Sunday, 15 May 2016

Bengkel Nutrisi Shaklee 2016


Salam ceria semua...

Alkisah saya pagi ini saya bangun awal pagi untuk menyapu rumah, siapkan sarapan, mengeluarkan baju yg sudah dicuci di mesin basuh dan jemur, mengemas tempat tidur, mandikan si comel barulah saya membersihkan diri. Sambil menunggu hero-hero saya selesai mandi saya jemur baju kerja suami saya pula. 

Siap semua saya dihantar terus ke Tiara Hotel Labuan. Sampai sahaja di sana dan saya turun terus saya ke kaunter bertanyakan tempat bengkel nutrisi. Saya call Master katanya di Billion Waterfront. Aduuuhhh.. teruslah saya berpeluh-peluh kerana salah tempat. Nasiblah si comel saya tidak banyak kerenah dan dia tenang sahaja berada dalam stroller. 

Bersama saya bawa dua beg, stroller dan si comel dan minta tolong call teksi selepas beberapa kali cuba menghubungi suami saya tidak berjaya. Hampir 10 minit saya decide untuk menghubungi teksi. Adik di kaunter tu, memaklumkan saya teksi dalam perjalanan lebih kurang 8 minit. Masa itulah suami saya menhubungi saya balik tapi saya tidak menyuruh nya datang mengambil saya. Setelah beberapa minit menunggu, teksi tiba dan saya tolak anak saya ke depan pintu. 

Tawakal dan berdoa agar tambang teksi itu tidak melebihi wang saya dalam purse. Saya tengok hanya ada RM31 sahaja. Mudah-mudahan tidaklah sampai 30 ringgit teksi itu. Sampai sahaja di tempat yang dituju saya terpaksa membetulkan stroller si comel kerana pembantu hotel dan uncle teksi itu tidak pandai membetulkan stroller tu. Ya Allah!!! Secara tidak sedar, anak saya dukung terkebelakang dan dia menangis semasa menunjukkan tempat untuk buka stroller tu. Kasihan dia.. Nasib tangisannya cuma sementara. Syukur syukur syukur ya Allah cuma RM17 sahaja tambang teksi itu. 

Leganya saya setelah sampai di pintu dan ada juga pembantu hotel membukakan saya pintu. Selama berlangsung nya kelas, saya menidurkan, menyusukan dan menghiburkan si comel saya itu. Sangat berterima kasih kerana tidak banyak mengganggu saya sepanjang kelas. Dia cuma menangis jika terkejut semasa pecah ketawa kami dalam kelas dan menangis jika minta susu. Tambahan lagi, dia ini tidak biasa disusukan semasa duduk, dia suka kita baring bersama. Nashwa, nashwa.... 

Alhamdulillah... Walaupun sehari suntuk menuntut ilmu tapi rasanya seperti tidak cukup dan tidak puas bersama pakar nutrisi kami, Ms Tracy Yong dan rakan seperjuangan Shaklee yang lainnya. Saya sungguh tidak puas dan tidak sabar untuk selalu datang ke kelas Shaklee nanti. InshaALLAH. 

Antara tujuan Bengkel Nutrisi ini ialah:

Memperkayakan ilmu dgn produk2 Shaklee
Mengetahui kelebihan manfaat produk Shaklee
Menambahkan pgetahuan tentang cara pgambilan nutrisi


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 13 May 2016

Rencah Hidup Bermula Dengan Shaklee

Saya dahulunya tdk pernah terfikir utk join apa2 bisnes. Apatah lagi yg melibatkan produk-produk selain drpd makanan biasa kita makan kan. 

Suatu hari dalam 2013 saya sangat runsing apa yg boleh memberikan air susu badan sy banyak, rasa mcm down juga masa tu, baru melahirkan anak pertama secara caeserean pula tu, kena lagi anak saya jaundis berpanjangan (prolonged jaundice) melebihi 14 hari dan sering mpunyai bacaan tinggi. Sudahnya saya bermalam di hospital temankan anak saya utk dapatkan rawatan lanjut, dengan susah payah bergerak lagi pada masa itu, duduk menyusukan susah apatah lagi baring. Memang langsung tidaklah. Rehat yang cukup memang tidaklah kan. Tegarnya untuk menyusukan anak sy masa itu, risau semua beri pada dia sehinggakan nurse yg lawat saya post natal tu cakap risaukan diri sendiri juga. Tapi macam mana kan? Siapa yg tidak risau anak yang keluar masuk hospital untuk dapatkan rawatan fototerapi tu. 

Saya mencari segenap facebook, saya join group Kumpulan Ibu Menyusukan di facebook. Satu hari tu terserempak dengan seorang kakak ni dia tengah mengepam masa tu di dalam bilik menyusukan di Hospital Nukleus masa tu. Dia bagi saya pamphlet. Simpan2 pamplet sampai hilang baru saya sibuk cari balik. Tidak jumpa juga. Jadi saya cari dalam facebook. Alhamdulillah jumpa. 

