Friday, 9 December 2016

Detik Kelahiran Rasulullah SAW

12 Rabiulawal bakal tiba tepat 12 Disember ini.. Kita sebagai umatnya sangat merindui baginda dan pasti baginda juga membalas kerinduan kita. Berselawatlah!! Semoga kita termasuk dlm golongan yg mendapat syafaat Rasulullah saw di hari perhitungan kita nanti. Oleh kerana itu, di sini saya amat berbesar hati ingin kongsikan detik kelahiran Rasulullah saw kita yg tercinta hasil dari bacaan saya.

Di Kala umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidup, lahirlah Nabi Muhammad SAW dari keluarga yang sederhana, di kota Mekah, yang kelak akan membawa perubahan sangat besar bagi sejarah peradaban dunia. Nabi Muhammad SAW ini yatim; bapaknya yang bernama Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, meninggal sekitar 7 bulan sebelum Nabi Muhammad SAW lahir.

Kehadiran bayi (Nabi Muhammad SAW) itu disambut oleh kakeknya, Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf dengan penuh kasih sayang dan kemudian Nabi Muhammad SAW di bawanya ke kaki Ka'bah. Ditempat suci inilah sang bayi itu diberi nama Ahmad (Muhammad) suatu nama yang belum pernah ada sebelumnya.

Nabi Muhammad SAW lahir tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah atau 20 April 571 Masehi. Dinamakan tahun Gajah karena pada tahun itu kota Mekkah diserang pasukan tentara bergajah yang kuat dibawah pimpinan Abrahah al Ashram, gubernur Yaman dari kerajaan Nasrani Abesina (Habasyah atau Ethiopia) yang bermaksud menghancurkan Ka'bah.

Nabi Muhammad SAW merupakan putera pasangan Abdullah bin Abdul Muthalib dan Aminah binti Wahab. Ayah Nabi Muhammad SAW Abdullah ialah putera pasangan Abdul Muthalib bin Hasyim dan Fatimah binti 'Amr. Abdullah adalah saudara kandung Abu Thalib dan Az-Zubair.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, Abdul Muthalib pernah bermimpi bahwa cucunya (Nabi Muhammad SAW) kelak akan menjadi orang besar yang mempunyai banyak pengikut. Sedangkan ketika mengandung Nabi Muhammad SAW, Aminah Binti Wahab tidak merasakan dirinya kelelahan seperti yang biasa dialami oleh kebanyakan perempuan hamil; sampai datang seorang malaikat yang berkata: "sesungguhnya engkau telah mengandung pemimpin dan Nabi umat ini". dan yang demikian itu terjadi pada hari senin. Kemudian malaikat itu datang lagi dan berkata: "katakanlah wahai Aminah: 'Aku memohon perlindungan kepada Allah yang Maha Esa untuk anak ini dari kejahatan semua yang memiliki rasa hasad.' Lalu Aminah diperintahkan untuk memberi nama anak yang akan dilahirkannya itu Ahmad."

Dari garis Bapak dan Ibu, Nabi Muhammad SAW adalah bangsawan Arab. Sudah menjadi kebiasaan mereka menyusukan dan menitipkan bayi kepada wanita badiyah (dusun di padang pasir) aagar mendapat udara bersih, bebas dari penyakit kota dan fasih berbahasa yang murni. Setelah beberapa pekan Nabi Muhammad SAW disusui oleh Tsuwaibah, budak Abu Lahab, beliau dititipkan kepada Halimah binti Abu Dzu'aib, isteri dari Harits bin Abdul 'Uzza bin Rifa'ah dari Bani Sa'ad bin Bakar, kabilah Hawazin. Saudara-saudara sesusun beliau ialah Abdullah, Unaisah dan Khidamah. Kesemuanya dari Bani Al-Harits, oleh karena itu Nabi Muhammad SAW menolak ketika hendak diinikahkan dengan Khidamah. Di tempat yang tidak jauh dari kota Mekkah Nabi Muhammad SAW diasuh dan dibesarkan oleh Halimah sampai beliau berusia lima tahun.

