Thursday 27 November 2014

Shaklee: Vitamin Wajib Sebelum Tidur


OsteMatrix adalah pilihan saya sejak sebulan yang lalu. Saya perlukan kalsium kerana saya sering lewat tidur malam, duduk lama depan laptop. Itupun tunggu hero saya tidur dulu lah. Sebab tu saya baring bersama then bangun duduk dalam tempoh masa yang lama. Sampai sy puas hati untuk hari tu. Kalau terlalu mengantuk saja saya akn update ala kadar dan sharing di facebook. Mana yang sempat. Kalau belakang sudah terlalu sakit, saya baring dan post update melalui handphone sajalah. 

Memang betul pepatah ini dulu, bukan pepatah lah lebih kepada kata nasihat. Wanita yang sedang mengandung perlukan lebih kalsium kerana kalsium ini diperlukan oleh kedua ibu dan anak dalam kandungan. Kalau kita kurang sumber kalsium dalam badan, boleh rasa semasa mengandung contohnya pengalaman saya sendiri gigi saya sakit, saya sudah tidak ingat berapa hari tapi lebih dalam 3 hari macam tu lah. Gigi sakit yang ngilu, setiap malam saya tidak dapat tidur, yang macam berdesing dan macam mahu cabut gigi tu pun ada. Bukan itu sahaja, setiap pagi gusi akan berdarah semasa memberus gigi. Haaa, siapa yang sering menghadapi masalah ini confirm kamu kurang kalsium.

Saya sangat perasan sejak saya makan OsteMatrix memang saya sudah tiada masalah sakit belakang. Sangat jelas lagi terang saya tidak lagi minta suami saya urut, tidak minta picit belakang dan bahu lagi. Hehe. So kita tidak perlu lah susahkan suami atau adik atau mak saya untuk minta picit.

Kesan sampingan kurang kalsium ini kamu tidak akan nampak sekarang, atau dalam masa dua tiga tahun kah, tidakkk... Tapi akan rasa masa tua nanti. Memanglah sakit tua tu ada... Tapi mencegah itu kan lebih baik... Ini adalah kesan jangka masa panjang. Kalau tidak mahu telan OsteMatrix, minum lah susu rendah lemak setiap hari minimum 3 gelas sehari.

Vitamin E itu pula supaya segala regangan kulit di badan, kaki, punggung, betis, perut semua pudar dan seterusnya hilang. Saya sendiri tidak senang tengok badan saya ini. Yalah, ini kan pengorbanan seorang ibu kesan mengandung dan melahirkan. Ini memang perkara biasa buat ibu mengandung kerana kulit mereka akan tertarik sebab badan mengembang dari lah muka sampai lah ke kaki. Bila mengecil semua tu nanti akan meninggalkan regangan kulit tu. Saya harap ini dapat membantu saya dalam masalah regangan kulit.

Dapatkan semua produk Shaklee dan konsultasi kesihatan yg terbaik daripada saya, pengedar SHAKLEE anda dan keluarga...

"Prevention is better than cure"
Jom SIHAT, CELIK dan CANTIK dengan SHAKLEE
Sebarang pertanyaan
Sila Hubungi Saya,
Asdayanty Phone: 0136507465
Sid 1071673
Facebook: RH-Aszda Yanty

“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