Sekarang beliau merupakan mentor saya di dalam hidup Shaklee saya. Saya pun beli set menyusu untuk mencuba. Selepas 2, 3 hari tu saya tidak puas hati sebab set diberi cuma trial pack shj. Apa lagi saya decide untuk beli ESP & Alfalfa set menyusukan yg paling asas. Selepas beberapa hari mengambil dua produk ni. Saya pam susu sy dpt lebih drpd biasa. Saya share di facebook dan dapat menarik perhatian beberapa rakan yg juga sedang menyusukan anak. Alhamdulillah mereka mahu mencuba.

Apa lagi, tercetuslah idea saya untuk buat part time income. Saya tidak pasti selepas beberapa hari saya berfikir banyak kali untuk masuk ahli. Yalah kan selain kita dapat membantu orang lain hidup sihat, kita juga dapat pulangan dalam bentuk wang ringgit. Makan Shaklee sambil jana pendapatan. Saya pun dapatkan persetujuan daripada suami. Syukurlah dia setuju saja. 

Sebenarnya bukan mudah juga untuk buat Shaklee ini. Kadang-kadang ada juga halangan walaupun dari suami saya sendiri. Kalau saya ingat balik, mengalir juga air mata saya ini. Tapi atas kekuatan yang ada. Saya tahu ini keputusan yang terbaik untuk saya, anak, keluarga dan suami sy sendiri. Adalah kalau ada dalam sebulan dapat juga bonus RM100++ kan. Siapa mahu bagi kalau bukan dari hasil usaha sendiri kan?

Sekarang saya perhatikan, ramai rakan-rakan yang berkerjaya mencari pendapatan secara sambilan. Saya pasti dalam keadaan ekonomi sekarang, inflasi lagi, kita harus ikhtiar untuk mendapat pendapatan lebih daripada kerjaya kita juga. 

Apatah lagi, suri rumah berkerjaya seperti saya ini yang mempunyai dua org cahaya mata. Kita rasakan keadaan ekonomi memaksa kita untuk berjimat. Tapi saya yakin, rezeki itu rahsia Allah swt kan. Jadi kita tidak perlulah mempertikaikan apa yang belum sempurna di dalam hidup kita sekarang. Kita juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hindarkan perasaan tidak bersyukur dan sering mengeluh. Saya pun pernah dikejutkan dengan kata-kata seorang bekas sahabat sekolah yang katanya "Untung suami kau ni Asda, sebab kau pandai cari rezeki sambilan dengan berbisnes"

Di dalam Shaklee, saya dijanjikan dengan pelbagai ilmu. Bukan sahaja pengetahuan am tapi juga ilmu kerohanian. Kami berkeluarga dalam Shaklee. Kami juga bersaing secara sihat. Jika kita mempermudahkan urusan orang lain, nescaya Allah swt juga akan mempermudahkan urusan kita suatu hari nanti. 

Khas buat suamiku, walaupun banyak ketidaksempurnaan syg di mata abang. Syg pasti abg tidak akan pernah menyesal untuk memilih syg sebagai teman hidup abg. Terima kasih atas segala sokongan dan segala pertolongan yang dihulurkan ikhlas tidak ikhlas syg sgt menghargainya. Abg adalah business partner yang paling supportive dan penyabar. Terima kasih abg.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Faktor Mengapa Kolagen Berkurang

Faktor Kolagen Pada Kulit Berkurang
  • Terdedah dengan cahaya matahari
Pendedahan terus kepada sinaran UV merosakkan struktur kolagen pada kulit seterusnya mempercepatkan proses penuaan (Gary J. F. et.al, 1997, Pathophysiology of Premature Skin Aging. Induced by Ultraviolet Light , N Engl J Med 1997)
  • Asap rokok
Asap rokok boleh merosakkan sel kolagen yang terbentuk di samping mampu memberikan kerosakan yang teruk pada paru-paru
  • Faktor stress dan ketidakstabilan hormone
Stres boleh mengurangkan kualiti kolagen pada kulit yang mampu menpengaruhi fungsi dan keanjalan kulit (V. Kahan et.al, 2009,Stress, Immunity and skin collagen intergrity: Evidence from animal model and clinical conditions, Brain , Behavior, and Immunity , Volume 23, Issue 8 Pages 1089-1095)
  • Faktor pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam menyebabkan kulit kering , kolagen rosak dan penuaan kulit. (Callaghan, T.M 2008, A review of ageing and an examination of clinical methods, in the assessment of ageing skin. Part I Cellular and molecular perspectives of skin ageing, International Journal of Cosmetics Science, 30(5), 1468-2494)
  • Faktor Usia
Selepas usia 20 tahun, penghasilan kolagen oleh badan manusia sangat sedikit dan akhirnya terhenti 


