Monday 20 October 2014

Edar Pamplet Tanpa Malu

Petang tadi selepas turun daripada pejabat, saya berjalan kaki pulang menuju ke stesen bas, saya singgah untuk tapau roti canai sebagai pembuka puasa. Then, saya membayar tadi, saya bagi abg mamak di kaunter tu pamplet dengan kad nama saya. Dia tanya ubat kah, saya jawab "bukan... ini suplemen, macam vitamin, ada bakar dan buang lemak" Muka abg mamak tadi macam tidak percaya jak. Wah takkan mamak tidak tahu Shaklee, Sabar saja kan. Bahaya betul kalau hidup langsung tidak ada suplement. Duduk bekerja di kedai mamak lagi lah. Tidak boleh lari dari makanan berminyak dan kolesterol tinggi. Nauzubillahi min zalik.

Selesai sharing walau sekejap, sambung lagi perjalanan ke stesen bas. Syukur juga sempat naik bas tu sebelum dia bergerak. Kalau tidak, tunggu lagi bas yang baru. Lama mahu tunggu tu, penumpang penuh baru jalan tu. Saya naik bas tadi, tidak sampai seminit, bas sudah memulakan perjalanan. Itu pun, azan Magrib saya dengar sebelum saya tiba di rumah. Buka puasa lambat sikitlah nampaknya.

Malam semalam pun saya tidak makan, cuma makan lebihan nasi lepas suap Nazran. Malam pula susah tidur. Sahur pula terlepas. Sedar sedar saja sudah azan subuh. Nazran mengamuk minta susu. Lepas bagi susu, saya terus solat. Hari ini cukup memenatkan, seharian berpuasa. Tapi saya kuatkan juga untuk duduk depan lappy saya ni. Untuk update perjalanan hari ini yang saya rasa sangat jauh. Masa bayar pakcik bas tadi pun, saya bagi pamplet dengan kad nama. Dia cuma senyum jak. Biarlah apa orang mahu kata, saya tidak malu. Saya mencari rezeki yang halal bah, dari usaha saya sendiri juga. Kita cuma mencuba, kalau mereka tidak mahu biarlah. Kalau mereka berminat, itu rezeki. In shaa Allah mereka memilih jalan yg betul untuk hidup sihat. Hari ni puasa saja turun berat. Hehe. Esok berniat untuk berpuasa lagi. In shaa Allah.

Siapa yang berminat dengan vitamin Shaklee yang saya jual ni..
Jangan segan2 bertanya, saya pasti berikan harga terbaik.

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE

Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