Wednesday, 20 July 2016

Petua Pilihan : "6 cara untuk anda elakkan lipas berkeliaran"

Lipas merupakan salah satu serangga perosak yang kurang disenangi ramai orang. Ia menyebabkan kerosakan yang serius pada kertas dinding, buku, pakaian dan perabot. Tidak kurang juga ada di antara kita yang memang tidak boleh terserempak langsung dengan serangga itu dan yang paling teruk, ada pula yang tidak tahan dengan bau kehadirannya. 

Masalahnya apabila ia sudah berada di dalam rumah, ia akan mula membiak dengan cepat dan agak mustahil pula untuk menyingkirkannya.

@ Anda boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman. 

@ Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.

Cara di atas boleh dicuba untuk mengurangkan kehadiran lipas di rumah. Namun begitu, cara yang terbaik untuk mengelakkan lipas ialah dengan mengelakkannya datang ke rumah anda! 

a) Pastikan dapur sentiasa bersih, dan sampah dibuang sekerap yang mungkin. 

b) Bersihkan tumpahan dan gris dengan cepat. 

c) Lipas juga tidak boleh hidup tanpa air dan jika boleh, elakkan air yang bertakung. 

d) Jangan biarkan makanan tanpa bertutup. 

e) Jika ada bukaan kecil, pastikan ia ditampal. Dalam erti kata lain, elakkan kewujudan pintu masuknya.

f) Buangkan barang-barang yang menyemakkan rumah seperti surat khabar lama, majalah dan beg plastik yang tidak digunakan. Ini adalah kerana ia merupakan makanan kepada lipas.

Dengan menggunakan kaedah penyingkiran lipas secara semula jadi ini, anda bukan sahaja dapat menyingkirkan serangga perosak ini tetapi juga membantu memastikan keluarga anda selamat dari penyakit yang mungkin dibawa oleh serangga ini.

Tuesday, 19 July 2016

Shaklee Labuan: Cara Menjana Pendapatan


KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE:-
🌿 Maintain hidup sihat 
Tujuan sy plg utama jd ahli Shaklee ialah utk mdpt fizikal yg sihat dan dlm masa yg sama mberikan khidupan yg sihat jg utk terutama anak sy yg baru lahir pd masa sy mula makan Shaklee.

🌿 Dapatkan harga paling jimat 
Akhirnya sy join ahli utk dpt kn harga jimat supaya beli byk pun masih berbaloi lg...maklumlah sy pun mahu jg bagi suami sy, mak sy dan adik2 sy makan dan guna Shaklee...

🌿 Bonus stiap bulan 
Bulan pertama sy jd ahli, sy share pd kwn2 d fb. Sy baru up kan post gambar hasil perahan susu sy... Tup tup sy layak dpt bonus... Siapa mahu bagi kan klu bkn hasil usaha sendiri. Manada yg dtg bgolek percuma d depan mata kita kan... Smpai ke hari ini sy masih menikmati bonus setiap bulan walauoun tinggi rendah hasilnya tp syukurrrrr alhamdulillah.. Pasti membuahkan senyuman ketika tdk semena2 bonus masuk di setiap prtghn bulan...

🌿 Sillaturrahim 
Dalam Shaklee sy ada keluarga besar, adik beradik sementor, sehingga ke hari ini kami berhubung tanpa kira masa dan di mana jua, fb ka whatsapp ka pastinya mgeratkan sillaturrahim sesama insan. Drpd tdk kenal jadi ramai kenalan. Sy plg suka bila pergi kelas atau terjumpa dmana2 kita ckp saudara Shaklee sy bah ni... Kenal dia di Shaklee.. Best kan.. Tmbh2 lagi sy ni ramah orgnya..Aisehmen..

🌿 Motivasi utk berjaya 
Mentor sy tdk pernah lekang dgn kata2 smgt, walau jatuh bangun walau sy sukar bg komitmen dia tetap layan sy sperti yg lain juga... Tetap sama mengambil berat walau apapun dia skrg dan di mana saja dia berada.. Haaa paling manang bila berkata2 bilang orang..haha... Apapun terima kasih byk2 mentor. Pastinya dia tahu siapa dia dhati sy.