Demikianlah mengenai cerita kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Buku Kisah Nabi Yang Digunakan Dalam Penulisan Ini:
Disalin dari http://kisahkisah25nabi.blogspot.my/

Thursday, 10 November 2016

Pengalaman Kedua Melahirkan

Hai semua...Salam ceria!!!  Pengedar SHAKLEE yg sudah lama mendiamkan diri. Sunyi saja blog ini rasanya...

Tapi entri kali ini di isi untuk share perkembangan si bunga yang ada di taman rumah aku iaitu puteri ku bernama Nashwadina Asyirah.

Sekejap saja rasanya masa berlalu, puteri ku ini sudah menginjak ke umur setahun. Sejak akhir ini, dia mula menonjolkan kecerdikan dan kecomelan nya tu. Hihi. Ummi rasa sungguh berbesar hati. Rupanya hampir setahun lah sudah saat-saat getir itu berlalu. Melahirkanmu mencatat pengalaman baru bagiku dalam sejarah hidup.

Bermula di hari due 13 November 2015, aku terpaksa pergi pre-natal appointment seperti biasa. Oleh kerana bacaan tekanan darah tinggi aku di bawa terus ke hospital dengan ambulans. Pertama kali lah pengalaman naik ambulans yang sangat laju dengan membawa perut boyot masa tu. Ngam hari tu hari Jumaat encik suami terpaksa pergi Solat Jumaat dan tidak dapat follow ke hospital.

Di hospital, seperti biasa lah procedure pendaftaran di emergency dan aku di tolak di dalam wheel chair. Aduhai macamlah aku tidak boleh berjalan kan. Tapi kata nurse Suni Idris yg tolak aku tu memang kena tolak kalau doktor nampak aku berjalan sendiri mungkin akan dimarah. Yalah kan pesakit darah tinggi ni tidak boleh penat nanti tekana darah naik. Kasihan nurse tu, termengah-mengah menolak aku naik di laluan wheel chair pesakit tu.

Dipendekkan cerita aku di masukkan ubat setiap hari dan monitor blood pressure lagi, pasang mesin CTG di awal subuh hari. Pagi Isnin, 16 November 2015, aku diberitahu kalau tidak ada progress lagi aku mungkin terpaksa melahirkan secara pembedahan. Tapi pukul 9 pagi itu aku di masukkan ubat untuk ketiga kali. Oleh pakar Dr Ehad Helmi. Sejam selepas itu sakit kontraksi mula menyerang dan aku tidak dapat makan dengan seleranya. Masih boleh tahan lagi. Tahan saja sakit tu tanpa memberitahu sesiapa pun. Pukul 4 aku diperiksa oleh seorang nurse bertugas. Katanya baru 2cm. Fuh! 2 cm saja padahal sakit bukan main lagi. Ya Allah Ya Mujib. Doktor pula yang check katanya 4cm dan decide masuk labour room. Haaaa? So soon. Menggeletar seluruh badan rasanya rasa takut dan rasa sakit bercampur baur. Sehingga kan petugas nurse tadi yang check aku offer untuk tolak aku guna wheel chair. Aku sempat bertanya, "bolehkah" jawabnya, "eh boleh bah sini aku tolak kau"...

Dari pukul 4 petang, setiap jam berlalu terasa begitu lama kerana aku sering merenung jam dinding yang berhampiran. Hujan lebat dan kilat kedengaran di luar. Dan melalui tingkap kecil di labour room tu aku boleh lihat percikkan hujan mengena cermin tingkap itu. Sakit? Jangan cakaplah kan. Tidak dapat dibendung.

Tiba masa untuk meneran aku cuba sedaya upaya sekuat hati tapi tenaga itu datang cuma sementara. Tolak lagi, tekan lagi still tidak dapat juga. Sehinggakan aku lupa terlalu banyak percubaan entah berapa kali dan doktor decide untuk vacuum baby aku. Arrhhh fikiran aku bercelaru, sedih pun ada, terkilan kerana tidak mampu mengeluarkan puteri ku. Kasihan anak ummi. Setelah dia dikeluarkan, lama barulah tangisan nya kedengaran. Aku bertanya pada doktor "is it a girl?" petugas nurse malam itu mendekati "baby girl" dan dari kejauhan aku nampak tanda di bawah dagunya.

