Monday 20 October 2014

Lekat Sticker Shaklee

Pagi Ahad kelmarin, saya bersama adik bongsu saya bersama-sama lekat sticker Shaklee di bonet kereta. Walaupun agak susah, kerana saya tiada pengalaman sebelum ni, tapi kami cuba juga. Sedikit senget juga hasil daripada lekatan salotape tidak seimbang dan kurang tepat. Tapi tidak apa. Kita cuba juga. Manalah tahu kita dapat rezeki dari luar dengan adanya sticker ini.

Pagi tadi, selesai solat subuh, saya panggil adik bongsu saya hulur duit RM50. Dia tanya untuk apa, saya jawab untuk belanja sekolah lah. Duit ni hasil pulangan modal daripada jualan kelmarin tengahari. Walaupun tidak sempat menghantar, rakan seperjuangan saya tu sanggup mencari rumah saya untuk ambil Meal Shake dia tu. Syukurlah, pulang juga modal kan. Duit itu lah saya bagi adik bongsu saya pagi tadi. Mesti dia rasa gembira tu. Yalah, upah dia berpanas di pagi hari lekatkan sticker untuk saya. Kasihan dia. Terima kasih adik bongsu ku. Bestkan buat Shaklee. Alhamdulillah.

Saya memilih hijau kerana warna kesukaan sang suami. Semoga dia sukakannya!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