🌿 Update ilmu dunia 
Pastinya di Shaklee juga kita tidak akan dbiarkan terkapai kapai tanpa ilmu ksihatan. Setiap kali mesti ada sesi kelas utk kita bersoal jwb apa saja topik yg dibincangkan. Drpd zero jd tahu pasal byk penyakit, kesan kurang vitamin ini, klu terlebih itu blh jd cmni klu tkurang ni apa keburukan nya d masa akan dtg. Haaa mcm2 ilmu lg blh dpt hanya di Shaklee group kmi terutamanya.

🌿 Makanan rohani 
Syukur juga dpertemukan mentor yg seagama dpt mberi ilmu lebih utk mdekatkan diri kita pd Allah swt. Paling tdk dpt juga dgr ceramah agama walau bukan dr ustaz ustazah rasmi tp pastinya apa yg telah dcurahkan dan sy laksanakan dan ianya sgt2 berkesan. Bukan kita meminta2 tp inshaAllah rzeki itu dtg atas izin Allah swt. Pastinya ia dtg supaya kita mahu lebih lebih dekatkan diri kita padaNYA.


BAGAIMANA PEMBELIAN SECARA ONLINE MENGEMBANGKAN BISNES SHAKLEE SAYA
💰
Penulisan blog 
Sejak 2014 sy mulakan langkah utk memiliki blog, bkn sedikit usaha sy apatah lagi byk masa terbuang juga apa tidaknya semua sy belajar sendiri utk buat blog ni. Setelah lama semakin hari sy menulis entri mengisi masa dgn tulis panjang2, update bila ada masa.. Akhirnya mbuahkan hasil apabila sy sudah mula mendapat customer yg mereka cakap mereka dpt hubungi sy drpd blog dan google search. Wah masa tu sy betul2 terharu usaha keras sy selama ini terhasil juga...Alhamdulillah.. Shinggakan baru2 ini ada prospek customer dr Brunei yg berminat dgn Shaklee mghubungi sy melalui whatsapp katanya dpt nombor telefon sy drpd pakcik google.. Alhamdulillah
💰
Sharing melalui fb dan page 
Sejak dari mula lagi sbg langkah pertama utk mgembangkan bisnes ialah melalui facebook.. Ini memang berkesan apatah lagi ramai rakan fb sy tdiri drpd rakan2 sekolah sekolej seuniversiti sekerja yg juga rapat dan senang utk menghubungi sy... mereka adalah pencetus ilham sy utk buat Shaklee sehingga ke hari ini. Syukur ramai rakan yg menyokong dan juga mahu membeli drpd sy. Ada juga yg yakin pd Shaklee semata2 sy rakan nya juga consumer Shaklee. Walaupun mcm2 kbr angin yg tsebar sejak dlm 3 thun sy bersama Shaklee. Alhamdulillah!
💰
Instagram 
Sejak sy berjinak2 dgn instagram, sy suka share mcm2... Apapun rasa mau sy share, sy post... Tapi sejak suka edit2 pic, install mcm2 apps utk edit pic bila2 ada ksempatan mst sy share dan dctu jg sy mampu menarik perhatian downline2 sy... Dr situ mereka pn mula mcuba produk2 yg dperkenalkan melalui instagram sy
💰
Masuk ahli 
Disebabkan sering juga sharing d fb, sy menjadi penaja kepada bberapa rakan fb yg baru sy kenal d fb yg juga menjadi customer Shaklee sy sblum menjadi ahli Shaklee.. Sehingga ke hari ini sy ada 22 org ahli Level 1 dan 7 org Level 2. dlm kluarga Shaklee bwh nama sy. Walaupun sgt perlahan tp sdikit sbyk kluarga kmi bkembang juga berbanding 3 thun lalu sy cuma mpunyai seorg downline.

Mengapa perlu memilih Vitamin C Shaklee??