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 12 May 2016

Collagen Powder: Manfaat

shaklee collagen
Setiap orang ada Kolagen semulajadi dalam badan sendiri. Tetapi apabila meningkat dewasa, umur bertambah Kolagen akan mula merosot seawal umur 20 tahun. Sebab itu lah kenapa kita kena jaga kandungan kolagen dalam badan untuk kita dapat kesan-kesan yang buruk seperti di atas jika ia dibiarkan dia akan menjadi lebih teruk. Sebab itu ramai kan makcik pakcik kita mengadu sakit lutut dan sakit pada sendi tapi mereka tak sedar sebab ia adalah faktor kekurangan kolagen (cushion) pada sendi menyebabkan sakit pada setiap kali pergerakan. Jadi harus tahu sebenarnya kolagen ni bukan setakat untuk nak memiliki kulit wajah cantik sahaja malah membantu dalam kesihatan kita.

Kesan dan Faedah Shaklee Collagen Powder

  • Melembapkan kulit sehingga 90%
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • Meningkatkan penampilah keseluruhan sehingga 71%
  • Melembutkan dan melicinkan kulit sehingga 69%
  • Mengekalkan mekap anda sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
  • Menebalkan rambut sehingga 54%
  • Meningkatkan keserian,tona dan warna kulit sehingga 50%
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%.

APABILA KOLAGEN BERKURANG...

Kolagen berfungsi memberi regangan kepada sendi, menjaga rangka lutut, dan pada masa yang sama memelihara tulang rawan yang mula rosak.

Bila kolagen mula rosak, lutut akan mula membengkak dan tulang kat bahagian lutut akan mula membesar melebihi rangka lutut. Perlukan rawatan susulan dan pembedahan jalan terakhir.

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya
Feel free to contact me, 
Your Shaklee friend, Asdayanty 
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Kenapa Shaklee Collagen Powder Lebih Unik?

Ia terdiri daripada RSS (Red Snapper Sacel) atau pun dipanggil sebagai sisik ikan merah. Kajian telah membuktikan bahawa shaklee kolagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah serta menghilangkan kedutan hanya dalam masa 8 minggu sahaja tau.

Kelebihan Kolagen Shaklee Berbanding Jenama Lain 

Kolagen Shaklee sangat rendah molekular iaitu 1000 Dalton. Berat molekular kolagen disukat dalam ukuran Dalton. Semakin rendah unit Dalton, semakin berkualiti kolagen tersebut. Menurut pakar kecantikan, 1000 Dalton ialah berat yang paling unggul bagi memastikan penyerapan sempurna kolagen ke dalam lapisan kulit. Ia juga menunjukkan keberkesanan mudah larut dan daya resapan yang hebat. 

Gabungan ramuan dan formula Kolagen Shaklee menyokong kecantikan dan kesihatan dari dalam hingga ke luar 

Ramuan Dan Formula Kolagen Shaklee
ramuan kolagen shaklee

Ekstrak Sisik Ikan Merah (Red Snipper Scale)

Kolagen yang paling bagus merupakan kolagen yang dihasilkan daripada hidupan marin berbanding kolagen daripada tunbuhan. Namun, pemilihan hidupan marin perlu dititikberatkan kerana pencemaran laut akan memberi kesan kepada kualiti hidupan tersebut.

Shaklee memilih ikan merah laut dalam sebagai sumber kolagen paling utama. Ikan merah laut dalam bebas daripada pencemaran laut dan kadar penyerapannya lebih tinggi berbanding hidupan lain.

Sebanyak 4000mg kolagen diekstrak dari sisik ikan merah dan dengan berat 1000 Dalton menjadikan kolagen Shaklee adalah pakej hebat sebagai kolagen kecantikan. Kolagen Shaklee merupakan satu-satunya kolagen yang paling mudah diserap oleh badan dengan kadar yang optimum.

Tahukah anda??

Kolagen Shaklee ini boleh juga dibuat masker pada muka. Saya pun telah mencubanya dan saya sudah merasa kesannya menegang pada kulit muka kita. Selepas basuh muka tu rasa luar biasa segar, kulit terasa mulus dan licin. Selamat mencuba!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

Dapatkan produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya
Feel free to contact me, 
Your Shaklee friend, Asdayanty 
Shaklee ID: 1071673 
YouTube: RH AszdaYanty 
Facebook: Asda HealthJourney 
Instagram: asda_healthjourney 

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, 8 May 2016

Tips Elak Keracunan Makanan

Setiap tahun kes keracunan makanan semakin meningkat dan ada juga yang sehingga perlu untuk pantauan rawatan hospital dan ada juga kes sehingga boleh membawa maut.

