia...
Ahlan wasahlan utk puteri ku, stlh bjuang berhari2 akhirnya sy selamat melahirkan anak kedua kami yang sihat pd 16 Nov 2015 @ 10.58mlm dgn berat 3.43kg... 

Kisah Hari Kelahiran

Pagi itu, sekali lagi debaran untuk memasukkan ubat untuk kali ketiga. Kalini ketua pakar sendiri yang akan memasukkan sekaligus membuat VE pada saya. Sakit bukan main. Nafas yang tidak tertahan kerana sakit yang amat. Seperti biasa selepas masuk ubat, tidak digalakkan bergerak dalam masa sejam. Jadi baringlah kan. Tidak lama selepas itu, sayaa mula rasa sakit. Tengahari itu, seperti biasa saya makan bersama suami di wad itu sambil menahan sakit berdesing di seluruh punggung. 

Dalam pukul 3 lebih, nurse VE dan tidak puas hati itu doktor pun VE juga tdk lama lps itu. Akhirnya saya dibawa juga ke labor room 

Kisah di Labor Room

Saya dibawa ke labor room lebih kurang 4 ptg. Saya ditanya mahu guna kerusi roda kah, saya tanya balik, bolehkah.. Nurse tu jawab bolehh... 

Setibanya disana saya disiapkan, CTG machine di pasang, periksa tekanan darah saya, diberi suntikan apaa tu lupa sudah untuk penenang supaya saya tidak berapa rasa sakit risau tekanan darah saya terlalu tinggi pula. 

Setiap kali rasa sakit yang datang saya akan tengok jam. Setiap rasa sakit itu lenyap sedikit saya mula melelapkan mata. Setiap kali tercelik masa berlalu begitu pantas walaupun orang akan fikir ianya terlalu lama. 

Seingat saya, saya mula meneran dlm lebih kurang 9.30mlm. Progress yang membuka pun perlahan. Yalah, baru mahu beranak normal kan. Teran punya teran, kepala bayi tidak juga mampu keluar. Akhirnya, doktor mencadangkan vakum untuk membantu baby yang berdegup laju. Kasihan dia. Selesai episiotomi, anak saya divakum dan keluar terus di letak pada atas perut saya. Panas dan penuh darah. Saya melihatnya dengan pandangan kabur. 

Sedang doktor menjahit luka saya, saya juga sibuk bertanya. Is it a girl, my baby? What do U want to do? Can I stand the pain? Detik cemas yang tidak akan pernah terhapus dalam ingatan. 

Sesungguhnya segala nya berlaku dgn penantiannya yg lama lagi menyakitkan. Mana lagi anak saya perlu di bawa ke NICU untuk pantau kepalanya. Mana lagi luka jahit yang saya perlu jaga. Mana lagi kaki saya bengkak yang sangat berat untuk saya berjalan. Mana lagi kencing yang tidak mampu tahan. Mana lagi darah tinggi saya yang lambat turun. Mana lagi saya takut untuk tidur baring. 

Semuanya terpaksa saya hadapi dengan tabah dan kuat semangat. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda Healthcare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”