Vitamin C ni sebenarnya penting untuk kita makan setiap hari walaupun tidak mgandung, ataupun bsalin kah sakit kah sihat kah tetap perlu vitamin C.. Sebab apa?

↯ dia membantu penyerapan zat besi supaya zat besi ini mudah diserap ke dalam badan kita, zat besi ini kan penting untuk pembentukan darah kita. Utk wanita yg datang haid, mereka perlukan Vitamin C utk bantu serap zat besi yang cukup supaya tidak mengalami masalah anemia.

↯ utk meningkatkan imun badan kita...tahulah kan sekarang ni bukan saja sekarang bila2 masa juga kita perlu vitamin c sebagai perlindungan supaya kita tidak mudah jatuh sakit, imunisasi ni mesti kuat kalau tidak kita sering demam2 dan selesema

↯ membentuk kolagen penting untuk kulit sihat, Vitamin C shaklee ni dia ada elemen yang boleh bentuk kolagen. Kita makin tua kan makin kurang kolagen dalam badan.. sebab tu makin umur meningkat di muka akan mudah nampak kedut atau garis2 halus, apatah lagi gigi pun senang retak n pecah.. Kita juga perlukan vitamin C utk kulit putih bersih terutama sekali pada orang bekerja di bawah sinaran atau sering terdedah pada cahaya matahari

Kita perlukan vitamin C yang cukup juga sebab sekarang sana sini pergi mesti ada saja orang yang merokok, kita jadi second smoker yang boleh memusnahkan Vitamin C yang ada dalam badan kita. Apatah lagi orang yang merokok, lebih memerlukan Vitamin berganda daripada orang yang tidak merokok ini.

Vitamin C juga penting utk mempunyai gusi yg kuat...klu ada antara kita ni yg sering mgalami gusi berdarah semasa memberus gigi anda mengalami masalah kekurangan  Vitamin C. Kalau kekurangan vitamin C juga gusi akan berwarna hitam, ulser sana sini di mulut...

Istimewanya Vitamin C Shaklee ini kerana ianya dilepaskan secara perlahan-lahan jadi ia akan digunakan dan disebarkan dalam sistem badan kita bila diperlukan dan tidak akan dibazir keluar daripada air kencing kita... Jadi buat apa beli yang mempunyai kandungan ymg yang tinggi kalau nanti keluar juga melalui air kencing kita kan kan? Sebab itu pilihlah Shaklee pasti kalian tidak rugi. Tepuk dada tanya selera anda.


Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 17 June 2016

5 Punca Anak Kurang Berat Badan. Anak Anda Ada Salah Satu Daripadanya?

Oleh: Hasnita PAMA

Soalan

Anak perempuan saya berusia 16 bulan. Berat badannya baru mencecah 7.8 kg. Anak saya minum susu ibu sepenuhnya dan tidak mempunyai masalah pemakanan. Pendek kata semua menu makanan yang dihidangkan akan dimakan dengan habis.

Baru-baru ini doktor memberitahu anak saya mempunyai berat badan tidak sesuai dengan usianya. Mengikut graf, anak saya berada di garisan paling bawah dan hampir mencecah bayi ‘underweight’.

Persoalannya apa yang perlu saya lakukan lagi untuk menaikkan berat badan anak? Untuk pengetahuan doktor, anak saya lahir dengan berat 3kg pada usia kehamilan 37 minggu. Perlukah anak saya diberi suplemen? Adakah anak saya memang ‘underweight’ atau normal?

Jawapan

Kebanyakan kanak-kanak akan membesar dan menambahkan berat badan dengan cepat dalam beberapa tahun pertama kehidupan. Tetapi dalam beberapa kes, kanak-kanak tidak memenuhi standard pertumbuhan yang diharapkan mengikut graf tumbesaran masing-masing.

Pertumbuhan yang lemah biasanya menggambarkan kanak-kanak yang berat semasa, atau kadar pertambahan berat badan, adalah jauh di bawah yang diharapkan daripada kanak-kanak yang sama umur dan jantina yang sama.

