Thursday, 1 October 2015

Berapakah Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal?

Berat Normal Ibu Mengandung

Menjadi lumrah seseorang wanita untuk kelihatan cantik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Tetapi ketika mengandung, ada pula yang terlepas pandang dan tidak tahu apakah berat normal ibu mengandung. Ramai di antara ibu-ibu mendangung naik, tapi mereka tidak pastu banyak mana yang di anggap normal? Kalau berat badan kekal pula bagaimana?

Apakah berat normal bagi ibu mengandung? Secara umumnya, boleh rujuk pada jadual di bawah ini sebagai panduan:

Berat sebelum mengandung                        Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung 

Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5)             13 - 18kg
Berat normal (BMI 18.5 - 24.9)                           11 - 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25 - 29.9)                7 - 11kg 
Obes (BMI atas 30)                                              5 - 9kg 

Kadar BMI 

Jika anda mempunyai berat yang kurang iaitu BMI di bawah 18.5, anda perlu menambah berat badan yang banyak ketika mengandung. Ini adalah kerana, tanpa berat tambahan tersebut, bayi anda mungkin pra-matang atau lebih kecil daripada biasa. 

Sebaliknya pula jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda perlu mengawasi penambahan berat badan jika ianya naik terlalu banyak, ia boleh meningkatkan risiko dan komplikasi berkenaan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi. 

Pecahan kenaikan berat badan semasa mengandung 

Berat bayi (3kg)
Payudara lebih besar (1kg)
Rahim lebih besar (1kg)
Plasenta (0.7kg)
Air ketuban (1kg)
Penambahan isipadu darah (1.5kg) 
Penambahan isipadu cecair (1.5kg)
Simpanan lemak (2.3kg)


Berat badan ibu hamil mengikut trimester 

1. Trimester pertama 

Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu tidak perlu naik berat sangat pun kerana ramai yang sedang alami mabuk hamil pada ketika ini. Ramai sekali yang tidak lalu makan jadi tak perlu paksa diri sendiri untuk tambah berat badan. Anda hanya perlu tambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini. 

2. Trimester kedua dan ketiga 

Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu tambah lebih kurang 1.5kg shinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak. 

Bercakap tentang berat normal ibu mengandung, tambah berat bukan bermakna boleh makan makanan ringan. Namun, lebih kepada cuba seimbangkan dengan diet yang mengandungi kalsium seperti susu dan lebihkan sayur-sayuran. 

Jika anda suka makan roti putih, apa kata bertukar kepada roti gandum. Makan buah daripada makan biskut. Banyak lagi sebenarnya, tetapi biarlah diambil secara sederhana. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting us. If you have any comments please leave your suggestion or any issue related. Tq.

🌻Asda HealthJourney🌻
🎂Cake Batique Ummi🎂