Tuesday 7 October 2014

Buah Pinggang: Fungsi & Masalah

Apa itu buah pinggang dan di mana ia terletak?

Buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang.

Mengapa buah pinggang penting?

Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.

Bagaimana buah pinggang berfungsi?

Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis semasa darah melalui buah pinggang.

Apakah fungsi utama buah pinggang?

>>Untuk menyingkir sisa buangan

Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil "urea" dan "kreatinin".

>>Untuk mengawal jumlah cecair

Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

>>Untuk mengawal tekanan darah

Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

>>Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.

Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

>>Agar tulang kekal sihat.

Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Apabila Buah Pinggang gagal berfungsi:-
~Buah pinggang tidak menapis darah anda dengan baik
~Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik
~Ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah anda
~Ia boleh menyebabkan anemia dan penyakit tulang

Secara umumnya orang merujuk kepada DUA jenis kegagalan buah pinggang:

1. Penyakit Renal Akut (ARD)

Kehilangan fungsi buah pinggang secara tiba-tiba adalah disebabkan oleh penyakit, kecederaan atau toksin. Banyak kes-kes ARD boleh dirawat dan kembali kepada normal.

2. Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

CKD adalah bentuk biasa kegagalan buah pinggang. Ini adalah apabila buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan fungsi dan ini berlaku selama bertahun-tahun. Terdapat kerosakan yang kekal dan tidak boleh diubah, kerana struktur buah pinggang utama telah rosak. Antara punca-punca kegagalan buah pinggang kronik adalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi yang tidak dirawat, radang, keturunan, jangkitan kronik dan penyumbatan buah pinggang.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