Kegagalan pertumbuhan/tumbesaran bukanlah satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah tanda bahawa kanak-kanak kekurangan zat makanan. Secara umum, kanak-kanak yang gagal untuk membesar mengikut graf masing-masing tidak menerima atau tidak boleh mengambil, menyimpan, atau menggunakan kalori yang akan membantu mereka membesar dan menambahkan berat badan.

Masalah ini perlu di kesan awal kerana pada tahun pertama kelahiran adalah satu masa penting dalam pembangunan fizikal dan mental. Pemakanan yang tidak sihat atau tidak mencukupi dalam tempoh ini mungkin mempunyai kesan pada perkembangan otak. 

Diagnosis

Kebanyakan bayi melalui tempoh singkat di mana mereka akan kehilangan berat badan sedikit, kerana dijangkiti virus sama ada di salur pernafasan atau sistem penghadaman yang menyebabkan mereka kurang selera makan atau muntah-muntah dan cirit-birit. Ini bukan sesuatu yang luar biasa.

Walau bagaimanapun, jika berat badan bayi turun selama tiga bulan berturut-turut pada tahun pertama kehidupan, dan keluar dari graf tumbesaran mereka, doktor biasanya menjadi prihatin.

Doktor menggunakan carta pertumbuhan standard untuk memplotkan berat badan, panjang/ketinggian, dan lilitan kepala, yang diukur pada setiap pemeriksaan kanak-kanak. Ukuran kanak-kanak yang mencecah garisan bawah daripada graf memerlukan penilaian yang sempurna dari pakar perunding kanak-kanak.

Untuk memahami masalah anak anda, doktor akan meminta sejarah kesihatan kanak-kanak secara terperinci, termasuk sejarah pemakanan dan diet anak anda. Ini membantu doktor memahami masalah pemakanan anak anda. Pakar pemakanan atau lain-lain profesional penjagaan kesihatan juga boleh terlibat dalam proses ini.

Doktor mungkin akan membuat ujian darah dan air kencing untuk memeriksa sebarang masalah perubatan. Jika satu penyakit tertentu disyaki, doktor mungkin membuat ujian lain untuk memeriksa keadaan itu.

Punca

Masalah ini adalah multifaktorial dan sering melibatkan masalah diet dan tingkah laku pemakanan kanak-kanak yang biasanya boleh diubah dengan nasihat dari pakar pemakanan atau doktor.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan kegagalan tumbesaran, termasuk: 

1. Pengambilan makanan yang tidak mencukupi

Kebanyakan kes adalah berpunca daripada masalah pengambilan makanan yang tidak mencukupi. Dalam beberapa kes, pengasuh tidak membancuh susu formula dengan betul, contohnya 2 oz susu tepung ditambahkan kepada 4 oz air. Ini menyebabkan bayi mendapat kalori yang kurang.

Masalah dengan peralihan kepada pepejal juga boleh menyebabkan bayi kekurangan kalori. Bayi yang baru belajar mengenali makanan pepejal mungkin tidak menyukai makanan tersebut pada percubaan pertama dan pengasuh telah melabelkan anak itu tidak menyukai makanan tersebut selama-lamanya dan seterusnya berlaku kepada makanan yang lain.

Percubaan makanan pepejal perlu diuji beberapa kali di hari yang berbeza sebelum melabelkan anak anda tidak menyukai makanan tersebut. Ibu bapa yang bimbang anak mereka akan mendapat lemak berlebihan boleh menyekat jumlah kalori yang diberikan kepada bayi mereka.

Kadang-kala pengasuh/ibu bapa tidak memberi perhatian yang cukup kepada isyarat kelaparan anak-anak mereka atau tidak mampu memberi makanan yang cukup untuk anak-anak mereka.

2. Penyakit berterusan atau kronik

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pemakanan kerana pramatang atau bibir/lelangit sumbing, tidak boleh mengambil kalori yang cukup untuk menyokong pertumbuhan normal. Penyakit seperti autisme di mana mereka tidak suka memakan makanan dengan tekstur atau rasa tertentu menyebabkan proses pemakanan menjadi sukar.

