Thursday 1 October 2015

Keguguran Kandungan di Awal Kehamilan: Apa Tanda & Penyebabnya?

Mengikut kajian, 80% daripada keguguran kandungan berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama dan majoriti sang ibu belum pun sedar yang bahawa mereka sedang mengandung. 


Jenis keguguran kandungan

Kandungan sepenuhnya: Kesemua tisu-tisu keluar daripada badan

Keguguran tidak lengkap: Hanya segelintir tisu yang keluar daripada badan

Keguguran yang tidak dapat dielakkan: Simptom-simptom tidak dapat dihentikan dan keguguran akan berlaku

Keguguran yang dijangkiti kuman: Lapisan rahim (uterus) dan tisu-tisu dijangkiti

Keguguran tertinggal: Keguguran terjadi dan tisu-tisu tertinggal di dalam badan

Jadi apakah simptom-simptom keguguran kandungan ini? Di antaranya, anda mengalami pendarahan yang kecil dan beransur-ansur menjadi banyak. Rasa kejang otot dan sakit di bahagian abdomen dan disusuli dengan demam panas.

Jika anda mengandung dan alami simptom-simptom seperti ini, segera dapatkan rawatan doktor dan jika ia didapati serius, anda mungkin perlu ke dewan bedah secepat mungkin.

Punca keguguran kandungan tidak begitu difahami sehingga ke hari ini. Tetapi kebanyakan daripada kandungan keguguran yang berlaku semasa trimester pertama kehamilan seringkali disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom pada bayi. Kromosom adalah struktur kecil yang terdapat di dalam badan manusia yang membawa kebanyakan gen.

Gen-gen inilah yang akan menentukan sifat-sifat fizikal seperti jantina, warna rambut dan mata, jenis darah dan sebagainya. Masalah berkaitan kromosom selalunya berlaku secara kebetulan dan tidak ada kena mengena dengan kesihatan ibu atau ayah.


Sebab keguguran kandungan

Penyebab-penyebab lain keguguran kandungan termasuklah penyalahgunaan dadah dan alkohol. Jika anda terdedah kepada toksin juga boleh menyebabkan keguguran. Seterusnya masalah berkaitan hormon, jangkitan penyakit, kegemukan dan tabiat merokok ibu juga menyumbang. Selain daripada itu, masalah fizikal berkaitan organ-organ reproduktif dan masalah dengan tindakbalas imunisasi ibu juga boleh menyebabkan keguguran.

Harus diingat juga bahawa stres dan aktiviti seksual yang kerap tidak berkaitan sama sekali dengan keguguran.


Rawatan keguguran kandungan

Semakin awal kehamilan, peluang lebih tinggi untuk badan anda membuang kesemua tisu-tisu yang gugur tanpa memerlukan sebarang pembedahan.

Jika badan ibu tidak dapat membuang kesemua tisu, anda perlu menjalani pembedahan kecil untuk menghentikan pendarahan di samping menghalang jangkitan daripada berlaku. Ubat akan diberi untuk mengawal pendarahan setelah pembedahan kecil tersebut berjaya dilakukan.


Cara mengelakkan keguguran kandungan

Ini adalah ikhtiar yang perlu kita amalkan bagi mengelakkan daripada mengalami keguguran kandungan.

>> bersenam dengan kerap

>> amalkan pemakanan yang sihat

>> kawal tahap stres

>> kekalkan berat badan ideal

>> ambil asid folik setiap hari

>> tidak merokok dan jauhkan diri daripada orang yang merokok

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