Selepas dibius, dijahit, diberi masa untuk rehat, dia dibaringkan di sebelah ku untuk sentuhan kulit dan beri dia breastfeed. Betapa besar kuasa Allah swt itu kan. Bayi baru dilahirkan tahu untuk menghisap apabila disuakan puting susu ibu.

Setelah keluar dari wad O&G, kami check in pula di wad neonatal sebab baby kuning tinggi mengejut. Ummi pula masa itu, masih belum sembuh berjalan pun sakit, bangun dari duduk saja air kencing mengalir tanpa sedar, buang air besar pun secara berdiri. Yalah kan digunting kan untuk memasukan vacuum equipment tu untuk tarik baby keluar. Peritnya pengalaman.

Pejam celik setahun berlalu, seperti nya kesan vacuum tu masih lagi tidak hilang. Terkadang setiap kali membuang air kecil rasa tidak lawas. Apa pun melihat mereka membesar menghilangkan rasa sakit melahirkan mereka. Terubat juga hati seorang ibu kepada dua anak ini. 


Vitamin C Mampu Mencerahkan Kulit


Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit

Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet anda untuk kulit yang lebih cantik dan cerah. Bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit?

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit. Anda mungkin tertanya-tanya: Boleh ke pengambilan Vitamin C mencerahkan kulit anda? Jawapan ringkasnya adalah; Ya, ia boleh! Tetapi bagaimana sebenarnya Vitamin C mencerahkan kulit kita? Teruskan membaca dan anda akan dapat jawapannya.


Apa itu Vitamin C?

Sebelum saya jelaskan lebih lanjut bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit kita; apakah kaitan Vitamin C dengan warna kulit kita, adalah penting untuk mengetahui apa Vitamin C adalah terlebih dahulu.

Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Anda boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Walaupun ia adalah vitamin, Vitamin C adalah antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.


Vitamin C dan Kulit

Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit kita memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentu kolagen.

Saintis mendapati bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekulnya mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak (proses yang dipanggil hydroxylation). Vitamin C penting dalam memastikan keutuhan struktur kolagen.

Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.

Dalam satu kajian yang dijalankan, apabila Vitamin C (2000 mg) dan Vitamin E (1,000 IU) diberikan kepada 20 lelaki dan wanita, ketahanan mereka terhadap kulit terbakar akibat matahari meningkat sebanyak 20% selepas 8 hari. Mereka cuma mengalami keradangan dan kerosakan kulit yang sedikit berbanding dengan kumpulan yang tidak mengambil vitamin tersebut; yang menjadi lebih sensitif terhadap sengatan matahari.

Vitamin C Menggalakkan Dua Antioksidan – Glutathione dan Vitamin E

One thing leads to another. Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan dua antioksidan yang sangat penting iaitu glutathione (sejenis antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak, juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit).

Vitamin C Meningkatkan Tahap Glutathione Dalam Darah

Apa itu Gluthathione?

- Agen pemutihan kulit - glutathione berperanan untuk menukarkan eumelanine atau pigmentasi gelap kepada phaeomelanin atau pigment yang lebih cerah. Eumelanin yang menyebabkan kulit gelap terjadi secara semulajadi, glutathione yang berkualiti pula berperanan menukarkannya kepada phaeomelanin yang membuatkan kulit lebih cerah hari demi hari.

-Agen Anti-Penuaan
Diperlukan dalam pemecahan lemak oxidized dan dalam metabolism karbohidrat. Jika glutathione dalam badan tidak mencukupi keperluan, sel akan cepat mati dan membuatkan sesetengah orang kelihatan lebih tua dari usia dan terdedah kepada toksin yang boleh menyebabkan kanser.

