Wednesday 17 September 2014

Tips Senaman Mudah

Senaman bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu anda untuk kurus. Berikut adalah antara senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah, di pejabat, dan semasa berada di luar. Senaman-senaman berikut boleh anda lakukan sambil melakukan tugasan seharian. Menarik kan! Jom kita tengok senaman yang dimaksudkan:

[✔] Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.

[✔] Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

[✔] Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.

[✔] Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.

[✔] Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.

[✔] Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan ke bawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.

[✔] Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.

[✔] Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.

[✔] Semasa anda menonton tv, buat senaman ringan seperti tekan tubi (push up) semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat tekan tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.

[✔] Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.


Dapatkan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure" 
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE 
Sebarang pertanyaan 
Sila Hubungi Saya, 
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