Penyakit lain yang melibatkan jantung, paru-paru, sistem penghadaman atau sistem endokrin boleh meningkatkan jumlah kalori yang diperlukan oleh kanak-kanak. Ini akan menyukarkan kanak-kanak makan dengan cukup untuk bersaing dengan keperluan badan masing-masing.

3. Intolerans makanan

Intolerans makanan adalah berbeza daripada alahan makanan, bermakna badan adalah sensitif kepada makanan tertentu. Sebagai contoh, intoleransi protein susu bermakna badan tidak dapat menyerap makanan yang mempunyai protein susu, seperti yogurt dan keju, yang boleh membawa kepada kegagalan untuk membesar.

4. Jangkitan

Parasit, jangkitan saluran kencing (UTI), batuk kering, dan jangkitan lain boleh memaksa badan untuk menggunakan nutrien dengan cepat dan mengurangkan selera makan. Dalam jangka masa pendek atau panjang, ini boleh menyebabkan kegagalan tumbesaran.

5. Gangguan metabolik

Gangguan metabolik adalah keadaan kesihatan yang menyukarkan badan untuk memproses, atau mengambil tenaga daripada makanan. Gangguan ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan atau muntah-muntah.

Rawatan

Kadang-kadang gabungan masalah kesihatan dan faktor-faktor alam sekitar membawa kepada kegagalan pertumbuhan anak anda.

Rawatan untuk kanak-kanak yang mempunyai pertumbuhan yang lemah bergantung kepada punca masalah masing-masing, sama ada masalah kesihatan atau masalah pemakanan.

Pemakanan adalah pemacu utama bagi pertumbuhan kanak-kanak dan ini sepatutnya menjadi tumpuan utama penilaian awal, walaupun sejarah yang teliti dan pemeriksaan untuk sebab-sebab lain yang berpotensi juga penting.

Soalan berikut dijawab oleh Dr Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.
Sumber: Pa&Ma

Friday, 27 May 2016

Asda Healthcare: Beli Vivix Utk Ibu Tersayang Demi Mengurangkan Risiko Kanser

Kelmarin petang saya menghantar Vivix Shaklee kepada customer baru saya. Ibunya disahkan menghidapi Kanser Pangkal Rahim. Stage 3. Ibunya berusia 83 tahun. Menopaus sebelum berusia 60 tahun. Dia memberitahu saya yang dia mahu berusaha kan Vivix itu demi mengurangkan risiko penyakit ibu tersayang. Mungkin peluang untuk sembuh sepenuhnya adalah tipis dan doktor juga tidak mahu menjalankan pembedahan dan bersetuju untuk membuat rawatan radioterapi sahaja. 

Seperti yang dia maklumkan pada saya, ibunya mengalami keputihan yang agak teruk pada dua tahun lepas. Setelah dua bulan lepas mengalami pendarahan, beliau membawa ibunya untuk rawatan lanjut. Dan dari sanalah ibu beliau disahkan menghidapi penyakit kanser serviks ini. 

Mendengarkan kisah beliau, sayu hati saya. Mereka beradik berbincang untuk mengumpul wang untuk membeli Vivix demi kelangsungan hidup seorang ibu yang tiada galang gantinya. Apa yang saya harapkan semua wanita di luar sana. Termasuklah saya sendiri. Segeralah membuat pemeriksaan lanjut jika ada sebarang masalah berkaitan dengan peranakan kita. Kanser pangkal rahim ini mudah untuk dikesan seawal tahap satu lagi. Jangan berlengah. 


Kita saling ingat mengingati

Amalkan pemakanan yang sihat 
Banyakkan meminum air kosong suam
Jauhkan diri daripada rokok dan alkohol 

Tuesday, 24 May 2016

Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.
Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya.
Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.

Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.

“Ramai mengambil mudah kerana menyangka ia darah haid. Sebab itu ada yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser merebak ke tahap empat. Sekiranya darah keluar semula selepas menopaus, sepatutnya mereka membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan sama ada ia penyakit serius atau tidak,” katanya.

Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim.
“Namun, ada juga bertanya saya mengenai haid yang tidak menentu. Ia bukanlah faktor utama sebaliknya golongan ini berisiko mendapat kanser rahim,” katanya.

Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah ovulasi (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada ovulasi yang tetap pada setiap bulan. Selain itu, peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

cervical cancer“Sindrom ovari polisistik tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti demam atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS,” katanya.

PCOS boleh dihidapi sesiapa saja, namun kekerapan berlaku lebih kerap kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang turut berisiko mendapat kanser rahim. Namun, faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti daripada ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. Mereka juga mempunyai bulu berlebihan di kawasan tertentu disebabkan ketidakseimbangan hormon ini.

“Wanita yang mengalaminya juga akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti namun ada juga yang terlalu kurus berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius perlu mendapatkan rawatan segera bagi memastikan ia tiada kaitan dengan penyakit lain,” katanya.

Rawatan kanser rahim

Rawatan untuk kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Untuk kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.

“Keadaan ini berbeza bagi mereka yang membuat pemeriksaan awal terutama wanita di bawah 30 tahun kerana pembedahan tidak perlu dilakukan. Kadar penyembuhan juga lebih cepat,” katanya.
Jelasnya, pembuangan rahim juga tidak mendatangkan kesan terutama kepada pesakit yang sudah menopaus. Namun bagi wanita yang masih muda mereka mungkin mengalami kesan perubahan hormon disebabkan menopaus seperti sering tertekan, cepat marah, menjadi lebih beremosi dan sukar mengawal perasaan.

“Bagi mereka yang merasakan perubahan begitu ketara sebelum dan selepas pembuangan rahim, sebaiknya mereka segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ada ubat yang mampu meredakannya,” ujarnya.

Proses penyembuhan juga bergantung sejauh mana pesakit mampu menerima kenyataan atas apa yang diberikan. Pemikiran yang positif dan menerima kenyataan akan menjadikan mereka lebih kuat. Dalam hal ini, orang sekeliling terutama keluarga harus memberikan sokongan supaya pesakit tidak berasa keseorangan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah reda dengan ketentuan Tuhan dan menerima dengan hati terbuka. Mereka harus sedar kanser yang diberikan ini bukanlah satu musibah sebaliknya anugerah bagi membolehkan pesakit mendekatkan diri dengan Allah.

“Jika berasa keseorangan, babitkan diri dalam aktiviti bersama rakan yang mengalami nasib yang sama agar mereka saling memberi sokongan. Banyak badan bukan kerajaan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan pelbagai aktiviti untuk pesakit kanser seperti terapi seni dan kaunseling yang mampu memberikan semangat untuk mengharungi kehidupan. Waktu yang dilalui seharusnya diisi bersama keluarga supaya mereka dapat berasa betapa bermaknanya waktu yang ada ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro 
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 5:04 AM




Saturday, 21 May 2016

Diet Ketogenik

DIET KETOGENIK: SATU PENGENALAN

Diet ketogenik (Ketogenic Diet) merupakan satu peraturan pemakanan dengan penekanan kepada:

1. Makanan tinggi kadar lemak, dan
2. Rendah kadar karbohidrat.

Idea peraturan pemakanan ini telah dikembangkan di negara-negara maju sejak lebih 80 tahun yang lalu. Matlamat utama jenis pemakanan ini ialah bagi membolehkan tubuh pemakan membakar lemak dan bukan glukosa, untuk tenaga.

Diet ketogenik adalah diet tinggi lemak dan protein, dan hampir tidak ada karbohidrat. Hal ini akan memaksa tubuh ke dalam keadaan ketosis dimana keton akan digunakan sebagai sumber bahan bakar.

Diet Ketogenik telah digunakan untuk mengobati epilepsi dan untuk penurunan berat badan. Ramai ahli bina badan menggunakan diet ini dalam ‘fasa pembuangan’ (cuba untuk membakar lemak sebanyak mungkin sambil mengekalkan otot yang sasa).