Setelah di kaji,kebanyakan kes kes ini berlaku disebabkan oleh bahan makanan yang tidak di simpan dengan betul yang sehingga boleh menyebabkan jangkitan silang pada badan manusia.
Oleh itu dengan tips yang di berikan berdasarkan Akta CDC ia boleh mengurangkan anda daripada terkena jangkitan keracunan makanan yang teruk.

Jom kita kongsikan manfaat maklumat ini kepada rakan rakan dan keluarga anda

1. Pastikan cuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan masakan anda

2. Jauhkan diri anda dari kawasan dapur jika badan anda tidak sihat

3. Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih

4. Pastikan pintu sejuk sentiasa bertutup dan suhu kekal 0-4 darjah celcius

5. Asingkan talam pemotong sayur/buahan dengan ikan/daging utk mgelakkan sebarang bakteria yg tercampur aduk

6. Elakkan pengambilan makanan yang beberapa hari di panaskan semula kerana ini membolehkan pembiakan parasite yang sesuai selesa tinggal di dalam perut manusia

7. Wanita hamil, kanak-kanak dan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah daya ketahanan yang lemah seboleh-bolehnya elakkan makanan yang tidak di masak

8. Pastikan makanan bayi atau frozen ebm di simpan di dalam peti sejuk yang bersuhu 0 hingga 4 darjah celcius




Monday, 2 May 2016

Cara Menyegarkan Nafas Anda

Bau mulut adalah masalah yang bukan hanya bagi anda tetapi juga orang-orang di sekitar anda. Tentu saja orang-orang akan menjaga jarak dengan anda ketika mendengar atau bercakap dengan anda. Itu boleh berubah menjadi masalah yang memalukan ketika orang lain secara terang-terangan menutup hidungnya apabila anda membuka mulut atau langsung memberitahu anda bahawa nafas anda bau. Bau mulut disebabkan oleh banyak hal, boleh disebabkan kerana anda belum gosok gigi anda, anda mempunyai kerosakan pada gigi, boleh jadi kerana anda makan banyak makanan pedas, atau bisa juga kerana anda mempunyai bisul di perut, atau bakteria jahat di mulut anda. Apapun alasannya, anda perlu untuk menyelesaikan isu ini secepat. Mengetahui apa yang menyebabkan bau mulut anda adalah langkah penting yang perlu anda ambil sebelum anda mencuba ubat.

1. Memberus gigi secara teratur

Membersihkan mulut dan menggosok gigi diperlukan untuk mempunyai nafas segar. Memberus gigi anda sebelum tidur membantu menjaga mulut anda bersih dan mengurangkan bau mulut di pagi hari. Gunakan penyegar mulut untuk membilas mulut anda dan juga menjaga nafas anda tetap segar. Jangan berlebihan, kerana memberus boleh menyebabkan hakisan enamel pada gigi anda.

2. Minum air suam dengan jus lemon

Minum segelas air hangat dengan beberapa titisan lemon tidak hanya membunuh bakteria di mulut anda, tetapi juga membuat nafas anda segar. Larutan ini juga sekaligus membersihkan perut anda, sehingga nafas anda akan tetap segar untuk waktu yang lama.

3. Menjaga perut tetap bersih

Makanan yang tidak tercerna menjadi timbunan sampah pada perut juga memberi kesan kepada nafas anda. Jika anda menderita gangguan pencernaan atau masalah lain dalam perut anda, nafas anda cenderung bau. Perut bersih memastikan kesihatan anda secara keseluruhan serta memelihara kesegaran nafas anda. Mempunyai perut yang bersih agar berasa lebih ringan serta mencegah orang menutup hidung ketika anda bercakap.

4. Memeriksa kerosakan gigi, sariawan, dan sakit maag

Jika anda tetap merasakan nafas anda bau walaupun selepas anda memberus secara teratur dan menggunakan penyegar mulut, mungkin itu adalah indikasi mungkin ada masalah pada sistem tubuh lain. Berunding dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda telah mempunyai gigi reput, ulser pada mulut, atau masalah pada perut.

5. Mencuci mulut selepas anda makan makanan dengan bau yang menyengat

Jika anda makan makanan pedas, jengkol, ikan masin, atau makanan dengan banyak bawangnya, pastikan anda membersihkan mulut anda secara menyeluruh. Nafas yang keluar dari mulut anda selepas anda makan makanan tersebut dapat menimbulkan bau tidak sedap.

6. Mengurangkan alkohol dan rokok

Mengurangkan tabiat minum arak dan merokok juga membantu menjaga nafas anda segar. Menjaga diri tetap terhidrasi apabila anda minum alkohol untuk mencegah mabuk dan bau mulut di pagi hari.