Sunday 12 October 2014

Shaklee Effect: Tips Multi Level Marketing Business

Sharing untuk renungan bersama terutamanya kepada semua para SID. Ramai yang sering katakan negative pada business MLM?? Dan tidak lupa juga menjaga kepentingan keberkatan rezeki. 

MLM sering dikaitkan dengan meeting larut malam kerana diskusi yang tak pernah habis. Bagi mereka yang baru mengenali dunia ini pasti seronok kerana cabang di dalamnya sangat banyak.

Melalui salah satu buku penulisan Tuan Razzi Armansur bertajuk Sistem MLM sendiri ada menghuraikan dalam bisnes MLM ada beberapa fasa yang perlu kita ketahui supaya tahu tindakan yang perlu diambil.

Saya tak nafikan bahawa bangsa Cina sangat ramai dalam dunia perniagaan tidak kurang dalam MLM. Mungkin kerana mereka dibesarkan dengan suasana berniaga sejak dari kecil lagi. Namun bagi bangsa Melayu jujurnya banyak perkara yang perlu kita belajar dan dalami terutama jika anda dibesarkan dalam dunia makan gaji.

Jika anda baru mendaftar mana2 syarikat MLM atau Direct Selling pastikan anda mengetahui beberapa perkara asas untuk berjaya dalam bisnes tersebut , antaranya:

1) Kenali produk dan cintai produk - bukan jual tanpa ilmu kerana tanpa ilmu kita sebenarnya tidak berlaku adil pada customer kita kerana kita hanya mementingkan duit semata-mata. Bisnes yang cerita pasal duit takkan kekal lama.

2) Kenali sistem perniagaan - untuk berkembang perlu tahu syarat dan keperluan dalam waktu yang sama kita terus mengembangkan sayap bisnes kita.

3) Menjaga kredibiliti dan intergriti diri - elakkan merosakkan bisnes dengan membeli pangkat dan merosakkan harga produk dengan menjual lebih rendah dari harga pasaran.

4) Usaha dengan sabar dan jangan mengharap untuk terus naik dengan cepat. Hakikatnya bisnes yang naik dengan cepat akan jatuh dengan cepat juga. [ Ini diterangkan dalam buku Tuan Razzi Armansur sendiri]

5) Terus menuntut ilmu dengan upline, sideline, downline dan pelbagaikan bahan bacaan untuk proses otak yang sihat.

Ramai orang serik untuk join bisnes MLM disebabkan ada segelintir leader yang mengajar ahli kumpulannya membeli stok yang banyak untuk kenaikan pangkat yang cepat dan akhirnya lambakan produk ini mengakibatkan kerugian yang sangat besar. Lebih teruk ada mereka yang menabur pasir dalam periuk orang lain dengan menjual lebih rendah dari harga pasaran kerana stok yang banyak.

Sebenarnya tanpa mereka sedar mereka telah menganiaya orang lain...namun ALLAH Maha Melihat dan Dia Maha Adil. Selagi kita jaga ALLAH, ALLAH akan jaga kita.

MLM itu sebenarnya indah....we teach some to teach others and they will teach others to teach others.
Selama 16 tahun saya dalam Shaklee, ia adalah satu bisnes yang sangat menyeronokkan. Setiap hari saya berdoa pada ALLAH :

" Ya Allah, jadikanlah bisnes Shaklee ini bisnes yang mendekatkan kami kepadaMu dan jangan Engkau serahkan kami kepada diri kami walau seketika cuma dan berikan kami kejayaan sepertimana Engkau berikan kejayaan pada mereka yang Engkau kehendaki. Amin ya rabbal alamin."

Credit to Master Norita and my Senior Coordinator Siti Aisah Mohd Ibrahim

Sumber: Buku Tuan Razzi Armansur

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