Diet ketogenik mula menjadi perbualan hangat apabila media massa meningkatkan kempen yang menyeluruh supaya merendahkan / tidak menggunakan diet karbohidrat seperti seperti program Atkins. Pengurusan mengatur pemakanan perlu dipantau dengan berhati-hati. Pemantauan biasanya dilakukan oleh individu yang arif tentang pemakanan.

Adalah Diet Ketogenik Sihat Dan Selamat?

Diet ketogenik sesuai bagi setengah orang – dan tidak sesuai bagi setengah golongan yang lain. Oleh itu dapatkan nasihat dari doktor yang faham mengenai diet ini.

Menukar sumber bekalan karbohidrat boleh mengundang tekanan signifikan pada tubuh – terutama hati dan fungsi buah pinggang. Banyak orang akan merasa sangat letih dan tidak bermaya selama beberapa minggu pertama ketosis – tubuh sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan menggunakan keton sebagai sumber bahan api.

Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisme lemak (membakar lemak).Ada banyak aliran pemikiran yang bertentangan mengenai keselamatan suatu makanan ketogenik – namun fakta bahawa ramai penderita epilepsi telah berjaya menggunakan ketosis selama bertahun-tahun – jelas memberikan diet ini sesuatu pengiktirafan.

Kajian awal menunjukkan diet ketogenik membantu dua daripada tiga kanak-kanak yang mengalami penyakit sawan (epilepsy). Diet jenis ini perlu diurus dengan ketat dan memerlukan komitmen seluruh ahli keluarga. Diet seperti ini mempunyai sedikit kesan sampingan tetapi kajian mendalam diperlukan kerana kesan positif ke atas pesakit epilepsi lebih menonjol berbanding dengan kesan negatif.

Namun, hal itu harus dilakukan dengan hati-hati kerana ramai orang (terutamanya pesakit) yang memulakan diet menghentikannya dalam masa beberapa hari kerana keletihan dan kesulitan yang dihadapi.

Apakah Itu Sebenarnya Diet Ketogenik?

Kebiasaannya, tubuh manusia menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Sumber ini biasanya diperolehi daripada diet harian. Bekalan glukosa biasanya hanya boleh bertahan selama 24 jam selepas pengambilannya. Selepas 24 jam, akibat tiada sumber glukosa yang tinggal, sistem metabolisme akan mengatur mekasnisme alternatif untuk membakar simpanan lemak yang disimpan di dalam tubuh. Pada saat inilah jadual diet ketogenik bermula.

Pemakanan cara ini memaksa tubuh membakar lemak secara berterusan dengan memastikan bekalan karbohidrat dikawal dalam keadaan sentiasa di tahap rendah. Makanan yang kaya dengan sumber lemak dibekalkan kepada tubuh.

Biasanya sumber lemak mewakili sehingga 80% keperluan kalori, sementara bakinya barulah datangnya dari sumber karbohidrat dan protin.

Setiap menu mengandungi empat kali ganda sumber lemak berbanding dengan karbohidrat dan protin. Sumber minuman juga turut di pantau kerana minuman juga membekalkan sumber tenaga kepada tubuh.

Para doktor masih belum memahami dengan pasti kaitan antara tenaga dari lemak dan bagaimana sumber tenaga ini dapat membantu penderita penyakit sawan mengatasi kekejangan.

Penggunaan diet meniru gaya berlapar ini dikenal pasti sebagai cara terbaik menangani serangan sawan berbandingan penggunaan ubat sintetik dan pembedahan. Tidak semua penderita penyakit sawan menerima kesan yang sama daripada perlaksanaan diet ketogenik.

Membuat Keputusan

Kebanyakan pakar pemakanan mengatakan diet ini patut dicuba setelah dua atau lebih ubatan (dadah) gagal mengawal kekejangan. Tambahan lagi penggunaan ubatan boleh mendatangkan kesan sampingan yang membimbangkan.

Kesan sampingan ini juga boleh merugikan masa depan pengidap penyakit ini. Bagi pesakit yang tidak cerewet dan tidak memilih makanan dan sedia bertolakansor, mengurus diet ketogenik menjadi lebih mudah.