-Agen Penyahtoksin/Anti-Oksidan
Glutathione berperanan sebagai anti-toksin yang menghalang radikal bebas didalam tubuh. Glutathione bertugas untuk memproses toksin di dalam badan agar dapat dikumuhkan dengan mudah dari badan.

Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.

Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.

Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan. Jadi tiada pembaziran vitamin ini di dalam badan kita!! Jangan tunggu lagi. Consume Vitamin C hanya dr Shaklee skrg ya!!

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Friday, 19 August 2016

Makanan untuk Ibu Menyusu

Kelmarin baru sahaja bertemu janji dengan nurse di klinik untuk 9 bulan Nashwa. Berat badan nya cuma naik 100gram berbanding sebulan yang lalu. Nurse mengingatkan saya supaya bulan depan kena pastikan naik 7kg. Apa yang merunsingkan saya ialah. Adakah susu ibu yang dihasilkan tidak cukup nutrien dan tidak berkualiti saya beri saya selama ini. Sehinggakan saya terpaksa gali maklumat untuk update ilmu saya.

Ramai ibu yang masih baru bergelar ibu tertanya-tanya bagaimana penyusuan akan memberi kesan kepada diet harian mereka. Salah satu keajaiban susu ibu ialah ia boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi anda walaupun anda tidak mengambil makan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika diet anda terlalu rendah kalori, ini boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti susu anda.

Setuju tak kalau anda tergolong dalam kelompok ibu-ibu yang menyusukan anak akan berasa lebih cepat lapar, walaupun anda baru sahaja mengambil hidangan berat 1 jam yang lepas. Kenapa perkara ini berlaku?

Hal ini kerana, badan anda perlu bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan susu bagi keperluan bayi anda. Makan hidangan kecil dengan makanan ringan yang sihat merupakan antara cara atau kaedah yang baik untuk memastikan badan anda kekal bertenaga. Apa yang penting, pastikan anda makan makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan jumlah kalori yang diambil.

Jumlah sebenar pengambilan kalori adalah bergantung kepada beberapa faktor individu, seperti berat badan anda, berapa banyak senaman yang anda buat, apakah makanan yang anda ambil, bagaimana tahap metabolisme anda, dan berapa kerap anda menyusukan anak. Jika anda bimbang tentang pengambilan kalori yang berlebihan, berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan dan penjagaan kesihatan mengenai ukuran BMI atau indeks jisim badan supaya anda boleh menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang ideal.

Pelan terbaik adalah dengan mengawal kenaikan berat badan yang mendadak ketika hamil. Biasanya seseorang itu akan berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa selama setahun untuk kembali kepada berat asal sebelum kehamilan. Jadi, dinasihatkan agar tidak berdiet melampau pada dua bulan awal selepas bayi dilahirkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan jumlah penghasilan bekalan susu badan untuk bayi anda.

Bagi anda yang berazam untuk kembali langsing, jom semak beberapa jenis pemakanan sihat yang boleh diaplikasikan dalam jadual menu harian anda.

1. Sayuran Hijau
Sayur-sayuran yang berdaun hijau seperti bayam, sawi, brokoli, dan sebagainya adalah sumber makanan yang rendah kalori tetapi tinggi khasiat vitamin A, vitamin C, kalsium, zat besi dan antioksidan. Sayuran hijau merupakan diet penting dan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, malahan turut membantu dalam proses pertumbuhan dan perkembangan bayi.

2. Buah-buahan
Buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan zat mineral. Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin sama ada secara normal mahupun secara pembedahan. Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan tomato dalam menu diet anda. Buah-buahan seperti epal dan pisang membantu untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam badan dan membantu anda tampil kekal sihat dan cergas.

3. Telur
Telur adalah sumber protein dan vitamin D yang sempurna untuk memenuhi keperluan harian anda. Pengambilannya penting bagi memastikan pertumbuhan sihat serta pengukuhan bagi tulang dan otot -otot si kecil anda.