Diet ketogenik nampaknya berkesan mengatasi berbagai jenis penyakit sawan.

Kanak-kanak yang menghadapi tahap penyakit yang serius juga didapati serasi dengan penggunaan diet ini. Para doktor masih menekankan perlunya meneruskan pengambilan ubat-ubatan selagi cara itu tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.

Ada di kalangan doktor masih berkeras bahawa diet ini tidak boleh menggantikan penggunaan ubatan selagi penggunaan ubatan mempunyai kesan yang baik dan tidak mendatangkan kemudaratan yang teruk.

Ibubapa pada umumnya lebih gemar menggunakan pendekatan diet kerana mereka berharap anak-anak mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk hidup normal suatu hari nanti. Diet ketogenik meniru cara berlapar ini agak sukar diuruskan dalam kehidupan normal terutamanya mereka yang hidup dikelilingi makanan atau semasa bercuti dan berada jauh dari rumah. Mengurus diet ketogenik agak sukar di kalangan kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.

Di Mana Harus Diet ketogenik Bermula?

Sebaik-baiknya diet ini dimulakan di hospital. Pesakit akan diawasi selama 24 jam bagi memastikan mereka berupaya menghadapi stres semasa menghadapi situasi lapar dan memastikan mereka tidak mengambil apa-apa makanan selama tempoh itu.

Semasa pesakit mulai membakar lemak, dan bukan glukosa (situasi ini dipanggil tempoh ketosis), petugas pemakanan akan menyediakan (memperkenalkan) makanan yang bersesuaian dari segi jenis dan sukatannya.

Apabila pesakit pulang ke rumah , ahli-ahli keluarga akan meneruskan program diet ini. Bahan makanan perlu disukat bagi memastikan pengiraan yang betul dan mempunyai keseimbangan lemak, karbohidrat dan elemen pemakanan berkhasiat. Sejenis alat khas digunakan untuk melihat paras keton di dalam air kencing.

Keton adalah bahan kimia yang dihasilkan tubuh daripada pembakaran lemak. Pesakit akan diuji air kencing setiap minggu untuk mengelakkan kehadiran keton yang berlebihan di dalam darah. Risiko pemendapan batu karang pada buah pinggang boleh berlaku akibat gejala ini. Inilah salah satu kesan sampingan diet ketogenik.

Kejayaan Penyembuhan Melalui Diet Ketogenik

Selalunya tempoh penyesuaian diperlukan bagi memastikan seseorang itu bertindakbalas positif terhadap diet ketogenik. Para doktor selalunya akan meminta pesakit mengamalkan diet untuk tempoh satu bulan, dan ada kalanya sehingga antara dua hingga tiga bulan. Pesakit semasa tempoh diet selalunya dibekalkan dengan ubatan anti-kejang sebagai langkah berjaga-jaga. Pengambilan ubatan ini akan dikurangkan apabila pesakit menunjukkan kemajuan, dan dihentikan sebaik pesakit pulih sepenuhnya.

Sekitar 65% pesakit, khususnya kanak-kanak akan pulih, dan bakinya tidak berjaya mungkin akibat kesan sampingan diet atau kerana tidak berupaya menahan keinginan memakan makanan berkarbohidrat.

Kesan positif diet ketogenik ialah pesakit akan merasa lebih cergas dan lebih sihat. Jika penyakit kembali semula, para doktor akan menasihatkan pesakit mengulangi semula program.

Contoh Menu Untuk Diet Ketogenik

Sarapan pagi:
Skrambel telur dengan mentega,
Krim susu
Jus oren tanpa.

Makan Tengahari:
Skuas spageti dengan telur dan keju ‘parmesan’,
Daun selada dengan mayonis,
Soda oren dengan krim.

Makan malam:
Hot dog dengan sos cili bebas gula,
Asparagus dengan mentega,
Selada cincang dengan mayonis,
Ais krim vanila bebas gula.

Credit to Dr Zubaidi Hj Ahmad