4. Air
Untuk memastikan pengeluaran susu yang banyak dan lancar serta mengekalkan tahap tenaga yang mencukupi dalam badan, pengambilan air yang mencukupi sangat digalakkan agar badan anda tidak dehidrasi. Dehidrasi merupakan antara isu utama yang sering dihadapi oleh para ibu yang menyusu kerana kekurangan air dalam badan boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan keletihan dan penurunan stamina. Anda dinasihatkan agar minum air mineral, jus buah-buahan, sup dan susu dalam kadar yang mencukupi, iaitu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Walau bagaimanapun, minuman berais, minuman bergas (bikarbonat), minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi serta minuman berkafein seperti kopi dan teh harus dielakkan kerana minuman-minuman seperti itu juga boleh mengakibatkan pengeluaran susu badan anda berkurangan.

5. Bijirin Penuh
Bijirin penuh seperti oat, beras perang, barli, dan sebagainya diperkaya sumber nutrien penting seperti protein, vitamin, zat besi dan mineral lain. Sumber ini memberikan tenaga dan stamina kepada anda, membantu dalam melegakan simtom selepas bersalin (jika ada), di samping membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal bayi anda.

6. Produk Tenusu Rendah Lemak
Antara diet pemakanan yang perlu diambil ialah produk tenusu rendah lemak seperti susu, yogurt, soya, keju dan seumpamanya. Selain merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin B dan D, produk tenusu adalah salah satu sumber terbaik kalsium. Kalsium penting untuk kesejahteraan kesihatan para ibu dan juga dalam pembangunan struktur tulang bayi anda.

7. Daging
Daging tanpa lemak, ikan dan ayam kaya dengan nutrien penting. Sumber makanan ini membantu dalam membekalkan DHA dan lemak asid kepada anda, di samping merangsang pertumbuhan dan membantu dalam membangunkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Pengambilan menu ini dalam pemakanan turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin.

8. Bawang putih
Bawang putih telah digunakan berkurun-kurun lamanya oleh ibu-ibu menyusu dalam membantu meningkatkan pengeluaran susu dalam tubuh mereka. Menambah bawang putih ke dalam makanan anda bukan sahaja menjadikannya lazat tetapi menguatkan sistem kekebalan tubuh dan sebagai antibiotik melawak penyakit. Unsur antioksidan membantu untuk melawan jangkitan dan meningkatkan bekalan susu dalam badan anda.

9. Lobak
Lobak merah kaya dengan karbohidrat dan kalium dan membantu dalam meningkatkan tenaga dan stamina bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Lobak merah merupakan sumber penting yang mengandungi beta Carotene yang dikehendaki oleh tubuh anda sepanjang tempoh penyusuan. Unsur antioksidan yang terkandung dalam lobak merah juga membantu mengawal pertambahan berat bayi agak tidak naik secara mendadak. Begitu juga dengan lobak putih yang tinggi khasiatnya sebagai milk booster dalam membantu menambahkan kepekatan dan kuantiti susu ibu.

10. Kekacang
Kekacang adalah sumber yang kaya dengan protein dan mengandungi zat besi dan sesuai diambil bagi ibu-ibu yang vegetarian untuk menambahkannya dalam diet harian. Namun, bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan (ceserean), sekiranya ingin mengambil sumber ini dalam menu pemakanan mereka disarankan agar mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit sebelum luka benar-benar sembuh.

Nota Editor:
Lalui fasa penyusuan anda dengan tenang dan gembira. Ambillah makanan yang sihat dan seimbang kerana bayi turut mendapat nutrien secara langsung dari ibunya melalui penyusuan.

Friday, 12 August 2016

ESP dan Vita Lea: Vitamin Paling Asas

Sekiranya hanya ada satu pilihan suplemen sahaja, bermulalah dengan ESP. Energizing Soy Protein berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu. 

Sel baru yang terhasil adalah terdiri daripada protein. Protein yang dibekalkan daripada ESP mencukupi keperluan protein untuk badan kita dalam sehari.

Vitalea with Iron Formula – ibarat makan makanan seimbang dan dapat memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Dengan mengamalkan 2 produk di atas, lnshaAllah 50% pembaikan telah berlaku dalam sistem badan kita. 

ESP

Mulakan hari kita dengan segelas ESP. Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera.

Boleh juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing.

Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.

Alfalfa disamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.

Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. Alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan dan gastrik dan alergik.

Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara baik dan lebih baik.

Zinc Complex

Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan), kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.


Cara Makan Vitamin Shaklee

Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.

Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam pengambilan vitamin Shaklee anda boleh bertanya lanjut pada saya. 

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...
"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Binti Rudy
Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: Asda HealthCare
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

Thursday, 28 July 2016

Tips Kediaman Bersih

Tips Mudah dan Mesra Alam: 
Supaya Kediaman Bersih dan Bebas dari Seranggan dan Binatang .

Sejak kebelakangan ini saya tidak selesa dengan kehadiran serangga dan binatang yang berlegar dan berkeliaran di rumah saya terutamanya di dapur dan tandas. Oleh sebab itu, saya pun buatlah research. Semua saya tanya dengan pakcik Google ni. Jadi saya rumuskan pengalaman dan hasil bacaan saya dalam entri ini. 

Bukan apa, saya ini ibu yang berkerjaya yang mempunyai masa yang sangat terhad untuk membersihkan rumah. Hujung minggu pun kadang tidak berkesempatan dan masa terisi dengan menguruskan harta dunia akhirat saya yang dua orang tu. Tambah lagi boss merangkap suami saya nah sudah tiga orang yang diuruskan. Hahaha. 

Tambahan lagi, kalau boleh saya memang sangat2 tekankan supaya memilih produk yang selamat supaya persekitaran saya tidak terdedah dengan racun atau apa-apa bahan yang boleh menjejaskan kesihatan si kecil saya yang menginjak ke 9 bulan. 

1. Basic H Pembersih Organik Shaklee 

Saya sangat mencadangkan setiap rumah ada Basic H ini. Terbukti mudah untuk membersihkan kediaman tanpa bahan toksik dan aerosol. Highly recommended lah katakan. Basic H sudah bersama saya selama 3 tahun dan setiap botol sangat2 jimat. Kadang lebih 6 bulan baru habis sebotol. Kategori MESTI BELI bah ini. Bukan rugi pun kalau mencuba. 

Biasanya saya campurkan beberapa titisan Basic H ini dengan air paip dan sembur pada semua tempat yang saya ingin bersihkan. Lantai rumah, pintu peti sejuk, atas meja makan, dapur gas, sinki dapur, keliling mesih basuh, mangkuk tandas, cermin tingkap even mencuci puting dan botol susu anak pun saya guna Basic H. Sabun serba guna yang sangat selamat!!!

Semburan ini berkesan untuk mengelakkan semut merah daripada datang pada bahagian semburan. Kalau boleh lap kering selepas menyembur pada tempat itu. 

2. Penyembur Serai Wangi 

Penyembur ini selamat dan tidak mengandungi racun yang ada pada penyembur racun serangga yang lain. Penyembur ini mampu untuk membunuh dan menghalau semut, lipas, nyamuk, tikus dan lalat. Jom kita try! 

3. Halau cicak

Google punya Google banyak yang share cara halau cicak dengan kulit telur ayam. Terserahlah macam mana mahu digayakan kulit telur tu yang penting bersihkan dahulu selepas itu pecah2kan dan letak pada bekas pada tempat2 laluan cicak ini. Ada ayng cakap tabur saja atas lantai tapi susah pula mahu bersihkan nanti. Saya benci betul cicak ni tau. Apa tidak, saya baru tinggalkan rumah seminggu, sana sini saya nampak tahi cicak. Aduhaiii, terpaksa berhati2 nanti terpijak batal pula wudhu’. Sabar sajalah. Padahal rumah bersih juga tapi cicak ni datang juga. 

Balik rumah kena try ni nanti. Jom sama-sama try. Siapa yang sudah try tu share la di sini ya!

4. Elak nyamuk dengan limau nipis dan bunga cengkih 

Ini paling lah mahu dicuba. Apa tidaknya, sejak akhir2 ini malam saja mesti hujan. Wah bertepuk tampar saya dengan nyamuk kalau saya masak di dapur. Dalam bilik mandi apatah lagi di tandas jangan cakaplah kan. Dahsyat betul! Mengigit pedas lagi tuh. 

Potong limau nipis dan cacakkan saja bunga cengkih tu di atas limau nipis tu. Letak pada bahagian atas almari, tepi tingkap, atas para-para almari untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah. Janganlah malas mencuba ya! Lagipun cara ini paling murah, mudah dan selamat kan. 

5. Tabur serbuk kunyit pada askar semut atau lubang semut.

Saya pun tidak tahu keberkesanan tips ini. Saya pun baru mahu mencuba balik rumah nanti. Almaklumlah rumah saya rumah papan saja jadi rasanya lubang semut itu banyak di lantai rumah.

Tidak semena-mena juga saya nampak barisan semut di dinding bilik tidur atas siling rumah ke lantai rumah. Jauh perjalanan semut ni tau. Kalau dia tidak menganggu tidak juga apa tapi tempat tidur atas tilam saya pun ada. Punya kuat deria semut ni kan? Tambahan lagi, saya menyusukan anak saya jadi susu ibu pun salah satu perangsang semut2 ini datang berhijrah ke atas tilam saya. Tapi takkanlah saya mahu tabur kunyit atas tilam saya kan? Errmmm….

6. Air kapur sirih menghalau anai-anai 

Anai-anai pun ada di rumah saya ya. Runsing betul saya fikirkan segala macam serangga dan binatang di rumah saya ini bah. Aduhaiii, kaji punya kaji yang saya boleh cuba ialah tabur garam kasar di sarang anai-anai ini. Tapi ada yang kata kurang berkesan.

Jadi kalau garam tidak berkesan, kita cuba lah kapur sirih. Air bancuhan kapur sirih pula bersifat panas dan mampu menghakis kulit anai-anai yang nipis dan lembut. Caranya cuma sembur saja di sarang anai-anai di mana saja sarang ini di celah kayu. 

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini. Saya akan sentiasa berkongsi dengan anda. Jumpa di tips lain di entri yang baru di masa akan datang ya.

Wednesday, 20 July 2016

Petua Pilihan : "6 cara untuk anda elakkan lipas berkeliaran"

Lipas merupakan salah satu serangga perosak yang kurang disenangi ramai orang. Ia menyebabkan kerosakan yang serius pada kertas dinding, buku, pakaian dan perabot. Tidak kurang juga ada di antara kita yang memang tidak boleh terserempak langsung dengan serangga itu dan yang paling teruk, ada pula yang tidak tahan dengan bau kehadirannya. 

Masalahnya apabila ia sudah berada di dalam rumah, ia akan mula membiak dengan cepat dan agak mustahil pula untuk menyingkirkannya.

@ Anda boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman. 

@ Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.

Cara di atas boleh dicuba untuk mengurangkan kehadiran lipas di rumah. Namun begitu, cara yang terbaik untuk mengelakkan lipas ialah dengan mengelakkannya datang ke rumah anda! 

a) Pastikan dapur sentiasa bersih, dan sampah dibuang sekerap yang mungkin. 

b) Bersihkan tumpahan dan gris dengan cepat. 

c) Lipas juga tidak boleh hidup tanpa air dan jika boleh, elakkan air yang bertakung. 

d) Jangan biarkan makanan tanpa bertutup. 

e) Jika ada bukaan kecil, pastikan ia ditampal. Dalam erti kata lain, elakkan kewujudan pintu masuknya.

f) Buangkan barang-barang yang menyemakkan rumah seperti surat khabar lama, majalah dan beg plastik yang tidak digunakan. Ini adalah kerana ia merupakan makanan kepada lipas.

Dengan menggunakan kaedah penyingkiran lipas secara semula jadi ini, anda bukan sahaja dapat menyingkirkan serangga perosak ini tetapi juga membantu memastikan keluarga anda selamat dari penyakit yang mungkin dibawa oleh serangga ini.